CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xpdckelate

~Gomo KELATE Gomo #PremierLeague2022~

[Copy link]
 Author| Post time 31-12-2007 10:58 PM | Show all posts
bilo la sek kito nok mene ni

dok napok lagi Gomo kelate Gomo ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2008 08:01 PM | Show all posts
Kuantan, 4 Jan - Pasukan kita, Kelantan gagal membawa pulang 3 mata penuh apabila sekadar mencatat keputusan seri pada perlawanan menentang Shahzan Muda di Stadium Darulmakmur malam tadi. Kelantan menurunkan barisan yang sama ketika menundukkan Melaka minggu lepas kecuali penampilan sulung penjaga gol, Shahrizan ismail (Mat Chah) yang kembali bersama Kelantan. Kali ini tiada lagi eksperimen dilakukan dan dan yang pasti inilah kesebelasan terbaik Kelantan ketika ini.

Kelantan memulakan perlawanan dengan aksi agak goyah namun kembali teratur apabila melakukan asakan ke kubu Shahzan Muda tetapi setiap serangan berjaya dipatahkan oleh bentang Shahzan Muda yang diketuai pertahanan import hitam, Marco Antonio. Peluang awal hadir apabila Mahamadou Moustafa berjaya melepaskan diri dari pertahanan Shahzan namun rembatan kencangnya tepat ke jaring tepi gol.

Perlawanan seterusnya kembali seimbang apabila Shahzan Muda turut menguji pintu gol Kelantan tetapi gagal menewaskan Shahrizan di gawang. Gol pertama hadir akibat bentang pertahanan Kelantan gagal menutup ruang membolehkan Anthony Milicic melakukan percubaan dari luar kotak penalti, bola tendangannya terkena palang sebelum melantum dan ditanduk masuk oleh import Shahzan,Choi Who Seong.

Peluang terbaik Kelantan untuk menyamakan kedudukan ialah pada minit terakhir separuh masa pertama. Apabila bola lorongan dari tengah berjaya melepasi benteng Shahzan Muda dan Moustafa berjaya melakukan larian solo, tetapi tindakan penyudah yang agak lambat gagal memperdayakan penjaga gol dan berjaya dihalang oleh pertahanan Shahzan.

Separuh Masa kedua dimulakan dan ternyata selepas itu deretan peluang-peluang terhidang dan gagal disudahkan oleh Badri radzi (piya), Nizad Ayub (Ijad), Khairan termasuk Moustafa sendiri. Ini menyebabkan Cikgu Jan membuat dua pertukaran memasukkan Ramzul (Rojo) menggantikan Nizad dan selepas itu Saufi menggantikan Ezrie (Mat Yi).

Tindakan itu membuahkan hasil apabila Ramzul yang kerap kali melakukan larian di sebelah sayap kanan telah dijatuhkan dan Kelantan dihadiahkan tendangan percuma. Sepakan percuma yang diambil Khairan berjaya ditanduk masuk oleh Badri Radzi memberikan gol penyamaan untuk Kelantan.

Seterusnya aksi sengit ditunjukkan oleh pemain Shahzan mengakibatkan 2 pemain mereka mendapat kad kuning termasuk Milicic. Kedua-dua pasukan kembali berbalas serangan dan kadang kala bola kerap berlegar di bahagian tengah padang.

Shahrizan juga beberapa kali berjaya menyelamatkan gawang dari dibolosi dan tindakan konfiden dan meyakinkan Shahrizan memuaskan hati penonton yang hadir. Hanya Andrew Amakuro yang mendapat jeritan dan sorakan dari penonton supaya dikeluarkan dan kadang kala Moustafa turut mendapat jeritan penonton. Pujian hanya diberikan kepada Jan Necas yang berjaya memainkan peranannya di benteng.

Dan 8 minit sebelum tamat perlwanan Shahzan Muda berjaya memperoleh gol kedua berpunca dari kegagalan Amakuro mengawal bola dan berjaya dirampas oleh pemain Shahzan sebelum melakukan percubaan leret menewaskan Shahrizan buat kali kedua.

