CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20002|Reply: 95

Tutorial - Symbian S60

[Copy link]
Post time 25-3-2007 11:58 PM | Show all posts |Read mode
okeh. aku ingat nak buat satu thread utk forummer board handphone buat rujukan kat sini utk symbian s60. mana yg baru nak kenal boleh belajar, mana yg expert boleh tolong ajarkan. bukan apa. kadang2 dalam kita berforum, sesetengahnya ada yg xtau apa symbian ni dan macam2 lagi hal. yang newbie tanya soalan sama dan yg senior menjawap balik soalan sama. pusing2 balik mcm dejavu.

kita buat utk Symbian S60 dulu. aku terangkan ni secara general, translate sendiri, dan campur2. kalau xfaham atau ada salah info atau apa2, sila tegur. utk keterangan lanjut yg lebih teknikal, info2 yg ada ni boleh digoogle/wiki.  aku try update selagi ada ilmu utk dikongsi. aku pun bukannya expert sgt.


SYMBIAN - INTRO

apa itu symbian? secara ringkasnya symbian merupakan operating system (OS) yg direka utk mobile fon dan dibuat khas hanya utk peranti yg menggunakan processor ARM. symbian memanfaatkan teknologi yg menggabungkan konsep PDA dan mobile fon biasa dalam satu unit. atau dgn kata lain, symbian menjadikan handphone lebih kepada komputer kecil atau smartphone berbanding mobile fon biasa. dan seperti komputer, symbian mempunyai user interface yg mudah digunakan, membolehkan mobile fon menjalankan beberapa aplikasi pada satu2 masa, dan juga membenarkan pengguna menggunakan aplikasi/software tambahan. sekarang ni terdapat byk software 3rd party yg dibangunkan utk symbian merangkumi pelbagai aspek keperluan - bisnes, fotografi, gps, internet, game.. macam2 ada. kelebihan inilah yg membuatkan symbian fon menjadi pilihan berbanding mobile fon biasa. fuh

PLATFORM SYMBIAN

mobile fon mempunyai pasarannya yg tersendiri - dr pengguna biasa, bisnes dan juga professional. melihat kepada keperluan yg berbeza kumpulan pengguna ini, symbian direka berdasarkan beberapa platform yg mana membolehkan manufacturer mobile fon membezakan produk mereka dlm membangunkan inovasi dan memberi persaingan. platform symbian ini dibahagikan kepada S60, S80, S90 dan UIQ yg mana merangkumi segmen peranti berpusatkan-suara dgn kebolehan capaian maklumat (S60) dan juga peranti berpusatkan-maklumat dengan kebolehan suara (S80,S90,UIQ). so dengan adanya kepelbagaian platform ni, pembangunan software boleh diluaskan lagi dgn memanfaatkan sepenuhnya karakteristik unik fon tersebut. sbg contoh, UIQ dan S90 ada feature touch screen..




SERIES 60 (S60)


platform series 60 merupakan platform symbian yg paling mendapat perhatian pengguna dan pembangun aplikasi berbanding platform lain. dibangunkan hampir sepenuhnya oleh nokia dan dilesenkan kpd pengilang lain spt lenovo, samsung, panasonic dan lg. series 60 v1.0 pertama kali digunakan dalam fon nokia 7650 menggunakan OS v6.1. dan semenjak dr tu OS symbian utk S60 diperkemaskan dgn beberapa siri keluaran bg memperkenalkan ciri2 dan fungsi baru.
perubahan besar pada struktur dan peningkatan OS symbian dikelaskan melalui Edition manakala pengenalan ciri baru dlm struktur setiap Edition ni dikelaskan sbg Feature Packs. terbaru, symbian melancarkan OS 3rd edition untuk digunakan dalam platform S60



adui berjela ni. nnt aku edit lg..

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2007 11:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2007 11:59 PM | Show all posts
reserved - FAQ, tips

FAQ

1. symbian tu apa?
    Operating system utk mobile fon

2. boleh x fon bukan symbian tukar jd symbian?
    X. ibarat tuka epal jd oren

3. fon symbian s60 tu fon nokia?
    X. siemens, lg, panasonic, samsung dan lenovo pun ada symbian s60

4. boleh x install software PDA masuk dlm symbian fon dan sebaliknya?
    X. itu kerja gila

5. boleh x install apps symbian s60 v2 dlm symbian v3 pulak?
    X. symbian v2 dgn v3 tak binary compatible

6. ............
    X.

