CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12157|Reply: 32

Mengenali Jin -Ustaz Ismail Kamus

[Copy link]
Post time 6-4-2007 05:38 PM | Show all posts |Read mode
As'kum. Ni aku dapat dari email. Jadi aku post kat sini. Bacalah... kalau rajin boleh beri pandangan masing-masing.


Mengenali Jin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!

6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

7) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

8) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar!!

9) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

[ Last edited by  Navarrus at 7-4-2007 05:39 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2007 12:03 AM | Show all posts
Ada tak cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk berjumpa dengan jin. Sepanjang kehidupan ini dan pernah buat aktiviti lasak mendaki gunung2 dan berkayak disungai serta lautan tak pernah terjumpa pulak dengan makhluk-makhluk ni. Mungkin tak bernasib baik kot?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 12:41 AM | Show all posts

Reply #2 Gravedigger's post

hang salah tanya org..hang tanya uncle kay....dia kan master...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 12:46 AM | Show all posts
Originally posted by razhar at 7-4-2007 12:41 AM
hang salah tanya org..hang tanya uncle kay....dia kan master...


Takpa...manalah tahu kot2 ada yang berpengalaman jumpa jin kat sini. Teringin lak nak jadi P.Ramlee yang dah jumpa puteri Bunian.
Ok lah esok nak pergi mancing kat Pedu lak. Harap-harap jumpalah jin...er jin ni nak sebut sorang ker atau sekoq yer?


[ Last edited by  Gravedigger at 7-4-2007 12:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 12:49 AM | Show all posts
uncle dah jumpa pelbagai jenis makluk halus...baik kao 'berhijrah' ke thread dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 12:53 AM | Show all posts
Originally posted by razhar at 7-4-2007 12:49 AM
uncle dah jumpa pelbagai jenis makluk halus...baik kao 'berhijrah' ke thread dia...


OK Tengkiu dan wassallam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2007 01:10 AM | Show all posts
teringat cerita email

sorang budak ni tnya sorang ust ni. camner setan nak rasa seksa api neraka sedangkan dia dicpta dari api ...

[ Last edited by  Abuyazid at 7-4-2007 01:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 01:15 AM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 7-4-2007 01:10 AM
teringat cerita email

sorang budak ni tnya sorang ust ni. camner setan nak rasa seksa api neraka sedangkan dia dicpta dari api ...


Senang jer jawapannya. Aku dicipta dari tanah dan ko pun dicipta dari tanah. Kalau aku tumbuk ko ada rasa sakit tak? Ok lahmata dah ngantuk lak ni dan esok tghhari nak gi mancing lak.
wassallam walaupun ko tak beri salam.



[ Last edited by  Gravedigger at 7-4-2007 01:17 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2007 02:24 AM | Show all posts

Reply #8 Gravedigger's post

sbb aku tk tidor lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 06:44 AM | Show all posts
ASM...
bakar kemenyan tu tak de kena mengena dengan Jin...Kalau jelas ada yang menyimpang, itu soal lain. Asap kemenyan tu tak busuk,...sila betul kan tanggapan yang salah ni, dan jangan buat tuduhan yang semua orang melayu ni bakar kemenyan  tu suatu yang syirik, suatu yang tak baik, asap kemenyan jadi makanan jin dll .lah.  saya rasa kalau kita tak faham, jangan buat tuduhan pada satu bangsa... zalim namanya tu. Carilah Ilmu yang betul tentang hal ini...

Orang melayu tak degil...dia bakar kemenyan kerana dia tahu apa yang dia buat...saya sendiri buat kemenyan tu mainan saya...sama seperti orang-orang yang terdahulu dari saya sejak beribu tahun dahulu... Kalau kita letak maklumat yang didakwa dari Ustaz Ismail di sini, alhamdulillah...tapi saya lebih sarankan, jika kita nak meletak satu hal tu biarlah kita sendiri faham benar dengan apa yang kita kemukakan...agar kalau ada yang bertanya, kita tak tersasar memberi jawapan...

Saya juga rasa, elok kalau kita tak kata orang yang hisap rokok tu adik beradik jin...tak elok sangat tuduhan tu. Meremeh dan memandang rendah pada satu kaum dari kalangan saudara seagama tak dianjur oleh Allah dan RasulNya... Hal begini tak perlulah kita hebah-hebahkan...kalau pun benarlah kenyataan ini keluar dari beliau, tentu beliau ada sebab berkata demikian...

