CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmadi_bangi

muzakarah billionaire dan ahmadi_bangi/sheir'ali

[Copy link]
Post time 16-4-2007 03:36 PM | Show all posts
Ahmadi bangi:

Secara asasnya sy meyakini sesuatu yg berlainan dr apa yg saudara Bill & sahabat2 se syiahnya....

oleh sbb Bill minta sy menyatakan pandangan sy ttg generasi pertama.. maka asas pernyataan sy bagi menyakini kemuliaan generasi pertama islam adalah spt berikut;

Allah sdr menyatakan kejayaan dakwah islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. spt pada surah di surah al-Nashr, 110 : 1-3 yg bermaksud:

[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;
[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Bagi sy ayat ini secara jelas menyatakan KEMENANGAN PADA DAKWAH ISLAMIAH & BERIMANNYA SEBAHAGIAN BESAR penduduk Makkah & Madinah,

Ayat ini akan menjadi tidak tepat dan salah apabila kita menyatakan bahawa mereka yg beramai2 memasuki islam itu sebenarnya adalah munafikin.. kerana apabila dinyatakan sebahagian besar generasi pertama islam adalah golongan munafikin, maka tidak wajar dikatakan satu kejayaan pada dakwah islamiah..

salam
Sebenarnya kesilapan anda ialah apabila anda mengukur keimanan dan keislaman sebagai satu. Islam itu lebih luas general berbanding iman yang lebih khusus.


Ayat tersebut; yang menyentuh ttg masuknya ramai manusia ke dalam Islam adalah utk  menunjukkan kejayaan misi Rasul dalam menghancurkan agam kaum musyrik dalam penyembahan Tuhan selain Allah dan ttg tunduknya kekuatan2 manusiawi ketika itu kepada Allah dan RasulNya, dan ia bukanlah pujian dan bukan pula jaminan kepada manusia2 yang ramai itu. Dan tentulah mustahil utk kita mengatakan kesemua mereka beriman kerana fakta sejarah menunjukkan masuknya Islam orang Arab ketika itu berlaku atas faktor2 yang tidak semestinya kerana keimanan misalnya status yang terancam, masa depan Islam yang menjamin penghidupan mereka, dll personal interest.

Manakala Orang2 yang anda sebut 揫/color]KEMENANGAN PADA DAKWAH ISLAMIAH & BERIMANNYA SEBAHAGIAN BESAR penduduk Makkah & Madinah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2007 03:52 PM | Show all posts
Sahabat selepas Rasul

Berikut adalah sedikit penerangan mengenai para (sesetengah) sahabat sepeninggalan Rasulullah saaw. Gapodio pun boleh check pendapat Syiah ttg mereka (dalam bab penyelewengan) di mana kita dapat melihat bahawa ucapan Syiah mengenai murtad/kemurtadan bukanlah dicipta eksklusif oleh Syiah. Grave pun dah bagi jawapan ttg masalah ni dan saya Cuma tambah sikit apa yang sempat.

Hujjah anda:


揂yat ini akan menjadi tidak tepat dan salah apabila kita menyatakan bahawa mereka yg beramai2 memasuki islam itu sebenarnya adalah munafikin.. kerana apabila dinyatakan sebahagian besar generasi pertama islam adalah golongan munafikin, maka tidak wajar dikatakan satu kejayaan pada dakwah islamiah..擺/size]

selepas penjelasan saya dalam posting yg lalu, kini kita nilaikan sendiri hadis Rasul saaw dan kata2 sahabat tentang diri mereka sendiri:

(1) Peringatan Rasul kepada para sahabat dalam sebuah pertemuan umum hari an-Nahr dan meminta mereka yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir:

揓anganlah kamu kembali kafir setelah wafatku, sebahagian kalian menebas leher sebahagian yg lain.擺/b] (Bukhari, Sahih, Kitabul Fitan, Bab Qaulun Nabi saaw La tajri抲 ba抎i kuffaran: hadis 7078)

Dalam redaksi yg lain:

揓anganlah kamu murtad sepeninggalanku.擺/b] (Bukhari, Sahih, Kitabul Fitan, Bab Qaulun Nabi saaw La tajri抲 ba抎i kuffaran: hadis 7079)

