CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1984|Reply: 13

adakah kad ahli shopping complex mengandungi unsur riba

[Copy link]
Post time 29-4-2007 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Assalamu'alaikum..

warda ingin bertanya, persoalan ini kerna telah di beritahu oleh seorang rakan mengenai sekiranya kita memegang kad ahli sesebuah shopping complex sebenarnya melibatkan riba...

argument nya... utk jadi ahli... kita perlu bayar sejumlah amount, ie RM 5 atau RM 10 (bukan percuma) dan apabila kita membuat pembelian, kita akan diberikan satu point atas setiap nilai RM1 yang diberi...

tetapi jumlah mata/point yang kita claim tu untuk ditukarkan dengan mana mana barangan adalah tidak sepadan dengan jumlah wang yang dibelanjakan, contohnya utk point 5000 hanya dapat 2 pek mr potato..

adakah ianya benar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2007 01:30 PM | Show all posts
5000 point = RM5000 yang dibelanjakan.

Mr. Potatao tu kira okay la. Takkan nak minta barang free yang harganya RM5000.00.  Kalau nak macam tu tokeh minyak petrol pun bankrap!!
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 29-4-2007 02:31 PM | Show all posts
kat mana yang riba tuu..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2007 03:11 PM | Show all posts

Reply #3 ummi_nuur's post

tu la yang warda tak tau...

sebab tu tanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 10:57 PM | Show all posts

Reply #1 wardatulhamra's post

tak faham dgn argument tersebut.

1. apa hal dgn bayaran RM5/RM10? bukan wajib utk semua pengguna. it happen kalo kita nak. kalo taknak, jgn amik. sama mcm kita jd ahli sesuatu kelab, kena bayar yuran jugak. this is, kita jadi ahli pengguna supemarket tu.

2. okeyla tu. takkan nak kasik brg RM5000 utk 5000 point. bangkrap la tokei

sy rasa ada saudara2 yg bole memberi definisi riba dgn jelas supaya kita tak terkeliru dgn perkataan RIBA ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 01:05 AM | Show all posts

Reply #1 wardatulhamra's post

walaupun kita bayar yuran, tapi biasanye dia ade bagi majalah percuma kan? Kiranye tu utk kos majalahla dan kos pengurusan. Pendapat aku jelah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2007 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by wardatulhamra at 29-4-2007 12:11 PM
Assalamu'alaikum..

warda ingin bertanya, persoalan ini kerna telah di beritahu oleh seorang rakan mengenai sekiranya kita memegang kad ahli sesebuah shopping complex sebenarnya melibatkan riba ...

Harap  pembuka    thread    faham    apakah  itu maksud    riba  .....
Riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.


Riba   hanya  melibatkan     pinjaman

Mungkin   pembuka thread    terbayang   pihak  shopping complex  hendakkan   pengguna   berbelanja   lebih  supaya   dapat  point   kot  .... hasil  dari  point   tersebut  pengguna   dapat   faedah   utk  ditukarkan   kepada  barangan  lain    .....

[ Last edited by  mahathirGX at 30-4-2007 08:34 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2007 09:38 AM | Show all posts
ye, saya faham maksud riba...

tu yang saya tanya kat sini... sbb kawan saya yang cakap
dan menda ni first time saya dengar

telah di beritahu oleh seorang rakan mengenai sekiranya kita memegang kad ahli sesebuah shopping complex sebenarnya melibatkan riba...


bila warda ty apa maksud nya..dia pun tatau nak explain..

mcm cc pun kita dapat point, tapi tak bayar..point kita dapat sbb gunakan cc tu..
so mcm rewards

tp bila guna kad keahlian ni.. kalo yang dapat majalah bulanan tu ok la.. ada gak yang tak dapat.. bila jadi ahli..bayar..dan dapat point.. tu lah...

tu yang warda tanya nak dapat kepastian... adakah dengan adanya shopiing card ni, bermakna shopping complex ni menindas dan pengguna tertindas?

tu yang nak tahu tuu,...

kalo tiada unsur unsur tu bagus la... sekadar bertanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2007 09:39 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 30-4-2007 09:26 AM

Harap  pembuka    thread    faham    apakah  itu maksud    riba  .....