[ Last edited by  tonkgang at 26-3-2007 12:25 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2007 10:34 PM | Show all posts
Tutorial 1 - Kod Maklumat Sistem/Telefon Symbian S60 Nokia

da seminggu x update. nk kumpul maklumat. keke. Kod2 ni dah ada dlm board handphone dulu. aku letak balik dan sebelum apa2 masalah , aku amik ni dr s60tips.com. aku cuma translate dan guna screenshot sendiri. okeh. masukkan kod2 dibawah ni dgn fon dlm idle screen, bukan dalam menu screen.

*#0000# - memaparkan versi software/firmware symbian fon, tarikh software dibina dan juga model fon. mana yg nak update firmware tu tp xtau fon firmware berapa, masukkan kod ni.





*#06# - memaparkan IMEI (international mobile equipment identify) fon anda. sila pastikan sama dengan IMEI dekat stiker fon dekat bawah bateri.





*#2820# - (*#BTA0#) memaparkan alamat peranti bluetooth fon anda





*#62209526# - (*#MAC0WLAN#) memaparkan alamat MAC peranti WLAN fon tersebut. hanya utk mobile fon yg support WLAN seperti N80 atau N91. (psst.. screenshot guna N73. mcm mana tu? )





*#92702689# - (*#WAR0ANTY#) memaparkan maklumat pemasa hayat (life timer) fon tersebut. aku pun xberapa faham apa life timer ni. nak kata total call xjugak. ada sesiapa boleh terangkan?





*#7780# - (*#RST0#) kod untuk soft reset telefon symbian nokia. hanya akan mereset setting fon seperti profile, theme dan shortcut. default lock code ialah 12345. utk sesiapa yg ubah security code tu, gunakan code yg korang gantikan.





*#7370# - (*#RES0#) kod utk mengembalikan fon kepada setting asal/pengilang atau hard reset. berbanding soft reset, segala data didalam memori fon seperti gambar, contact, calendar akan dibuang/format. pastikan data2 tersebut dibackup terlebih dahulu sebelum melakukan hard reset. default code ialah 12345.




credits: www.s60tips.com

[ Last edited by  tonkgang at 6-4-2007 01:10 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2007 10:54 PM | Show all posts
Tutorial 2 - Drive Letter

memori fon dan kad dapat dibuka dengan menggunakan file manager yg terdapat dlm fon tersebut (built-in). bagaimanapun, dengan memuat turun 3rd party file manager seperti Y-Browser, ActiveFile, FExplorer, SysExplorer dan lain2, ia membenarkan pengguna membuka semua ruang pemacu yg terdapat di dalam sistem.




C:\ - juga dikenali sebagai memori fon. secara asasnya merupakan memori flash yg mana membenarkan pengguna install aplikasi dan menyimpan data2. tidak seperti memory card, ianya sentiasa berada di dalam fon. bermakna, segala data masih lagi ada walaupun memory card dikeluarkan. bagaimanapun, memori fon mempunyai saiz yg terhad dan xboleh ditambah.

D:\ - merupakan pemacu untuk simpanan fail sementara. kandungannya akan dibuang setiap kali fon reboot. ruang ini jarang2 digunakan.

E:\ - merupakan pemacu memory card. ruang yg biasa digunakan untuk menyimpan segala data, install aplikasi dan sebagainya. kelebihan memory card ialah pengguna boleh memilih saiz kapasiti ruang memori bersesuaian mengikut keperluan. utk penggunaan optimum, gunakan memory card yg mempunyai data transfer speed yg tinggi seperti 100X dan ke atas.

Z:\ - ruang dimana imej ROM (read-only memory) ditempatkan. mengandungi applikasi OS dan juga fail2 data. pengguna tidak boleh menulis/mengisi data di dalam ruang ROM ini. data2 di dalam pemacu ini hanya  boleh diubahsuai dengan melakukan flashing seperti update firmware menggunakan nokia software updater.

credits: www.s60tips.com

[ Last edited by  tonkgang at 11-4-2007 10:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by tonkgang at 31-3-2007 10:34 PM
Tutorial 1 - Kod Maklumat Sistem/Telefon Symbian S60 Nokia

da seminggu x update. nk kumpul maklumat. keke. Kod2 ni dah ada dlm board handphone dulu. aku letak balik dan sebelum apa2 masalah ht ...


