CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Navarrus

Mengenali Jin -Ustaz Ismail Kamus

[Copy link]
Post time 11-4-2007 10:39 AM | Show all posts
jin dan manusia yg derhaka akan dimasukkan ke neraka. So bagaimana api bleh membakar api? (walau pun saya dah tahu jawapannya, saje nak tukar pendapat)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2007 10:51 AM | Show all posts
Cakap mengenai jin/ syaitan yang diperbuat daripda api tapi bagaimana api boleh membakar api. Ini pendapat saya laa yerk berdasarkan apa yang saya pelajari.. walaupun syaitan ini diperbuat daripada api pada asalnya tetapi rupa bentuknya dan jasadnya adalah pepejal.. seperti kita manusia diperbuat daripda tanah.. tetapi rupa kita tidak seperti tanah asalnya so dalam kes ini, maka syaitan/jin yang diperbuat daripda api, tetap boleh dibakar oleh api. Dan ingat allah maha kuasa.. dia boleh membuat sesuatu yang dikehendaki
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by aza at 11-4-2007 10:51 AM
Cakap mengenai jin/ syaitan yang diperbuat daripda api tapi bagaimana api boleh membakar api. Ini pendapat saya laa yerk berdasarkan apa yang saya pelajari.. walaupun syaitan ini diperbuat daripa ...
jawapan seperti yg saya jangkakan...

ok, yg jadi persoalan betul ke hujah tu n ada sumber2 spt hadis utk sahihkannya? Atau tu cuma andaikan semata2?

Saya ada baca pasal Nabi ngan seorang sahabat (x ingat nama) telah dikunjungi oleh sekumpulan jin. Nabi suruh sahabat ni duduk dlm satu bulatan atau garisan (kalu x salah). Nabi meninggalkan sahabat tersebut n jumpa jin kat tempat lain. Lepas perjumpaan tersebut berakhir, sahabat tu pun pergi ke tempat Nabi berjumpa ngan jin.

Bukti yg memang Nabi jumpa ngan jin dalam citer ni adalah terdapat kesan pembakaran api (adakah ni bukti fizikal berlakunya perjumpaan Nabi ngan jin? Kalu ya, bermakna jin sebenarnya keadaan kejadiannya masih berbentuk api. X seperti Adam yg berasal dari tanah, tapi bertukar seperti manusia sekarang)...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 12:52 PM | Show all posts
Dibawah ini saya turunkan sebuah hadith yg menunjukkan perbandingan ramainya malaikat, jin dan manusia....

Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian.
Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan
dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian
daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan
manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 01:01 PM | Show all posts

Reply #23 johnconan's post

hmm.. ok .. saya tidak dapat mengeluarkan hadis atau apa2 riwayat yang boleh menyokong saya..perlu amik masa tentang itu..

tapi saya cuma teringat satu cerita dimana rasulullah pernah mencekik jin/syaitan dan sampai terjelir lidahnya.. dimana lidahnya sejuk. so berdasarkan cerita ini, kita boleh lihat dimana syaitan itu juga berbentuk pepejal seperti manusia cuma kelebihannya dia tidak boleh dilihat di alam dunia. dan dia juga boleh merasa sakit sekiranya disakiti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 03:41 PM | Show all posts
Jin ni serupa dengan manusia juga...ada yg bodoh, ada yg pandai, ada perasaan marah, suka, duka, boleh merasai sakit, lapar, dahaga. Mereka juga ada had umur saperti kita...bila sampai ajal mereka pun mati. Hanya syaitan yg kekal hingga ditiup sangkakala yg pertama. Jadi tidak mustahil jin2 ni juga merasa sakit bila diseksa dalam api neraka.

"Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi jahanam itu beberapa banyak
daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak
mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak
mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak
mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang
ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang yang lalai".Surah Al-A'raf ayat 179.
Ayat ini menyatakan bahawa manusia dan jin itu diberi hati (fikiran), mata dan
telinga oleh Allah s.w.t. menurut naluri asal kejadian masing-masing. Walaupun
demikian banyak di antara mereka yang tidak menggunakan pemberian Allah.
s.w.t. itu sebagaimana seharusnya. Mereka tidak menggunakan pemberian Allah
s.w.t. untuk jalan yang benar demi untuk pengabadian diri kepada Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2007 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 10-4-2007 07:09 PM


Terima kasih kerana sudi berkongsi info.  Jika ada orang nak jumpa jin atas sebab yang betul-betul terpaksa bagaimana caranya?  Boleh ke?


ni cara yg ustaz penah ajar
duduk sorang2 kat rumah
or mana2 yg rasa2nye ada jin
n baca surah jin sampai habis

tapi ada satu lagi cara, tp ni i tak galakkan sbb takut bercanggah dgn ajaran islam..
yg atas tu u can try..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 04:26 PM | Show all posts
JIN
Makna Jin.

