CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7191|Reply: 29

Kemusykilan Mengahwini Wanita Hamil

[Copy link]
Post time 12-4-2007 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Santapan Jiwa: Mengahwini Wanita Hamil

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant
luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu
kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda
disini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak
bolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan
itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim
(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan
yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu
sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga
tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian
tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak
sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan
matiku,  hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam".

-----------------------------------------------------------
Saya dapat email ni... So, saya nak kepastian, betul ke Haram mengahwini wanita yg sedang mengandung?
Mod, kalau dah ada thread ni, boleh delete... Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2007 03:00 PM | Show all posts
inilah yang saya belajar kat sekolah dulu... cuma seingat saya ... mereka boleh bernikah jika kandungan belum berumur 3 bulan... kepada yang ariff...sila perbetulkan kalu silap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 06:21 PM | Show all posts

Reply #2 UMMI_MAI's post

oooo... mcm tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 07:21 PM | Show all posts
Dibawah ini saya turunkan pendapat2 yg mengatakan bahawa jika siibu melahirkan anak melebihi 6 bulan lepas nikah boleh dibinkan bapanya.

Tempoh 6 bulan minima hamil ini dikuatkuasakan oleh Khalifah Uthman ra menurut pengarang Muhammad Ali as-Syabuni (Rawaai' al-Bayan) apabila seorang perempuan yg melahirkan anak enam bulan selepas berkahwin, Uthman memerintahkan dinasabkan kepada suaminya dan tidak menghukum wanita tersebut.


Madzhab Syafi'iy dan jumhur (Ibn Hajar, Tuhfah) menetapkan tempoh minima: 180 hari (6 bulan), kecuali Maliki 175 hari.

Majlis agama Islam Syria menetapkan 180 hari juga dan Malaysia juga menerima pakai 180 hari.

Fiqh Malaysia menetapkan mana-mana anak yg lahir dalam tempoh 180 hari, maka boleh dibin/bintikan kepada suami wanita itu yg sah mengikut syarat nasab di atas. (Mufti Wilayah Peresekutuan, Masail Fiqhiyah, Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei, Pehin Dato Hj Awang Abd Aziz; Prof Wahbah Zuhaili (Syria), Fiqh Islami, Jld 7)

http://www.al-firdaus.com/index. ... display&ceid=98
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 07:30 PM | Show all posts
Dibawah ini saya turunkan pendapat mufti Melaka tentang berkahwin wanita sedang hamil...

Pengirim siti nur (ctlone@hotmail.com)
Alamat bukit beruang  
Tarikh 27-12-1999
Kategori MUNAKAHAT/NIKAH

Tajuk perkahwinan antara penzina

Soalan
benarkah seorang lelaki/perempuan yang telah
berzina wajib berkahwin dengan pasangannya itu?
Ustaz saya kata mereka haram untuk berkahwin
dengan orang lain. benarkah begitu?Apakah hukumnya jika wanita itu berkahwin dgn orang lain walhal lelaki yang pertama tadi masih mahukan dia?
terima kasih  
Jawapan ASSALAMUALIKUM WRH.

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.

Golongan jumhur ulama antaranya mazhab Syafi'e, Hanafi dan Maliki membolehkan kahwin dengan wanita penzina apatah lagi yang telah bertaubat, demikian pula sebaliknya. Larangan dalam ayat 3, Surah an-Nur hanyalah larangan yang berbentuk makruh (yang dibenci), bukan larangan haram. Dalil yang digunakan ialah hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi dari Ibnu 'Abbas. As-Syafi'e membolehkan perkahwinan dengan wanita penzina dalam masa 'iddahnya walaupun ia sedang hamil kerana hamilnya itu tidak mengharamkan kahwinnya. Hukum haramnya mengahwini penzina dipegang dalam mazhab Hanbali, tetapi boleh dikahwini setelah benar-benar bertaubat.
Perlu diingat, penzina (pelacur) bukanlah jodoh yang baik dari segi fizikal, mental, agama dan akhlaknya. Nabi SAW. menggesa umatnya memilih wanita solehah sebagai isteri.

http://media.mmu.edu.my/mufti/jawapan/baca.php?id=32
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 02:54 AM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 12-4-2007 07:21 PM
Dibawah ini saya turunkan pendapat2 yg mengatakan bahawa jika siibu melahirkan anak melebihi 6 bulan lepas nikah boleh dibinkan bapanya.