Jin ni memang satu hal yang menarik untuk dicerita, apa lagi untuk dikaji. Dia memang ada, wujud  di kalangan kita... Kalau ada izin Allah, dapat kita melihat mereka ni dengan mata kasar. Jika tidak selalunya kita tidak melihat tetapi harus boleh merasa kehadirannya. Untuk sengaja melihat golongan Jin bukan lah suatu hal yang mustahil, cuma perlu kepada Ilmu, kaedah dan peribadi yang khusus. Cuma hal-hal yang ghaib begini memerlukan perhatian serta keberanian yang serius. Hal ini bukan hal yang boleh dibuat gurau atau main-main. Kita mesti sentiasa ingat bahawa yang bergurau adalah manusia...tetapi Jin dan seangkatannya tak pernah bergurau dengan manusia...........

salam, wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 11:26 AM | Show all posts
Gangguan Jin

1. Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan    Jin.

- Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.

- Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"

- Membaca Ayat2 Ruqyah :
Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18,
Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

2.Cara selepas Zaman Rasullulah SAW.

a. Zaman Imam Ahmad:
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.

b. Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.

c. Hal dalam menangani gangguan Jin.


- Langkah-langkah Pencegahan
  Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Contoh :
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
- Tilawah Qur'an
- Ta'alim
- dsb


- Langkah-langkah Bertahan/Defensif

Berdo'a:

Contoh: Al-Mu'minun 97-98
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur

Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

- Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif

Surat Fathir: 6
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."

Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan.
- Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah.
- Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia


Jenis-jenis Gangguan

1. Gangguan Pelet / Pengasihan


Tempat gangguan -> Saraf betis kanan mengeras (Lelaki)
Saraf betis kiri mengeras (Wanita)




2. Tekanan Mental
Tempat gangguan -> di terapi pula dgn ubat2-an medic.

3. Tekanan Fikiran
Tempat gangguan -> Saraf otak kecil bahagian belakang

4. Mengelamun panjang.
Tempat gangguan -> Saraf otak kecil bahagian depan

5. Sihir
Tempat gangguan -> Saraf yang berhubungan dgn mata, telinga dan hidung. Seluruh tempat gangguan diatas harus diurut agar aliran darah kembali lancar dgn konsisten. Kemudian terus membaca do'a ruqyah yang diajarkan Rasulullah SAW tanpa berpaling sedikitpun dgn mengabaikan seluruh permintaan Jin kepada kita serta tetap dalam keberanian penuh sesuai keyakinan kita kepada kekuatan Allah SWT.
" Sesungguhnya tipu daya setan sangat lemah".

6. Gangguan di rumah
Membaca Surat Al-Baqarah + tanamkan keberanian.
Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW.



7. Keluar ke tempat yang ada suasana bersih & Suci.
Datangi tempat tersebut dan lakukan perlawanan dengan Jin
tersebut. (Dianjurkan mengikuti pelatihan terapi terlebih dahulu).

Pertanyaan

1. Bagaimana membezakan orang sakit karena medic dengan orang sakit karena non-medic.

Sebab non-medic atau Gangguan jin

- Malas
- Semangat yang hilang.
- Mudah Marah
- Suka & selalu tidur
- Sering Panas tetapi Dingin
- Leher / Punggung sering terasa berat.
- Rasa kesal dan benci kepada orang tanpa alasan yg rasional.
- Rasa sakit pada tubuh yang tidak terbukti secara medic.

Sebab medic
- Penyakit dapat dikesan dengan rawatan moden.
- Penyakit dapat dirawat melalui rawatan moden.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 7-4-2007 00:03
Ada tak cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk berjumpa dengan jin. Sepanjang kehidupan ini dan pernah buat aktiviti lasak mendaki gunung2 dan berkayak disungai serta lautan tak pernah terju ...


aku bernasib baik kot sbb penah jumpa.... mase sekolah kecik2 dahulu...  benda tu duk berdiri depan aku .. lupe lak nak bagi salam dan interview, terpaku dan kelu eheheeh... tapi muka dia dia seram pun. Skg ni tak penah jumpa2 dah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 03:50 PM | Show all posts
TANDA SIHIR


TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.

4. Mimpi yang sangat menyeramkan.

5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.

6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.

7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.

8. Berperasaan sedih pada saat tidur.

9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.

12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.

13. Bermimpi melihat hantu.


TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.


MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.

3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.

4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.


DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.

2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.

3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.


SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya.

Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan.

Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.


CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah: Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.


PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.

2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-

~ Hendak melompat dari tempat yang tinggi.