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "
Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-
1. Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :
Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang
kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin
sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.
2. Surah Ar-Rahman ayat 15 :
Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang
menyala-nyala atau Maarij )
3. Surah Al-慉raf ayat 12 :
Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam )
dari tanah.
4. Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a
Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam
diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah ).
Asal Kejadian Jin.

Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab "
iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru.
Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki
suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan
sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu
panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.
Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas抲d pula menyatakan bahawa angin
Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin
Samuun yang sangat panas itu.
Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau
daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah
ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan
berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w
mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima
syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang
asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya.
Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada
manusia.
Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu
campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-
Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan
sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf
iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan
dengan kejadian Jin. Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur
tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf
sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala
Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.
Cara pembiakan Jin.
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan
anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza
dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka
Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus
mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat. Iblis pula apabila menyentuh paha kanan
dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang
benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar
seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.
Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula
ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan
manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai
dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut
manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.
Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang
asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu
terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak
cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada
pula yang kembali beriman kepada Allah.
Agama puak-puak Jin.

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh,
ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang
masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.
Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya
beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha
dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam
hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan
keseluruhan bilangan Jin.
Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang
tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin
Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang
berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas
serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur,
riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran. Mungkin
inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang
fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan
teguran yang baik.
Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagaibagai
cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia
sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-
Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk
bersahabat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2007 04:26 PM | Show all posts
Rupa Bentuk Jin.


Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu
mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya,
sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai
manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk
tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna,
iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam
yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula
mempunyai rupa paras yang elok.
Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja.
Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun
umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan
Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan
tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh
berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.
Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua
manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab
dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu
persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu
persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan
Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.
Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di
antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah
tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya
jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.
Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila
telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki
oleh Syaitan dan Iblis. Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari
daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah
berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan
berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan
tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta
sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan
mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "
Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan
sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan
makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.


Melihat Jin.


Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang
asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat
dalam rupa bentuk yang diingininya. Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir
atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan
dirinya kepada manusia.
Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-
Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat
pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan
Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.
Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah
dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah
menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa
Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan
Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).
Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya
dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut.
Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti
rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by monterez at 11-4-2007 04:19 PM


ni cara yg ustaz penah ajar
duduk sorang2 kat rumah
or mana2 yg rasa2nye ada jin
n baca surah jin sampai habis

tapi ada satu lagi cara, tp ni i tak galakkan sbb takut bercanggah dgn aj ...


Ya... pernah dengar tentang ni.... Tapi ini untuk jin yang umum... ni nak panggil jin yang mengacau orang tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 06:52 AM | Show all posts
ASM.
Buat Aza dan Monterez...
memang betul kalau kita kata Jin tu "makan" asap dan haruslah asap kemenyan tu tergolong dalam makanannya...  saya juga setuju dengan apa yang ramai ahli dalam bidang ni kata kerana mereka bercakap bersandarkan Ilmu yang betul.

tapi apa yang saya katakan  tu bukan saya cut & paste dari mana-mana atau saya ambil dari mana-mana ceramah atau kekata orang, tapi apa yang saya katakan itu adalah suatu yang valid dan harus pulak bagi ustaz2 dan pakar-pakar tu semua tahu apa yang sebenarnya saya lakukan... insyaAllah.

Penggunaan kemenyan dalam perubatan tradisional & Islam bukan suatu yang salah... Asap kemenyan sebenarnya punya khasiat penyembuhan dan macam-macam lagilah. Saya sering berdepan dengan keadaan bilamana kemenyan dibakar, orang akan memandang serong pada perbuatan tu, tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku. Hal ni suatu yang bagi saya, tak sepatutnya berlaku. Memang benar, saya tidak menolak bahawa ada golongan yang memuja Syaitan, Jin dan seumpamanya dan mereka juga menggunakan kemenyan, colok, setanggi, buhul dll. untuk tujuan pemujaan. tetapi haruslah bagi kita mengetahui, bahawa yang salah adalah amalan dan niat orang tersebut...bukan kemenyan yang digunakan...

Kemenyan yang digunakan dengan kaedah dan niat yang betul, tidak mengundang tetapi menjauhkan Jin. Asap kemenyan jika perlu,  boleh "ditukar" menjadi senjata, terpulang pada tahu dan perlu orang yang mengamal...