(2) Nabi saaw melihat ke kota Madinah dari tempat yg agak tinggi lalu berkata, 揟idakkah kalian menyaksikan apa yg aku saksikan? Sesungguhnya aku benar2 menyaksikan fitnah2 berjatuhan di sekitar rumah2 kalian bak tumpajahn air hujan.擺/b] (Bukhari, Sahih, Kitabul Fitan bab Qaulun Nabi saaw Wailun lil 慉rab, hadis 7060, Sahih Muslim)

An-Nawawi dalam syarah sahih Muslim mengatakan: 揇an ini adalah isyarat akan terjadinya perperangan di antara mereka, dan ini merupakan mukjizat Nabi saaw yang jelas sevav terjadi sesuai apa yang diberitakan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 03:59 PM | Show all posts
Sahabat selepas Rasul

Berikut adalah sedikit penerangan mengenai para (sesetengah) sahabat sepeninggalan Rasulullah saaw. Gapodio pun boleh check pendapat Syiah ttg mereka (dalam bab penyelewengan) di mana kita dapat melihat bahawa ucapan Syiah mengenai murtad/kemurtadan bukanlah dicipta eksklusif oleh Syiah. Grave pun dah bagi jawapan ttg masalah ni dan saya Cuma tambah sikit apa yang sempat.

Hujjah anda:
[quote]
揂yat ini akan menjadi tidak tepat dan salah apabila kita menyatakan bahawa mereka yg beramai2 memasuki islam itu sebenarnya adalah munafikin.. kerana apabila dinyatakan sebahagian besar generasi pertama islam adalah golongan munafikin, maka tidak wajar dikatakan satu kejayaan pada dakwah islamiah..擺/font][/quote]
selepas penjelasan saya di atas, kini kita nilai sendiri hadis Rasul saaw dan kata2 sahabat tentang diri mereka sendiri:

(1) peringatan Rasul kepada para sahabat dalam sebuah pertemuan umum hari an-Nahr dan meminta mereka yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir:
揓anganlah kamu kembali kafir setelah wafatku, sebahagian kalian menebas leher sebahagian yg lain.擺/b] (Bukhari, Sahih, Kitabul Fitan, Bab Qaulun Nabi saaw La tajri抲 ba抎i kuffaran: hadis 7078)

Dalam redaksi yg lain:

揓anganlah kamu murtad sepeninggalanku.擺/b] (Bukhari, Sahih, Kitabul Fitan, Bab Qaulun Nabi saaw La tajri抲 ba抎i kuffaran: hadis 7079)

(2) Nabi saaw melihat ke kota Madinah dari tempat yg agak tinggi lalu berkata, 揟idakkah kalian menyaksikan apa yg aku saksikan? Sesungguhnya aku benar2 menyaksikan fitnah2 berjatuhan di sekitar rumah2 kalian bak curahan air hujan.擺/b] (Bukhari, Sahih, Kitabul Fitan bab Qaulun Nabi saaw Wailun lil 慉rab, hadis 7060, Sahih Muslim)

An-Nawawi dalam syarah sahih Muslim mengatakan: 揇an ini adalah isyarat akan terjadinya perperangan di antara mereka, dan ini merupakan mukjizat Nabi saaw yang jelas sevav terjadi sesuai apa yang diberitakan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 04:07 PM | Show all posts
Ali di sisi Rasul sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa,

搮Hanya sahaja tidak ada Nabi selepasku
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 04:13 PM | Show all posts
perbincangan Mengenai sifat2 sahabat

Seterusnya firman Allah pada surah al-Fath, ayat 29 bermaksud

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Ayat ini merupakan gambaran yg Allah berikan pada umat manusia berkenaan Nabi Muhammad s.a.w. dan generasi pertama yg terhasil dari madrasah tarbiah Nabawiah. Malahan kewujudan golongan istimewa ini telah pun dijanjikan oleh Allah s.w.t. didalam Taurat dan Injil.

