CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7324|Reply: 53

KESESATAN YANG PERTAMA

[Copy link]
Post time 30-3-2007 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Rujukan: AMPDA MUKA SURAT 149

" Kalau begitu,bukanlah salah kalau kami di Darul Arqam ada mengamalkan "seruan-seruan" yang ditujukan kepada hamba-hamba Allah yang layak untuk diseru. Meminta pertolongan kepada mereka itu,sebenarnya ialah kerana mereka ialah orang-orang Allah yang memang ditugaskan untuk itu."

Komen: Apa yang tertera diatas adalah satu pengakuan bahawa mereka berbuat sedemikian.

Sambung lagi dimuka surat yang sama:

"Sebab,Allah SWT hendak memberi pertolongan kepada manusia itu,bukan secara langsung tetapi ada perantaraannya. Malaikat Jibril menghantar wahyu,Mikail pula menurunkan rezeki,Izrael mengambil nyawa,Israfil meniup sangkakala dan begitulah seterusnya dengan lain-lain malaikat yang memiliki tugas masing-masing."

Komen: Mereka telah menggunakan akal bagi membenarkan/membolehkan memohon pertolongan melalui perantaraan kepada (wali-wali Allah) kerana tugas-tugas memberi pertolongan adalah tugas wali-wali dengan membuat perbandingan tugas-tugas para malaikat yang sememangnya perintah dari Allah.

Sambung lagi dimuka surat yang sama:

" Allah SWT menyiapkan pekerja-pekerja(tentera-tentera)Nya,maka diantara mereka itu ialah Wali-Wali Allah(orang-orang Allah) yang mempunyai tugas-tugas tertentu. Mereka itulah yang kami seru agar menolong kami(dengan izin Allah SWT)."

Komen: Ini jugak satu bukti bahawa mereka seru memohon pertolongan kepada Wali-Wali. Sememangnya setiap pertolongan itu dan apa jua dengan izin Allah tetapi perbuatan memohon itu,apakah dengan izin Allah atau Allah izinkan berbuat sebegitu?

Pertanyaan:
1. Buktikan dengan dalil bahawa Allah SWT memberi tugas kepada Wali-Wali untuk memberi pertolongan kepada manusia?

2. Buktikan dengan dalil bahawa Allah SWT mengizinkan perbuatan memohon pertolongan kepada Wali-Wali?

Rujukan: AMPDA MUKA SURAT 151,152

" Sebenarnya Asy Syeikh As Saiyid Muhammad bin Abdullah As Suhaimi itu bukanlah jin ataupun hantu. Beliau yang mulia itu ialah seorang WALI ALLAH yang ghaib,yang mempunyai berbagai-bagai karamah. Dan karamahnya terus berlaku sekarang walaupun beliau sudah tiada dialam nyata ini. Sebagai RIJALUL GHAIB,beliau diizinkan Allah SWT untuk menunaikan hajat manusia(dengan izin Allah)"

Komen: Lihatlah,dia telah mendakwa bahawa Allah SWT telah memberi izin kepada As Suhaimi ini untuk memberi pertolongan kepada manusia melalui keramahnya. Hey...apa punya akal le dia ini!

Sebagai penutup,lihatlah bukti ini: AlQuran AR RA'D Ayat 16: Allah berfirman:

" Katakanlah: Siapa Tuhan Langit dan Bumi? Katakanlah: Allah. Katakanlah: Adakah kamu ambil Wali-Wali selain dari padaNya,yang tiada memberi manfa'at kepada dirinya dan tiada pula memberi melarat? Katakanlah: Adakah bersamaan orang yang buta dengan orang yang melihat? Bahkan adakah bersamaan gelap dengan nur? Bahkan adakah mereka mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu yang menjadikan seperti Allah menjadikan,lalu serupa makhluk atas mereka? Katakanlah: Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dia Esa lagi Maha Kuasa."

Komentar: Dari ayat diatas itu jelas bahawa Allah meNAFIkan peranan Wali-Wali memberi pertolongan kepada manusia. Allah jugak ISBATkan bahwa perbuatan memohon pertolongan kepada Wali-Wali adalah penyekutuan kepadaNya. MASAKAN TIDAK BEGITU! Allah SWT NAFI didalam FIRMANNYA;" Yang tiada memberi manfa'at dan tiada pula memberi melarat."

PENTING DIFAHAMKAN: Bijaksana Allah yang telah menurunkan suatu BUKTI bagi menafikan orang-orang yang melakukan perbuatan sedemikian dengan BERSOAL JAWAB TERHADAP DIRINYA.

Kita akan sambung pulak kepada KESESATAN YANG KE-2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2007 06:02 PM | Show all posts

Reply #1 Amir's post

Ni cite bab Tawasul. Haluan ibnu taimiyah/wahabi menentang sekeras2nya. Haluan AWSJ takde hal.

Tak habis2 ni dari dulu lagi. Dah banyak diperdebatkan. Nothing new really.

