CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18220|Reply: 32

Terjumpa wang di tengah jalan...

[Copy link]
Post time 12-4-2007 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Saya ingin meminta pendapat forumer semua mengenai perkara di atas. Apa yang saya tau, jika terjumpa wang/barang ditengah jalan, kita perlu menghebahkan mengenainya kepada umum selama setahun untuk diclaim oleh empunye wang/barang tersebut. Jika takde orang yang claim wang/barang tersebut, kita boleh gunakannye dengan syarat jika ade pemiliknya yang menuntutnye kita perlu memulangkan kembali pada empunya.

Soalan saya, sekiranya wang tersebut dijumpai tapi terus dimasukkan ke tabung masjid tanpa menghebahkan pasal kehilangan wang tersebut kepada umum selama setahun. Wang itu dikutip dengan alasan, bimbang akan dikutip oleh orang yang tak bertanggungjawab sebagai contoh penagih dadah atau sebagainya..

Kalau ada sesiapa yang boleh bagi pandangan menurut kaca mata Islam dalam perkara ini amatlah dialu-alukan...

Terima kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2007 10:18 PM | Show all posts
Saya pulak lebih rela tak ambil kalau rasa tak mampu nak hebahkan... terfikir mungkin pemiliknya akan datang semula mencari ditempat yang dia lalu... tak berani nak ambik walaupun pernah terjumpa nilai wang yang besar juga.... dugaan sungguh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 07:31 AM | Show all posts
kalau tak amik org lain akan amik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 12:41 PM | Show all posts

Reply #3 speedo's post

Kalau saya pun tak amik sebenonye. Tapi ada kenalan saya yang amik dan reason dia takut orang yang tak berkenaan amik. That person tanye saya setelah dia masukkan kat tabung masjid tanpa menghebahkan kepada umum. Itu yang mushkil tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 12:49 PM | Show all posts
Lagi sedih ada member saya ni... dia ambik duit yang jumpa tu... pastu di beli jajan... bagi kami makan... mula-mula dia kata dia yang belanja... tapi bila dah habis benda tu masuk perut... baru dia kata yang duit tu dia jumpa... haru betul ada member macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by speedo at 13-4-2007 07:31 AM
kalau tak amik org lain akan amik


Tu dia dengan Tuhan... dia jawab.... kalau kita ambil, kita pulak nak kena jawab....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2007 05:10 PM | Show all posts

Reply #6 ct_og's post

Assalamualaikum..

Apa khabar CT_OG

mengenai jumpa barang hilang..ini termasuk dalam hukum luqatah
ct_og boleh cari guna google untuk dapatkan info.

setahu saya, kita wajib mengambilnya sebagai tanggungjawap bersama sesama insan, maksud saya bukanlah mengambilnya untuk kegunaan diri sendiri...tetapi mengambilnya dan menyerahkan kepada pihak yang boleh mencari tuan punyanya atau kita sendiri mencari tuannya.

tetapi jika tiada tuannya datang menuntut dalam tempoh tertentu..tak salah saya 6 bulan selepas diumumkan kepada orang ramai(dan diumumkan setiap kali dalam seminggu @ pengunaan notis). maka ahkim atau orang yang berkuasa boleh sama ada menyerahkan wang tersebut kepada baitulmal sebagai sedekah ataupun diserahkan kepada yang menjumpainya.

harap penjelasan ini dapat membantu sedikit..walaubagaimanapun, penerangan detail berserta Al quran dan Hadis tak dapat saya sertakan kerana sibuk...n bersedia untuk merehatkan diri,

saya juga selalu terlupa meletak beg duit saya....alhamdulilah, walaupun berkali-kali menghilangkannya dan kadangkala risau (pasal ic dan maklumat peribadi dalamnya...duit tu no 2 la)...masih ada insan yang mulia dan sanggup menhantarnya kepada saya.... bukankah orang semulia itu yang Allah mahu kita jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 07:14 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 13-4-2007 05:10 PM
Assalamualaikum..

