CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8152|Reply: 23

Awas Syirik Kecil Yang Tersembunyi

  [Copy link]
Post time 19-4-2007 03:24 AM | Show all posts |Read mode
Ada sejenis syirik dinamakan syirik tersembunyi.
Ia dikatakan tersembunyi kerana kita cuai dan gagal untuk mengesannya. Rasulullah Salallahualaihiwasalam telah mengingatkan umatnya tentang bahaya syirik tersebut.

Baginda amat khuatir terhadap umat sesudahnya sebagaimana yang tercatat dalam sebuah hadiths bermaksud:
Perkara yang paling aku takuti atas umatku ialah syirik kecil.

Para sahabat bertanya: "Apakah erti syirik kecil itu, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Riak".

Sebahagian ulama berpendapat bahawa syirik ada dua jenis -syirik besar dan syirik kecil.

Imam Syamsuddin Az Zahabi dalam kitabnya Al Kabaair menyifatkan syirik itu sebagai dosa terbesar. Menyebut tentang syirik, beliau mengatakan bahawa syirik kepada ALLAH terbahagi dua itu:
Orang yang menyekutukan ALLAH dan menyembah selain daripada NYA seperti batu, matahari, bulan, Nabi, syeikh, raja dan sebagainya.

Inilah syirik yang terbesar.
Sila hayati maksud ayat-ayat berikut ini, yang bermaksud:
"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan NYA (dengan sesuatu dan apa jua),
dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki NYA (menurut aturan syariat NYA).
(Surah An-Nisaa: 48 )

Firman NYA lagi, yang bermaksud:
"Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman: 13 )

ALLAH Subhana wa Ta'ala berfirman seterusnya, bermaksud:
"Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka sesunggunya ALLAH haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka." (Surah Al-Maaidah: 72 )

Rasulullah Salallahualaihiwasalam juga telah mengingatkan kita bahawa syirik itu adalah dosa yang terbesar. Dalam sebuah hadithsnya Baginda bersabda: "Bukankah aku telah mengingatkan kamu tentang dosa yang terbesar?"

Para sahabat menjawab: "Ya, wahai Rasulullah."
Baginda pun bersabda: "Mempersekutukan ALLAH dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa."

Syirik kecil atau tersembunyi pula sebahagian besar dari kita kurang prihatin padanya. Syirik yang dimaksudkan itu ialah riak dalam setiap amalan. Asas amalan yang soleh ialah ikhlas kerana ALLAH sama ada dalam solat, zakat, haji, puasa, sedekah atau sebagainya.

ALLAH Subhana wa Ta'ala telah memerintahkan kita supaya ikhlas kepada NYA sebagaiman yang telah di firmankan dalam surah Al-Khadi ayat 110 yang bermaksud:
"Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah beliau mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah beliau mempersekutukan
sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

Rasulullah Salallahualaihiwasalam pernah menggambarkan kepada kita tentang orang yang menunjuk-nunjukkan amalannya.

Orang itu umpamakan seperti orang mengisi dompetnya dengan ketulan batu dan kemudian ke pasar untuk membeli sesuatu dengannya. Orang mentertawakannya dan beliau berasa malu kerana ketulan batu itu tidak memberi manfaat baginya, malah menjadi buah mulut orang.

Amalan riak itu tidak ada ganjarannya di akhirta kelak.

ALLAH Subhana wa Ta'ala berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 23 yang menyentuh tentang amalan riak:
"Dan KAMI hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu KAMI jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan."

Apa jua amal yang baik yang pernah dilakukan oleh orang-orang kafir di dunia dahulu, akan terbuang sahaja
pada hari kiamat dan tidak dapat memberikan sebarang pertolongan dengan sebab kekufuran mereka.

Rasulullah Salallahualaihiwasalam pernah menasihatkan seorang lelaki dari para sahabat, bersabdanya:
"Janganlah sekali-kali kamu menipu ALLAH."
Lantas sahabatnya itu bertanya: "Bagaimana dianggap seorang menipu ALLAH?"
Baginda pun menerangkan kepadanya bahawa hendaklah
"kamu turut perintah ALLAH dan Rasul NYA- janganlah kamu memalingkan amalan kamu itu selain daripada ALLAH- jauhi perbuatan riak kerana ia merupakan syirik yang kecil."