Tongkang, Great work! Saya dah copy semua yang anda tuliskan. Memang sangat berguna. BTW, saya tertarik dengan mencari Wlan address.. Boleh tak tolong buat tutorial camner nak set Wlan ni? Maksudnya kalau saya ada N80 saya boleh surf the net free di tempat yang ada wireless, betul?  Macam yang laptop guna wireless tu? Maaf, saya ni masih  kurang arif tentang surfing dengan handphone..Kalau Tongkang boleh ajar camner nak setup Wlan, I'll greatly appreciate it. thanks.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2007 10:14 PM | Show all posts

Reply #6 nafizzz's post

tq nafizz. okeh akan diusahakan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by tonkgang at 5-4-2007 10:14 PM
tq nafizz. okeh akan diusahakan


ke sini awak rupanya tonkgang...Patut ler tak nampak kat thread Motorola tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2007 03:01 PM | Show all posts

Reply #8 pink panther's post

hehe. susah pulak asik nak off topic kt thread motorola tu. cerita pasal nokia pulak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 12:17 AM | Show all posts
Tutorial 3 - Membuat Sub-Folder/Sub-Direktori dan Menukar Nama Ikon Aplikasi

okeh. macam kita tahu untuk symbian 60 bila kita bukak menu akan ada ikon2 folder (games, office, tools, applications) dan juga ikon aplikasi (music, calendar, contacts). jika diperhatikan, option Rename hanya boleh dipilih utk ikon folder manakala option Move to folder hanya boleh dipilih utk ikon aplikasi. trick di sini ialah untuk membuat options utk ikon folder boleh digunakan utk ikon aplikasi dan sebaliknya. ini membolehkan nama ikon dinamakan semula dan juga membuat sub-folder (folder dlm folder).

sebagai contoh kita akan buat sub-folder dalam folder Games. buat folder baru dlm halaman menu dan kita namakan Racing.



pindahkan folder tadi ke kedudukan no.1 atau top-left (Penting!). untuk menjadikan folder racing sebagai sub-folder, kita perlukan option move to folder. untuk itu kita perlu highlight ikon aplikasi (mana2 ikon aplikasi boleh di highlight janji bukan ikon folder)



klik options (jgn tekan OK) dan biarkan pilihan options tersebut dipaparkan. sekarang tekan button power telefon (jgn hold pulak button tu nanti terus off telefon) dan aktifkan profile Offline pada ketika pilihan options td masih tertera.



pada ketika profile offline diaktifkan kita dapat lihat yg ikon pertama (top-left) tersebut telah di highlight. dan didapati yg options kita paparkan tadi masih lagi ada. ini bermakna option move to folder boleh dilaksanakan untuk ikon yg telah di highlight (racing).



haa apa lg:" />:" />>. pindahkan la folder racing tadi dalam mana2 folder yg nak diletak. dalam contoh ni kita pilih folder games. tadaa.. sekarang kita dah buat sub-folder racing dalam folder games.



kita boleh ulangi proses ini untuk membuat sub-sub-folder. proses ini juga boleh digunakan utk menamakan semula ikon2 aplikasi. bezanya kita letakkan ikon aplikasi yg nak dinamakan ke posisi top-left dan highlight ikon folder untuk option rename. yg selebihnya sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 08:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 09:58 PM | Show all posts

Reply #11 Rempit_25's post

kuikui ada lagi thread ni. xda sambutan. aku sorang je menaip.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 11:23 PM | Show all posts
aku baru je beli N80, bagus ade info camni, teruskan usaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 11:33 PM | Show all posts
nak delete icon pada menu boleh tak ? sebab aku punmya N70 ada icon Maxis 3G sedangkan aku pakai celcom 3G
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 03:35 PM | Show all posts

bagus betul tonk ni..

suspek betul aku..

mod bglah kredit kat semua post dia dlm topik ni... susah payah dia compile..


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 07:30 PM | Show all posts
Originally posted by freekey at 11-7-2007 03:35 PM

bagus betul tonk ni..

suspek betul aku..

mod bglah kredit kat semua post dia dlm topik ni... susah payah dia compile..

http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif
http: ...


yee...yee...ye....setuju....setuju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2007 01:05 PM | Show all posts
la... camner leh terlepas tengok thread nie.... bagus nie... aku pun tak tau sebelum nie....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 01:13 PM | Show all posts
ramai x tau upernya..

..kena stiky ke apa yang patut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 01:40 PM | Show all posts
ramai xtau



dulu sebab mcm xda respon aku hold dulu tuto ni sebab nanti letak lain kang satu page je memanjang nak kena scroll ke bawah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 04:03 PM | Show all posts

Reply #19 tonkgang's post



haku rasa time tu memasing lum ada duit nak sambar symbian phone tonk..

..skang ni duit terlebih2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058331 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list