Namun 2 minit kemudian, Moustafa menggembirakan kira 200-300 penyokong Kelantan yang hadir apabila mendapat hantaran cantik sebelum tenang mendada dan merembat masuk gol penyamaan. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Pemain-pemain:1.Shahrizan Ismail; 6.Farisham Ismail,11.Jan Necas,17.Rizal Fahmi,20.Nor Azwan; 5.Khairan Eroza,18.Ezrie Shafizie(28.Saufi Saadi),10.Andrew Amakuro,16.Badri Radzi; 7.Nizad Ayub(25.Ramzul Zahini), 9.Mahamadou Moustaffa.

Simpanan: 2.Zahar Kadir,4.Amjad Shah,13.Safuan Ibrahim,15.Zul Yusri, 19.Khairul Zal Azmi,21.Mohammad Aras,23.Shamsul Fahmi

SOURCE : www.kelate.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 11:36 PM | Show all posts
Sepatutnya Kelate boleh menang dengan Shahzan Muda ni ...team ni bukannya bagus sangat !..tetapi mace biasalah bila main tempat ore payah nak menang lawe team mana sekalipun!...
Lepas ni Kelate lwn Sabah di KB...Aksi Sabah setakat ni memang cukup baik tetapi aku harap Kelate boleh tibai Sabah..supaya naik dari tangga ke 7 ke tangga 4@5 lima liga perdana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 11:16 PM | Show all posts
Kelate menang 2-1 keatas Sabah. Ke2 gol dijaringkan oleh mustapha. Dengar khabar ...player lari keliling stadium lepas games ala2 final lepas tamat!...Pada akulah baik pemain ataupun pengurusan perlu cool down!..cermin2lah diri dulu ..ditangga berapa kelantan sekarang ni ?...games masih panjang lagi ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 01:01 PM | Show all posts
Venue perlawanan diantara Kelantan dengan skuad Harimau Muda malam ni telah diubah dari Bukit Jalil ke stadium shah alam.
Aku harap dengan perubahan gelanggang malam ni bolehlah merasa 3 mata penuh pertama ditempat lawan!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:01 AM | Show all posts
Akhirnya Kelantan berjaya jugak mengutip 3 mata penuh yang pertama digelanggang lawan ?...sebenarnya stadium shah alam dipenuhi oleh penyokong2 kelate! Siapa yang sokong Harimau Muda @ Skuad 19 tahun Malaysia ..akupun tak tahu!..
Kemenangan 2-1 seperti biasalah team lawe sumbat dulu lepas tu barulah bersungguh nak cari gol!
Lepas ni lawan ATM di Kota Bharu...kalu boleh menang hatrik 3 kali mungkin para player dapat bonus lagi...bertuah player kelate musim ni kalu dok gat..gaji 1 bulan setengah dapat sekali!...taniah buat player dan pengurusan!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2008 11:51 AM | Show all posts
AKHIRNYA ZAIRUL FITREE KEMBALI KE KELANTAN

Perjalanan sekuel kronikel skandal perpindahan zairul akhirnya berakhir di penghujungnya malam tadi. dihadapan segerombolan penyokong kelantan seramai 200 orang di stadium shah alam aksi kemas Zairul mewakili kelantan buat pertama kalinya musim ini memberikan signifikan yang melegakan penyokong kelantan. Pastinya gegak gempita melanda kem hkc yang sedang melancarkan mogok besar-besaran terhadap kfa terutama terhadap dua individu iaitu presiden kfa, menteri besar kedah selain dato othman aziz pengurus pasukan kedah. betapa kekaburan belakang tabir kfa-kafa menterjemahkan riuh rendah dikalangan penyokong kedah. betapa mereka menyandarkan kelemahan isu politik didalam persatuan bolasepak Malaysia hingga menggadaikan kehendak sebuah pasukan mantap bolasepak di malaysia.