Saya berkata, Allah mewajibkan kita beriman dgn al-quran dan keseluruhan ayat-ayat al-quran, maka bagaimanakah kita akan beriman pada ayat tersebut yang menyatakan generasi pertama islam adalah saling berkasih sayang dan berjaya mengembangkan dakwah islamiah hingga menjadi pohon yg subur dan mengkagumkan penanamnya (Nabi s.a.w.) (empayar yg besar & kuat spt termaktub pada sejarah atas dorongan jihad fissabillillah para sahabat) sekiranya kita menyakini bahawa generasi pertama islam bukanlah golongan yg beriman sebalik adalah para munafikin yg penuh kecemburuan dan sifat keji sesama mereka, maka pasti firman Allah pada ayat tersebut tidak tepat dan harus ditolak serta tidak di imani, ayat ini dpt difahami dgn mudah sekiranya jalur sejarah dinilai menurut neraca ahlus sunnah & menjadi tidak tepat apabila dinilai melalui jalur syiah..

saya akan sambung esok insya'Allah...

Dari ayat di atas:


揂llah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar,擺/color] (al-Fath, ayat 29)

Menjelaskan bahawa janji Allah ini tidak meliputi kesemua mereka melainkan sebahagian dari mereka yang beriman dan beramal soleh.

Sedikit mengenai sifat2 sahabat Rasul:

揘abi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).擺/i] (al-Fath, ayat 29)

Berkasih sayang sesama Islam dan 慿asih sayang
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 04:48 PM | Show all posts
Ahmadi Bangi
disurah al-Qiyamat 15:9;
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya

saya bertanya bukankah Allah menyatakan bahawa al-Quran akan dipelihara, maka sy bertanya bagaimanakah Allah memelihara al-Quran, maka jawapannya ialah melalui usaha2 yg dilakukan oleh Abu Bakar, Umar & Usman,...mereka bertigalah yg memainkan peranan yg ptg dlm usaha memelihara al-Quran sehingga al-Quran yg dimiliki oleh penduduk iran dan penduduk Arab Saudi bahkan di benua China & Afrika adalah sama, Sesgghnya Allah memelihara al-Quran melalui sahabat2 Nabi s.a.w. Hujah saya ialah, mana mungkin Allah memberi anugerah yg begitu ptg pada pemimpin generasi pertama islam sekiranya mereka sdr adalah munafikin...bukankah Allah telah berfirman ttg golongan munafikin spt berikut di surah ali-imran:118
(bill: check ayat)

adalah mustahil menyakini al-Quran adalah terpelihara skrnya yg menyampaikan pada kita adalah golongan munafik? kerana Allah sdr menyuruh kita berhati2 dan jgn mempercayai mereka. Bukankah terpeliharanya al-Quran dgn usaha Abu Bakar, Umar & Usman memberi bukti bahawa mereka sbg pemimpin generasi pertama adlh merupakan golongan beriman dan mulia kerana melalui merekalah kita menerima kesinambungan wahyu Allah yg telah disampaikan semasa hayat Nabi s.a.w. Ini adlh bukti jalur sejarah syiah adalah tidak sesuai dan selari dgn nas al-quran dan jalur sejarah ahlus sunnah lah yg wajar dipercayai..


Definisi menjaga/memelihara


Ahmadi bangi mengatakan:

揝esgghnya Allah memelihara al-Quran melalui sahabat2 Nabi s.a.w.擺b]

Persoalan: Kalau memang dimengertikan daripada ayat bahawa 搆ami
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2007 04:51 PM | Show all posts
Menjaga Kitabullah adalah anugerah yang tdk diberikan kpd Munafik
揌ujah saya ialah, mana mungkin Allah memberi anugerah yg begitu ptg pada pemimpin generasi pertama islam sekiranya mereka sdr adalah munafikin...擺/size]

Beberapa implikasi yang boleh dibuat dari formula anda ini:

1) Apabila penjagaan Quran bermaksud pengumpulan dan pembukuannya, bermakna anugerah ini tidak diberikan kepada Nabi saaw.