~ Terjumpa sesuatu di atas tanah.

~ Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.

3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.

4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.

5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.

6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.

7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.

8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.

9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 7-4-2007 12:03 AM
Ada tak cara atau kaedah yang boleh dilakukan untuk berjumpa dengan jin. Sepanjang kehidupan ini dan pernah buat aktiviti lasak mendaki gunung2 dan berkayak disungai serta lautan tak pernah terju ...


jin ni takleh dilihat dgn mata kasar dan terpulang juga pd jin sama ada nak menonjolkan diri dia atau tidak pd manusia
tapi ada cara tuk tgk alam jin ni..
yg tu takleh ajar la...
gheeee
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 05:35 PM | Show all posts

Reply #10 sikomeng's post

hmm... saya kurang setuju sedikit laa dengan kenyataan saudara menyatakan membekar kemenyan itu tidak ada kene mengena dengan jin.. dan bukan ustaz ismail kamus sahaja yang berkata bergitu.. boleh dikatakan semua ustaz yang tahu mengenai jin ini berkata benda yang sama.. dan saya bukan nak memperkecilkan pendapat saudara.. tapi saya banyak mendengar serta membaca kisah jin ini.. dan ianya sememang nya benar..

asap dan tulang adalah makanan jin, maka kita tidak boleh membakar sesuatu ( cth kemenyan ) untuk tujuan suka2 atau tujuan menghalau jin.. hanya ayat2 al-quran sahaja yang boleh menghalau mereka..  terpulang laa pada saudara untuk setuju atau tidak..

wallhualam
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 05:54 PM | Show all posts

Reply #15 aza's post

yeap saya pun setuju, pembakaran kemenyan tu lagi bagi jin n setan suka..sebb bakar kemenyan bukan slh satu cara islam tuk halau jin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 05:58 PM | Show all posts

Reply #11 zerozone's post

i nak tanya u ckp tadi gannguan pd betis kiri (mengeras) dlm istilah medic kita pangil cramp kan?
so bukan ke sakit tu blh dirawat dan dlm sains ia disebabkan kekurangan garam dlm badan ataupun blh berlaku disebabkan terlalu letih, ataupun melakukan senaman
what say you?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 06:36 PM | Show all posts
Originally posted by monterez at 10-4-2007 05:58 PM
i nak tanya u ckp tadi gannguan pd betis kiri (mengeras) dlm istilah medic kita pangil cramp kan?
so bukan ke sakit tu blh dirawat dan dlm sains ia disebabkan kekurangan garam dlm badan ataupun  ...


Sakit yg dimaksudkan tu tak sama macam cramp tapi macam kena gigit atau kena picit yg kuat. Kalau cramp keseluruhan otot betis tu akan contract dan sakitnya kita rasa pada keseluruhan buah betis tu. Kalau kena gangguan jin/syaitan sakitnya lebih localised (setempat) dan kadang2 nampat ada bekas biru pada tempat yg sakit tu.

Jin2 ni kita tak boleh nampak dalam bentuk asal...tapi boleh  dilihat jika makhluk ni menyerupai manusia/haiwan lain. Dan kadang2 kita boleh merasai kehadhiran makhluk ni berhampiran kita bila ada bau yg asing spt wangi/busuk/hanyir sedangkan tempat yg kita duduk tu bersih takde bau apa2. Arwah atok saya dulu ada bela jin...dan ada yg kena marah kerana buat bising tengah malam....bunyi orang masak, mandi, main buah getah, buka pintu tutup pintu. Pernah sekali ibu saya sakit perut tinggal sorang kat rumah, atok kat sawah, tiba2 dia rasa macam ada tangan tekan perut dia..lepas tu terus baik tak sakit perut lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 07:09 PM | Show all posts
Originally posted by monterez at 10-4-2007 03:50 PM
TANDA SIHIR


TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam. ...


Terima kasih kerana sudi berkongsi info.  Jika ada orang nak jumpa jin atas sebab yang betul-betul terpaksa bagaimana caranya?  Boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 10-4-2007 07:09 PM


Terima kasih kerana sudi berkongsi info.  Jika ada orang nak jumpa jin atas sebab yang betul-betul terpaksa bagaimana caranya?  Boleh ke?



Mungkin sekarang ini kalau nak jumpa Jins agak susah sikit sebab beliau dah dapat pangkat Datuk. Kenalah buat appoinment dulu sebab dah tak aktif dalam senilakon....hehe lawak pukul 12 malam!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.275727 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list