CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6954|Reply: 51

Pertemuan Pertama Nabi ngan Malaikat

[Copy link]
Post time 13-5-2007 11:08 AM | Show all posts |Read mode
saya ada terbaca, sebelum seorang nabi menjadi rasul, baginda akan diangkat terlebih dahulu menjadi nabi. Kalu x salah saya ada dengar nabi muhammad diangkat jadi nabi masa berumur 25 tahun. Tapi yang jadi kemungkilan saya kenapa nabi takut n menggeletar bila jibrail datang masa kat Gua Hira. Kenapa mesti takut/menggeletar? Takkan semasa menjadi nabi, baginda x terima apa2 wahyu, biasanya nabi terima wahyu dlm bentuk mimpi. Jgn plak kata nabi takut/menggeletar sebab malaikat peluk nabi. Bagaikan ini pengalaman baru kepada nabi. Paling2 pun dalam mimpi nabi akan diberitahu yg baginda akan diangkat menjadi rasul.

Apa yg nabi buat selama 40 tahun kat dalam gua hira? Suatu jangkamasa yg begitu lama....Dan kenapa setelah 40 tahun baru islam disebar x kiralah sama ada secara tertutup atau terangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2007 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by johnconan at 13-5-2007 11:08 AM
Apa yg nabi buat selama 40 tahun kat dalam gua hira


Mana ada nabi muhammad saw ddk dlm gua hira' tu selama 40 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 11:44 AM | Show all posts
soalan tambahan..
Kalu x salah saya ada dengar nabi muhammad diangkat jadi nabi masa berumur 25 tahun.

dengar dari mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 11:51 AM | Show all posts

Reply #1 johnconan's post

kalo mengikut sirah  kejadian...

1. Nabi Muhammad menerima wahyu pertama semasa usianya 40 tahun, yakni semasa diangkat menjadi Nabi & Rasul. namun sebelum itu baginda selalu beruzlah di Gua Hira' sebagaimana kebiasaan org Arab ketika itu derang akan bersendirian dia mana2 utk mencari ketenangan & berfikir. byk pendapat ttg syariat yg dianut oleh Rasulullah semasa tu, ada yg kata syariat Nuh, Musa, Isa & ada yg kata ada 1 syariat yg Baginda anuti - penerangan ada dlm tafsir Ibnu Kathir.

2.wahyu pertama diperoleh masa usianya 40 tahun tu. sebelum tu xpernah pula saya jumpa dlm mana2 riwayat dikatan Rasulullah telah menerima wahyu (kalo johnconan bole bagitau sumbernya mungkin kita sama2 bole tengok baik). mungkin la ada petunjuk2 dlm bentuk mimpi atau apa tp since 1st wahyu smasa baginda 40 tahun, so.. it's the fact. Jibril adalah makhluk yg xterbayang oleh mata sedang Nabi Muhammad adalah seorang manusia, hikmahnya memberitahu bahawa Nabi Muhammad adalah manusia juga yg mempunyai perasaan seperti manusia & bukan malaikat.

3. sebelum kerasulan, Rasululllah bukannya pegi ke Gua Hira' & menetap di situ selama 40 tahun xkeluar2. baginda ke sana pada sesuatu masa tertentu tuk beruzlah & berfikir tentang kerosakan dlm msyarakat.

4. apa hikmah setelah 40 tahun usianya baru diangkat menjadi rasul & menyebarkan Islam di Mekah? kenapa bukan masa lebih muda?
kerana fitrah manusia, nasihat orang tua lebih didengar dari orang muda. Rasulullah sebelum itu digelar al-Amin, & baginda x pernah cakap bohong. bayangkan kalo semasa usia mentah2 Baginda dah bgtau sesuatu tentang Islam & menolak jahiliyah, siapa yg mahu percaya? & semasa usia 40 tahun tu, semua orang pun sudah ada kepercayaan pada Baginda & bila Baginda menyampaikan ttg Islam, orang sudah boleh terima (kecuali mereka yg ego yakni tokoh2 Musyrikin) kerana dari awal mereka sudah ada kepercayaan yg teguh terhadap baginda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2007 12:06 PM | Show all posts
Sori, bukan maksud saya nabi duduk kat gua hira sejak lahir lagi...

dari sumber mana saya x bleh pastikan. Banyak sangat buku berkaitan ngan agama islam yg saya baca.

soalan ni saya tanya bukannya apa, maklumlah bagi non muslim n yg x faham ngan agama islam tentunya akan tertanya2 kenapa kedatangan wahyu nabi muhammad berbeza ngan nabi2 yg lain. Mesti ada yg terfiir dlm masa sebelum nabi berumur 40thn, mesti baginda tengah mentelaah kandungan kitab2 agama2 lain utk kepentingan sendiri.

