CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7615|Reply: 43

Yahudi gerun keturunan Rasulullah

[Copy link]
Post time 27-4-2007 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Abdurrahman Haqqi, Akhbar Berita Minggu 1 April 2007, ms 15
揝ESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2007 11:14 PM | Show all posts
[quote]Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: 揝esungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 12:54 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 27-4-2007 11:14 PM


Ada sesiapa yang nak cabar statement ini? mungkin ada yang akan kata, kalau buat dosa, tetap masuk neraka juga.

saya ni bukan nak mencabar, kalau ahlul bait tu perangai dia kalau betul ikut rasulullah saya sokong lah, tapi kalau perangai dah tak serupa orang buat apa saya sokong, cuma zat dia tu saya peganglah tapi sifat dia buat apa nak di sokong.

keturunan keturunan jugak, tapi mau betul la. minta maaf la kalau tersinggung. aku tak tahu la kalau kau syiah ke atau aswj.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 03:19 AM | Show all posts
Dah mcm dlm islam ni ada kasta lak , 4 certain2 golongan diutamakan dan ditinggikan tarafnya:hmm:
So how abt others , expendable
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by madie at 28-4-2007 12:54 AM

saya ni bukan nak mencabar, kalau ahlul bait tu perangai dia kalau betul ikut rasulullah saya sokong lah, tapi kalau perangai dah tak serupa orang buat apa saya sokong, cuma zat dia tu saya peg ...



setahu saya al-quran menyebut ahlul-bait.  
yang ada sekarang ni keturunan ahlul-bait.  

ASWJ ada yang berpendapat dari surah al-ahzab, ahlul-bait adalah isteri-isteri Rasulullah.  Kemudian menurut hadith al-kisa, ahlul bait termasuk S.Ali, S.Fatimah, S.Hassan dan S.Husin.  

Ada juga ASWJ kata ahlul-bait adalah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sahaja kalau mengikut surah al-ahzab sahaja.  Kalau macam ni tak ada lagi dah sekarang ni keturunan ahlul-bait.

Ada pula segelintir ASWJ dan sekelian syiah berpendapat ahlul-bait adalah S.Ali, S.Fatimah, S.Hassan, S.Hussin.


Yang nak dicabar tu mana satu?  Boleh minta yang buka thread tu huraikan lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 28-4-2007 09:27 AM



setahu saya al-quran menyebut ahlul-bait.  
yang ada sekarang ni keturunan ahlul-bait.  

ASWJ ada yang berpendapat dari surah al-ahzab, ahlul-bait adalah isteri-isteri Rasulullah.  Ke ...


Tak payah cabar-cabar le...semua betul........semua ada nas...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2007 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by UFWL at 28-4-2007 09:54 AM


Tak payah cabar-cabar le...semua betul........semua ada nas...........


nas2 jugak, kalau betul2 paham tak pa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 12:38 PM | Show all posts
first of all, tq kat wonbin sebb sebenarnya semlm aku igt nak htr tajuk thread yg cerita psal ahlulbait ni ler...sebb akupun terpanggil nak diskus sebb baru habis baca buku Ahlulbait dan kesultanan raja2 melayu tu....aku igt hasrat aku tu, dah diterjemahkan dlm tindakan kau ler...hehhehe...

cumanyer, ada bbp info yg tk lengkap lagi dlm buku tu sebb tak der bincang psal kerajaan islam pertama nusantara iaitu kerajaan pagar ruyung...di mana kedtgn ahlulbait di sana berlaku pada kurun ke 13/14...jauh lebih awal dari gelombang kedua yg dtg pada kurun ke 18 yg masih maintain gelaran Syed/Syarifah nyer lagi...tapi bagi keturunan ahlubait yg dtg kurun ke13/14 tu, memang dari fizikalnya dah hilang kearabannyer wpun genetik (zat) ahlulbait itu masih tersimpan dlm darah mereka...

dlm pemikiran aku, keturunan yg ini ler, yg buat yahudi konfius dan tertipu dan golongan ini lah yg terlepas dari agenda yahudi utk menghancurkan keturunan ahlulbait tu...

