CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmadi_bangi

muzakarah billionaire dan ahmadi_bangi/sheir'ali

[Copy link]
Post time 29-4-2007 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 27-4-2007 11:09 PM


Hehehe...tak habis-habis lagi lah tokoh jelmaan james bond Abdullah bin saba' inilah yang akan menjadi kambing hitam sedangkan apa yang berlaku ialah dikatakan sahabat-sahabat nabi jugalah y ...


tokoh jelmaan....???
nanti kita akan lihat berapa byk kitab2 syiah sendiri yg menceritakan kewujudan ibnu saba' ini....
insyaallah esok saya akan buktikan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2007 11:42 PM | Show all posts
Hehehe...inilah hujjah yang paling mudah iaitu apabila tidak dapat mengalahkan hujjah dari pihak syiah maka kaitkan sajalah penulis kitab2 tersebut sebagai syiah. Maka apa yang dikaitkan dengan syiah maka tertolaklah iaaa.
Tapi sebelum tu...elok jugalah Sherali ambil tahu bahawa al-Allamah al-Imam  Abu al-Hassan Ali bin al-Hussain bin Ali Al-Mas'udi Asy-Syafi'i adalah pengarang kitab "muruj adz-Dzahabi wa Ma'adin al-Jauhar fi at-Tarih'. Jelas di nilai dari sampul bukunya bahawa beliau adalah asy-Syafii iaitu bermazhab Syafii. Abu-Ala al-Maududi pun didalam bukunya 'Khilafah dan Kerajaan' telah menolak anggapan bahawa Mas'udi ini adalah seorang syiah.

Lihatlah lagi Ibn Abil Hadid pengarang kitab "Syarh Nahjul Balaghah'. Beliau seorang muktazilah walaupun penulisan2nya di puji oleh ulama2 syiah.


bukan kita yg mengatakan mas'udi tu seorg syiah....tapi bukankan saya tlh nyatakan sblm ini kata2 tokoh2 rijal syiah yg mengatakan beliau seorg syiah...tak nampak ke pura2 tak nampak...saya ulangi balik

[table][tr][td][quote] Siapakah mas抲udi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 11:44 PM | Show all posts
المسعودي على بن الحسين الامام فى التاريخ صاحب مروج الذهب و اخبارالزمان
Dan al-mas抲di ali bin al-hasan adalah imam dlm sejarah, pengarang kitab murujuzzahab dan akhbaruzzaman.(a抷aanussyi抋h j1 ms321 e-book , bahagian kedua j.1 ms 320 ruj. As-syiahwaahlulbait ms70)
Syeikh abbas al-qummi menyebutkan dlm kitabnya al-kuna wal alqab

المسعودي هو شيخ المؤرخين وعمادهم، وله كتاب في الإمامة وغيرها منها كتاب "إثبات الوصية لعلي بن أبي طالب"، وهو صاحب "مروج الذهب" وعده النجاشي في فهرسته من رواة الشيعة"

Al-mas抲di adalah skeikh para sejarawan dan tempat bergantung mereka, beliau mempunyai kitab berkenaan imamah dan lain2 di antaranya 搈enyabitkan wasiat kepada ali bin abi talib
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 11:46 PM | Show all posts
adapun mana2 yg tidak berfakta tu maka tak perlulah dilayan.....
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 30-4-2007 12:48 AM | Show all posts
   ... Sorry but I have to admit that I'm lost here .....Don't guite get the objective of the discussion .. however just ignore me, I think my knowledge is still too shallow to understand you guys ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 27-4-2007 11:09 PM


Hehehe...tak habis-habis lagi lah tokoh jelmaan james bond Abdullah bin saba' inilah yang akan menjadi kambing hitam sedangkan apa yang berlaku ialah dikatakan sahabat-sahabat nabi jugalah y ...