Jadi x betul ke sebelum menjadi rasul, akan jadi nabi terlebih dahulu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by johnconan at 13-5-2007 12:06 PM
Sori, bukan maksud saya nabi duduk kat gua hira sejak lahir lagi...

dari sumber mana saya x bleh pastikan. Banyak sangat buku berkaitan ngan agama islam yg saya baca.

soalan ni saya tanya b ...



saya cadangkan awak baca sirah rasul dahulu.  apa yang awak baca tu macam bukan bersumber dari orang islam.  saya cadangkan Al-Sira Al-Nabawiyya oleh ibnu Kathir.  Ada terjemahan inggeris dan melyu.  Boleh dapat di kedai kat wisma yakin KL.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2007 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by johnconan at 13-5-2007 11:08 AM
Apa yg nabi buat selama 40 tahun kat dalam gua hira.


Kat atas tu soalan ko kan
Psl tu aku jwb kat atas tu

Mmg npk cam soalan ko tu kata , nabi ddk kat dlm gua hira' tu sjak lahir lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2007 12:40 PM | Show all posts
tersalah guna ayat, takkan lah lahir2 je dah ada kat gua...

ok, tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2007 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by johnconan at 13-5-2007 12:40 PM
tersalah guna ayat, takkan lah lahir2 je dah ada kat gua...

ok, tq

Tu yg aku tnya blk ni , mana tau apa yg ko baca dan prcaya, nabi muhammad saw lahir dan membesar kat gua hira' ke , mana tau kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by johnconan at 13-5-2007 12:06 PM
soalan ni saya tanya bukannya apa, maklumlah bagi non muslim n yg x faham ngan agama islam tentunya akan tertanya2 kenapa kedatangan wahyu nabi muhammad berbeza ngan nabi2 yg lain. Mesti ada yg terfiir dlm masa sebelum nabi berumur 40thn, mesti baginda tengah mentelaah kandungan kitab2 agama2 lain utk kepentingan sendiri.
...


Salam kepada mu, Johnconan

Teman hendak menjawab KENYATAAN yg di merahkan di atas.

Untuk pengetahuan miker............Rasulullah saw adalah BUTA HURUF. (tidak tahu membaca dan menulis)
Dengan itu,  baginda saw TIDAK MENTELAAH MANA MANA KITAB sebelum ini.

Kenyataan yg baginda saw adalah BUTA HURUF telah di SAHkan olih oghang oghang KAFIR Mekah sendiri sebelum dan selepas baginda di lantik menjadi Rasul Allah.

Al Quran dan juga Hadis yg ada adalah di tulis olih para sahabat r.a sejak 1400 tahun yg lalu.

Harap maklum

p/s sila baca dari Buku yg di iktirafkan olih Pejabat Agama Islam, Malaysia.

[ Last edited by  niceghost2005 at 13-5-2007 06:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 07:23 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 13-5-2007 12:11 PM



saya cadangkan awak baca sirah rasul dahulu.  apa yang awak baca tu macam bukan bersumber dari orang islam.  saya cadangkan Al-Sira Al-Nabawiyya oleh ibnu Kathir.


betul. skg banyak orang tulis buku yg bukan dari ikutan kita. kawan sy penah terbeli buku syiah utk anak dia. sedap2 baca sirah Nabi tetiba kuar Ali pulak. sebelum baca tu better refer kat orang2 yg arif dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by sitilina at 13-5-2007 07:23 PM


betul. skg banyak orang tulis buku yg bukan dari ikutan kita. kawan sy penah terbeli buku syiah utk anak dia. sedap2 baca sirah Nabi tetiba kuar Ali pulak. sebelum baca tu better refer kat or ...


