CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 21227|Reply: 77

Panduan Haji dan Umrah (merged threads)

[Copy link]
Post time 12-7-2006 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Petikan dari kursus yang disusun oleh:
Ustaz Putera #h Al-Madani
Kolej Islam Darul Ridzuan


Definasi:

Haji - Mengunjungi Baitullah dalam bulan-bulan Haji kerana mengerjakan Tawaf, Sa'ie dan Wuquf di Arafah dengan syarat-syarat serta menunaikan segala rukun dan wajibnya.

Umrah - Menziarahi Baitullah pada bila-bila masa kerana mengerjakan Tawaf dan Sa'ie dengan menurut syarat-syarat serta menunaikan segala rukun dan wajibnya.

[ Last edited by  ibnur at 17-8-2007 10:50 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2006 05:56 PM | Show all posts

Rukun

Rukun Haji:

1.  Niat
2.  Wuquf
3.  Tawaf
4.  Sa'ie
5.  Bercukur atau bergunting
6.  Tertib pada kebanyakan rukun


Rukun Umrah:

1.  Niat
2.  Tawaf
3.  Sa'ie
4.  Becukur atau bergunting
5.  Tertib


Definasi rukun:

- Rukun haji atau umrah ialah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap individu yang mengerjakan haji dan umrah.
- Sekiranya salah satu dari rukun haji atau umrah tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat haji atau umrahnya tidah sah atau tergantung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2006 05:58 PM | Show all posts

IHRAM

Definasi ihram:
- Berniat mengerjakan haji atau umrah atau kedua-duanya sekali.  Dengan niat tersebut seseorang itu telah terlarang dari melakukan perkara-perkara larangan di dalam ihram.

Seseorang ysng telah berihram haji, umrah atau kedua-dduanya akan kekal dalam ihram sehinggalah ia:
1.  Menyelesaikan semua nusuk, atau
2.  Berlaku ihsor - Dam ihsor, bergunting/bercukur.
3.  Berlaku perkara yang menjadi syarat untuknya menjadi halal (yakni bagi mereka yang Niat Bersyarat)


NIAT IHRAM

Ihram umrah:
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala".

Ihram Haji (Ifrad dan tamattu'):
"Sahaja aku mengejakan haji dan dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala".

Ihram Haji (Qiran):  
Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Ta'ala".


1. Tujuan berniat adalah bagi memastikan jenis ibadah yang hendak dilakukan (haji atau umrah)
2. Berniat hendaklah di dalam hati.
3. Melafazkan niat secara lisan hukumnya adalah sunat.


Perkara sunat berihram.
- memotong kuku
- menggunting bulu-bulu di badan
- mandi (sunat ihram)
- memakai minyak dikepala
- memakai bau-bauan di badan
- memakai pakaina berwarna putih
- mengerjakan solat ihram.
selepas:
- berdoa
- bertalbiah
- berzikir

[ Last edited by  ibnur at 12-7-2006 06:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2006 05:59 PM | Show all posts

LARANGAN-LARANGAN SETELAH BERIHRAM:

Pakaian:
- pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum
- menututp kepala atau sebahagian darinya
- menutup muka
- memakai sarung tangan

Berwangian:
- memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, minuman atau menghisap/menghidunya ke dalam hidung
- memakai minyak di kepala atau janggut dan semua bulu muka selain dari tumbuhan di pipi dan dahi.

Kecantikan:
- menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan
- mengerat atau memotong kuku

Alam Sekitar:
- memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di tanah haram
- memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di tanah haram atau di tanah halal.

Hubungan Jantina:
- berkahwin/mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
- melakukan pendahuluan persetubuhan/istimta'
- bersetubuh/jima'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2006 06:01 PM | Show all posts

WUQUF DI BUMI ARAFAH

Definasi:
Berada di bumi Arafah walau satu detik sekalipun dalam sebarang keadaan.

Masa:
Bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah dan berkhir seketika sebelum terbit

fajar pago 10 Zulhijjah.

Waktu Afdhal:
Berwukuf pada sebahagian siang 9 Zulhijjah sehingga sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.