sebenarnya, jika dikaji sejarah, malaysia dan indonesia ini dulu satu negara dibwh satu jalur pemerintahan tetapi dek perancangan ampuh Yahudi dan sekutunya, dicerai-ceraikan...setiap kesultanan di malaysia ni ada susurgalurnya dari kesultanan di  indonesia tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2007 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 27-4-2007 11:14 PM


Ada sesiapa yang nak cabar statement ini? mungkin ada yang akan kata, kalau buat dosa, tetap masuk neraka juga.


tak perlu ler tulis nak cabar statement wonbin...maksud kau nak cabar wahyu Tuhan ker ?..gunalah bahasa berhalus sikit....supaya tak terseliuh hati nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by UFWL at 28-4-2007 09:54 AM


Tak payah cabar-cabar le...semua betul........semua ada nas...........



Bukan kes cabar-mencabar.  Cuma nak kepastian dari pembuka thread tentang kefahaman dia mengenai ahlul bait.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 02:38 PM | Show all posts
Aku tertarik dgn diskus sedara - sedara  berdua ni pasal Yahudi.....sebb mereka sependapat dgn aku...dah lama akurasa kat forum2 ni dipantau dan diperati dan juga dimasukkan minda2 depa yg jadi JUAK-JUAK si yahudi ni ...wpun memang tk de bukti, tapi entah kenapa aku rasa memang ader...nak aku scan saper punya dajal jadi balaci freemason nih, penat lak aku nk tgk satu demi satu empunya kerja...lgpun tk der masa lak...plus buang masa....hehehehhe...


knapa kita tak ambil inisiatif sendiri menubuhkan satu jurusan mengkaji tentang yahudi nihh?. kita kaji tentang perangai, sikap, pemikiran yahudi .

Saya sokong 100 peratus! Kaji sejarah Yahudi sejak wujudnya 12 pecahan Bani Israel daripada anak-anak Nabi Yaakub, sampai ke bab Samiri zaman Nabi Musa suruh orang sembah lembu emas, sampai mereka sesat 40 tahun mencari Baitul Muqaddis, sampai mereka yang mendustakan keRasulan Nabi Sulaiman, dikatanya bagind ahli sihir, sampai bab mereka mengengkari dan membunuh alim-ulamak dan para Nabi, sampai mendustakan Nabi Isa lalu mencipta konsep Trinity dan Kristianiti, sampai cuba hapuskan Islam dan racun Nabi Muhammad. Sampai la ni nak promote kononnya ada keturunan Nabi Isa sebagai orabng berdaultat untuk bertakhta kat Baitul Muqaddis dan mengamankan dunia, lalu novel-novel propaganda halus seperti The Da Vinci Code, Holy Blood and Holy Grail, sampai Judas Gospel pun ada (kaje le... Judas tu sape...)

Kaji rancangan Iluminati, Freemason, hubungkait ngan Mossad, CIA, MI6 dan macam-macam lagi... Bukak juga cite pasal lingkaran ular Zionis yang bermula dari Greek sekitar 400 BC, yang siap ada petanya sekali... Kenapa depa mula dari situ... Apakah yang dicipta di Greek zaman itu sampai kesannya mendalam mempengaruhi iklim sosiopolitik dunia sekarang? Bukak balik dokumen Protocols of the Elders of Zion dan cari jalan nak counter balik...

Tapi masalahnya, orang Melayu pun ramai tak caya benda ni wujud... Dikatanya kita ni conspiracy theories.... Itu belum kira Melayu Zionis (juak-juak diaorang le tu) yang dah ditanam merata nak bagi disinformation - main perang saraf supaya jiwa kita jadi celaru.... Macam-macam jurus ada... Yang ada berlagak macam ulamak tapi merosakkan akidah cara halus, yang ada gunakan hiburan promote dunia tanpa batasan... Macam-macam... Depa tu tengah dok pantau forum-forum cam ni... Jaga-jaga...