sblm mengemukakan berkenaan ibnu saba' ni rasanya perlu jg sebutkan kenapakan di kalangan syiah bawahan tidak mengetahui kewujudan pengasas ajaran syi'ah ini..
di sisi tokoh2 syi'ah spt ayatullah2 mereka kita percaya mereka mengetahui kewujudan ibnu saba' ini krn ianya begitu byk sekali disebutkan dlm kitab2 mereka.. krn itu kalau kita baca buku2 tokoh syiah yg meninggalkan ajaran syiah dan memeluk ajaran aswj spt husin musawi antara sebabnya ialah bila mereka baca kitab2 syiah mereka temui kewujudan ibnu saba' ini namun kpd mereka jg disembunyikan hakikat tersebut apatah lagi kpd org bawahan......
antaranya lihat di sini
http://www.wylsh.com/

mengapa berlaku begini.....
krn dlm ajaran mereka adanya taqiyyah...masing2 di antara mereka pun saling bertaqyiiah antara satu sama lain..taqiyyah maknanya bohong atau temberang..org atasan berbohong kpd org bawahan...tak ubah spt paderi ataupun rahib dlm agama lain...
hakikat taqiyyah boleh kita lihat pada apa yg dikatakan oleh imam maksum mereka:

Al-Kulaini mengemukakan satu riwayat yang berbunyi:
قال أبوعبدالله عليه السلام: يا معلى اكتم أمرنا ولاتذعه، فإنه من كتم أمرنا ولم يذعه أعزه الله به في الدنيا وجعله نورا بين عينيه في الآخرة، يقوده إلى الجنة، يا معلى من أذاع أمرنا ولم يكتمه أذله الله به في الدنيا ونزع النور من بين عينيه في الآخرة وجعله ظلمة تقوده إلى النار، يا معلى إن التقية من ديني ودين آبائي ولادين لمن لاتقية له

Abu Abdillah a.s. berkata: "Wahai Mu'alla! Sembunyikan urusan (agama) kami dan jangan nyatakannya, kerana sesungguhnya orang yang menyembunyikan agama kami dan tidak menyatakannya akan dimuliakan oleh Allah di dunia dan Allah akan menjadikannya sebagai cahaya di antara dua matanya di akhirat yang akan membawanya ke syurga. Wahai Mu'alla! Orang yang menyatakan agama kami dan tidak menyembunyikannya akan di hina oleh Allah di dunia dan Allah akan membuang cahaya di antara dua matanya di akhirat dan akan menjadikannya kegelapan yang mengheretnya ke neraka. Wahai Mu'alla! Sesungguhnya taqiyyah adalah agamaku dan agama datuk nenekku dan tidak ada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah".(Usul al-Kafi jilid 2 hal 225)
، عن مسعدة ابن صدقة، عن أبي عبدالله عليه السلام قال: ذكرت التقية يوما عند علي بن الحسين عليهما السلام فقال: والله لو علم أبوذر ما في قلب سلمان لقتله Daripada Mas'adah daripada Abu Abdillah a.s. katanya, "Pada suatu hari disebutkan taqiyyah dekat Ali bin Al-Husain a.s. lalu dia berkata: "Demi Allah kalaulah Abu Zar mengetahui apa yang terdapat di dalam hati Salman tentu dia akan membunuh Salman". (Usul al-Kafi jilid 1 hal 402)

kesimpulannya: kalaulah grave tahu apa yg ada dlm hati bill tentu grave akan bunuh bill dan begitulah sebaliknya..

begitu juga dlm perkara lain taqiyyah memainkan peranan penting dlm ajaran mereka krn ianya merupakan 9/10 drpd agama mereka....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2007 12:28 PM | Show all posts
berkenaan ibnu saba' dalam kitab2 syiah sendiri:
di dalam kitab rijal yang paling utama di sisi Syi'ah iaitu Ikhtiyaru Ma'rifatir Rijal yang lebih dikenali dengan Rijal Kasyi pengarangnya Abu Ja抐ar Muhammad bin Al-Hasan Bin Ali At-Thusi telah menukilkan riwayat daripada Imam Ja'far As-Sadiq yang berbunyi:

عن ابن سنان، قال، قال أبوعبدالله عليه السلام: انا أهل بيت صادقون، لانخلو من كذاب يكذب علينا، فيسقط صدقنا بكذبه علينا عند الناس، كان رسول الله صلى الله عليه وآله أصدق البرية لهجة، وكان مسيلمة يكذب عليه. وكان أمير المؤمنين عليه السلام أصدق من برأ الله من بعد رسول الله صلى الله عليه وآله، وكان الذي يكذب عليه ويعمل في تكذيب صدقه بما يفتري عليه من الكذب عبدالله بن سبا لعنه الله