Kemenyan boleh digunakan untuk perubatan saraf, sakit sendi, untuk menguatkan otot dan saraf serta lain-lain lagi. Asap kemenyan juga mempunyai bahan yang boleh menawarkan bisa dan parasit yang hinggap pada kulit. Kemenyan yang direndam di dalam air juga antara kaedah yang digunakan dalam perubatan alternatif. Kemenyan jika dicampur denagn ukuran yang betul bersama lain-lain bahan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan khusus untuk kesihatan badan dan rohani.

Untuk menghalau Jin, tak perlu kepada kemenyan...cukup dengan air tawar saja...insyaAllah. Air itu digunakan sebagai senjata, sama seperti senapang yang boleh menembak. tetapi Jin sebenarnya lebih takut pada Manusia yang mengendalikan air atau apa saja yang digunakan untuk menghalau Jin kerana manusia mempunyai Nur... Nur ini kepada Jin adalah umpama api kepada manusia... Kalau kita campakkan diri kita ke dalam api, pada adatnya kita akan terbakar...begitulah kalu Jin yang hakikat kejadiannya daripada Naar, akan alah kepada Nur...yang bukan saja membakar tetapi mempunyai kuasa penembusan yang amat-amat kuat atas sekelian makhlus yang halus... sila rujuk ayat Al-quran, sebagai contoh, ayat-ayat awal surah Assafaat. dll lagi lah. Saya sebenarnya tak suka nak beri-beri dalil ni kerana saya tak pandai. tetapi hal ini sememangnya ada dinyatakan dalam Al-Quran. Wallahua'lam.

Adalah satu hal yang menjadi manafaat jika ramai antara orang Islam khususnya, faham tentang makhluk bernama Jin ini. Bagi saya yang lebih penting, semoga kita mempunyai Ilmu yang betul serta terpandu. Usia masyarakat Melayu misalnya sudah tua. Tentu sahaja budaya, pandai dan lebih-lebih lagi keperluan Agama Islam perlu dijaga sebaik-baiknya dan diimbang agar apa yang betul tidak dipandang bathil dan sebaliknya...

salam,
"...dan kepada Allah lah kembali segala urusan..." Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:43 PM | Show all posts
Bercakap tentang jin ini kebetulan emak saya yang baru saja datang menziarahi saya di sini memberitahu...dulu dia pernah ikut kuliah Kiyai Hj.Fathullah Harun di masjid negara yang mengatakan.....manusia boleh membela jin tapi perlu ingat bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Pak Kiyai ni katanya adalah seorang pakar jin.

Aku agak orang yang bela hantu raya tu sebenarnya jin kot?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 12:40 AM | Show all posts
ASM.
harus jugak lah kot yang bela tu, jin jugak! maaf kalau ada yang terasa, ini gurau aje.

pada adatnya lah, Jin memang boleh "dipelihara" . tentu saja, mak jin atau ayah jin akan pelihara anak-anaknya. tetapi apa yang saya maksudkan adalah, Jin memang mempunyai hubungan dengan Manusia sama ada "dibela" , "dipelihara", "dijaga", "dikhadam", dll. lah yang tuan-tuan pun saya rasa tentu lebih tahu tentang hal ini.

Memang betul, ada pendapat yang mengatakan "Sebaik-baik Jin itu adalah umpama sejahat-jahat manusia". Saya rasa pendapat ini memang ada betulnya tetapi kita tidak boleh baca dan faham sekali lalu. Maksud saya, kenyataan ini punya kias yang amat dalam sekali... kalau kita faham sekali lalu, takut faham kita tersasar dari maksud sebenar yang nak disampaikan.

"Baik", "Jahat", "Beragama", "kafir" adalah istilah yang selalu kita rujuk kepada faham kita sebagai Insan, sebagai makhluk yang hakikat kejadian kita berbeza dengan makhluk halus, dalam hal ini, Jin. Kalau kita ingin menilai hal demikian pada Jin, kita pada adatnya, harus melihat "baik", "jahat" dan seumpamanya ini dari perspektif Jin sendiri, melalui kejadiannya, melalui fitrahnya... "Baik" itu sendiri adalah berbeza-beza ukurannya di kalangan manusia, apa tah lagi kalau kita nisbahkan kepada bangsa Jin. Tentu sahaja hal ini jadi lebih komplek dan perlu kepada teliti yang bukan sebarang...

"Hantu Raya" dan lain-lain yang se geng dengan nya ni saya rasa tuan-tuan pun sudah maklum depa ni dari golongan mana. Cuma yang saya lebih risaukan sekarang adalah perkembangan tidak sihat di Malaysia, anak muda ramai yang nak jadi "hantu" di jalan raya! Jenis ini tak boleh dihalau dengan kemenyan nampaknye

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.068758 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list