Bab minta tolong dari wali. Janganla beriktiqad wali tu berkuasa mutlak dalam memberi pertolongan. Kaitkan segala2nya dengan Tuhan. Dgn izin Tuhanla wali itu boleh menolong. Hmmm, kalau takleh minta tolong dari org baik2, nak mintak tolong dari org jahat?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 09:05 PM | Show all posts
BERDOA
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 11:36 PM | Show all posts
Cakap berpanjang-panjang nanti pening pulak.  Saya pendekkan cerita.  Apa yang wahabi kata haram adalah bertawasul dengan orang yang dah mati.  
Contoh:
2- Kita datang menziarahi Nabi, .... pada ketika beliau telah meninggal dunia, maka kita berdoa disitu dan kita mengharapkan agar Nabi Muhammad saw mendoakan kita kepada Allah. Itu namanya berdoa dengan tawassul, dengan .... yang telah wafat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 12:55 AM | Show all posts
Doa macam ini dihukum syirik atau kafir oleh Ibnu Taimiyah ,tetapi ulama-ulama kaum Ahlussunnah wal Jama抋h memfatwakan bahawa doa macam itu adalah baik,sunat,berpahala kalau dikerjakan.
Jadi antara Ibnu Taimiyah cs dan kaum Ahlussunnah wal Jama抋h bertentangan dalam soal ini 180 darjat.
Ibnu Taimiyah mengemukakan satu-satunya dalil begini :
Ertinya :攌etahuilah, bahawa agama yang bersih itu kepunyaan Tuhan. Dan orang-orang yang mengambil auliya-auliya (pelindung) selain dari Tuhan mengatakan : kami tidak menyembahnya, melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 06:27 AM | Show all posts
jom kita pergi kubur tok keramat ramai2 utk mohon doa. nabi ajar kot......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-4-2007 02:44 PM | Show all posts

Firman Allah SWT, An Nissak ayat 174:" Hai manusia,sesungguhnya telah datang kepadamu dalil daripada Tuhanmu dan telah Kami turunkan kepadamu nur yang menerangi."

Kalau kamu kata bahawa:

1. Wali-Wali ditugas oleh Allah untuk memberi pertolongan kepada manusia.
2. Menyeru,memohon pertolongan kepada Wali-Wali itu boleh.
3. Menyeru,memohon pertolongan kepada Rijalul Ghaib(syiekh Suhaimi) itu boleh.

Tunjukkan bukti sepertimana tersebut didalam FirmanNya.Al Baqarah ayat 111: "Katakanlah: Tunjukkanlah dalil(alasanmu),jika kamu orang benar."
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 02:58 PM | Show all posts

Reply #7 Amir's post

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2007 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 30-3-2007 11:36 PM
Cakap berpanjang-panjang nanti pening pulak.  Saya pendekkan cerita.  Apa yang wahabi kata haram adalah bertawasul dengan orang yang dah mati.  
Contoh:


Syeikh Zaini Dahlan, Mufti Mazhab Syafie Mekah suatu ketika dahulu (sebelum Wahabi menguasai Mekah) telah berfatwa sekiranya seseorang itu menerima tawassul ke atas orang yang hidup tetapi menolak tawassul ke atas orang yang mati maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik. Apakah orang yang hidup dpt memberi bekas sedangkan yang mati tidak? Hakikatnya yang boleh memberi bekas hanyalah Allah, dan sesiapa yang merasakan orang yang hidup boleh memberi bekas maka itu adalah syirik.

Adakah wahabi mengharamkan tawasul ke atas org dah mati sebab mereka dah mati dan tak boleh memberi bekas? Kalau begitu, adakah yang hidup ni boleh memberi bekas?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 3-4-2007 02:44 PM

Firman Allah SWT, An Nissak ayat 174:" Hai manusia,sesungguhnya telah datang kepadamu dalil daripada Tuhanmu dan telah Kami turunkan kepadamu nur yang menerangi."

Kalau kamu k ...


Adakah Amir menolak konsep tawasul? Atau menolak konsep tawasul kepada orang mati/ghaib?

Sekiranya Amir menolak tawasul, bagaimana Amir menerangkan tindakan Saidina Umar yang telah bertawasul kepada Saidina Abbas ketika berdoa meminta hujan?

Dan sekiranya Amir menolak tawasul ke atas orang mati/ghaib, fatwa Syeikh Zaini Dahlan di atas menenrangkan statusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 05:44 PM | Show all posts
patutlah ramai pak indon pergi ke kubur keramat utk bertawasul sebelum tsunami berlaku dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by beemer318Ci at 3-4-2007 04:26 PM


Adakah Amir menolak konsep tawasul? Atau menolak konsep tawasul kepada orang mati/ghaib?

Sekiranya Amir menolak tawasul, bagaimana Amir menerangkan tindakan Saidina Umar yang telah bertawa ...