Daripada Ibnu Sinan katanya, Abu Abdillah a.s. berkata, "Sesungguhnya kami Ahlul Bait adalah orang-orang yang benar, kami tidak sunyi daripada pendusta-pendusta yang berdusta atas nama kami lalu gugurlah kebenaran kami di sisi manusia disebabkan oleh pendustaan yang dilakukan atas nama kami. Nabi s.a.w. adalah orang yang paling benar ucapannya dan Musailamah telah berdusta atas namanya. Amirul mukminin (Ali) a.s. adalah orang yang paling benar diciptakan oleh Allah selepas Rasulullah s.a.w. dan orang yang berdusta atas namanya serta berusaha dalam mendustakan kebenarannya dengan mengadakan dusta atas nama beliau adalah Abdullah bin Saba' semoga Allah melaknatnya". (Rijal Kasyi juz 4 hal 305)
- عن أبان بن عثمان، قال سمعت أبا عبدالله عليه السلام يقول: لعن الله عبدالله بن سبأ أنه ادعى الربوبية في أمير المؤمنين عليه السلام وكان والله أمير المؤمنين عليه السلام عبدا لله طائعا، الويل لمن كذب علينا وأن قوما يقولون فينا ما لا نقوله في أنفسنا، نبرأ إلى الله منهم نبرأ إلى الله منهم.
Drpd aban b. uthman katanya, aku mendengar abu abdillah as berkata, semoga Allah melaknat Abdullah bin saba
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 12:29 PM | Show all posts
lagi riwayat2 dlm kitab syiah ttg ibnu saba'

-وأحمد بن محمد بن عيسى، عن أبيه والحسين بن سعيد، عن ابن أبي عمير عن هشام بن سالم، عن أبي حمزة الثمالي، قال، قال علي بن الحسين عليهما السلام لعن الله من كذب عيلنا، اني ذكرت عبدالله بن سبا فقامت كل شعرة في جسدي، لقدادعى أمرا عظيما ماله لعنة الله، كان علي عليه السلام والله عبدا لله صالحا، أخو رسول الله، ما نال الكرامة من الله الا بطاعته لله ولرسوله، وما نال رسول الله (ص) الكرامة من الله الا بطاعته لله.
-الكشيي وذكر بعضى أهل العلم أن عبدالله بن سبأ كان يهوديا فأسلم ووالى عليا عليه السلام، وكان يقول وهو على يهوديته في يوشع بن نون وصي موسى بالغلو، فقال في اسلامه بعد وفات رسول الله صلى الله عليه وآله في علي عليه السلام مثل ذلك.وكان أول من شهر بالقول بفرض امامة علي وأظهر البرائة من أعدائه وكاشف مخالفيه وكفرهم، فمن هيهنا قال من خالف الشيعة أصل التشيع والرفض مأخوذ من اليهودية.في السبعين رجلا من الزط الذين ادعوا الربوبية في أمير المؤمنين (ع)(رجال الكشى ج2 ص108)


955 وقال أمير المؤمنين عليه السلام: " إذا فرغ أحدكم من الصلاة فليرفع يديه إلى السماء ولينصب في الدعاء فقال ابن سبا: يا أمير المؤمنين أليس الله عزوجل بكل مكان؟ قال: بلى، قال: فلم يرفع يديه إلى السماء؟ فقال: أو ما تقرا " وفي السماء رزقكم وما توعدون " فمن أين يطلب الرزق إلا من موضعه، وموضع الرزق وما وعد الله عزوجل السماء ".


Ibnu saba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2007 12:30 PM | Show all posts
lagi riwayat berkenaan ibnu saba' dlmkitab syiah
Hasan bin musa an-nubakhti menukilkan dlm kitabnya firaqussyiah..ms23
لما بلغ ابن سبأ نعي علي بالمدائن ، قال للذي نعاه : كذبت لو جئتنا بدماغه في سبعين صرة و أقمت على قتله سبعين عدلاً لعلمنا أنه لم يمت و لم يقتل ، و لا يموت حتى يملك الأرض .
Bilamana sampai berita kematian ali a.s. kpd ibnu saba
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 05:05 PM | Show all posts
setahu saya tidak ada satu pun hadis sahih mengenai Ibnu Saba' di dalam Syiah. Murtadha Askari dah menjawabnya. Hairan juga mengapa Sheir begitu gembira dan dah buat conclusion menghentam Syiah mengenai Ibnu 'the james bond' Saba' ni. Nanti kita akan tengok kalau ada kesempatan, kalau Grave atau Pak Ya nak diskas dulu lagi baik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 07:06 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 29-4-2007 11:42 PM

bukan kita yg mengatakan mas'udi tu seorg syiah....tapi bukankan saya tlh nyatakan sblm ini kata2 tokoh2 rijal syiah yg mengatakan beliau seorg syiah...tak nampak ke pura2 tak nampak...saya ulangi balik