Firman ALLAH Subhana wa Ta'ala, yang bermaksud:
"Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk ALLAH,
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Surah Al-Anaam: 162 )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2007 11:09 AM | Show all posts
ya betul tu, jauhkan dari syirik yang tersembunyi..

syirik tersembunyi ni dipanggil   syirik khafii
syirik yang terang pula dipanggil syirik jalii

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 12:01 PM | Show all posts
syirik memakai tangkal, azimat dan pelindung diri pun ramai yg amalkan skrg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2007 05:49 PM | Show all posts
camna ngan pelaris ? kira masuk group syirik tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by monterez at 19-4-2007 12:01 PM
syirik memakai tangkal, azimat dan pelindung diri pun ramai yg amalkan skrg ni


Belum tentu org yg menggunakan azimat itu syirik..keran syirik tu pekerjaan hati ..jika umpama kita letakkan ayat bilsmillah dirumah dgn niat semoga Allah memelihara rumah kita dgn berkat bismillah itu adakah jatuh syirik..?

Bahkan ramai yg syirik dgn berkata : "Jika tak kerja mcamana nak makn...atau saya dapat 20A keran saya belajar bersungguh-sungguhdan lainnya.

Tidak dapat keluar dari syirik melainkan dgn ilmu tauhid yg sempurna....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 11:03 AM | Show all posts
pada masa ini perbuatan syirik khafii ini amat terang dan nyata.........ttp tiada sesiapa yg berani menegur krn perbezaan fahaman dan pendapat.......haku setuju ngan kenyataan UFWL ( posting #5 ) diatas..........haku penah dengor dlm TV, kenyataan sowang atis..........."Selama nih RTM ler yg bagik haku makan  "........fikir2 kan lah......dimana letaknya kekuasaan Allah di sini..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2007 09:19 AM | Show all posts
pada masa ini perbuatan syirik khafii ini amat terang dan nyata.........ttp tiada sesiapa yg berani menegur krn perbezaan fahaman dan pendapat.......haku setuju ngan kenyataan UFWL ( posting #5 ) diatas..........haku penah dengor dlm TV, kenyataan sowang atis..........."Selama nih RTM ler yg bagik haku makan  "........fikir2 kan lah......dimana letaknya kekuasaan Allah di sini..........


Ramai yang berkata... "kalau tak ada pemerintahan sekarang... Malaysia tak akan maju..."  Slogan "Kerana Mu Malaysia", dan banyak lagi contoh menunjukkan kita ni tinggal di negara yang mempunyai pendirian yang bagaimana?  Adakah patut kita terus mendiamkan diri?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 27-4-2007 09:19 AM


Ramai yang berkata... "kalau tak ada pemerintahan sekarang... Malaysia tak akan maju..."  Slogan "Kerana Mu Malaysia", dan banyak lagi contoh menunjukkan kita ni tinggal  ...


itu ler yg banyak berlaku sekarang............tataw saper yg harus dipertanggungjawabkan utk memperbetulkan soal yg dianggap kecil dan remeh ttp membawak impak yg besar pd hari kemudian..............haku tataw aper peranan Jabatan Agama, JAKIM , Majlis Fatwa, Mufti............naper derang tak bersuara...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2007 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 27-4-2007 10:48 AM


itu ler yg banyak berlaku sekarang............tataw saper yg harus dipertanggungjawabkan utk memperbetulkan soal yg dianggap kecil dan remeh ttp membawak impak yg besar pd hari kemudian...... ...


Ni le namanya dugaan... tiada perpaduan rantaian islamiah yang sebenar dan keyakinan yang sebenar... asyik perbincangan dari rakyat bawahan je... orang-orang yang punya tangan yang berkuasa masih menyepi diri... tu yang amat-amat tak faham... ni akidah... tak kan depa tak tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 27-4-2007 10:48 AM


..............haku tataw aper peranan Jabatan Agama, JAKIM , Majlis Fatwa, Mufti............naper derang tak bersuara..................

wa rasa le...derang tu mungkin nak bersuara...kan..tapi mungkin nanti kalu bersuara orang akan buat kontroversi pulak..sedih betul dgn pemikiran orang kita. harus berlandaskan kehendak pemerintah.
Reply