Apa khabar CT_OG

mengenai jumpa barang hilang..ini termasuk dalam hukum luqatah
ct_og boleh cari guna google untuk dapatkan info.

setahu saya, kita wajib mengambilnya  ...


Waalaikumusalam,

Alhamdulillah, khabar baik.

Terima kasih dengan balasan... seperti dipermulaan post... ada saya sebutkan jika tak berkemampuan nak menghebahkan atau mencari sipemilik barang... kena tengok juga tempat... kalau tempat tu terpencil ...tak ada orang lalu... ok gak boleh tolong ambilkan.... tapi bayangkan tempat tu jalan orang lalu lalang... kebetulan masa kita lalu tu aje orang tak ramai... kawasan KL pulak besar... pastu kita pula nak cepat sebab masa tu time kerja... dah tu terfikir mungkin orang yang tercicir tu akan datang semula mencari.... pasti hampa kalau tengok benda tu tak ada... lagi pun orang sekarang ni bila duit tercicir, mereka tak akan pergi balai polis bertanya... jika saya hantar ke balai polis dah tentu duit tu boleh menjadi milik saya selepas tempohnya tamat... tapi saya tak nak duit tu... kalau ada alamat boleh gak hantar balik... kalau tak ada, macam mana?  Bila kita dah menghadapi keadaan macam ni baru kita tahu nilai diri kita, nilai orang yang berada di sisi kita dan siapa Tuhan pentadbir alam ini.  Saya hanya berdoa agar orang tu datang cari balik duit dia kat mana dia lalu... hanya mengharapkan kebahagiaan orang tersebut...sesungguhnya saya berharap agar Allah mengampunkan dosa saya kiranya saya berdosa...

[ Last edited by  ct_og at 14-4-2007 09:18 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2007 08:25 PM | Show all posts
huuhuh... aku pun pernah gak jumpah not 50 akku rasa adalaa beberapa keping dilipat dua.. tapi tak berani nak amik.. uhuhuhhu... takut tershopping lak.. kekekek

cuma doakan semoga tuan dia jumpa balik duit tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 10:37 PM | Show all posts
Aku pun pernah jumpa duit RM50 di tapak projek pembinaan yang berlumpur. Kalau aku biarkan duit tu kat situ gerenti reput ..so aku ambil ajer lah. Aku bawa pekerja 4 orang dan suruh mereka makan apa saja yang mereka hendak tapi huk..huhuu...terpaksa lak aku tambah lagi duit sebab orang indon ni order terlebih budget lak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 01:32 AM | Show all posts
Aku pun pnh gak terjumpa duit... ada rm10... S$14... S$11... tp aku tak lerrr nak isytiharkan.... aku guna jerk.... kene lak ada sekali tu aku tgh bebetul tak der duit nak makan.... bebetul kering.... dalam ati dok bkata2... susah ni kalu tak der duit... nk pnjam pun aku keje sorang jerk... jd nk pinjam kat sapa? .... jd time tu jalan masok basement parking nak pegi opis.... aku bole pulak ternampak duit (yg S$14 tuu laaa).... aku amik terus masok poket.... tp time jalan tu... ada 4 orang (china man) tgh jln gak.... derang bole x nampak... so aku yang kat belakang nampak duit tu terus laa amik... tp masa aku bend down nak amik duit tu... one of the china man nampak... pastu konon paisey laa pasal dia x nampak duit tu....

aku pun bersyukur laa pada Allah yg memberi rezeki pd aku.... dpt laa aku mkn dalam minggu tu....  so conclusion nyer kat sini.... aku bole kata kan kalu terjumpa duit tu kira rezeki laaa....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 01:47 AM | Show all posts
macamana kalau 'terjumpa' duit dalam saving akaun plak?
bank telah salah wat transaction, tiba2 je terus dapat amount yg tak masuk akal byknya.... boleh ke kita pakai duit ni? haram ke?
dah mintak bank statement dari bank, dan bank cakap tak dpt nak bg statement on that date sbb ada problem dgn system on that month... macamana yer duit tu ok ke kalau guna?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by anna_natasha at 14-4-2007 01:47 AM
macamana kalau 'terjumpa' duit dalam saving akaun plak?
bank telah salah wat transaction, tiba2 je terus dapat amount yg tak masuk akal byknya.... boleh ke kita pakai duit ni? haram ke?
dah min ...