Bukan kita juga yang mengatakan bahawa mas'udi tu bukan seorang syiah ...tapi ulama'2 ASWJ sendiri yang mengaku mas'udi tu memang bukan seorang syiah justeru catatannya diterima dalam ASWJ kecualilah puak wahabi yang menolaknya. Bukan mas'udi saja yang dituduh sebagai syiah malah jika ada penulis2 lain juga yang mencatatkan akan kebenaran sejarah yang pernah berlaku dikalangan sahabat maka mereka juga akan dituduh sebagai syiah. Ini berlaku terhadap penulis sejarah seperti Ibnu Abil Hadid, Ibnu Qutaibah, Ibnu Saad, Ibnu Jarir at-Tabari dll.lagi.

Telah berkata Al-Maududi.." Adapun al-Mas'udi tidak syak lagi bukanlah seorang syiah. Menuduhnya sebagai seorang anggota Syi'ah yang ekstrim adalah tidak benar. Bacalah apa yang ditulisnya, dalam bukunya Muruj adz-Dzahab, tentang Abu Bakar dan Umar. Tidak mungkin seorang  yang termasuk dalam syiah yang ekstrim menyebutkan kedua tokoh tersebut dengan cara yang telah dilakukan oleh al-Mas'udi".

Memang ana tidak nampak ada ulama'2 syiah yang mengaku Mas'udi tu sebagai seorang syiah tapi kalau setakat memuji-muji beliau maka tidak menjadikan Mas'udi itu termasuk dalam kelompok mereka. Mungkin Mas'udi itu syiah dalam ertikata pencinta Ahlul-Bait namun itu tidak merubah status beliau sama seperti Imam as'Syafe'i yang mengaku juga mencintai Ahlul-Bait.
Ulama'2 syiah bukanlah seperti ulama wahabi yang jumud pemikiran mereka serta bersikap lurus bendul tapi jika ada kebenaran yang dibentangkan dihadapan mereka beserta bukti yang kukuh maka mereka tidak takut dan kedekut untuk menghamburkan pujian. Mereka juga pernah memberikan pujian kepada orientalis2 yang mengkaji sejarah Islam secara jujur dan membahaskannya kembali dalam penulisan mereka pula. Tidak seperti ulama wahabi yang hanya merasakan diri mereka saja yang benar dan sejarah hanya mereka saja yang boleh mengesahkannya. Kesian...bagaikan ayam jantan...cakap berdegar-degar tapi ekor bergelumang tahi!  
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 30-4-2007 05:05 PM
setahu saya tidak ada satu pun hadis sahih mengenai Ibnu Saba' di dalam Syiah. Murtadha Askari dah menjawabnya. Hairan juga mengapa Sheir begitu gembira dan dah buat conclusion menghentam Syiah m ...


Benar Bill...nampaknya sheirli cuma syok sendiri saja. Dia menyangkakan dengan memetik hadis-hadis dari kitab syiah yang berhubung dengan Ibnu Saba' ini maka terus boleh buat konklusi sebagaimana cara puak-puak wahabi yang lurus bendul mengambil hadis2 secara harfiah dan tidak menggunakan otak dan akal. Inilah akibat sindrom pasar borong yang melanda puak-puak ni yang tidak mampu lagi menggunakan akal dan pemikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 07:23 PM | Show all posts
Berhubung dengan Abdullah Ibnu saba' ini dah jenuh dah ulama'2 syiah dulu dan sekarang memberikan bukti-bukti sama ada benar atau tidak tentang kewujudan tokoh 'James Bond" ini. kalau dah tuli dan bebal tu maka apa lagi nak di kato.

