CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1831|Reply: 5

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

[Copy link]
Post time 16-5-2007 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Sudah  Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah  SWT?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu  dimandikan Berwudhu'lah kamu
  sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu  disolatkan
Tutuplah rambutmu  sebelum rambutmu ditutupkan Dengan kain kafan
yang serba putih Pada waktu itu tidak  guna lagi bersedih Walaupun
  orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan  diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah
solat Jenazah Dengan empat kali takbir  dan satu salam Berserta
  Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu  Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat  menebus Segala dosa
  meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk  dan sujud Dapat membayar
hutang  rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah  dirimu jika beranggapan demikian Justeru
kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat  Usunglah dirimu ke tikar
solat  Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing
dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam  baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan  Sedarlah kamu sebelum kamu
  disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah  kamu
sebelum kamu ditalkinkan  Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu  diistighfarkan Namun ketika itu
  istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja  kamu berada
Kamu tetap memijak  bumi Tuhan
Dan dibumbungi  dengan langit Tuhan
Serta  menikmati rezeki Tuhan
Justeru  bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia
memanggilmu buat kali yang terakhirnya  Ingatlah kamu dahulu hanya
  setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal  darah
Lalu menjadi seketul  daging
Lalu daging itu  membaluti tulang
Lalu jadilah  kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu  yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke
tanah Ayam tak patuk itik tak sudu Tapi  Allah mengangkatmu ke suatu
  mercu Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera  akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas  Solaah'
Dengan penuh rela dan  bersedia
Sambutlah seruan  'Hayya 'alal Falaah'
Jalan  kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal  ialah amal
Menjadi bekal  sepanjang jalan
Menjadi teman  di perjalanan
Guna kembali ke  pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di  dunia

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2007 10:52 AM | Show all posts
terima kasih daun keladi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 01:02 PM | Show all posts

tumpang sekaki...

Sungguh bsr dosa bg org yg meninggalkn solat,krn solat merupakn tiang agama.Betapapun byk prbuatan baik yg lain kita kerjakn namun x melaksanakn solat mk sia2lah amalan baik trsebut.Oleh sbb 2 hnya dgn brtaubat kpd Allah srta memulai hidup baru dgn sntiasa mgerjakn solat n jgn mninggalknnya walau dlm keadaan bagaiamana sekalipun.Qadalah solat2 yg sengaja tlh ditinggalkn semampu kita agar kita trgolong insan yg brsyukur n diselamatkn Allah di kemudian hari.Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by carpet at 16-5-2007 01:02 PM
Sungguh bsr dosa bg org yg meninggalkn solat,krn solat merupakn tiang agama.Betapapun byk prbuatan baik yg lain kita kerjakn namun x melaksanakn solat mk sia2lah amalan baik trsebut.Oleh sbb 2 hn ...


thanks daun keladi....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #4 ussopp's post

sama2 daun kelapa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2007 03:14 PM | Show all posts
jadikan ianyer panduan hidup kita........
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.051570 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list