Ya Allah... Hambamu yang hina ini meminta supaya dibukakan mata bangsaku atas apa yang sebenarnya sedang berlaku di bumi ini... Dan berilah kami kesedaran dan kekuatan untuk mendaulatkan balik Islam di mukabumi ini. Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 03:42 PM | Show all posts
Pensyarah itu teringat pertemuannya dengan Rasyid dua minggu lepas. Dia pun tergerak untuk membaca wasiat Rasulullah SAW tentang Samudera lalu meneliti setiap perkataan yang tertera satu demi persatu.

Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan jadi wali Allah. Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama.

揌mm.... Dahsyat juga kandungan wasiat ini,
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 29-4-2007 03:42 PM
Pensyarah itu teringat pertemuannya dengan Rasyid dua minggu lepas. Dia pun tergerak untuk membaca wasiat Rasulullah SAW tentang Samudera lalu meneliti setiap perkataan yang tertera satu demi per ...



Sekitar abad ke 13 Masihi, telah terjadi satu kekacauan besar akibat pergolakan politik di Mekah. Rakyat yang tidak senang dengan keadaan ini telah meminta seorang pembesar berketurunan Saidina Hassan bernama Qitada untuk campur tangan menenangkan keadaan. Lalu pembesar yang berpusat di Yanbu ini telah mengarahkan anak-anaknya untuk membawa sebuah angkatan untuk menawan Mekah.

Sejak itu, kota suci inipun jatuh ke bawah kekuasaan keturunan Saidina Hassan yang juga merupakan cabang keturunan Bani Hashim. Mereka mendapat pengiktirafan Bani Abbasiyah sebagai khadamul haramaian atau penguasa dua kota suci Islam, Mekah dan Madinah lalu mula memakai gelaran Sharif di pangkal nama, seperti yang pernah digunakan nenek-moyang mereka Bani Hashim yang memerintah Mekah dahulukala. Maka timbullah gelaran bangsawan yang dikenali sebagai Sharif Mekah...

Ada pihak percaya, Sharif Mekah mendapat tahu tentang kewujudan Samudera daripada para jemaah haji Nusantara yang datang ke Mekah. Tetapi tidak dapat dipastikan daripada manakah baginda mendapat wasiat Nabi mengenai negeri itu, apakah ia melalui keluarganya daripada jalur keturunan Saidina Hassan atau ada pihak lain yang menyimpan wasiat itu lalu menyampaikannya apabila sampai masanya...

Apapun, sudah ditakdirkan negeri Samudera yang diasaskan Sultan Malikus Salih sekitar tahun 1250an (ada yang kata awal 1260an) muncul beberapa tahun selepas Mekah mula diperintah keturunan Saidina Hassan.

Maka wasiat Rasulullah SAW inipun disempurnakan Sharif Mekah seperti yang diceritakan di dalam Hikayat Raja-raja Pasai.


---------------------------------------------

apasal aku letak kat sini artikel ni, akupun tk tau...tp ada kaitan dgn kenapa YAHUDI gerun dgn keturunan RSAW kot...

jadi klau difahami, bumi nusantara ni (malysia + indonesia) menerima 2 kali kebanjiran keturunan ahlulbait iaitu pada gelombang pertama, kurun ke 14 ( (keturunan S. Hassan, keturunan Sultanul Aulia (S. Qadir Jalani) yg berhimpun padanya kedua-dua keturunan Hassan dan Hussein dan keturunan Saidina Abu Bakar As Sidiq)) dan gelombang kedua kurun ke 18 dari keturunan Ba Alawi yg menggunakan gelaran Syed/Syarifah di Malaysia ini...

nampaknya jika ikut teori akal, bumi nusantara esp Malaysia ni penuh dgn keturunan ahlulbait sama ada yg masih kekal dgn gelaran mereka dan yg sudah tdk ada gelaran lagik..tapi masing2 ada darah keturunan ahlubait lah sebb ikut mazhab shafie, darah keturunan ini masih ada wpun di sebelah ibu atau bapa berketurunan ahlulbait ini...