Tuduhan bahawa madzhab syiah adalah ajaran daripada si Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba' telah lama diketengahkan kepada masyarakat Islam dan semacam sudah sebati dengan masyarakat bahawa syiah adalah ajaran Yahudi Abdullah ibn Saba' yang berpura-pura memeluk Islam tetapi bertujuan untuk menghancurkan pegangan aqidah umat Islam.
Beliau dikatakan mempunyai madzhab Saba'iyyah mengemukakan teori Ali adalah wasi Muhammad SAWA. Abdullah ibn Saba' juga dikenali dengan nama Ibn al-Sawda' atau ibn 'Amat al-Sawda'- anak kepada wanita kulit hitam. Pada hakikatnya cerita Abdullah ibn Saba' adalah satu dongengan semata-mata.
Allamah Murtadha Askari telah mengesan dan membuktikan bahawa cerita Abdullah ibn Saba' yang terdapat dalam versi sunni adalah bersumberkan dari Al-Tabari (w.310H/922M), Ibn Asakir (w571H/1175M), Ibn Abi Bakr (w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M). Mereka ini sebenarnya telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' dari satu sumber iaitu Sayf ibn Umar dalam bukunya al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir Aishah wa Ali [Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran, 1360 H].
Sayf adalah seorang penulis yang tidak dipercayai oleh kebanyakan penulis-penulis rijal seperti Yahya ibn Mu'in (w233/847H), Abu Dawud (w275H/888M), al-Nasai (w303H/915M), Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn (w353H/964M), Ibn Hibban (w354H/965M), al-Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim (w405H/1014M), al-Firuzabadi (w817H/1414M), Ibn Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti (w911H/1505M, dan al-Safi al-Din (w923H/1517M).
Abdullah ibn Saba', kononnya seorang Yahudi yang memeluk Islam pada zaman Uthman, dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk menghasut orang ramai supaya bangun memberontak menentang khalifah Uthman. Sayf dikatakan sebagai pengasas ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat). Menurut Allamah Askari watak Abdullah ibn Saba' ini adalah hasil rekaan Sayf yang juga telah mencipta beberapa watak, tempat, dan kota khayalan. Dari cerita Sayf inilah beberapa orang penulis telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' tersebut seperti Said ibn Abdullah ibn Abi Khalaf al-Ashari al-Qummi (w301H/913M) dalam bukunya al-Maqalat al-Firaq, al-Hasan ibn Musa al-Nawbakhti (w310H/922M) dalam bukunya Firaq al-Shiah, dan Ali ibn Ismail al-Ashari (w324H/935M) dalam bukunya Maqalat al-Islamiyyin. Allamah al-Askari mengesan cerita Abdullah ibn Saba' dari riwayat syiah dari Rijal oleh al-Kashshi. Al-Kashshi telah meriwayatkan dari sumber Sa'd ibn Abdullah al-Ashari al-Qummi yang menyebut bahawa Abdullah ibn Saba' mempercayai kesucian Ali sehingga menganggapnya sebagai nabi. Mengikut dua riwayat ini, Ali AS memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut, dan disebabkan keengganannya itu Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup (walau bagaimanapun menurut Sa'd ibn Abdullah Ali telah menghalau Ibn Saba' ke Madain dan di sana dia menetap sehingga Ali AS menemui kesyahidannya. Pada ketika ini Abdullah ibn Saba' mengatakan Ali AS tidak wafat sebaliknya akan kembali semula ke dunia). Al-Kashshi, selepas meriwayatkan lima riwayat yang berkaitan dengan Abdullah ibn Saba' menyatakan bahawa tokoh ini didakwa oleh golongan Sunni sebagai orang yang pertama yang mengisytiharkan Imamah Ali AS. Allamah Askari menyatakan bahawa hukuman bakar hidup-hidup adalah satu perkara bida'ah yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada dari madzhab Syi'ah atau Sunnah. Kisah tersebut pula tidak pernah disebut oleh tokoh-tokoh sejarah yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari, al-Masudi, Ibn Al-Athir, ibn Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah ibn Sabak' sebelum berlakunya peristiwa pembunuhan Uthman atau pada zaman pemerintahan Imam Ali AS telah tidak disebut oleh penulis-penulis yang terawal seperti Ibn Sa'd (w230H/844M0, al-Baladhuri (w279H/892M) atau al-Yaqubi. Hanya al-Baladhuri yang sekali sehaja menyebut namanya dalam buku Ansab al-Ashraf ketika meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS berkata: " Hujr ibn Adi al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli al-Arani, dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani - ibn Saba' datang kepada Imam Ali AS dan bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakr dan Umar..." Ibn Qutaybah (w276H/889M) dalam bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan al-Thaqafi (w284H/897M) dalam al-Gharat telah menyatakan peristiwa tersebut. Ibn Qutaybah memberikan identiti orang ini sebagai Abdullah ibn Saba'. Sa'd ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat wal-Firaq menyebutkan namanya sebagai Abdullah ibn Saba' pengasas ajaran Saba'iyyah - sebagai Abdullah ibn Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah (w474H/1082M) dalam bukunya Al-Ikmal dan al-Dhahabi (w748H/1347M) dalam bukunya al-Mushtabah ketika menerangkan perkataan 'Sabaiyyah ', menyebut Abdullah ibn Wahb al-Saba'i, sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar (w852H/1448M) dalam Tansir al-Mutanabbih menerangkan bahawa Saba'iyyah sebagai ' satu kumpulan Khawarij yang diketuai oleh Abdullah ibn Wahb al-Saba'i'. Al-Maqrizi (w848H/1444M) dalam bukunya al-Khitat menamakan tokoh khayalan Abdullah ibn Saba' ini sebagai 'Abdullah ibn Wahb ibn Saba', juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda' al-Saba'i.'
Allamah Askari mengemukakan rasa kehairannya bahawa tidak seorang pun daripada para penulis tokoh Abdullah ibn Saba' ini menyertakan nasabnya - satu perkara yang agak ganjil bagi seorang Arab yang pada zamannya memainkan peranan yang penting. Penulis sejarah Arab tidak pernah gagal menyebutkan nasab bagi kabilah-kabilah Arab yang terkemuka pada zaman awal Islam tetapi dalam kisah Abdullah ibn Saba' , yang dikatakan berasal dari San'a Yaman, tidak dinyatakan kabilahnya. Allamah Askari yakin bahawa Ibn Saba' dan golongan Sabai'yyah adalah satu cerita khayalan dari Sayf ibn Umar yang ternyata turut menulis cerita-cerita khayalan lain dalam bukunya. Walau bagaimanapun, nama Abdullah ibn Wahb ibn Rasib ibn Malik ibn Midan ibn Malik ibn Nasr al-Azd ibn Ghawth ibn Nubatah in Malik ibn Zayd ibn Kahlan ibn Saba', seorang Rasibi, Azdi dan Saba'i adalah pemimpin Khawarij yang terbunuh dalam Peperangan Nahrawan ketika menentang Imam Ali AS.
Nampaknya kisah tokoh Khawarij ini telah diambil oleh penulis kisah khayalan itu untuk melukiskan watak khayalan yang menjadi orang pertama mengiystiharkan Imamah Ali AS. Watak ini tiba-tiba muncul untuk memimpin pemberontakan terhadap khalifah Uthman, menjadi dalang mencetuskan Perang Jamal, mengisytiharkan kesucian Ali AS, kemudian dibakar hidup-hidup oleh Ali AS atau dihalau oleh Ali AS dan tinggal dalam buangan seterusnya selepas kewafatan Imam Ali AS, mengisytiharkan kesucian Ali AS dan Ali akan hidup kembali dan orang yang pertama bercakap dengan lantang tentang musuh-musuh Ali AS.
Menurut Allamah Askari, perkataan Saba'iyyah adalah berasal-usul sebagai satu istilah umum untuk kabilah dari bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab iaitu Bani Qahtan dari Yaman. Kemudian disebabkan banyak daripada pengikut-pengikut Imam Ali bin Abi Talib AS berasal dari Yaman seperti Ammar ibn Yasir, Malik al-Ashtar, Kumayl ibn Ziyad, Hujr ibn Adi, Adi ibn Hatim, Qays ibn Sa'd ibn Ubadah, Khuzaymah ibn Thabit, Sahl ibn Hunayf, Uthman ibn Hunayf, Amr ibn Hamiq, Sulayman ibn Surad, Abdullah Badil, maka istilah tersebut ditujukan kepada para penyokong Ali AS ini. justeru, Ziyad ibn Abihi pada suatu ketika mendakwa Hujr dan teman-temannya sebagai 'Saba'iyyah.' Dengan bertukarnya maksud istilah, maka istilah itu juga turut ditujukan kepada Mukhtar dan penyokong-penyokongnya yang juga terdiri daripada puak-puak yang berasal dari Yaman. Selepas kejatuhan Bani Umayyah. istilah Saba'iyyah telah disebut dalam ucapan Abu al-Abbas Al-Saffah, khalifah pertama Bani Abbasiyyah, ditujukan kepada golongan Syi'ah yang mempersoalkan hak Bani Abbas sebagai khalifah.
Walau bagaimanapun Ziyad mahupun Al-Saffah tidak mengaitkan Saba'iyyah sebagai golongan yang sesat. Malahan Ziyad gagal mendakwa bahawa Hujr bin Adi dan teman-temannya sebagai golongan sesat. Istilah Saba'iyyah diberikan maksudnya yang baru oleh Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua tahun Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan kepada golongan sesat yang kononnya diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba'.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 07:26 PM | Show all posts
Originally posted by sheir'ali at 29-4-2007 11:46 PM
adapun mana2 yg tidak berfakta tu maka tak perlulah dilayan.....


