CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2576|Reply: 3

JANGAN MEMBUANG MASA

[Copy link]
Post time 5-4-2007 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Umat Islam patut amat menghargai masa, supaya kita tidak membuang masa dgn sia-sia.

Ni untuk umum ke atau khusus untuk seseorang.  kalau khusus untuk seseorang sila hantar PM kepada dia.  saya padamkan line di sini.  ~ ibnur

JANGAN MEMBUANG MASA
26/02/2007

Jangan membuang masa sia-sia, tanpa berusaha untuk kehidupan Akhirat atau dunia
Kerja sia-sia itu tidak mesti perkara yang haram sahaja
Masa sangat berharga, apabila berlalu, masa yang berlalu tidak akan tiba Kalau masa tiba juga, itu adalah masa yang lain pula
Alangkah malangnya masa yang berlalu itu tidak diisi dengan kerja-kerja yang berguna
Padahal di Akhirat kelak di antara yang Tuhan akan tanya adalah masa yang merupakan umur kita
Di antara masa-masa yang sia-sia asyik tidur-tidur sahaja di waktu bukan masa tidur
Berbual-bual kosong berjam-jam lamanya sekalipun tidak membualkan perkara yang haram di sisi agama
Menung yang lama, bukan memikirkan dosa atau ilmu atau sesuatu yang berguna
Melepak-lepak tidak ada tujuan dan matlamatnya
Berjalan-jalan yang tidak ada tujuan dan matlamat apa-apa sama ada untuk faedah Akhirat mahupun faedah dunia
Selain itu seperti bermain daun pakau berlama-lama sekalipun bukan berjudi hanya seronok-seronok aja
Termasuk juga bermain catur yang memakan masa yang tidak memberi faedah apa-apa
Di waktu itu kalau diisi dengan amalan-amalan Akhirat atau usaha-usaha mencari rezeki alangkah baiknya
Termasuk juga kerja sia-sia melihat orang lalu-lalang tanpa tujuan apa-apa
Menghabiskan masa berangan-angan tanpa usaha dan kerja
Angan-angan apa dapat?
Hanya dapat angin dan habuk sahaja
Itulah dia yang dikatakan membuang masa yang sia-sia
Matlamat dan tujuan Akhirat pun tidak, tujuan untuk dunia pun tidak
Hanya membuang-buang masa percuma dengan tidak ada tujuan apa-apa

24.3.2004
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2007 06:41 PM | Show all posts
Teknik Pengurusan Masa Yang Efektif

Pengurusan masa secara efektif boleh dilakukan dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:

a.       merancang penggunaan masa:

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 06:44 PM | Show all posts
(Hadis Riwayat Bukhari)

Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.

Islam telah mengajar kita betapa pentingnya menjaga masa sejak 1400 tahun yg lalu, namun begitu kita masih lagi lalai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2007 11:52 AM | Show all posts
ilmu tidak diketengahkan kepada masyarakat
penghayatan kurang
peringatan kurang

sebenarnya Islam dah cukup lengkap untuk menyelesaikan semua permasalahan masyarakat. kalau kita ni betul-betul masyarakat Islam, kenapa masih ada lagi yg melepak, merempit, menyundal dan macam-macam lagi kerenah yg belum dapat ditangani sepenuhnya oleh kita.

mungkin kerana ilmu Islam hanya ada pada satu golongan masyarakat sahaja, menyebabkan masyarakat jahil akan agama mereka sendiri.

mungkin kurang penghayatan pada tuntutan-tuntutan Islam oleh kita sendiri, menyebabkan tidak berlaku penyebaran syiar-syiar Islam yang sepatutnya.

mungkin kurang peringatan dari kita yang membentuk masyarakat itu sendiri, kerana Islam bukan milik pemerintah atau milik ulamak rasmi sahaja, tetapi menjadi tanggungjawap kita bersama.

teringat pesan arwah guruku, tepati masa terutama bila telah berjanji dengan orang lain. menepati janji memang telah dituntut, tetapi yang ingin ditekankan di sini adalah bila kita menepati janji, masa orang lain tidak terbuang sia-sia kerana menunggu kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057412 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list