Syarat wuquf:
- telah berihram haji
- seorang ahli ibadat
- berada di bumi arafah

Amalan sunat berwuquf:
- solat fardhu berjemaah
- bertalbiah
- berdoa
- berzikir
- membaca Al-Quran
- solat-solat sunat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2006 06:02 PM | Show all posts

TAWAF

Jenis tawaf:
1. tawaf rukun (tawaf umrah atau tawaf ifadhah/haji)
2. tawaf qudum (selamat datang)
3. tawaf wada' (selamat tinggal)
4. tawaf nazar
5. tawaf tahiyyatul bait (semasa masuk masjidil haram)
6. tawaf sunat

Syarat tawaf:
1. Suci dari hadath
2. suci pakaian, badan dan tempat tawaf dari najis
3. menutup aurat
4. bermula pada sudut hajarul aswad dan berniat bagi tawaf selain dari tawaf rukun.

Hukum niat tawaf:
sunat bagi tawaf rukun
wajib bagi tawaf qudum, wada', nazar, tahiyyatul bait dan sunat.

Syarat tawaf:
1. Baitullah sebelah kiri dan berjalan ke hadapan.
2. Berjalan bertujuan tawaf
3. cukup 7 kali keliling dengan yakin
4. dilakukan di dalam masjidil haram dan di luar KA'abah (Hijir Ismail dan Syazarwan).

Sunat tawaf:
- Berjalan kaki
- ittiba' (bagi lelaki)
- ramal (bagi lelaki)
- istilam (rukun hajarul aswad - kucup, rukun yamani - tidak kucup)
- berzikir/doa
- muwalat
- khusyuk dan tawadhuk
- solat sunat tawaf

1. Hukum mencium Hajarul Aswad adalah sunat (bagi lelaki) dan harus (bagi perempuan).
2. Tidak digalakkan bagi orang yang masih terikat dengan pantang larang ihram.
3. Bagi orang yang dalam ihram, haram bagi menyentuhnya jika diyakini bahawa ianya  basah kerana diletakkan minyak wangi
4. Harus dijaga akhlak ketika berusaha menciumnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-7-2006 06:03 PM | Show all posts

SA'IE

1. Selepas tawaf rukun atau tawaf qudum
2. bermula di Bukit Sofa dan berakhir di Bukit Marwah
3. cukup 7 kali ulang alik
4. sampai di penghujung bukit sofa dan bukit marwah
5. bersa'ie di Batn Al-Wadi
6. jalan bertujuan untuk Sa'ie.

note: satu perjalanan dikira dari Sofa ke Marwah dan dari Marwah ke Sofa dikira 1 perjalanan.  Perjalanan dari Sofa ke Marwah dan kemali ke Sofa dikira 2 perjalanan.

Sunat Sa'ie:
- melalui pintu sofa
- panjat bukit hingga ke batu
- mengangkat tangan dan bertakbir di Sofa dan Marwah
- berlari anak di bahagian wadi (bertanda lampu hijau antara 2 tiang)
- suci dari najis dan hadath
- berjalan kaki
- berzikir / doa

[ Last edited by  ibnur at 12-7-2006 09:43 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2006 06:03 PM | Show all posts

BERCUKUR

Tujuan:
Haji - salah satu dari 3 perkara bagi menghasilkan tahallul awal
Umrah - kerana bertahallul

Syarat bercukur:

Cara - gunting atau cukur atau cabut
Minima - 3 helai rambut
afdhal - bercukur bagi lelaki sahaja

Waktu:
Umrah - selepas Sa'ie
Haji - selepas tengah malam 10 Zulhijjah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2006 06:04 PM | Show all posts

TERTIB

Haji: Tertib pada kebanyakan rukun

Umrah: Tertib pada keseluruhan rukun
Jenis Tahallul:
Tahallul umrah - terlepas dari semua pantang larang ihram

Tahallul haji
- tahallul awal (ada baki 3 larangan)
- tahallul thani - terlepas dari semua pantang larang ihram
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2006 12:00 AM | Show all posts
berikut rajah ka'abah denga 4 sudut disebut sebagai rukun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2006 12:01 AM | Show all posts

WAJIB HAJI DAN UMRAH

Wajib Haji:
1. Niat ihram di miqat
2. bermalam / mabit di Muzdalifah
3. melontar Jamratul Aqabah
4. bermalam / mabit di Mina
5. melontar 3 jamarat
6. meninggalkan perkara-perkara larangan dalam ihram

Wajib umrah:
1. Niat ihram di miqat
2. meninggalkan perkara-perkara larangan dalam ihram
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2006 12:02 AM | Show all posts
akan disambung lagi seterusnya....

kalau ada yang silap dan komen sila kemukan

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 11:47 PM | Show all posts
Salam,


Dah ok ler tu Ibnur...