Pastinya kita di kdn tidak menyalahkan ahli forum hkc yang tidak didedahkan dengan situasi yang berlaku. Namun penglibatan kdn dengan kafa mendapat pandangan jelas dalam perjalanan penebusan pemain yang bergelar Ropi ini. Mereka di hkc memberikan pandangan mereka sendiri yang mana banyak info juga didalamnya. Dikatakan pihak panel kejurulatihan kedah baru sahaja petang tadi dimaklumkan pemergian zairul yang membangkitkan kemarahan ketua jurulatih mereka azrai. Namun nasi sudah jadi bubur bilamana mereka dimaklumkan Zairul dilepaskan tanpa sebarang pampasan. Mereka juga dimaklumkan jangan terkejut jika di bibir akhbar esok akan memberi laporan berbeza yang mana Zairul dilepaskan dengan pampasan. Oleh itu saya tidak berniat untuk memberikan info untuk membela mana-mana pihak. Sekadar berkongsi pengetahuan. seperti yang umum di kdn maklum, tertera dibawah akta fam bahawa pemain bawah 23 tahun yang diberi pinjam kepada pasukan lain harus kembali ke pasukan asalnya dan mendapatkan kebenaran pasukan asalnya jika untuk tidak mahu meneruskan kontrak di musim seterusnya bersama majikan mereka.

Dalam isu kontrak Zairul yang dikatakan tamat musim ini beliau sepatutnya sudah bebas untuk memilih untuk meninggalkan pasukan majikannya. Namun oleh kerana beliau dibawah 23 tahun, beliau harus mendapatkan kebenaran pihak majikannya dahulu. Kafa tidak pernah memberi kebenaran kepada zairul untuk bermain dengan pasukan lain, selain kfa pun tidak membayar sebarang pampasan untuk menanda tangani kontrak dengan zairul. Atas dasar ini, kafa membuat laporan kepada fam dan dengan sedikit bantuan fam kelantan beroleh hak pemilik keatas zairul dan kfa tidak dapat berbuat apa-apa. Oleh itu tidak timbul lagi isu bayaran pampasan untuk mendapatkan pemain yang kita bagi pinjam kepada orang lain yang tidak ingin memulangkan pemain kita dan ingin merampasnya tanpa sebarang kebenaran. Oleh itu zairul kembali ke kelantan dengan cara betul dan hak seratus peratus menyebelahi kafa. Jadi tidak timbul disini isu politik, namun tidak dinafikan bahawa kaedah perbincangan kafa-kfa di belakang tabir nampak sedikit seperti mainan politik. Jika kita ingin menghilangkan isu penglibatan politician didalam persatuan sukan di Malaysia maka isu itu tidak lagi relevan untuk di bincangkan, memandangkan sudah menjadi lumrah dan tidak kurang 90% penglibatan politician didalam persatuan sukan di malaysia.

Saya sarankan pihak hkc sepatutnya lebih dekat dan mendapat penjelasan rapi dari pihak kfa mengenai status Zairul barulah mengambil tindakan untuk memboikot kfa. Atas dasar perkara ini tidak membelakangi pihak fam, maka pastinya juara treble musim lepas memahami perkara ini dengan sebaiknya. Anggap sahaja tiada rezeki untuk mendapat khidmat Zairul yang mana rata-rata peminat kelantan juga berbangga dengan pemergian sementara zairul menimba ilmu di pasukan elit malaysia seperti Kedah. Untuk pengetahuan pihak hkc, penyokong kelantan juga sayang untuk melepaskan zairul, yang mana beliau antara 5 orang pemain utama yang kekal tidak meninggalkan pasukan kelantan pada musim 2004/05. Namun bila kes ini hampir berakhir baru-baru ini yang mana zairul dikatakan bakal kekal di kedah, kami di kdn merestuinya dan menghormati hkc atas sikap memandang tinggi pemain kelantan ini. Namun bila begini keputusannya hari ini, saya rasa ketika ini perlunya kelab penyokong alam siber menunjukkan tahap professionalannya setaraf dengan taraf mereka yang dipandang tinggi penglibatan dan perkembangannya oleh persatuan-persatuan bolasepak secara amnya dan fam sendiri secara khususnya. Bagi kami di kdn secara professionalnya kami berlapang dada dan memandang hal ini dengan pandangan terbuka. Saya harap penyertaan zairul fitri yang kembali menyarung jersi bernombor 24 keramatnya menamatkan spekulasi ini disini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 12:19 PM | Show all posts


Kelantan mahu pertahan rekod tanpa kalah


SELEPAS mengharungi lima perlawanan tanpa kalah, Kelantan kini semakin ghairah memburu kemenangan.