dan satu persoalan besar????.......apakah ini ada sangkut paut dgn kebangkitan islam di akhir zaman???
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 04:08 PM | Show all posts
aku heran pd ssesetgh kita yg pertikaikan keistimewaan keturunan RSAW ini.....sebb klau sekalipun kita nak pilih buah durianpun, bg yg ariff, tentu tanya gak ini baka durian yg mana satu...klau nak pilih kuda pun, org tanya baka gak....sekdr contoh ler, betapa secara FITRAHNya kita memang akan kaji asal usul bila melihat sesst hal tu dan membuat penilaian ke atasnya....ini bkn kes double standard atau pilih bulu...ini bab lain....bab kemahiran menilai dan menganalisis...bukankah Tuhan beri akal utk berfikir pada setiap kejadian yg dijadikanNya???

bab sikap individu itu perkara lain ler....itu sebb pengaruh dirii dan persekitaran....tk semestinya durian baka baik, tk terkena ulat dan diserang haiwan, tk semestinya kuda baka baik, tk terseliuh kaki atau terkena penyakit, jadi BAKA KETURUNAN dan HAL-HAL yg ARADHI tu berbeza adernyer....dalam hal keturunan, kita bincang ttg perkara ZAT bukan SIFAT....

ishkk...maaf ler klau ada yg tk faham....kdg2 aku tulis berfalsafah dan tersirat sikit.....itulah kelemahan aku.....

[ Last edited by  rainbows at 29-4-2007 04:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 08:49 PM | Show all posts

Reply #14 rainbows's post

Teruskan lagi...seronok jugak dengar pakar motivasi ni bercerita.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 12:50 PM | Show all posts
sebab tuhan bagi kita akal untuk berfikir le kita kena berfikir, bukan tengok tag nama keturunan apa...kalau setakat tengok tag nama keturunan apa, budak darjah satu pun boleh buat...

setiap orang akan dinilai dari amalannya, bukan dari tag nama keturunan yang dibawa olehnya..janganlah kita ikut resmi yahudi, bangsa dia sahaja elok, bangsa lain hanya bangsa picisan..

kita manusia, bukan lembu, durian atau binatang yang dinilai dari bakanya..kita diberikan akal untuk memilih mana yg baik tak seperti lembu, durian dan lain2 yang tak diberi akal untuk memilih antara baik dan buruk, yang tidak mampu menghalang ulat dari mengorek lubang pada buah-buah yang keluar dari pohonnya..kita tak seperti lembu yg sukar menghalau lalat dari berkerumun di punggungnya..tapi akalu anda nak samakan diri anda dengan lembu, durian dan lalat ni, silakanlah...takdak sapa nak larang aihhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2007 12:54 PM | Show all posts

Reply #16 abas8888's post

:setuju: tuh sebab kadang2 aku kecewa bila ade orang yang terlalu taksub dalam bab2 keturunan nie.

Mungkin nenek moyang seseorang tuh orang yang baik2, tapi belum tentu anak cucu diorang...same2 la kita fikirkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2007 09:55 PM | Show all posts
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri secara terang merupakan Ahlul Baith daripada keturunan keluarga Di Raja Kelantan. Walaupon aku orang kuat Umno, tapi sepatah perkataan pon aku tidak pernah kutuk atau cela Nik Aziz kerana hormat aku dan perasaan kasih sayang  kepada keturunan Nabi Muhammad SAW.


pasal keistimewaan Ahlul baith ni, tak perlulah nak mempertikaikan kerana sudah jelas ada hadis yang menyokong kebenarannya, kecuali anda mahu kata hadis itu karut.

Sememangnya iblis sentiada menghasut kita supaya bersikap melawan dan bongkak, enggan menerima keistimawaan orang lain. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud kepada Adam. maka Iblis kata , "NO"

[ Last edited by  WonBin at 30-4-2007 10:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 10:28 PM | Show all posts

Reply #18 WonBin's post

Istimewa atau hinanya manusia kat dunia ni , tu smua pun ketentuan allah , apa nak heran
Takde 1 pun bnda kat dunia ni yg manusia cari sbnarnya , smuanya ANUGERAH allah sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 10:45 PM | Show all posts
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri secara terang merupakan Ahlul Baith daripada keturunan keluarga Di Raja Kelantan.


Raja-raja Kelantan pun ahlul bait?
Ahlul bait raja-raja tu sama dengan ahlul bait yang quote bawah ni ke?
[quote]Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: 揝esungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.065497 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list