CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2119|Reply: 9

Berkaraoke

[Copy link]
Post time 30-3-2007 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,
Saya ada masalah tentang berkaroeke ni. Boss saya di ofis ni asyik suruh saya berkaroeke aje disetiap majlis. Didalam mesyuarat pun dia selalu mention suruh saya nyanyi karoeke, sampai dia kata ni satu arahan dari committee. Rasanya dia takkan puas hati selagi saya tidak menyanyi.

Masalahnya: Saya tidak mahu kerana pada pendapat saya berkaroeke ini menyalahi hukum islam dan berdosa, apa tah lagi saya ni sudah ke tanah suci. Pendapat mereka, takpalah mak aji menyanayi, lepas tu taubat - sebab tulah kata mereka orang sekarang ni pergi menunaikan haji 2-3 kali.

Apa pendapat rakan-rakan sekelian? Bagaimana saya nak memberi alasan dan mematahkan hujah mereka. Sekali, 2 kali terlepas dan saya takut nanti sampai sudah tiada alasan lagi. Bos saya ni semuanya melayu (saya assume islam).

terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2007 11:10 AM | Show all posts
mak aji nyayi lagu nasyid   Lagu Selimut Putih seswai juga di perdengarkan pada bos mak aji
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 12:42 PM | Show all posts
tak pun mak aji nyanyikan untuk boss lagu ni ..PERGI TAKKAN KEMBALI..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2007 02:58 PM | Show all posts
Masalahnya: tak pernah menyanyi or bernasyid depan orang. Sendiri menyanyipun tak reti. Tak berdosa ke perempuan menyanyi depan orang ramai?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 05:20 PM | Show all posts
tak arif la plak pasal2 ni..tapi ikut logikla kan, sore pempuan tu kan aurat...kalau dh aurat haram tayang kat org kan?! so, dusa lakan kalau nyanyi utk org lain lebeh2 lagi lelaki yg bukan muhrim...
betulkan saya kalau saya salah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 06:46 PM | Show all posts

hajjah Uda...yg dihormati..

bertegaslah, jangan layan....sudah terang lagi bersuluh....

adakah kita sanggup mengabaikan Tuhan yg menciptakan langit dan bumi...

dan mendahulukan bos kita yg  nyawanya juga adalah ditangan Tuhan...

kalo diorang kata nyanyi lah pastu taubat, hajjah jawabla itu dah kira hina Tuhan sebab taubat bukan perkara main....

kalo dia tak percaya suruhlah bos anda tampar seseorang kuat2 dengan sengaja pastu minta maaf, pastu tampar lagi pastu minta maaf....pastu tampar lagi pastu minta maaf lagi...
tengok adakah orang tu sudi memaafkan bos anda tu...atau pun dia  pukul balik....

itu sesama manusia, apatah lagi kita dengan Tuhan yg bumi , matahari semua adalah di bawah kekuasaanNya....

.
nyanyi karaoke ngan suami kat umah kan lagi best......

p.s; kalaulah manusia diberi kesempatan melihat neraka dan isinya.....semua akan banyak menangis....takut kat Tuhan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2007 06:51 PM | Show all posts

Reply #3 iconglu's post

x pun mak aji nyanyi lagu inteam-TANPAMU-
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 10:55 PM | Show all posts
Pandai sangat suruh orang pergi haji 2-3 kali untuk taubat.  Yang bercakap macam tu dah berapa kali pergi haji?  Patut hajjah minta dia orang sponsor, satu lagu sekali sponsor pi mekah.

Lain kali hajjah cakap dia orang, abang aji kat rumah tak bagi nyanyi.  Kena ikut perintah abang aji.


Jawapan dari Dr. Masitah Ibrahim, Harian Metro
Suara wanita pada dasarnya tidak aurat. Bagaimanapun, jika suaranya boleh membawa fitnah sehingga terbayang-bayang dalam ingatan, ketika itu suara menjadi aurat.

Menyanyi pula dalam keadaan biasa adalah harus. Apalagi kalau nyanyian itu boleh membawa kesedaran dan mengingatkan Allah serta memuji kebesaran-Nya dan tidak membawa kepada kelalaian.

Jika sebaliknya berlaku, nyanyian diharamkan. Harus bagi wanita membaca al-Quran dengan memperdengarkan suara yang baik. Rasulullah SAW menggalakkan supaya bacaan al-Quran dilagukan dengan baik dan sedap didengar.

Jika membaca al-Quran menjadi tarikan pada lelaki, ia tidak sampai tergila-gila dan terbayang-bayang dalam ingatan sehingga ingin melakukan sesuatu yang tidak senonoh padanya, sebaliknya hanya sekadar menghiburkan. Oleh itu ia berbeza dengan nyanyian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2007 08:53 AM | Show all posts

Reply #1 uda's post

kebiasaan kompeni2 g function adalah karaoke. bos saya seorang yg tidak suka karaoke. namun bila ia berlaku beliau tidak turut menyanyi2 bersama mereka2. beliau tgk saja walaupun diminta oleh bos2 yg lain. kalo kita bertegas org pun respek. skg orang dah tau keotaian bos saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2007 08:49 AM | Show all posts
Terima kasih diatas jawapan kawan2 semua. Yelah, saya kena bertegas. Takkanlah tak nyanyi dia boleh buang kerja,kan.Rezeki ditangan tuhan. Cuma yang tak sedapnya, mereka tak puas-puas suruh berkaroeke, so far oklah tapi tenguk muka bos lain macam aje bila saya tolak. Last week ada gi dinner, pastu semua pegawai wanita kena buat poco-poco, i and 2 orang sudah sembunyi kat belakang, pas tu adalah pegawai2 lelaki nampak kami sembunyi and jerit kami ada kat luar, nasib baik bos besar perempuan tak nampak. Alhamdulillah kami lepas malam tu.

Saya ada cakap dengan hubby and dia suggest: lain kali mintalah karoeke 'Asmatul Husna ke or Zikir Munajat.

p/s: leceh betul kerja kat sini. Ofis dulu takda pun perkara-perkara macam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.071401 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list