2) Apabila anugerah itu tidak diberikan kepada munafik, maka sesungguhnya Abu Bakar dan Umar tidak diberi anugerah itu kerana mushaf Abu Bakar telah dibakar oleh Uthman kerana tak sempurna a.k.a cacat! Maka jelas bahawa mereka berdua (Abu Bakar dan Umar) memang cuba berusaha utk memelihara al-Quran (yang di bold kan adalah mengikut definisi anda) tetapi Allah SWT telah menolaknya atas sebab-sebab tertentu!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 05:04 PM | Show all posts
Ttg ayat memerangi munafik
Hujah saya seterusnya... firman Allah di surah At-Taubah :73

Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Saya bertanya, adakah terdpt tindakan yg keras dan jihad dilakukan keatas golongan munafikin spt Abu Bakar, Umar & Usman (menurut dakwaan Syiah Imamiyah) semasa zaman Nabi s.a.w. Jawapannya ialah TIDAK.. sebalik Abu Bakar, Umar & Usman merupakan teman2 rapat dan teman bermuzakarah Nabi s.a.w. sekiranya mereka sbg pemimpin utama generasi pertama islam adlh munafikin pasti Allah akan menjauhkan mereka dari Nabi s.a.w Perlu diingat juga bahawa apabila wafatnya Nabi s.a.w. sebahagian golongan2 munafikin telah mengzahirkan sifat munafik mereka, maka Abu Bakar lah yg melaksanakan jihad menentang mereka spt difirman oleh Allah pada ayat di atas
.


Munafik dan ketiadaan tindakan keras dan jihad ke atas mereka
beberapa contoh:

Yahuda

Yahuda adalah sahabat Nabi Isa a.s yang munafik. Allah tidak pernah menyuruh Nabi Isa membunuhnya, malah tidak pula menegah Nabi Isa dari bergaul dan berlaku baik serta berlaku lunak terhadapnya.

Isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut.
Mereka berdua adalah munafik dan kafir. Allah tidak pernah memerintahkan Nabi Nuh dan Nabi Lut untuk menceraikan mereka.

Tsa抣abah

Sekiranya tidak berzakat adalah tanda2 munafik, tentulah Rasulullah saaw telah menghukum keras Tsa抣abah. Tetapi Rasul tidak pernah melakukannya, tetapi Abu Bakar telah membunuh Malik Nuwairah kerana masalah zakat dan untuk menjustifikasikannya, title munafik telah diberikan kepada Malik sahabat Rasul ini.  (Sekiranya Malik adalah munafik, tentulah Umar tidak meminta Abu Bakar utk menghukum Khalid atas perbuatannya membunuh Malik dan atas perlakuan hinanya ke atas Laila isteri Malik pada malam pembunuhannya. Sejarah mencatatkan Umar akhirnya melucutkan jawatan Khalid sebagai komandan perang sebagai tindak balas peristiwa ini pada zaman kekhalifahnnya)   

Al-Asy抋ts

Berkata Syeikh Muhammad Abduh, 揝ebagaimana Abdullah bin Ubay bin Salul adalah sahabat Nabi, al-Asy抋ts adalah sahabat Ali, dan keduanya adalah munafik kelas tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2007 05:19 PM | Show all posts
Solat jenazah

Seterusnya dari surah yg sama ayat 84

Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).

Allah dgn jelas menyatakan larangan untuk mengsolatkan jenazah para munafikin....Saya bertanya pada golongan syiah Imamiyah.. bukankah didlm Mushaf Fatimah yg dimiliki oleh imam Ali anda ada menyenaraikan nama2 pemimpin golongan2 kafir & munafik hingga akhir zaman, maka Hujah sy seterusnya ialah.. adakah apabila wafatnya Abu Bakar, Umar atau Usman, Ali r.a. mengsolat jenazah mereka???? kalau ada maka Ali r.a. telah tidak mentaati perintah Allah spt dikehendaki pada ayat diatas. Anehnya lagi didalam peperangan Jamal, bukankah kemenangan dipihak Ali, sekiranya dinilai bahawa yg menentang Ali adalah munafikin, maka mengapa Ali mengsolatkan jenazah mereka (para munafikin menurut Syiah Imamiyah).. Ini adalah bukti bahawa peperangan yg terjadi adlh atas suasana kekeliruan dan gawat yg melanda umat islam masa tersebut dan bukan antara pihak Ali yg maksum dgn Aisyah yg. munafikin. Maka inilah bukti jalur sejarah milik Ahlus Sunah adalah yg benar dan jalur sejarah milik Imamiyah ada masalah tersendiri.


