CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1915|Reply: 0

BUKU TERJEMAHAN AL QURAN DISYAKI PALSU....

[Copy link]
Post time 3-5-2007 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Buku terjemahan al-Quran mengelirukan disyaki palsu

KUALA LUMPUR: Sebuah buku terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris dan ditulis rumi sepenuhnya, didapati dijual secara berleluasa di beberapa tempat di negara ini, sejak awal tahun ini.

Buku itu yang dijual pada RM6.50 senaskhah, melanggar keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menetapkan semua terjemahan atau tafsir al-Quran perlu disertakan dengan teks asalnya dalam huruf Arab.

Bertajuk The Meaning of The Holy Quran terjemahan Abdullah Yusuf Ali, buku itu boleh mengelirukan umum kerana ia dilihat seumpama al-Quran walaupun ditulis dalam bahasa Inggeris dan huruf rumi sepenuhnya.

Berdasarkan maklumat pada buku setebal 709 halaman itu, ia diterbitkan syarikat beroperasi di Petaling Jaya tetapi semakan dengan laman web mendapati wujud beberapa perbezaan antara naskhah itu dengan disiarkan dalam laman web penerbit berkenaan.

Maklumat yang diperoleh menunjukkan, nombor siri buku antarabangsa (ISBN) yang tertera pada naskhah yang dijual secara terbuka itu juga dipercayai palsu.

Selain itu, reka letak kulit buku terbabit yang banyak dijual di restoran mamak sekitar ibu negara, berbeza dengan naskhah diiklankan penerbit terbabit dalam laman webnya dan dipercayai dipalsukan pihak tidak bertanggungjawab.

Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1989 mengharamkan al-Quran ditulis dengan tulisan selain Arab, manakala sebarang naskhah terjemahan atau tafsirnya dalam apa bahasa sekali pun mesti disertakan teks asal kitab suci itu.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika dihubungi untuk mengulas penjualan buku terjemahan bertulis rumi sepenuhnya itu berkata, terjemahan al-Quran sepenuhnya dalam bahasa lain selain Arab boleh jika ia untuk rujukan orang bukan Islam bagi memahami kitab berkenaan.

Namun, katanya, terjemahan al-Quran tanpa ayat asal dalam bahasa Arab boleh memberi kesan negatif kerana ia dikhuatiri menjadi seperti kitab Injil yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa sehingga tidak diketahui lagi naskhah asalnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.158220 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list