:setuju:

Teman pernah berinteraksi dgn seorg kawan dari Filipina.
Di antara FAHAMA beliau tentang Islam ialah:

1. Islam berasal dari India
2. Islam mengHARAMkan memakan daging khinzir kerana dulu kala(jaman Rasulullah saw), khinzir ini di bela dgn cara yg kotor lagi menjijikan.
Sekarang khinzir di bela dgn keadaan yg bersih dan saintifik. So, bley ler makan....

Ghoper nyer beliau membaca sebuah Buku Agama Islam yg telah di HARAMkan olih Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2007 08:30 PM | Show all posts
adakah kalu seseorang yg buta huruf tu akan jadi buta huruf selamanya?

Takkan selama 40 thn nabi x ada minat nak blaja mengenal huruf? Lagipun nabi kan galakkan membaca n menimba ilmu?

atau ketidakupayaan seseorang utk membaca permenant?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 08:49 PM | Show all posts
Originally posted by johnconan at 13-5-2007 08:30 PM
adakah kalu seseorang yg buta huruf tu akan jadi buta huruf selamanya?

Takkan selama 40 thn nabi x ada minat nak blaja mengenal huruf? Lagipun nabi kan galakkan membaca n menimba ilmu?

at ...



DAri sejarah yg di tulis dan di paparkan, Rasulullah saw adalah BUTA HURUF sampai akhir hayat nya.
Al Quran yg di sampaikan nya adalah dari HAFALAN baginda saw.

Surat Perjanjian dan juga Surat yg di edarkan kpd Raja Parsi, Rom dan lain lain ....kesemuer nya di tulis olih para sahabat r.a.

Dan tiada berita dan juga laporan yg mengatakan baginda pernah menulis ataupun membaca.
Baik dari kaum keluarga nya yakni anak2 dan juga isteri serta oghang2 yg hidup di zaman baginda saw.

Mengenai baginda MINAT utk belajar menulis ataupun membaca...........ia adalah luar jankauan teman.
Sekiranya miker mempelajari Sirah/Kisah Hidup Rasulullah saw.....miker akan dapati bahawa baginda adalah seorg Pemimpin, Pendakwah, Ketua Keluarga, Ketua Masyarakat, Panglima Perang, Penasihat etc.
Pelbagai tanggungjawab yg di pukul baginda saw, pagi petang siang malam.
24 jam sehari semalam......
7 hari seminggu....
30 hari sebulan
365 hari setahun.

Tidak ada masa tuk beristirehat di Pulau2 yg indah or air terjun nan indah.
Kehidupan baginda amat sederhana.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 13-5-2007 08:49 PM



DAri sejarah yg di tulis dan di paparkan, Rasulullah saw adalah BUTA HURUF sampai akhir hayat nya.
Al Quran yg di sampaikan nya adalah dari HAFALAN baginda saw.

Surat Perjanjian dan j ...



Andaikan sekiranya Baginda pandai membaca dan menulis... maka tentulah orang akan berkata bahawa al-Quran itu adalah karangan baginda... maka hikmah Baginda tidak pandai membaca dan menulis adalah untuk menolak dakyah yang mengatakan al-Quran itu adalah karangan Baginda... so fikirkan... bagaimana seorang yang tidak pandai membaca tetapi dapat mengeluarkan kata-kata dengan ayat yang begitu indah dan membawa kebenaran yang nyata... ini menunjukkan bahawa ayat itu bukan dari baginda tapi ayat itu adalah ayat Allah swt...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 13-5-2007 08:49 PM



DAri sejarah yg di tulis dan di paparkan, Rasulullah saw adalah BUTA HURUF sampai akhir hayat nya.
Al Quran yg di sampaikan nya adalah dari HAFALAN baginda saw.

Surat Perjanjian dan j ...


Saudara, saya LANGSUNG tidak setuju dengan pernyataan saudara...! mengapa saudara mengatakan Nabi junjungan kita BUTA HURUF sedangkan kita arif akan perkara bahawa Rasulullah ialah manusia yang paling sempurna..! Manusia sempurna apa kalau baginda ialah seorang yang buta huruf! Diharap umat Islam tidak akan keliru lagi dengan perkataan UMMIY yang diberi kepada Rasulullah.