Riba   hanya  melibatkan     pinjaman

Mungkin   pembuka    terbayang   pihak  shopping complex  hendakkan   pengg ...


Riba sebenarnya bukan hanya melibatkan pinjaman tapi lebih dari itu...
Kalau tak salah aku Imam Malik ada memberi contoh beberapa jenis riba dalam kitabnya ( aku tak pasti kitab apa) .. dulu aku nak wat study pasal riba tapi tak cukup bahan....

Antara contoh jenis "riba"

1. Tambang bas 90 sen. Kita bayar RM1 tapi syarikat bas tak pulangkan 10sen tu. Ini riba kerana sykt. tersebut ambil wang kita dengan cara yang tidak sah.

2.  Booking keta, bayar RM3,000.  Lepas tu kita kensel, tapi sykt keta tak pulangkan deposit kita sedangkan dia tak alami kerugian apa-apa. Ini amik wang dengan cara yang tidak benar...

dari 2 contoh ni... korang boleh kaitkan banyak lagi tu..............!
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 06:15 PM | Show all posts
Pnya brlmbk bnda2 lain yg riba , ko buat x peduli pun  
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 30-4-2007 09:26 AM

Harap  pembuka    thread    faham    apakah  itu maksud    riba  .....


Riba   hanya  melibatkan     pinjaman

Mungkin   pembuka thread    terbayang   pihak  shopping complex  hendakkan  ...


Salam........

4:161. Dan kerana pengambilan riba mereka, yang mereka telah dilarang daripadanya, dan memakan harta manusia dengan cara palsu; dan Kami menyediakan bagi orang-orang yang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih

30:39. Dan apa yang kamu memberikan dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu memberikan dengan murni, dengan menghendaki Wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakkan

2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu adalah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

2:276. Allah menghapuskan riba, tetapi sedekah, Dia membesarkan. Allah tidak menyukai setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang bersalah

3:130. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah makan riba dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

Kalau dilihat antara ayat-ayat Allah mengenai Riba, ia bukanlah sahaja dalam bentuk pinjaman, tetapi adalah dalam perniagaan secara amnya.  Membeli benda dan kemudiannya menjualkan benda tersebut duakali ganda atau berganda-ganda dalam masa yang singkat adalah riba. Memberi pinjaman dengan bayaran balik oleh peminjam dengan kadar duakali ganda atau berganda-ganda adalah juga riba......

Maafkan saya, saya hanya merujuk dari Al-Quran tentang apa itu riba.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by Hang at 30-4-2007 08:39 AM


Riba sebenarnya bukan hanya melibatkan pinjaman tapi lebih dari itu...
Kalau tak salah aku Imam Malik ada memberi contoh beberapa jenis riba dalam kitabnya ( aku tak pasti kitab apa) .. dulu ...

Yang  saya  nampak  ler   ....   Kad   Shopping    Complex   ni  menguntungkan    pengguna    dan   tak  nampak    ia   memutarbelit   pengguna  ...ia  dibuat  supaya  pengguna    akan  setia   membeli      kat   Shopping   Complex tersebut  aje   ....   lain    ler   jika  pengguna  tersebut  terpaksa   membeli   dgn   harga  mahal  dari  biasa   .......
tak  nampak    lak  di  mana   salahnya    penggunaan   kad   shopping   complex  ni   ....

[ Last edited by  mahathirGX at 1-5-2007 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 08:25 AM | Show all posts

Reply #9 Hang's post

pasal booking keter/ wang muka ni ada mazhab yg membenarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 08:26 AM | Show all posts

Reply #12 mahathirGX's post

lebih kepada konsep redha antara pemgguna dan pihak shopping komplex tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072454 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list