CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4929|Reply: 25

bermalam di katil seorang pemuda

[Copy link]
Post time 22-4-2007 05:06 PM | Show all posts |Read mode
bermalam di katil seorang pemuda
--------------------------------------------------------------------------------

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal.

Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik.

Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung
berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu?

Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal...

Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh utk hantar di pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak renti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut...

Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi............??????............................

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amat lah sangat.

Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar
sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...??????

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari
berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah..................................................


MOTIF CERITA....................

Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan
benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2007 05:17 PM | Show all posts
bertuah nak ada org mcm tu zaman sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 08:38 PM | Show all posts

Reply #2 thelauncher's post

ada lagi cuma hang tak pernah jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by basiron at 22-4-2007 04:06 PM
bermalam di katil seorang pemuda
--------------------------------------------------------------------------------

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat be ...

Citer   betul   atau    citer rekaan   utk  pengajaran aje  ............
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 09:27 PM | Show all posts

Reply #1 basiron's post

macam cerita rekaan tapi baguslah sanggup membuat sesuatu  yang diluar dugaan untuk mengelakkan dari segala hasutan iblis dan syaitan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by basiron at 22-4-2007 05:06 PM
bermalam di katil seorang pemuda
--------------------------------------------------------------------------------

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat be ...


Persamaan seperti suatu cerita tauladan lampau... di mana seorang pemuda membakar jarinya adalah untuk merasai kepanasan api neraka untuk mengelakkan diri melakukan maksiat zina... namun saya juga ambil ikhtibar kisah ni dari sudut seorang wanita ... bahawa diri juga tidak akan sanggup menahan kepanasan api dunia, jadi masakan sanggup menahan kepanasan api neraka yang 70 kali ganda panasnya ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2007 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 22-4-2007 08:55 PM

Citer   betul   atau    citer rekaan   utk  pengajaran aje  ............



Versi 20 tahun dahulu yang aku dengar...  buat ringkas-ringkas jer sebab sama jer plot nya.

seorang perempuan terkandas dalam hujan, dah basah kuyup, seksi habis.  jumpa pondok seorang lelaki.  lelaki tu macam dlm cerita di atas, jemput perempuan tu tidur kat pondok tu.  pondok tu tak ada apa-apa.  jadi sebab baju perempuan tu basah kuyup maka dia pun buka semua baju dan tidur berselimut sahaja.  yang lelaki tu seorang ahli ibadah dok mengaji kitab dgn lampu pelita.  sekejap-sekejap bakar jari.  besok pagi, perempuan tu tanya kenapa lelaki tu bakar jari.  lelaki tu jawap, "kalau saya tak boleh menahan panas api pelita, inikan pula saya nak tahan api neraka".  begitulah seterusnya, perempuan balik kampung, cerita kat mak bapak.  mak bapak datang minang silelaki....  happy ending.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 10:41 PM | Show all posts
lepas ni nak bli lighter laaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2007 08:50 AM | Show all posts
kalau kita dlm satu grup gi hols n ambik satu apartment tapi bercampur dgn lelaki tu kira maksiat gak ke?
tapi tak buat apa2 la just tido sbb nak save cost ambik satu apartment..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 01:27 PM | Show all posts
kalo bleh mendatangkan syak wasangka/fitnah mmg xbleh tambah2 bercmpur dgn laki pompuan...

[ Last edited by  cak! at 23-4-2007 01:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 01:53 PM | Show all posts
sebarang percampuran lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah adalah haram.  walaupun alasannya nak jimat.  cara tidak menghalalkan perbuatan.

cerita berkenaan pemuda bakar jari tu rekaan semata-mata.  dah dipinda banyak kali mengikut peredaran zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 23-4-2007 01:53 PM
sebarang percampuran lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah adalah haram.  walaupun alasannya nak jimat.  cara tidak menghalalkan perbuatan.

cerita berkenaan pemuda bakar jari tu r ...



Bukan rekaan tapi ada dlm kitab..cerita seorang abid  yg keluar dari tempat khalwatnya utk ke pekan/bandar lalu digoda oleh seorng wanita pelacur..lalu si abid itu lalu membakar jari-jemarinya kerana teringatkan api neraka. Si abid telah terselamat dari gadaan wnita itu dan pulang ketempatnya ..perkara itu telah menyababkan wanita itu isafa dan bertaubat..kemudian mencari abid itu di tempatnya dgn hajat utk berkahwin dgnnya...tetapi sebaik sahaj si abid itu melihat wajah wanita itu terus dia menjerit kerana takut yg amat sangat lalu mati ketika itu juga...

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 22-4-2007 10:41 PM
lepas ni nak bli lighter laaa....

ha...best....jangan tak tahu..muhammad ali pernah buat macam ni taw.. ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 09:01 PM | Show all posts
agak2 ada lagi ker lelaki atau pompun camtu kisah diatas itu hari ini :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 09:35 PM | Show all posts

Reply #14 mok_nik's post

tak tau laaa...

tapi kalo boleh biar la kita smua....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by basiron at 22-4-2007 05:06 PM
Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal.

Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik.



Macam mana lak trainer boleh tertinggal salah seorang ahli dalam kumpulannya. Tentu trainer ini tidak ada kemahiran pengurusan Islam dalam mengendalikan aktiviti kumpulan. Trainer ini boleh didakwa jika berlaku sesuatu yang tidak diingini keatas guru pelatih tersebut dan ahli2 kumpulan lain pulak tiada langsung semangat berpasukan sampai tak sedar rakan sendiri tercicir. Ceh !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2007 09:15 AM | Show all posts
kalau ikutkan realiti org mcm ni mmg ada

cuma tatau sape
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by UFWL at 23-4-2007 04:56 PM



Bukan rekaan tapi ada dlm kitab..cerita seorang abid  yg keluar dari tempat khalwatnya utk ke pekan/bandar lalu digoda oleh seorng wanita pelacur..lalu si abid itu lalu membakar jari-jemar ...



Cerita dalam kitab tu belum pasti lagi sahih.
Cerita cikgu dan versi-versi zaman moden ni dah tentu rekaan semata-mata.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 12:26 PM | Show all posts

Reply #18 ibnur's post

cerita rekaan tapi dpt mengingat diri tentang azab api neraka....
thanks
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 23-4-2007 10:38 PM


Macam mana lak trainer boleh tertinggal salah seorang ahli dalam kumpulannya. Tentu trainer ini tidak ada kemahiran pengurusan Islam dalam mengendalikan aktiviti kumpulan. Trainer ini boleh  ...

hah..! betul tu... ini juga point yang dilupakan...kenapa ha?
Originally posted by basiron at 22-4-2007 05:06 PM
Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal.
Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik....

bila aku baca part ni..teringat pulak aku pasal kes 2 siswi UKM hari tu.. syukur tak jadi apa2... kalau real life nya bergantung pada drivernya lah kan?  janganla tinggal orang dalam bas...hish... nasib baik driver dlm citer ni baik hati..huhu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.078122 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list