Saya sedikitpun tidak menyangkalnya apabila ia benar, sesuai dengan pendapat para fukaha bahawa salat mayat diwajibkan atas setiap Muslim, baik ia adil ataupun fasik, sekalipun ia bunuh diri. (Muhammad Jawad Mughniyah, bhg.Salat dari bab 13, Fiqih Ja抐ari, Penerbit Lantera)

Berkata Imam Sadiq a.s, 揂pabila Rasulullah (saaw) menyalati mayat, baginda bertakbir dan membaca dua kalimah syahadat, lalu membaca selawat kepada para Nabi dan membaca doa; kemudian bertakbir, mendoakan dan memintakan ampun bagi mukminin dan mukminat; kemudian bertakbir yang keempat dan mendoakan mayat; kemudian takbir yang kelima dan selesai. Maka Allah melarang menyalati orang-orang munafik, baginda menyelesaikan solatnya setelah takbir keempat dan tidak mendoakan mayat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2007 06:09 PM | Show all posts

Reply #21 billionaire's post

masa agak pendek maka sy menjawab masalah ini dahulu ...masalah peperangan hunain dan sifat bermegah yg timbul hingga mengtakdirkan kecelakaan (hampir tewas) dlm peperangan tersebut..  

Hujah sy adlh begini..

Apabila hidayah dan kemenangan pada dakwah islam tercapai maka berbondong2nya umat manusia memasuki islam, bagaiamanapun status keislaman dan keimanan mereka yg baru islam slps pembukaan Mekah dgn sblm pembukaan Mekah adalah berbeza, ini dinyatakan jelas oleh Allah melalui surat al-Hadid:10,

Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.

Didlm peperangan Hunaian, sbhgn umat islam yg yg masih baru iman & islam mereka telah terlibat didlm peperangan tersebut dan merasakan kemenangan adalah pasti milik mereka oleh kerana adanya Rasul Allah dan juga bilangan mereka yg lebih ramai dari musuh. Perasaan megah telah timbul, maka Allah menegur mereka dgn menimpa sedikit kecelakaan.

Bagaimanapun peristiwa tersebut (peristiwa perang Hunaian) perlu dibaca seterusnya spt pada ayat 26 surah yg sama..

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.

Sesungguhnya Allah menyatakan bersama-sama Nabi terdapatnya golongan yg beriman...

Sy berkata, ayat surat at-Taubah 25 yg dibawa ini merupakan satu teguran pada umat islam (umumnya) bahawa kekuatan fizikal bukanlah merupakan syarat utk kemenangan tetapi keimananlah syarat yg utama perlu dipenuhi dan hendaklah pejuang-pejuang islam meninggalkan sifat bermegah dgn kekuatan fizikal kerana kemenangan itu dtg dari Allah bukannya kekuatan fizikal. Ayat ini menunjukkan wujudnya keimanan pada generasi pertama islam, tetapi tahap kekuatan iman adlh berbeza antara yg islam sebelum dgn islam slps pembukaan Mekah.

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 17-4-2007 06:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:22 AM | Show all posts
salam..
mohon keizinan utk mencelah dlm thread ni..

merujuk kpd post yg diberikan bill..

bill tulis
[quote]
Antara Kuantiti dan Kualiti

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:27 AM | Show all posts
bill tulis
[quote]
Nabi saaw melihat ke kota Madinah dari tempat yg agak tinggi lalu berkata, 揟idakkah kalian menyaksikan apa yg aku saksikan? Sesungguhnya aku benar2 menyaksikan fitnah2 berjatuhan di sekitar rumah2 kalian bak tumpajahn air hujan.擺/b] (Bukhari, Sahih, Kitabul Fitan bab Qaulun Nabi saaw Wailun lil 慉rab, hadis 7060, Sahih Muslim)

An-Nawawi dalam syarah sahih Muslim mengatakan: 揇an ini adalah isyarat akan terjadinya perperangan di antara mereka, dan ini merupakan mukjizat Nabi saaw yang jelas sevav terjadi sesuai apa yang diberitakan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:30 AM | Show all posts
bill tulis