Cuma aku nak perjelaskan lagi fasal RUKUN dan WAJIB tu.. Biasanya Rukun dan WAjib tu sama jer ertinya tetapi TIDAK pada ibadah haji ni. Perbezaannya adalah;

1. Rukun itu adalah sesuatu perbuatan yang apabila ditinggalkan maka Tidak Sah hajinya. Ia Tidak Boleh digantikan dengan Dam (denda).

2. Wajib pula adalah sesuatu perbuatan yang perlu dikerjakan namun Sah atau Tidak hajinya bukanlah bergantung pada perbuatan tersebut kerana jika perbuatan itu ditinggalkan, boleh digantikan dengan DAm (denda) seperti menyembelih  binatang..



Itu jer..

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2006 08:23 AM | Show all posts
terimakasih saifulms.


cuma sini saya nak tambah berkenaan rajah ka'abah tu.  dalam gambar rajah tu tidak nampak hijir ismail yang sebenarnya adalah sebahagian dari ka'abah.  juga shazarwan (iaitu di kaki ka'abah) adalah sebahagian dari ka'abah.  sesiapa teringin nak sembahyang dalam ka'abah boleh sembahyang dalam hijir ismail.  tawaf hendaklah di luar hijir ismail dan jangan masuk ke dalamnya.  masa dahulu, kena berhati-hati dengan syazarwan sebab kaki boleh terkena dengannya maka pusingan tawaf berkenaan tidak sah.  sekarang dengarnya sudah diubah suai.  

garisan solid hitam di rukun hajarul aswad dalam rajah tu dulu ada.  tetapi sebab terlalu ramai orang suka berhenti disitu dan menyulitkan pergerakan tawaf jemaah lain, maka ia telah di tanggalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 03:58 AM | Show all posts

kasi up balik thread ni

& copy paste sikit...

Umrah di bulan Ramadhan : diantara keperluan dan keutamaan

Mengerjakan umrah didalam bulan Ramadhan merupakan satu trend umat Islam di negara kita. Mereka ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah orang-orang kenamaan, artis-artis, ustaz-ustaz, golongan koperat dan sebagainya akan cuba mengerjakan umrah dibulan yang mulia ini.




Malah kerajaan Arab Saudi melaporkan bahawa jumlah jemaah di Makkah dan Madinah melebihi jumlah jemaah dimusim Haji. Cuma bezanya adalah jemaah tidak bergerak dari satu tempat ke satu tempat, dan juga kawasan tawaf tidak begitu sesak selepas solat Isya', kerana tumpuan diberikan kepada ibadat Solat Tarawih dan Iktikaf. Satu lagi fenomena umrah pada musim Ramadhan adalah, pada waktu pagi, Masjidil Haram tidaklah sesak, kerana sebahagian jemaah mula tidor selepas selesai solat subuh.
  
Ada juga kebenarannya fatwa yang dikeluarkan oleh Syiekh Nasyiruddin al-Albani bahawa tidak ada iktikaf (untuk 10 malam terakhir Ramadhan) melainkan hanya di 3 masjid; iaitu Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa (berdasarkan hadith sahih yang dikeluarkan oleh al-Tahaawi, al-Ismaili dan Baihaqi - Lihat Risaalah Qiyaam Ramadhaan , Bab Syarat Iktikaf, ms 15, edisi internet). Mereka yang benar-benar ingin melakukan amalan iktikaf hendaklah masuk kedalam salah satu dari 3 masjid diatas bermula dari 20 Ramadhan sehinggalah ke malam Eid al-Fitr. Sudah tentu cuti yang akan diambil melebihi 14 hari, termasuklah perjalanan pergi dan balik. Amalan Iktikaf di tanah haram ini sesuai sangatlah dengan cuti panjang yang diambil dan menepati maksud hadith tersebut.

Pakej umrah di bulan Ramadhan biasanya terbahagi kepada 4 bahagian; Awal Ramadhan, Pertengahan Ramadhan, 10 hari terakhir beserta iktikaf dan akhir Ramadhan berserta Hari Raya. Yang membezakan diantara pakej-pakej ini adalah harganya. Makin hampir kepada hari raya, makin mahal harga pakejnya. Saya pernah berbincang dengan seorang mudir hotel disana mengenai harga sewa hotel. Kata beliau, selepas musim Haji, harga hotel boleh turun semurah 50 Riyal satu malam, dan boleh meningkat sehingga 400 Riyal bagi bilik yang sama dimusim Ramadhan. Bagi pengusaha hotel pada musim Haji, kebanyakkan hotel di Makkah akan disewa selama 3 bulan pada Muasasah Haji untuk kegunaan pakej jemaah Haji dan digelar Maktab. Puncak perniagaan bagi hotel-hotel di Makkah sebenarnya adalah pada bulan Ramadhan. Akibat dari kenaikkan sewa hotel dan kos-kos lain, pakej Umrah di bulan Ramadhan terlalu istimewa bagi mereka yang berkemampuan sahaja.