Tempoh 6 bulan minima hamil ini dikuatkuasakan oleh Kha ...



pls explain to me in a simple words...... "jika siibu melahirkan anak melebihi 6 bulan lepas nikah boleh dibinkan bapanya" - adakah maknanya.....sebelum nikah, siibu dah pregnant 3 months? and also adakah maknanya juga, kalau the girl dah pregnant a few weeks or a month, then dia nikah, nikahnya sah?  anybody, kindly explain to me in simple words... aku ni payah sket nak faham if ayat berbelit2.  tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2007 07:52 AM | Show all posts
Originally posted by sarahj at 13-4-2007 02:54 AM



  . "jika siibu melahirkan anak melebihi 6 bulan lepas nikah boleh dibinkan bapanya" - adakah maknanya.....sebelum nikah, siibu dah pregnant ...


Boleh berkahwin dengan wanita yg sedang hamil...tak kira berapa bulan umur kandungannya. Jika jarak antara tarikh nikah dengan tarikh lahir anak ialah 6 bulan atau 180 hari atau lebih,  maka anak itu boleh di bin/binti  kepada  bapanya (suami wanita itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 13-4-2007 07:52 AM


Boleh berkahwin dengan wanita yg sedang hamil...tak kira berapa bulan umur kandungannya. Jika jarak antara tarikh nikah dengan tarikh lahir anak ialah 6 bulan atau 180 hari atau lebih,  maka  ...


ini merujuk kepada kalau benar2 anak itu anak lelaki tersebut... Bagaimana kalau dia berkahwin dengan lelaki lain?

Dari penerangan2 di atas, bermakna tidak ada haramnya mengahwini wanita hamil... betul kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2007 12:05 PM | Show all posts

Reply #8 innova77's post

Bagaimana kalau dia berkahwin dengan lelaki lain?

Fiqh Syafi'iy menetapkan bayi itu tidak boleh dinasabkan kepada suami yang tidak berdosa kerana telah mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Lelaki itu jika mengetahui adalah dayus dan menjadi pak sanggup yang tidak diterima kesaksiannya. Perbuatan menasabkan kepada lelaki yang bukan suami yang sah menghamilkan adalah satu jenayah penipuan kerana melibatkan pemalsuan dalam perwalian, pesaka dan batas aurat. (Fiqh al-Manhaji)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 01:52 PM | Show all posts

Reply #9 zerozone's post

beratnyer....

ok.. nak cerita ni... Sepupu saya berkahwin dengan seorang perempuan
yang telah mengandung 7 bulan. Anak dlm kandungan itu adalah anak sepupu saya sendiri. Ini di akui oleh sepupu saya dan jugak perempuan tersebut..

Kesimpulannya: Perkahwinan mereka sah. Anak yg lahir itu tidak boleh di binkan nama sepupu saya. Dan anak itu tidak berhak mendapat harta pusaka... Betul ke?

Dan saya nak tanya, Bagaimana hubungan anak tersebut dengan adik-adik nya yang di lahirkan sah? Boleh bersentuhan kah meraka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 04:30 PM | Show all posts

Reply #10 innova77's post

Bagi pendapat saya anak yg lahir itu tidak boleh dibin/binti kpd sepupu saudara dan tidak berhak keatas harta pusaka kecuali sepupu saudara ada membuat wasiat untuknya.

Hubungannya dengan adik beradik yg lain bagi saya sama lah saperti satu ibu lain bapa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 05:02 PM | Show all posts

Reply #11 zerozone's post

ooo paham dah saya... terima kasih zerozone..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 05:12 PM | Show all posts
minta maaf
sy kurang fhm dgn penerangan yg diberii
ape yg sy ingat kalo pasangan tue berzina mereka x boleh bernikah sehingga anak tersebut lahir
adakah betul atau sebaliknya

ini kerana terdapat rakan sy yg ahli keluarganya mengalami mslh dirogol
tp kadi membenarkan mereke nikah kerana kandungan belum ckup 3 bulan
maka sy ingin mengetahui pendapat mana yang betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 12:32 AM | Show all posts
Ada pandangan yang mengatakan tidak kira soal dia mengahwini lelaki lain atau tidak,jika kelahiran bayi tersebut melebihi tempoh 6 bulan dan keatas-dari tarikh imkanul wati(detik kemugkinan berlakunya persetubuhan selepas aqad nikah)-kalau lelaki tersebut merasakan bayi tersebut bukan hasil benihnya-dia boleh lakukan proses lian-dengan menafikan nasabnya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 08:30 AM | Show all posts

Reply #1 innova77's post

kenapa ada dalam majalah mingguan wanita boleh kahwini perempuan yg mengandung?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 02:15 AM | Show all posts

Reply #11 zerozone's post

zerozone, if kandungan baru a few weeks or a month old, then depa nikah, adakah nikah tu sah and anak dibolehkan dibin/bt kan kepada sisuami/bapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2007 08:05 AM | Show all posts
Originally posted by sarahj at 15-4-2007 02:15 AM
if kandungan baru a few weeks or a month old, then depa nikah, adakah nikah tu sah  


Nikah tu sah dan anak yg lahir boleh dibin/binti kpd bapanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 02:27 PM | Show all posts
Salam

Ini adalah jawapan balas yang diberikan ole ustaz fauzi Mustafa.

