CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1877|Reply: 5

HIKMAH SUJUD SEMASA SOLAT

[Copy link]
Post time 8-6-2007 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Aku tak pasti samaada hal ini dah dipostkan dahulu sb malas nak check.
Tp aku nak kongsi dengan korang ilmu nih. Mungkin ada diantara korang
yg dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu. Bg yg malas solat tu, ringankan
tulang untuk mendirikan tiang agama nih. Bukan sahaja kita dpt pahala bahkan
tersembunyi hikmah disebaliknya. Wahai muslimin &muslimat renungkanlah.

MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai
hikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan
Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai
kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti
ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada
perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t . dan mereka menggalakkan kita bersujud
lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika
sujud pula boleh:
membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat
asalnya.
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
melegakan sakit hernia. (burut)
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
meringankan bahagian pelvis.
memberi dorongan supaya mudah tidur.
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (convulsions).
organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah
ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
dan sebagainya..
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan
aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan
sempurna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hungry This user has been deleted
Post time 8-6-2007 12:20 PM | Show all posts
Subhanallah.... banyak bertul hikmah yang tersembunyi disebalik setiap perintah Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2007 06:06 PM | Show all posts
sy pnh bace bkn mase sujud je ada hikmahnya tp setiap pergerakan mase solat tu ada kebaikannya tp sy bace artikel tu kat surau kolej saya.. tak dpt nak di pastekan kat sini..maybe later i'll try to find it back and boleh kiter same same share knowledge ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 12:08 AM | Show all posts

Reply #3 ms_pearl's post

Boleh...mari ramai2 pastekan sebarang ilmu yg berkaitan ngan solat
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by vizard at 8-6-2007 11:32 AM
Aku tak pasti samaada hal ini dah dipostkan dahulu sb malas nak check.
Tp aku nak kongsi dengan korang ilmu nih. Mungkin ada diantara korang
yg dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu. Bg yg ma ...


Eloklah cuba cara ini utk dapatkan ketahanan yg lama semasa bersujud...

Baca 129 kali Ya Latiff semasa sujud selepas solat hajat, selagi belum habis baca 129 kali tu, jgn bangun dari sujud.....

InsyaAllah banyak kelebihan dan manafaatnya.. ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 08:32 PM | Show all posts

Reply #5 rainbows's post

Insyaallah.....kl boleh kt amalkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.451730 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list