CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3129|Reply: 9

Soalan mengenai hadis nabi - dari sudut berbeza

[Copy link]
Post time 1-6-2007 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum pada saudara-saudari sekelian ,

Agak berat untuk saya melontarkan pertanyaan-pertanyaan ini tetapi saya gagahkan jua. Perkara ini bermula pada hari sabtu lepas selepas perbincangan saya dengan sahabat saya , seorang bukan islam. Beliau ada bertanya beberapa soalan yang saya sendiri keliru untuk menjawabnya. Maka saya meminta tempoh darinya untuk mencari jawapan yang padat iaitu jawapan yang mempunyai bukti untuk saya bentangkan kepadanya. Beliau bersetuju , kerana itulah saya ingin menayanyakan soalan-soalan itu disini, moga saudara-sauadara yang kita penuh ilmu disini dapat menjawabnya beserta bukti-bukti yang relevan.

Berikut ialah soalan-soalan sahabat saya itu :

1. Orang islam mengerjakan solat berdasarkan al-quran. Maksudnya arahan dari Allah. Kalau arahan yang datang dari hadis , dan bukan dari al-quran ,maka siapa menyuruhnya pula , adakah dari Allah juga , melalui perantaraan nabi muhammad saw , atau dari nabi muhammad sendiri ? Kalau dari Allah , mengapa allah tidak memerintahkannya terus di dalam al-quran dan perlu melalui perantaraan perintah itu , adakah alllah lupa , sengaja berbuat demikian, atau apa ?

2. Seperti yang kita ketahui , cara mengerjakan atau praktikal solat tiada dalam al-quran. Orang islam sekarang mengerjakannya berdasarkan apa yang nabi buat atau pun dalam kata lain , ikut sunnah nabi. Soalannya, ialah bagaimana nabi tahu cara bersembahyang yang allah inginkan , adakah terus wahyu turun dari allah , contoh melalui mimpi, atau jibril turun mengajar nabi cara solat yang betul , atau bagaimana ?

3. Kebanyakkan perkataan nabi ialah sunah, yang kemudiannya dipetik menjadi hadis. Soalannya , ialah dari mana rujukan yang nabi buat semasa baginda bersabda, yang kemudannya menjadi hadis , adakah dari al-quran itu sendiri , dari wahyu atau dari mimpi , atau dari mana ?

4. Ada atau tidak bukti nabi mendapat wahyu untuk berkata sesuatu , mengenai sesuatu hukum , yang kemudiannya dipetik untuk menjadi hadis ? Contoh , terdapat bukti dan rujukan nabi menerima al-quran dari jibril semasa di gua hira'. Bagaimana dengan perkara-perkara yang lain?

Harap saudara-saudari tidak tersalah faham dengan persoalan-persoalan yang saya beri ini. saya boleh tipu sahabat saya itu tapi saya adalah seorang islam yang wajib mencari ilmu. Jadi bila saya mendapat jawapan nanti , akan saya bentangkan pada sahabat saya itu, dan saya jga mendapat ilmu, sekian , terima kasih. Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2007 08:10 PM | Show all posts
Salam Selawat Atas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Salam

soalan pertama....jawapannya

sesungguhnya segala yang sesuatu diucapkan oleh rasuallah adalah datang dari allah tidak dari hawa nafsu atau dirinya sendiri...jadi disni arahan dari hadis adalah dari allah s.w.t melalui lisan nabi muhammad S.A.W dan jika allah hendak memerintahkan terus di dalam al-quran itu boleh tetapi jika begitu dimanakah tugas nabi yang sepatutnya menyampaikan perintah allah...Al-quran juga nabi yang sampaikan dari allah kepada manusia...al-quran tidak turun sebuku terus dari allah kepada manusia tetapi allah wahyukan kepada nabi dan nabi sampaikan kepada umatnya...tugas nabi disni adalah sebagai medium perhubungan diantara pencipta dengan hamba...