Use magic Report

e2k3 This user has been deleted
Post time 29-4-2007 11:45 AM | Show all posts
Bagi aku majlis fatwa atau ulama ni mcm patung je kat malaysia ni,ingat tak satu masa dulu ada satu mufti negeri P**** komplen pasal satu konsert S*** H**** (nama lama) J** H**** (Nama Baru) yang dianjurkan oleh TV* , pastu diaorang tukar nama konsert tu and buat tak tau je komplen mufti tu, yg terbaru nama konsert tu dah pakai semula . Renung2 kan la dunia semakin ke penghujung jgn asyik nak berhibur aje.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by e2k3 at 29-4-2007 11:45 AM
Bagi aku majlis fatwa atau ulama ni mcm patung je kat malaysia ni,ingat tak satu masa dulu ada satu mufti negeri P**** komplen pasal satu konsert S*** H**** (nama lama) J** H**** (Nama Baru) yang ...


Tu la masalahnya... mufti yang berani bersuara cuma satu... yang lain pakai fatwa... lebih elok mendiamkan diri agar kononnya tak nak mengundang lebih banyak fitnah dan memburukkan keadaan... tapi dengan sikap membisu pulak mereka tak takut ke?  Agaknya mereka dah jumpa dalil al-Quran yang boleh gunakan untuk selamat diri bila ditanya Allah tentang tanggung jawab mereka sebagai mufti... Kasihan yang... orang yang ada tangan berkuasa tapi tak bersatu menentang kemungkaran... bab murtad lagi le haru...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 11:08 PM | Show all posts

Reply #12 ct_og's post

hmm.. Rasulullah pun dah bgtau yg akan muncul ulama2 bisu di akhir zaman ni. wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by sitilina at 29-4-2007 11:08 PM
hmm.. Rasulullah pun dah bgtau yg akan muncul ulama2 bisu di akhir zaman ni. wallahuaklam.


Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 08:20 AM | Show all posts
ini ler masaalah nyer kalo institusi agama diletakkan dibawah kuasa pemerintah......sepatut nyer derang nih merupakan sebuah badan bebas, yg tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak..........jadilah derng nih ulama bisu yg nak jaga periuk nasi..........
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 08:22 AM | Show all posts
haku pon musykil gak.......adakah keputusan majlis Fatwa ataw jabatan agama tidak dipengaruhi oleh mana2 tangan hitam.......dan sekira nyer ini berlaku ....adakah keputusan badan2 ini bole dipertikaikan menurut Al-Quran dan Sunnah........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2007 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 30-4-2007 08:22 AM
haku pon musykil gak.......adakah keputusan majlis Fatwa ataw jabatan agama tidak dipengaruhi oleh mana2 tangan hitam.......dan sekira nyer ini berlaku ....adakah keputusan badan2 ini bole dipert ...


Memang ada Al-Quran dan Hadis yang boleh digunakan bagi menghadapi mereka... isu ni banyak dah dibincangkan oleh NGO Islam... namun penyelesaian tak ada... orang yang ada kuasa ni masih membisukan diri... mungkin mereka pun ada alasan mereka sendiri... tapi masalahnya mereka tak salurkan pada orang awam... masing-masing takut nak menyatakan keimanan... mungkin takut dikatakan riak kot... tapi masalah mereka dah ambil jawatan tu.... dah ambil amanah tu... tapi masih was-was lagi dengan diri masing-masing... Patutnya mereka le yang berusaha melepaskan diri dari tangan-tangan hitam tu... sokongan dari rakyat insyaAllah ada... tapi mereka takut nak hijrah... takut Tuhan tak bersama mereka... ini le was-was yang dah dimasukkan kehati mereka.... Kerana itu Islam di Malaysia ni... kulitnya tebal... namun dalam isinya tak pasti lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 12:04 PM | Show all posts

Reply #1 winamp05's post

Terima kasih atas peringatan nie...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 07:53 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Nak tanyer skit..............

Kalau ini...........bley di kaitkan dgn RIAK or SYIRIK??

"Dulu, kini n selama nya..............."

Wsalam
p/s tiada kaitan dgn partai politik
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 19-4-2007 03:24
Ada sejenis syirik dinamakan syirik tersembunyi.
Ia dikatakan tersembunyi kerana kita cuai dan gagal untuk mengesannya. Rasulullah Salallahualaihiwasalam telah mengingatkan umatnya tentang bahay ...



Aku nih kekadang ada jugak berasa RIAK
hmmmm.... kena muhasabah diri nih...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.062650 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list