Mereka kini mencari kemenangan keempat selepas mencatat tiga kemenangan dan dua seri setakat ini.

Yang pasti, mereka mahu menjadikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai mangsa seterusnya pada aksi yang akan berlangsung di gelanggang sendiri, Jumaat ini.

Lebih menggembirakan, skuad Kijang itu juga menerima semula sentuhan bekas ayam tambatannya, Zairul Fitri Ishak yang beraksi cemerlang ketika Kelantan menewaskan Harimau Muda 2-1 di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Bekas pemain Kedah itu dilihat sebagai pelengkap kepada pasukan Kelantan yang semakin mempamerkan prestasi cemerlang kebelakangan ini.

Pengurus pasukan, Ahmad Jazlan Yaakub berkata kepulangan pemain tersebut memberi suntikan semangat kepada skuad bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar itu.

Katanya, Zairul Fitri telah mendapat pelepasan daripada Kedah dan telah mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan Kelantan yang kini berada di tangga keempat liga dengan mengutip sebelas mata.

揔ita berjaya membawa pulang dua pemain daripada skuad Liga Super termasuk bekas penjaga gol Terengganu, Sarizan Ismail dan Zairul Fitri untuk memantapkan lagi cabaran Kelantan musim ini.

揔ehadiran mereka diharap mampu membantu pasukan ini yang rata-ratanya dibarisi pemain muda dan tidak berpengalaman,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2008 01:58 PM | Show all posts
gambar kemah molek bohhh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:40 PM | Show all posts
Kelantan terus mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewakan ATM 4-1 .
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by thylord at 16-1-2008 01:58 PM
gambar kemah molek bohhh...
mari la join sekali :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 12:28 AM | Show all posts


KIJANG LEBARKAN RENTAK KEMENANGAN

Skuad Kijang melebarkan rentak kemenangan dalam saingan Liga Perdana selepas membelasah Angkatan Tentera (ATM) 4-1 di Kota Bharu malam tadi

Kemenangan tersebut cukup bermakna buat skuad bimbingan Norizan Bakar dalam usaha untuk menghambat pasukan Johor dan Kuala Muda Naza yang ketika ini menguasai persada Liga Perdana.

Tonggak improt Kelantan, Muohamdou Mustapha Mane muncul wira pasukan apabila menjaringkan 2 gol manakala Nizab Ayub dan Rizal Fahmi masing menyumbang satu gol buat Kelantan.

Pada perlawanan itu, Kelantan terlebih dahulu memecahkan kebuntuan pada minit keempat menerusi rembatan menarik Nizab Ayub untuk meletakkan Kelantan selesa di hadapan. Ternya gol tersebut menjadi pembakar semangat kepada Kelantan untuk mencari gol tersebut.

Kelantan tidak menunggu lama untuk memperolehi gol kedua apabila pencetak gol utama Kelantan dari Senegal Muohamdou Mustapha Mane mudah menolak masuk bola hantaran rakan sepasukan untuk meletakkan Kelantan selesa mendahui tentera pada minit ke 18.

Menyedari mereka ketinggalan Skuad bimbingan Ali Khan menggandakan asakan ke kubu Kelantan hampir mencemaskan rubuan penyokong tuan rumah apabila rembatan jarak jauh Johairi Ahmad hamper menepati sasaran. Bermula dari serangan pantas Tentera menghukum kealpaan benteng pertahanan Kelantan apabila penyerang utama pasukan tentera melepaskan satu bidikan menarik dari luar kotak penalti menewaskan Sharizan Ismail di pintu gol Kelantan untuk merapatkan jurang gol.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad bimbingan Norizan Bakar memperkemaskan jentera serangan dan hasilnya pada minit ke 34 Kelantan memperolehi sepakan percuma selepas Zairul Fitri dikasari oleh pertahanan Tentera. Rizal Fahmi yang mengambil sepakan itu, dengan tenang melepaskan satu sepakan leret yang mengelirukan menewaskan Abdul Rahman Baba seterusnya menghadiahkan gol ketiga buat Kelantan. Skuad kijag melangkah ke bilik persalinan dengan bekalan selesa sebelum sepak mula separuh masa kedu di mulakan.