MENGAPA ALLAH PERLU PERANTARAAN???

jawapan akan diberi...ana kesuntukan masa..AFWAN...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2007 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 3-6-2007 08:10 PM
Salam Selawat Atas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Salam

soalan pertama....jawapannya

sesungguhnya segala yang sesuatu diucapkan oleh rasuallah adalah datang dari allah tidak dari hawa ...

Terima kasih saudara kerana sudi memberi maklum-balas tetapi yang saya inginkan ialah setiap fakta yang diberikan disertakan bukti , supaya senang saya menerangkan pada sahabat yang saya yang bukan islam itu
Saya akan tunggu kupasan dari saudara , terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 04:56 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wahai saudari...jika mahu diberikan bukti kepada orang bukan islam mustahil untuk dia percaya akan bukti2 dari islam...jadi sekarang ini kita berikan jawapan yang dapat membuka mindanya dan biar dia berfikir...kerana tidak kira islam atau tidak setiap orang mempunyai akal...itulah alat yang paling asas dalam kita mengenal allah...jadi kita biar dia menggunakan akal....

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2007 10:16 PM | Show all posts
Terima kasih kerana memberi pendapat saudara

Maksud saya ialah jika ingin memberi jawapan kepada sahabat bukan islam saya tu , maka saya harus memberikan jwapan yang ada bukti seperti adanya petikan ayat-ayat ql-quran atau hadith , yang menyokong fakta-fakta yang akan saya beri nanti pada sahabat saya tu

Saudara pun tahu , kalau kita cerita dengan bukti pun tidak semestinya diterima , ini kan pula kalau cerita kosong , lagilah orang ketawakan saya nanti, harap saudara faham , terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2007 01:43 PM | Show all posts
Masih tidak ramai yang hendak tolong saya cari jawapan untuk soalan-soalan di atas. saya ada buat salah-salah dimana-manakah , kalau ada , sila tegur
Susahnya hendak membuat perbincangan bila soalan kita lain dari apa yang orang biasa fikirkan ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2007 07:26 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 1-6-2007 01:01 PM

1. Orang islam mengerjakan solat berdasarkan al-quran. Maksudnya arahandari Allah. Kalau arahan yang datang dari hadis , dan bukan darial-quran ,maka siapa menyuruhnya pula , adakah dari Allah juga ,melalui perantaraan nabi muhammad saw , atau dari nabi muhammad sendiri? Kalau dari Allah , mengapa allah tidak memerintahkannya terus didalam al-quran dan perlu melalui perantaraan perintah itu , adakahalllah lupa , sengaja berbuat demikian, atau apa ?


Hadith adalah kalam (kata2) Nabi, namun hakikatnya dari Allah:
Al-An'aam [50]
[Katakanlah (wahaiMuhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaanAllah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yangghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku inimalaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku".Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orangyang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?"]

Kalau Allah perintahkan terus semua perintah-Nya dalam Al Quran, siapa pula yang akan sampaikan perintah itu kepada manusia? Sebab tu Allah utuskan Nabi di kalangan manusia untuk menyampaikan perintah Allah, dan pada masa yang sama mempunyai kehidupan sebagai seorang manusia, supaya kita boleh jadikan contoh model untuk ikut. Kalau malaikat yang turun, kita tak boleh nak ikut contoh malaikat sebab dia tak makan macam kita makan, dia tak tidur dan banyak lagi perbezeaan....

Al-Quran adalah sebagai panduan hidup
As Sunnah (dari Hadith) adalah bagaimana nak amalkan panduan (Al Quran) dengan betul


2. Seperti yang kita ketahui , cara mengerjakan atau praktikal solattiada dalam al-quran. Orang islam sekarang mengerjakannya berdasarkanapa yang nabi buat atau pun dalam kata lain , ikut sunnah nabi.Soalannya, ialah bagaimana nabi tahu cara bersembahyang yang allahinginkan , adakah terus wahyu turun dari allah , contoh melalui mimpi,atau jibril turun mengajar nabi cara solat yang betul , atau bagaimana ?


Jawapannya sama seperti dari jawapan di atas. Surah Al An'aam ayat 50.