Kedua2 hadis Syiah di atas adalah sama dengan periwayatan tentang kemurtadan majoriti  sahabat dalam riwayat Sunni sendiri:      Daripada Abu Hurairah  bahawa Nabi s.a.a.w telah  bersabda: Manakala aku sedang tidur,  tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku)  datang kepadaku. Apabila  aku mengenali mereka, tiba-tiba seorang lelaki  (Malaikat) keluar  diantara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang  kemari.  Aku bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka, demi Allah.  Aku pun bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab:  Mereka telah  menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka  (Innaka La Tadri Ma  Ahdatsu Ba`daka `Ala Adbarihimi I-Qahqariyy).  Justeru itu aku tidak melihat  mereka terselamat melainkan (beberapa  orang sahaja) sepertilah unta tersesat  /terbiar daripada pengembalaanya  (Fala Arahu Yakhlusu Minhum Illa Mitslu Hamali  Na`am). (Shahih Bukhari, Juz 4  Bab: Fil Haudh)(lihat hjuga adis2 lain dalam bab Hadis Haudh di mana jelas kata2 Murtad digunakan)

Berikan contoh individu2 yg tepat dgn hadis ini卝uga tak jelas,susah nak berbincang krn tak jelas

[quote]
搮Hanya sahaja tidak ada Nabi selepasku
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:37 AM | Show all posts

Perbuatan para sahabat meninggalkan Harunnya umat ini (Amirul Mukminin Ali a.s.) adalah salinan (copy) kepada perbuatan Bani Israel meninggalkan Nabi Harun ketika pemergian Nabi Musa a.s:

Benarkah begitu..?? tolong jelaskan siapakah mereka itu dan siapakah pemuka2 mereka匸/color]
Apakah kesediaan bekas isteri abu bakar r.a. iaitu asma
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:41 AM | Show all posts

(1) Kanz al Ummal Jil.3 hlm.139 (edisi Mesir):
Zayd bin Salma meriwayatkan bahawa apabila bai'ah telah diberikan kepada Abu Bakar berikutan kewafatan Rasulullah (saaw), Ali dan zubair sedang berada di dalam rumah fathimah membincangkan mengenai penentangan mereka kepada kekhalifahan Abu Bakar. Umar menerima perkhabaran ini dan bergegas ke rumah Sayyidah Fathimah dan berkata, "Wahai puteri Rasulullah (saaw), selepas ayahmu tiada siapa yang lebih aku cintai berbandingmu, tetapi kerana masalah ini, aku akan membakar rumahmu kerana perbincangan lelaki-lelaki ini!"

Saya tak temui riwayat ini dalam kanzul 憉mmal卼olong detailkan lagi riwayat ini dimana..dlm bab mana atau kemukakan matan riwayat ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:43 AM | Show all posts
sambungan:..atau contoh yg ini:

[quote]
[table=90%][tr][td]hakim-eze wrote:[/td][/tr][tr][td]Imam Muhammad bin Husein Mushalla AlHanafi (yang bermazhab Hanafi) ia menyebut dalam komentar terhadap kitab Syihabul Akhbar karya Muhammad ibn Salamah bahwa: 揃arangsiapa yang mencela Abu Thalib hukumnya adalah kafir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2007 12:44 AM | Show all posts
itulah antara contoh pembohongan fakta yg sering dilakukan oleh syi'ah utk mengelirukan org aswj

kalaulah mereka tak dapat mengelirukan org yg berilmu namun mereka tak akan melepaskan org awam
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:48 AM | Show all posts

Riwayat ini telah diriwayatkan melalui autoriti Ibn Syaibah, dan boleh ditemui juga di dalam al Bayana Izalathul Khifa Jil. 2 hlm.29. Al-Muhaddis Shah Waliyullah ad-Dahlawi juga telah meriwayatkan hadis yang berasal dari Abu Bakar bin Abi Syaibah ini, dari Zaid bin Salma dan mengulas bahawa sanadnya sahih berdasarkan syarat kedua Syaikh  (yakni Bukhari dan Muslim).