Kalau dilihat dari aspek kos pakej Umrah dimusim Ramadhan, ia hampir menyamai atau melebihi pakej asas haji. Kos Umrah yang tinggi ini tidak menghalang orang-orang yang berharta melakukan Umrah di bulan Ramadhan berkali-kali. Melihat dari sudut fiqh; apakah ianya sunnah melakukan Umrah sunat berkali-kali seperti ini? Sekali lihat, persoalan ini seolah-olah wujud perasaan tidak puas hati dari kalangan orang-orang miskin. Rupa-rupanya menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Imam Ghazali rh. juga pernah mengkritik sikap orang-orang kaya yang mengerjakan amakan Haji sunat berkali-kali sedangkan jiran tetangga didalam keadaan miskin, kebuluran dan kelaparan (Fiqh al-Aulawiyat, cet ke 4, 2000, ms. 212)..

Fiqh (Fekah) ini yang dinamakan Fiqh al-Aulawiyat menurut al-Qaradhawi. Ia merupakan fiqh yang melihat prioriti sesuatu amalan, yang mana lebih diutamakan. Beliau juga telah memetik dialog diantara Syeikh Bishir Ibn al-Harith dengan seorang lelaki. Lelaki tersebut memohon izin Syeikh al-Harith untuk pergi membuat Haji sunnat, katanya : "Aku telah berazam untuk menunaikan Haji (sunat), maka nasihatlah aku sesuatu?". Syeikh berkata :"Berapa jumlah nafkah kamu?". Jawabnya :"2,000 dirham". Berkata Bishir :"Apakah yang anda mahu apabila menunaikan Haji/Umrah? Ingin menjadi zuhud, atau rindukan Baitullah, atau mahu mendapat keredhaan Allah?". Jawab lelaki tersebut : "Aku inginkan keredhaan Allah". Berkata Syeikh lagi :"Jika kamu boleh mendapatkan keredhaan Allah ditempat kamu dengan membelanjakan 2,000 dirham, dan kamu yakin mendapat keredhaan Allah, Apakah kamu mahu begitu?". Berkata lelaki tersebut :"Ya".

Syeikh berkata : "Pergilah berikan (duit tersebut) kepada 10 golongan : Orang berhutang dilepaskan hutangnya, orang fakir agar ia dapat menjaga dirinya, orang yang banyak tanggungannya dicukupkan belanjanya, penjaga anak yatim digembirakannya, jika kuat hatimu, agihkanlah. Sesungguhnya mengembirakan hati seseorang Islam, menolong orang didalam kesusahan, kesempitan dan kesulitan hidup : lebih afdal dari melakukan 100 kali Haji sunat! Pergilah (bangunlah),maka keluarkan harta kepada golongan yang aku suruhkan tadi!......" (Fiqh al-Aulawiyat , ms 212. al-Qaradhawi memetik dari Ihya' 3/409).

Didalam buku yang sama juga, al-Qaradhawi menyelar orang-orang kaya yang hanya menyibukkan diri dengan ibadat badaniyah sahaja seperti solat, puasa, membaca al-Quran dan sebagainya, yang tidak melibatkan wang ringgit yang banyak. Menurut beliau, mereka ini adalah merupakan orang-orang yang terpedaya, kerana sifat bakhil dan kendekut menguasai diri mereka. Beliau mengumpamakan keadaan ini seperti orang yang dipatuk ular berbisa yang boleh membawa maut, apa yang dicarinya adalah ubat penyakit kulit, dan bukan ubat menawar racun ular tersebut. (Fiqh al-Aulawiyat , ms 211).

Benar sekali, secara realitinya manusia lebih suka membayar pakej Umrah yang mahal daripada mendermakan jumlah wang yang sama kepada mereka yang memerlukan. Biasanya, kalau nak bersedekah, jangan kata 10% dari jumlah wang pakej Umrah disedekahkan, RM20 pun susah. Bayangkan berapa ramai orang miskin yang dapat kita bantu dengan jumlah wang sebanyak RM5000?