Tidak mau layan ka atau sudah tidak ada lagi hujjah2 yang berasaskan otak atau akal atau logik ataupun 'common sense'.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 11:17 PM | Show all posts
[quote]
bill tulis lagi

[quote]
(3) Rasulullah saaw bersabda: 揝esungguhnya kalian akan serakah terhadap kepimpinan dan ia akan menjadi penyesalan kalian pada hari Kiamat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 11:33 PM | Show all posts

Sekitar Hadis Manzilah "... kedudukan Harun di sisi Musa"

[quote]
Sheir:

[quote]
Bill: 搮Hanya sahaja tidak ada Nabi selepasku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2007 11:41 PM | Show all posts
merujuk kpd post yg diberikan bill..

[quote] Sheir
bill tulis
[quote]
Antara Kuantiti dan Kualiti

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 11:45 PM | Show all posts



[quote]
Bill Perbuatan para sahabat meninggalkan Harunnya umat ini (Amirul Mukminin Ali a.s.) adalah salinan (copy) kepada perbuatan Bani Israel meninggalkan Nabi Harun ketika pemergian Nabi Musa a.s:

Benarkah begitu..?? tolong jelaskan siapakah mereka itu dan siapakah pemuka2 mereka匸/size]
Apakah kesediaan bekas isteri abu bakar r.a. iaitu asma
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 11:47 PM | Show all posts
[quote]

[quote]Dari Abu Said al-Khudri dari Rasulullah saaw, 揔alian benar-benar akan mengikut jejak orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga apabila mereka masuk ke dalam lubang biawak nescaya kamu ikuti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 12:01 AM | Show all posts

[quote] Bill:
(1) Kanz al Ummal Jil.3 hlm.139 (edisi Mesir):
Zayd bin Salma meriwayatkan bahawa apabila bai'ah telah diberikan kepada Abu Bakar berikutan kewafatan Rasulullah (saaw), Ali dan zubair sedang berada di dalam rumah fathimah membincangkan mengenai penentangan mereka kepada kekhalifahan Abu Bakar. Umar menerima perkhabaran ini dan bergegas ke rumah Sayyidah Fathimah dan berkata, "Wahai puteri Rasulullah (saaw), selepas ayahmu tiada siapa yang lebih aku cintai berbandingmu, tetapi kerana masalah ini, aku akan membakar rumahmu kerana perbincangan lelaki-lelaki ini!"
                             &
Riwayat ini telah diriwayatkan melalui autoriti Ibn Syaibah, dan boleh ditemui juga di dalam al Bayana Izalathul Khifa Jil. 2 hlm.29. Al-Muhaddis Shah Waliyullah ad-Dahlawi juga telah meriwayatkan hadis yang berasal dari Abu Bakar bin Abi Syaibah ini, dari Zaid bin Salma dan mengulas bahawa sanadnya sahih berdasarkan syarat kedua Syaikh  (yakni Bukhari dan Muslim).

Saya tak temui riwayat ini dalam kanzul 憉mmal卼olong detailkan lagi riwayat ini dimana..dlm bab mana atau kemukakan matan riwayat ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064312 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list