3. Kebanyakkan perkataan nabi ialah sunah, yang kemudiannya dipetikmenjadi hadis. Soalannya , ialah dari mana rujukan yang nabi buatsemasa baginda bersabda, yang kemudannya menjadi hadis , adakah darial-quran itu sendiri , dari wahyu atau dari mimpi , atau dari mana ?


Jawapannya sama seperti dari jawapan di atas. Surah Al An'aam ayat 50.

4. Ada atau tidak bukti nabi mendapat wahyu untuk berkata sesuatu ,mengenai sesuatu hukum , yang kemudiannya dipetik untuk menjadi hadis ?Contoh , terdapat bukti dan rujukan nabi menerima al-quran dari jibrilsemasa di gua hira'. Bagaimana dengan perkara-perkara yang lain?


Bukti Nabi terima wahyu:
Bukhari: Volume 1, Book 1, Number 2:     Narrated 'Aisha:
     (the mother of the faithful believers) Al-Harith bin Hisham asked      Allah's Apostle "O Allah's Apostle! How is the Divine Inspiration      revealed to you?" Allah's Apostle replied, "Sometimes it is (revealed)     like the ringing of a bell, this form of Inspiration is the hardest of     all and then this state passes ' off after I have grasped what is      inspired. Sometimes the Angel comes in the form of a man and talks to      me and I grasp whatever he says." 'Aisha added: Verily I saw the      Prophet being inspired Divinely on a very cold day and noticed the      Sweat dropping from his forehead (as the Inspiration was over).

Hadith Qudsi
The Hadith Qudsi, or sacred hadith, have a particularly important status because their meaning is entirely from Allah (swt) while the wording is that of the Prophet Muhammad (s) himself

http://www.2muslims.com/directory/Detailed/224098.shtml
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 8-6-2007 01:43 PM
Masih tidak ramai yang hendak tolong saya cari jawapan untuk soalan-soalan di atas. saya ada buat salah-salah dimana-manakah , kalau ada , sila tegur
Susahnya hendak membuat perbincangan bila so ...


Soal hidayah milik Allah. Kepada yang nak mencari kebenaran, mungkin bukti2 diberi boleh diterima. Kepada yang nak mempermain-mainkan, bagi bukti banyak manapun mereka tidak terima.

Dari soalan2 di atas, cara soalannya lebih kepada mempertikaikan, bukan untuk mencari kebenaran. Dalam Al Quran terdapat banyak bukti2 benar, tetapi bukti2 ini selalunya tidak diendahkan....


Wallahu a'lam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2007 03:03 PM | Show all posts
salam
baru pulang bercuti dan harap semuanya sihat sejahtera.

Saudari Anisani,
Semua jawapan bagi soalan anda mungkin boleh anda perolehi di sini. Apabila anda telah membaca pendahuluan ini (dan memahaminya), barulah saya akan cuba utk menjawab soalan anda:

Di dalam al-Quran al-Karim, terdapatnya hukum2 general dan khusus di mana pengecualian dan keterbatasannya hanya boleh diperolehi dari sunnah Rasul saaw sahaja. Ini berlaku kerana al-Quran tidak menceritakan segala sesuatu secara detail kerana seperti yg telah saya bagitau kepada seorang forumner kita, al-Quran bukan kitab ensaiklopedia. Ini keypoint utk anda sampaikan kepada sahabat anda itu.

Dan Rasulullah (selawat ke atas baginda dan Ahli Keluarganya yg suci) disamping ditugaskan utk membacakan al-Quran kepada manusia baginda saaw juga bertugas utk menjelaskan/menerangkan mengenai apa yg dibacakannya itu: (lihat ada dua key point di sini: membacakan dan menjelaskan)

揇an Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan/menjelaskan (litubayyina) pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan,擺/i] (an-Nahl 16:44)

(edited tertinggal pulak) Maka di sini, penjelasan/bayan itu bukanlah ayat al-Quran tetapi merupakan hadis yg menjelaskan ayat-ayat al-Quran yg telah dibacakan.