Tidak ada riwayat ini dlm musannaf ibnu abi syaibah..kalau benar2 ada tolong kemukakan matannya dan minta bill carikan sendiri..saya dah cari beberapa tempat dlm musannaf. Bahkan nama Zaid bin salma sebagai perawipun tidak ditemui dlm musannaf tersebut
Berkenaan kita izalatul khafa
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:50 AM | Show all posts

"Tidak ada satu pun yang saya sesalkan dari dunia ini kecuali tiga hal yang telah saya lakukan. Saya sangat berharap tidak melakukannya....(sehingga yang ketiganya)... saya sangat berharap tidak menyerbu/menyelongkar rumah rumah Fathimah, meskipun mereka menguncinya untuk melakukan perperangan."
(Tarikh Tabari, jil.2, hlm.619; Muruj az-Zahab, jil.1, hlm.414; Iqdul Farid, jil.3, hlm.69; Kanzul Ummal, jil.3, hlm.135; al-Imamah wa as Siyasah, jil.1, hlm.18; Tarikh adz-Dzahabi, jil.1, hlm.388.)
Yaqubi: "Oh seandainya saya tidak menyerbu rumah Fathimah dan memasukkan orang-orang ke dalamnya meskipun mereka menguncinya untuk melakukan perperangan." Tarikh Yaqubi, jil.2, hlm.115.

Cerita ini hanya terdapat dlm murujuzzahab al-mas抲di..namun begitu kita harus jelas kedudukan kitab tersebut bukanlah sebuah kitab mu抰abar di sisi ahlussunnah bahkan stgh ulama mengatakan pengarangnya adalah seorg syi抋h dan kalau kita perhatikan segala riwayat yg terdapat dlm kitab tersebut mmg jelas riwayat2 yg memburukkan sahabat2 r.a. insyaallah di kesempatan lain kita boleh bincangkan berkenaan kitab tersebut dan pengarangnya pula.
utk persoalan yg lain insyaallah kita bertemu di lain ketika
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 21-4-2007 12:22 AM
salam..
mohon keizinan utk mencelah dlm thread ni..

merujuk kpd post yg diberikan bill..



Tu diaa...Ini bukan mencelah lagi Pak tapi dengan tulisan yang berjela-jela ni sudah seperti menyondoi-nyondoi pula seperti tenok. Awat dok kalut sangat ni? Kalau nak bertanya pada Bill eloklah tunggu dulu jawapan dari beliau dan lepas tu kalau nak berikan pula pandangan dari sudut wahabi @ salafi atau ASWJ maka barulah adil.

Kalau teliti tulisan Pak sheirli ni pun nampaknya penuh dengan prejudis dan ketidakfahamannya atas isu yang diperbincangkan. Mudah saja hujjah balasnya atas alasan syiah dan tidak terdapat dalam kitab2 yang dinyatakan. Banyak betul ker kitab2 koleksi Pak sheirali ini sampai semuanya ada di tangan ente. Masa mula-mula dulu hampir percaya gak tapi apabila dah kantoi beberapa kali dengan Pak yahya yang siap beri gambar scan maka susah lagi nak percaya.
Begitu juga penjelasan Pak sheirali yang banyak main nyondoi-nyondoi. Salah satu contohnya ialah tuduhan mengatakan Umar membakar rumah Saidatina Fatimah AS. Mana ada Bill mengemukan riwayat-riwayat yang mengatakan demikian? Bukankah riwayat2 yang ada cuma berupa ancaman saja? Kalau Pak sheirali sendiri mengatakan Umar pernah membakar rumah orang maka nampaknya samseng juga lah sikap Umar ni kan?

Hehehe...ene pun syebenarnya ingin gak masyuk syekali-syekala di sini dan banyak lagi yang boleh diperbetulkan tapi ada pulak orang yang syakit hati nanti dan dikatakan menyampuk pula. Bab2 sahabat ni seronok gak membincangkannya sebab dalam hadis ASWJ pun cuma 10 orang saja yang dijamin masuk syurga dan yang lain tu tak pasti lagi.


Forum New Rules:
New Rules:
---------------
1) Any forumer who found using language that are:
threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hostile, hateful, racially and etc.
WILL BE DEDUCT from 1 to 30 credit points, depend on the moderator in that section.


[ Last edited by  ibnur at 27-4-2007 09:40 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.065487 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list