*info-info ini adalah copy paste dari sebuah sumber

" Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya. Layaklah Rasulullah itu dikatakan `ibu`, kerana dialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu, kebaikan, perpaduan, kasih sayang, pengorbanan, perjuangan dan lain-lain."

Sebenarnya yang dimaksudkan Ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa,bukan mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa. Tujuan belajar adalah supaya menjadi pandai, dengan mengisi ilmu kepada akal dan rohnya. Itulah hakikatnya. jika akal dan roh tidak diisi dengan ilmu maka seseorang itu tidak akan dapat menjadi pandai.

Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa Allah pandaikan baginda tanpa melalui proses biasa. Demikianlah Maha Besarnya Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar biasa. Oleh itu sama sekali tidak benar jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.

Allah terus memberi ilmu pada Rasulullah tanpa menggunakan alat. Itulah sebabnya Rasulullah dikatakan Ummiy iaitu belajar secara terus dari Tuhan. Allah terus campakkan ilmu pada ibu dirinya iaitu akal dan roh. Oleh itu salah besarlah jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.

Rupa-rupanya begitu hebat Allah memproses hamba-hamba yang dikehendaki-Nya dengan cara dipandaikan tanpa melalui proses belajar secara biasa. Itulah sebenarnya mukjizat Rasulullah yang cukup agung dan hebat. Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya. Layaklah Rasulullah itu dikatakan 'ibu', kerana dialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu, kebaikan, perpaduan, kasih sayang, pengorbanan, perjuangan dan lain-lain. Malah yang membenarkan dan melayakkan lagi baginda menjadi ibu berlandaskan gelaran Ummiy tersebut ialah kerana rohnya adalah ciptaan Tuhan yang pertama. Dan dari kerana kebesaran dan kemuliaan Nur Muhammad inilah diciptakan langit dan bumi haiwan, tumbuhan, Syurga, Neraka dan lain-lain. Begitulah hebat dan mulianya Rasulullah hinggakan dia dilantik menjadi Penghulu manusia dan namanya diangkat sebaris dengan nama Tuhannya.

Layaklah Rasulullah itu menjadi sumber segala-galanya kerana sedari diciptakan Adam lagi, sewaktu Allah memperkenalkan nama-nama-Nya dan ciptaan-Nya kepada Nabi Adam a.s. maka terpandanglah oleh Nabi Adam kalimah Nur Muhammad, lalu bertanyalah dia pada Tuhan, siapakah itu?Maka jawab Tuhan, itulah Nur Muhammad dan kerana kemuliaan dan kesuciannya itulah Nabi Adam dan seluruh makhluk lain diciptakan. Ini bererti Nur Muhammad iaitu roh Rasulullah itu adalah sumber segala-galanya.

Malah Nabi Adam manusia pertama ciptaan Tuhan nisbah jasad pun terpaksa akur dengan kemuliaan Rasulullah yang merupakan Rasul penutup. Tidak sempurna pengenalannya selagi dia tidak diperkenalkan kepada Nur Muhammad.

Sungguh tepat dan layaklah Rasulullah itu mendapat gelaran Ummiy yang melambangkan kebesaran dan kemuliaannya. Selawat dan salam kami sembahkan padamu ya Rasulullah Nabiyyul Ummiy...

[ Last edited by  shirayuki at 13-5-2007 10:04 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2007 10:11 PM | Show all posts
Macam pendapat GAH ajer....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 13-5-2007 10:11 PM
Macam pendapat GAH ajer....


amende GAH tu? gah yang itu atau...?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 10:20 PM | Show all posts
Originally posted by shirayuki at 13-5-2007 10:14 PM


amende GAH tu? gah yang itu atau...?



berikan sumber dari mana awak copy paste tu dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 11:21 PM | Show all posts

Reply #19 ibnur's post

baiklah tuan mod, sumber tersebut saya ambil dari rufaqadaily.com....
apapun, pada pendapat saya, maksud yang diterangkan daripada sumber tersebut adalah nyata berkesan dan lebih diterima dan oleh akal saya yang sempit ini, oleh itu saya tidak ingin memaksa sesiapa yang tidak mahu menerima penerangan ini menerimanya, walaupun kalau boleh, saya harap mereka menerimanya. ( banyak perkataan menerima nampaknya.. )

[ Last edited by  shirayuki at 13-5-2007 11:22 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.579914 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list