CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2676|Reply: 1

Tokoh Maulidur Rasul -

[Copy link]
Post time 31-3-2007 10:34 PM | Show all posts |Read mode
Pengkaji gamat antara penerima tokoh Maulud Rasul
31-03-2007

KUALA LUMPUR:  Penyelidik gamat Dr Hassan Yaakob dan bekas pengetua super Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tawau Mary Yap Kain Ching adalah antara lima penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2007 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Yang lain terdiri daripada pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 bagi Orang Asli, Nurul Atikah Kamaruddin yang berjaya mendapat 8A, pemandu Jabatan Kerja Raya Abdul Majid Yusof dari Terengganu yang berjaya membesarkan 12 daripada 16 anaknya hingga ke menara gading dan penulis buku "Meniti Puncak" Najmil Faiz Mohamed Aris yang menjadikan kegagalannya dalam peperiksaan SPM untuk berjaya hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah.

Dr Hassan, 49, seorang usahawan dan bekas penyelidik Universiti Malaya berkata pemilihan beliau sebagai Tokoh Maulidur Rasul mendorongnya untuk terus bekerja lebih keras bagi memajukan industri penyelidikan negara terutamanya dalam bidang bioteknologi agar setanding dengan negara lain.

"Kita akan jadi satu organisasi penyelidiakn berasaskan bioteknologi dengan pemasaran sendiri lengkap dengan kepakaran serta saintis tempatan yang setanding dengan negara luar," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini.

Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis itu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Hassan berkata anugerah itu akan membuka ruang kepada ahli penyelidik lain mengikut jejaknya dan menganggap "pengikirafan ini merupakan satu kemenangan dan kejayaan bagi saya selain merupakan satu pancaran semangat untuk terus maju."
Beliau sebelum ini telah menerima pelbagai anugerah bagi penyelidikannya mengenai gamat baik di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Bagi Mary Yap, 56, yang merupakan satusatunya penerima bukan Islam berkata: "Bagi saya, Malaysia memang harmoni, kita hidup secara aman dan saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira bangsa, agama dan etnik."

Beliau yang telah banyak membantu menaikkan nama SMT Tawau hingga terpilih sebagai sebuah daripada sekolah kluster Kementerian Pelajaran yang pertama berkata walaupun beliau telah bersara wajib pada 10 Mac lepas, "saya akan terus menyumbang dari segi pentadbiran dan kepimpinan sekolah. Walaupun telah bersara, sekiranya perkhidmatan saya diperlukan, saya bersedia untuk menyumbang."

Beliau yang dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat Kluster Kementerian Pelajaran yang baru ditubuhkan pada minggu lepas, amat berterima kasih kepada Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas pelantikannya itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2007 11:22 PM | Show all posts
Karam Singh Wallia pernah menjadi tokoh Maulidur Rasul atas sumbangannya pada pemberitaan tentang Alam Sekitar. Sepatutnya latarbelakang diri dia perlulah dihebohkan juga. Mungkin kehidupan berkeluarga dia harmoni dan sikap dia di luarpun baik tapi apa yang didengar tentang realiti hidupnya banyak yang bercanggah dan negatif terutama mengaitkan dengan perempuan Islam. Dia hanya layak jadi tokoh alam sekitar jer!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061038 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list