Harap dapt dimanfaatkan dan disebarkan

USTAZ, MOHON PANDANGAN USTAZ UTK E-MAIL DI BAWAH.

ADAKAH IANYA BENAR DAN PERLU DIIKUTI UTK MENGELAKKAN DOSA?



Komen Balas: Mari kita lihat satu persatu.

Ini kesilapan yg sering berlaku dalam masyarakat kita

sekarang...sebarkanla

untuk tambah pengetahuan..

Komen Balas: Pengetahuan yang elok disebar ialah yang benar berasaskan sumbernya yang betul sahaja.

Untuk makluman semua. Actually all is clear in Surah-An-Nisaa' ,

Al-Maidah.

Komen Balas: Tidak pula di kod kan ayat berapa.

Soalan 1 - 5 sangat serius. Biasa dikalangan masyarakat kita bila dapat

tahu anak pregnant luar nikah, cepat kahwinkan.

Dari kenyaaan dibwh, nikahnya tak sah dan dianggap zina ...........

Komen Balas: Pendapat ini adalah salah. Nikahnya sah dan tidak dianggap sebagai zina.

Soalan  1 :  Apa langkah yang patut di ambil apabila seorang perempuan

mengandung anak luar nikah?

Jawapan  1 :  Dia tak boleh mengahwini sesiapa sehingga dia melahirkan.

Komen Balas: Wanita hamil luar nikah boleh mengahwini sesiapa sahaja semasa hamil. Berbeza jika perempuan mengandung setelah diceraikan suaminya maka eddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak tersebut.

Soalan  2 :  Jika bapa anak tersebut ingin mengahwininya, boleh kah dia

berbuat demikian?

Jawapan 2 :  Tidak, dia tidak boleh mengahwininya sehingga anak itu

dilahirkan.

Komen Balas: Dia boleh mengahwininya walaupun semasa mengandung tanpa perlu menunggu anak itu dilahirkan.

soalan 3 :  Adakah perkahwinannya sah jika mereka berkahwin?

Jawapan 3 :  Tidak, perkahwinannya tidak sah. Seorang muslim tidak boleh

berkahwin dengan wanita mengandung walaupun dia adalah bapanya.

*perkahwinan tidak sah kerana belum habis eddah*

Komen Balas: Sah. Wanita hamil luar nikah tiada eddah. Kerana eddah adalah khusus untuk wanita yang diceraikan suaminya sahaja. Sedangkan wanita hamil luar nikah tidak ada suami. Oleh itu dia tiada eddah dan nikahnya sah,

soalan  4 :  Jika mereka berkhawin, apa yg perlu mrk buat utk

membetulkannya.

Jawapan 4 :  Mereka perlu berpisah. Sahkan dia tdk mengandung, lepastu

blh

berkahwin, baru mengikut syariat Islam.

*benar, perkahwinan tersebut (ketika wanita tersebut hamil) tidak sah

dan

perlu menikahi semula mengikut hukum.*

Komen Balas: Mereka tidak perlu berpisah. Nikah mereka sah.

soalan 5 :  Bagaimana jika mrk tdk membetulkannya?

Jawapan 5 :  Mereka hidup berzina krn perkahwinan tdk sah.

*benar, perkahwinan yg tidak sah adalah haram dan hukum ketika "bersama"

suami isteri adalah seperti berzina.*

Komen Balas: Mereka tidak berzina malah mereka adalah pasangan suami isteri yang diiktiraf oleh hokum Syarak.

Soalan 6 :  Apa hak anak luar nikah?

Answer 6 :  anak luar nikah tidak mendapat hak yg sama seperti anak yang

halal. Malah biological father kepada anak tersebut tidak boleh

mewalikan

anaknya walaupun telah menikahi ibu kepada anak tersebut.

Komen Balas:

(1) Jika anak luar nikah itu lahir setelah 6 bulan ibunya dinikahi oleh biological father  maka dia mendapat hak seperti anak kandung.

Contohnya: Ketika janin itu berusia 2 bulan dalam kandungan, ibunya dinikahi oleh biological father maka 7 bulan 10 hari selepas itu lahirlah anak tadi maka dia boleh di 慴in
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 06:52 PM | Show all posts

Reply #18 basiron's post

"Kalau dalam kes (2) Komen Balas bagi soalan 6 di atas, maka biological father tadi tidak diiktiraf sebagai bapa kandung SEKALIPUN dia mendakwa bahawa itu adalah anaknya. Oleh itu anak dan bapa tadi bukan mahram."

Bukankah apabila telah dikahwini ibunya secara automatik anak itu menjadi mahramnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2007 09:17 AM | Show all posts

Reply #19 zerozone's post

ye... saya pun konpius pasal ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 1.369467 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list