Saidina Umar bertawasul kepada orang yang masih hidup.  
Kenapa S.Umar tak bertawassul ke maqam Rasulullah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by beemer318Ci at 3-4-2007 04:23 PM

Syeikh Zaini Dahlan, Mufti Mazhab Syafie Mekah suatu ketika dahulu (sebelum Wahabi menguasai Mekah) telah berfatwa sekiranya seseorang itu menerima tawassul ke atas orang yang hidup tetapi me ...


ingin bertanya pendapat Beemer.

kisah benar ni. anak cousin ada masalah kencing kotor & selalu sakit2 semenjak dari kecil sampai ke hari ini. mcm2 obat dah try tapi tak sembuh2. jenuh dah doa & solat hajat tapi mungkin Allah belum perkenankan lagi. so memandangkan encik beemer kata boleh bertawassul dgn orang mati, maka saya ingin mencadangkan dia buat rombongan ahli keluarganya utk melawat kubur wali2 terkenal kat indonesia utk bertawassul. atau utk lebih mujarab adakah dia patut pergi ke makam Rasulullah atau pun makam sahabat di Madinah & Makaah? boleh ke tak boleh ni encik Beemer?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 07:06 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 3-4-2007 06:47 PM


ingin bertanya pendapat Beemer.

kisah benar ni. anak cousin ada masalah kencing kotor & selalu sakit2 semenjak dari kecil sampai ke hari ini. mcm2 obat dah try tapi tak sembuh2. jenuh ...


Buat per makan Obat? Mengikut cerdik pandai wahabi mengatakan syirik kalau mempercayai obat yang menyembuhkan penyakit sebab yang menyembuhkan penyakit cuma Allah swt saja. Begitu juga kalau kata kereta yang membawa sesorang itu ke tempat lain pun boleh jadi syirik. Hidup ni kena berfikiran lurus bendul bang!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 09:17 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 3-4-2007 07:06 PM


Buat per makan Obat? Mengikut cerdik pandai wahabi mengatakan syirik kalau mempercayai obat yang menyembuhkan penyakit sebab yang menyembuhkan penyakit cuma Allah swt saja. Begitu juga kalau ...


oic. so bukan Allah ler yg menyembuhkan penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 3-4-2007 09:17 PM


oic. so bukan Allah ler yg menyembuhkan penyakit.


Kalau begitu bukan mak ko lah yang melahirkan ko.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2007 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by beemer318Ci at 3-4-2007 04:26 PM


Adakah Amir menolak konsep tawasul? Atau menolak konsep tawasul kepada orang mati/ghaib?

Sekiranya Amir menolak tawasul, bagaimana Amir menerangkan tindakan Saidina Umar yang telah bertawa ...


Bertawasul pada orang yang hidup dan hadzir dibenarkan berpandukan hadis yang kau bawa itu.
Keterangan dari hadis itu:
1. Paman Rasulullah Abbas hidup dan hadzir ketika peristiwa itu.
2. Didalam do'a secara bertawasul oleh saidina Umar ada menyebut tentang ketiadaan Rasulullah oleh itu pamannya Abbas sebagai ganti. Kau pi baca full textnya mengenai hadis itu.

Penting:

Perlu ditegaskan disini,manusia yang kerna dia bertawasul dilaku mestilah hidup dan mesti jugak hadzir disitu. Tidak boleh jugak sekiranya dia hidup tapi tidak ada disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by Amir at 4-4-2007 10:14 AM


Bertawasul pada orang yang hidup dan hadzir dibenarkan berpandukan hadis yang kau bawa itu.
Keterangan dari hadis itu:
1. Paman Rasulullah Abbas hidup dan hadzir ketika peristi ...


tawasul dgn orang mati. nampaknya JAKIM tak perlu dah pantau mrk yg ramai2 datang buat permohonan dikubur2 wali suatu masa dulu. nampaknya kita pun kena start buat list kubur2 wali karomah supaya kita ramai2 boleh pergi bertawasul. tak mujarab satu kubur, kita pergi pulak kubur lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2007 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 4-4-2007 10:40 AM


tawasul dgn orang mati. nampaknya JAKIM tak perlu dah pantau mrk yg ramai2 datang buat permohonan dikubur2 wali suatu masa dulu. nampaknya kita pun kena start buat list kubur2 wali karomah su ...


Tobby,hadis tentang bertawasul hanya itu saja. AlQuran ada menyebut tentang wasithah(perantaraan) untuk mendekatikan diri kepada Allah tetapi mereka mengakalkan firman Allah itu dengan mengatakan boleh wali-wali sebagai perantaraan.Corrupted punya akal.

Nampaknya,mereka tiada hujah bagi menepis dahwaan mereka-mereka yang mendahwa mereka itu sesat.
Aku sedih,tiu sebab nangis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 4-4-2007 12:08 AM


Kalau begitu bukan mak ko lah yang melahirkan ko.


ibu melahirkan anak, siapa ibu dan siapa anak itu semua kehendak Allah.

jangan main hentam keromo jer.  hasad dalam hati tu betulkan dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.079485 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list