Kemungkinan besar ada kesilapan teknik oleh pihak bank atau poihak yang membuat deposit/transfer.  Harap jangan gunakan.  Kerana situasi ni pernah berlaku dengan kawan saya.  Wang gaji silap masuk ke dalam akaun pekerja yang dah lama berhenti sebab nama yang serupa.  Selepas lapuran lengkap dibuat, wang yang disalah masuk tu dikeluarkan semula.  Bayangkan kot awak dah belanja sakan tetiba bank minta balik!!  Sesilap boleh muflis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 03:03 PM | Show all posts
Ulama berselisih pendapat dalam menghukum pengambilan barang-barang luqatah ini.

1) Mazhab hanafi berpendapat hukumnya tidak mutlak.Ia menjadi sunat apabila seseorang itu takut harta tersebut akan rosak atau hilang sekiranya tidak diambil dan akan beroleh pahala jika bermaksud memulangkannya kepada pemiliknya.

2) Para Ulama dari mazhab syfia berpendapat sunat mengambil luqatah tersebut jika yakin akan dapat melaksanakan amanah(memulangkan kembali kepada tuannya)Tidak diwajibkan jika ragu-ragu untuk melaksanakan amanah tersebut bagi orang yang jujur dan terpecaya. Haram hukumnya jika yakin dia akan mengambil harta tersebut sebagai miliknya.

3) Imam Malik dan pengikutnya berpendapat wajib memungut harta luqatah jika yakin dirinya mampu memegang amanah atau sekadar syak sahaja dan percaya bahawa harta itu akan rosak jika tidak diambil.Haram bagi orang yang menjumpai luqatah jika ia berniat khianat.

4) Manakala mazhab hanbali menyatakan jika sipemungut yakin akan dirinya dan sanggup memberitahukan barang yang diambilmaka ia boleh mengambilnya tetapi jika tidak lebih baik dibiarkan sahaja.

http://www.darulnuman.com/cgi-bi ... isplay&num=2275
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 04:50 PM | Show all posts
erm biarkan ja kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 14-4-2007 03:03 PM
Ulama berselisih pendapat dalam menghukum pengambilan barang-barang luqatah ini.

1) Mazhab hanafi berpendapat hukumnya tidak mutlak.Ia menjadi sunat apabila seseorang itu takut harta tersebut  ...


kesimpulan :  Duit yang diambil tak boleh dimakan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2007 08:17 PM | Show all posts
dulu aku ada terkena perkara ni..
masa tu wira aku rosak nak ambik tak cukup duit...
dalam masa nak pegi bengkel tu aku mintak lah dengan Allah  sambil berdoa dalam perjalanan ke bengkel...
tiba tiba hari hujan maka singahlah aku kat satu kedai jual buah ...dalam hujan lebat tulah aku terjumpa 3 keping note RM50 ....aku lihat keliling memang takda orang so aku ambik jerlah ...almaklumlah terdesak...
lepaslah bayar bengkel....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 09:56 PM | Show all posts
Terjumpa duit dalam keadaan kita terdesak tu pun ujian dari Allah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 10:54 PM | Show all posts
itu lah
dah gagal ujian ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 11:00 PM | Show all posts
masih belum boleh dikira gagal lagi.  kalau boleh usaha cari orang yang hilang duit tu dan gantikan duit tu.   ...  tapi macamana yer, payah jugak mikir ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.485887 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list