Dan perintah utk mengikuti Rasul adalah datang dari al-Quran sendiri, misalnya ayat berikut:

揂pa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.擺/i] (al-Hasyr 59:7)

Maka sekiranya kita meninggalkan apa yg disampaikan oleh Rasul (Hadis) maka kita telah bertentangan dengan ayat-ayat yg dinyatakan di atas.

Tadi telah dijelaskan bahawa tugas Rasul adalah utk membacakan dan menjelaskan al-Quran (jgn lupa: baca dan jelas). Dari mana Rasulullah saaw mendapat penjelasannya? Allah yg menurunkan kepada Rasul dan memerintahkannya utk membacakan al-Quran dan dari Allah jugalah penjelasan2 mengenai al-Quran:

(Ayat Quran berikut adalah dari terjemahan al-Quran bahasa Indonesia)

揝esungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya擺/i] (al-Qiyamah 17-19)

---------------------------------------------------------------------kembali kepada soalan anda:
Soalan anda:
Anisani:
1. Orang islam mengerjakan solat berdasarkan al-quran. Maksudnya arahan dari Allah. Kalau arahan yang datang dari hadis , dan bukan dari al-quran ,maka siapa menyuruhnya pula , adakah dari Allah juga , melalui perantaraan nabi muhammad saw , atau dari nabi muhammad sendiri ? Kalau dari Allah , mengapa allah tidak memerintahkannya terus di dalam al-quran dan perlu melalui perantaraan perintah itu , adakah alllah lupa , sengaja berbuat demikian, atau apa ?

Bill: Kitab al-Quran bukanlah sebuah kitab yg menjelaskan setiap detail seperti sebuah ensaiklopedia, lalu penjelasannya boleh diperolehi melalui hadis Nabi saaw kerana adalah menjadi tugas Rasul Tuhan menjelaskan kepada manusia apa yg telah diturunkan kepada mereka.

Anisani:
2. Seperti yang kita ketahui , cara mengerjakan atau praktikal solat tiada dalam al-quran. Orang islam sekarang mengerjakannya berdasarkan apa yang nabi buat atau pun dalam kata lain , ikut sunnah nabi. Soalannya, ialah bagaimana nabi tahu cara bersembahyang yang allah inginkan , adakah terus wahyu turun dari allah , contoh melalui mimpi, atau jibril turun mengajar nabi cara solat yang betul , atau bagaimana ?

Bill: Penjelasan mengenai hukum2 dari al-Quran telah dijelaskan kepada Rasulullah saaw oleh Allah SWT sendiri. Lihat ayat 17-19 Surah al-Qiyamah.

Sekiranya kita mempercayai Rasul saaw mengetahuinya dari pengajaran langsung dari Tuhan (tanpa perantaraan M.Jibrail a.s: misalnya Hadis Qudsi) maka ia tak merubah apa2, begitu juga kalau kita percaya bahawa Malaikat Jibrail yg mengajar baginda solat, ia juga tidak merubah apa2 pun. Kedua2nya tak menjadi masalah utk diyakini. Ini kerana persoalan/isu di sini hanyalah penjelasan/tafsiran hukum2 al-Quran dan Islam itu dijelaskan sendiri oleh Allah SWT kepada Rasul tanpa mengira bagaimanapun cara penyampaiannya.

Anisani
3. Kebanyakkan perkataan nabi ialah sunah, yang kemudiannya dipetik menjadi hadis. Soalannya , ialah dari mana rujukan yang nabi buat semasa baginda bersabda, yang kemudannya menjadi hadis , adakah dari al-quran itu sendiri , dari wahyu atau dari mimpi , atau dari mana ?

Bill: Al-Quran itu cukup menjelaskan setiap segala sesuatu. Maka Rasul boleh menjelaskan apa2 pun masalah melalui hadis dan sunnah kerana Allah SWT telah mengajarkannya kepada Baginda saaw.

揔atakanlah (wahaiMuhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaanAllah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yangghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku inimalaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2007 08:16 PM | Show all posts
Terima kasih pada semua kerana menjawab , saya agak sibuk ni , malam nanti saya bagi pendapat saya berdasarkan komen saudara-saudara semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.304209 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list