Separuh masa kedua menyaksikan Tentera membuat sedikit perubahan dalam usaha untuk merapatkan jurang gol. Namun ia tidak banyak membantu. Sebaliknya Kelantan menanfaatkan peluang tersebut. Untuk menambahkan sengat di bahagian kanan,Norizan Bakar membuat sedikit perubahan tektikal dimana Badri Radzi di keluarkan dan di gantikan dengan Ramizul Zahini. Ternyata kemasukan Ramizul Zahini telah mengubah corak permainan pasukan Kelantan. Hasilnya pada minit ke 59 Muohamdou Mustapha Mane sekali lagi muncul wira Kelantan apabila meledak dengan jaringan keduanya sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat skuad Kijang dalam usaha untuk mengejar pasukan Johor Dan Kuala Muda Naza.

Dengan kemenagan itu, Kelantan meneruskan rentak cemerlangnya apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 10:20 AM | Show all posts
Male ni Kelatan akan lawan proton kat stadium MBPJ. Proton ni bukannya team yang bagus sangat kebanyakkan playernya tua2 belaka olh itu kelantan sepatutnya boleh menang .
Last sekali aku dengar para pemain kelanta baru diberikan bonus kemenangan. Kelab penyokongpun bunyi khabar akan angkut peminat sampai 2 biji bas Molek benarlah campur segala suku sakat ore kelate kat KL , aku rasa male ni sudah tentu stadium akan dipenuhi oleh penyokong kelate.
Kalu tak menang lagi akupun tak tahulah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 12:15 AM | Show all posts
Akupun tak tak tahulah nak cakap apa dengan result male ni..kelantan sekali lagi seri 2-2 dengan proton. Proton main 10 ore dan sumbat golpun last minit masa tambahan.
Kelantan kalu main luar memang payah nak menang!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 10:54 AM | Show all posts

Reply #74 sbimax's post

frust boh.... bola buleh menang 2-3 bijik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 04:12 PM | Show all posts
Semale mene 4 -1 dengan KL... Jumaat ni la sedak lawe Johor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 10:26 AM | Show all posts
Berpandukan kepada prestasi semasa , memang sakit kalu kelantan nak menang denganJohor . Rekod Kelantan dengan Johor sama iaitu tak pernah kalah tetapi Johor ni lebih ok kerana walau main manapun potensi nak menang tu ada tetapi Kelantan... kecuali main kat stadium sultan mohd. kat lain tu walau boleh menang ataupun lawe team cikai sekalipun .
Walau pahit untuk menang tetapi aku harap team aku ni mampu untuk seri sebabnya dengar khabar , lepas games tu skuad akan berangkat ke Bandung. Bukan setakat pergi make mee bandung ataupun pekena air batu bandung sajo tetapi ada jugaklah frendly games...Itu kemudianlah tetapi yang paling pentingnya kena serilah dengan Johor sekurang2nya .
1 lagi bilalah Kelate nak buang Mamat Negro tali pinggang Amakuro..pemain yang paling hampeh kat atas padang. Mamat ni lagak aje lebih tetapi main teruk!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 10:09 AM | Show all posts


Sapo hok kelik rayo cino ni... boleh la join futsal Kelab Peminat Bola Sepak Siber Kelantan, FOC!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 12:03 AM | Show all posts
Jumaat ni lawan KL plus....Lepas kena tibai (3-1) dengan Kuala Muda ni...aku semakin tak berapa yakin kelantan mampu menewaskan Plus terutamanya kalu main kat lawe... ...
Plus ni mestilah kuat jugak kerana boleh seri dengan Perlis (piala FA) tetapi dengan adanya beberapa butir bas dari KB , kenalah player main sungguh2!...sian wei ore marghi jauh2 nak tengok Kelate main.
Janganlah harap untuk membuat kejutan dengan menewaskan Plus tetapi seripun kira cukuplah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 01:49 AM | Show all posts
mene sex kito jange rusing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.069178 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list