CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8088|Reply: 10

pembatalan wuduk (Majlis batal air sembahyang selepas nikah)

[Copy link]
Post time 4-6-2007 09:38 AM | Show all posts |Read mode
aku dah selak kat topik semua tapi still tak jumpa.. sape yang ader penerangan yang sahih tolong berikan kat kat aku...
1. ape motif... upacara batalkan wuduk dalam majlis perkahwinan org melayu nih...
2. sape dapat berikan contoh dari segi sunnah ( sebb kalo ikut periwayat hadis nih.. kadang yang lemah dan tak sahih byk org hilitekan) batalnya wuduk bersentuh suami dan isteri...

[ Last edited by  ibnur at 10-6-2007 09:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2007 09:51 AM | Show all posts
bersentuhan dengan nafsu lar tu...

tak molek bernafsu-nafsi depan org ramai. siap ambik gambar pulak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2007 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 4-6-2007 09:51 AM
bersentuhan dengan nafsu lar tu...

tak molek bernafsu-nafsi depan org ramai. siap ambik gambar pulak tu


asal ngan bini sentuh je ko pikir nafsu yer.. takde le sentuhan kasih sayang ker.. sian btul para bini gitu.. asal laki sentuh je pasal nak buat projek..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 10:52 AM | Show all posts

Reply #3 zacko_inc's post

awat ko nie? ko salah baca apa yg aku posting ke?

ko soal : 1. ape motif... upacara batalkan wuduk dalam majlis perkahwinan org melayu nih...
aku jawab: bersentuhan dengan nafsu lar tu...

wuduk tak batal kalau bersentuhan antara lelaki dan perempuan; akan batal jika sengaja (berserta nafsu)



Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 11:39 AM | Show all posts
jangan gado2.... xbaik.....

ni, bkn pe.. sbb purata melayu mlysia anuti mazhab syafie... batal le sentuh laki puan ni xkisah situasi cmne pun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 11:41 AM | Show all posts

Reply #5 indah1285's post

tak gado pun... aku siap bagi senyum2 kat dia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2007 11:55 AM | Show all posts

Reply #6 pipi's post

pada in... yg xikut mazhab..( ada org mrh tak )

kalo salam tak batal ler... kalo in nikah nnti xleh ada ler upacara gini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2007 04:33 PM | Show all posts
still takde yang dapat bagi ke hadis atau sunnah dgn jelas ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2007 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by zacko_inc at 4-6-2007 09:38 AM
aku dah selak kat topik semua tapi still tak jumpa.. sape yang ader penerangan yang sahih tolong berikan kat kat aku...
1. ape motif... upacara batalkan wuduk dalam majlis perkahwinan org melayu ...



dari sunnahnya tiada (setakat yang saya tahu sampai masa ni).

ia cuma satu adat dalam adat istiadat perkahwinan melayu.  hanya satu contoh bagi menujukkan bahawa mereka sudah ada ikatan dan sudah halal bagi mereka berdua.

pernah dicadangkan oleh ulama'-ulama' supaya ditukarkan nama adat 'membatal wudhu' kepada 'sentuhan pertama' atau apa-apa cadangan lain yang lebih sesuai supaya tak terkeliru di antara ibadah (wudhu') dengan adat melayu.  tapi sampai sekarang ni orang melayu masih guna nama yang dah jadi brand name tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by zacko_inc at 4-6-2007 04:33 PM
still takde yang dapat bagi ke hadis atau sunnah dgn jelas ke?



Saya ambil sedikit petikan ....  http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=14394&sid=49392c2c5512aa9aa9addac184be8e21


Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempuan ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Syafi'i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat).  Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.

Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala:
"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6).  
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)

Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya:
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.

Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.

(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)


Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi'i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha'if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:
1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).

Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi'i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhuk.

Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.

Hanya dalam mazhab Syafi扞 mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.

Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi扞 menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.

Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj):
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by zacko_inc at 4-6-2007 09:38 AM

aku dah selak kat topik semua tapi still tak jumpa.. sape yang ader penerangan yang sahih tolong berikan kat kat aku...
1. ape motif... upacara batalkan wuduk dalam majlis perkahwinan org melayu nih...
2. sape dapat berikan contoh dari segi sunnah ( sebb kalo ikutperiwayat hadis nih.. kadang yang lemah dan tak sahih byk orghilitekan) batalnya wuduk bersentuh suami dan isteri...


Pada pandangan peribadi saya:

Orang Melayu guna istilah tersebut (upacara batalkan wudhu') adalah sebagai suatu rangkaikata yang tersirat, pada zahirnya adalah untuk merasmikan 'sentuhan pertama' secara sah yang tidak berdosa. Kalau kata 'upacara sentuhan pertama' nanti macaam2 pula tafsiran orang boleh buat...

Orang Arab pun ada juga kias2 bahasa yang macam tu... tak berapa ingat...kot maca ni maksudnya kalau tak silap:
semoga 'melekat' lah kedua2nya (bunyi macam tak sesuai didengar kanak2)

Apapun, sebab orang Melayu dahulu-kala hingga kini majoriri Mazhab Shafe'i, maka orang2 tua pun guna lah bahasa:
upacara pembatalan wudhu, sebagai kiasan yang sopan (orang Melayu ka terkenal dengan adab dan sopan!)

Amalan ni memang tak salah, dah suami isteri takkan takleh nak sentuh kot.... cuma janganlah anggap ni amalan agama, anggaplah ni satu adat yang tak bertentangan dengan agama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.552080 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list