Bagi mereka yang saban tahun menunaikan Umrah sunnat, marilah bermuhasabah dengan meletakkan prioriti amalan kita kepada sesuatu yang lebih di perlukan. Waduh, cuba bayangkan, dengan wang lebih dari RM5,000, banyak hati-hati yang dapat dihibur dan digembirakan. Ramai juga mereka yang akan mendo'akan kita agar dimurahkan reski dan dipanjangkan umur. Janganlah kita asyik mementingkan menambah pahala kita bersendirian sahaja. Marilah kita melakukan satu amalan yang boleh menjadi sedekah jariah (flowing donation) yang sudah pasti sampai ke alam barzah, dan mendapatkan keredhaan Allah swt. Jom sedekah!!

- kamin, 12 Nov 2006 / 20 Syawal 1427, 12:10am.
http://kaminms.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 10:01 AM | Show all posts
Bagaimana syazarwan dan hijir ismail terkeluar dari binaan kaabah?

Ini berlaku semasa binaan Quraish 591Masihi.  Harta yang dikumpul untuk pembaikan Ka'abah tidak mencukupi untuk membiayai pembinaan mengikut bentuk asalnya.  Mereka telah berbincang dan bersetuju untuk mengecilkan dan mengeluarkan bahagian Hijir Ismail dari binaan ka'abah.  Hijir Ismail ditanda dengan separa lingkaran dan dibuat dinding.  Pintu ka'abah dibuat satu sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2007 10:14 AM | Show all posts

tarwiyah+wukuf+tashrik

Hari Tarwiyah dan wukuf di Arafah.

Pada 8 Zulhijjah (hari tarwiyah), para jemaah haji Malaysia akan berangkat ke Padang Arafah.  Setiap Maktab di bawah pengurusan Muasassah akan disediakan beberapa buah bas untuk mengangkut para jemaah ke padang Arafah.  Terdapat juga beberapa jemaah haji (terutama dari Perlis) yang pergi ke Mina dahulu sebelum ke Arafah seperti mana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum penyampaikan khutbah Arafahnya yang terakhir.

Jemaah haji akan bermalam di Arafah sebelum hari wukuf.

Berikut gambar di Arafah.  Waktu pagi sebelum waktu wukuf.:


Perkhemahan Malaysia dan kelihatan juga bendera Malaysia.  Papan tanda kuning tu adalah tanda sempadan Arafah.



Gambar perkhemahan Malaysia di sebelah kiri dan Indonesia sebelah kanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 10:19 AM | Show all posts
Wukuf akan mask pada waktu zuhur.  Sebelum waktu zuhur, imam akan memberi khutbah Arafah.  Bila masuk waktu zuhur, azan akan dilaungkan dan jemaah akan bersolat zuhur dan asar secara jamak takdim (tiada qasar).  Selepas itu diikuti zikir dan doa Arafah.  Boleh ikut doa imam dan kemudian bila dah habis imam berdoa, berdoalah secara sendirian dengan doa yang bersesuaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 10:30 AM | Show all posts
Mabit di Muzdalifah

Jemaah haji akan dibawa dengan bas dari Arafah ke Muzdalifah bermula dari lewat petang dan akan berakhir hampir tengah malam pada hari wukuf.

Di Muzdalifah, pihak muasassah telah menyediakan kawasan-kawasan khas untuk setiap maktab.


Gambar di muzdalifah.  Kelihatan papan tanda sempadan Mina dan Mudzalifah.  Di belakang sana tu ialah sebahagian perkhemahan Mina.

Jemaah haji akan bermabit sehingga selepas tengah malam.  Bermula dari tengah malam, jemaah haji akan dibawa dengan bas ke perkhemahan Mina.


Kelihatan dlm gambar selepas tengah malam, sebahagian jemaah haji dari asia barat, tengah dan selatan memilih utk berjalan kaki dari muzdalifah ke Mina (kelihatan di luar pagar).  Sementara jemaah haji Malaysia disediakan bas oleh Muasassah.  Boleh juga jalan kaki kalau tahu mana Mina Muaissim.  Dalam 3 km sahaja.

[ Last edited by  ibnur at 6-2-2007 11:05 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 10:33 AM | Show all posts
Semasa mabit di Muzdalifah adalah sunnah untuk mengutip 7 biji batu untuk melontar pada 10 Zulhijjah.

Boleh juga kutip untuk lontaran seterusnya, kerana di muzdalifah terdapat banyak batu.  Kerana pihak Kementerian Haji Arab Saudi akan angkut batu-batu yg dilontar di Jamrah dan longgokkan di Muzdalifah.

Boleh kutip batu di Mina, tapi Mina sekarang bukan macam 10 tahun dulu.  Nanti saya sambung lagi kenapa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.094194 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list