|
JANJI ZIANA
Penyanyi pastikan album terbaru terbit tahun ini
PENYANYI yang mampu membawakan lagu-lagu bernada tinggi, Ziana Zain, tidak mahu terburu-buru menerbitkan album terbarunya, meskipun peminat-peminat beliau seringkali bertanyakan padanya mengenai album terbarunya itu.
Kali terakhir anak kelahiran Merlimau, Melaka itu muncul dengan album solo penuhnya ialah pada 2001.
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain tidak menafikan kelewatan menerbitkan album solo terbarunya itu .
'Ramai peminat saya tanya kenapa lambat (terbitkan album). Maklumlah, modal saya sendiri. Kena cari lagu pun sendiri juga. Jadi kena pandai mencari masa.
'Lagipun, tugas saya banyak. Sebagai isteri, ibu, tukang masak dan penyanyi. Kekadang tu rasa macam tak cukup masa tapi kerana peminat, saya kayuh juga,' kata Ziana ketika dihubungi baru-baru ini.
Meskipun peminat-peminatnya terpaksa menunggu lebih lama untuk album terbarunya itu, ibu dua orang putera itu seolah-olah berjanji bahawa ia akan siap diterbitkan pada tahun ini juga.
Sebagai penerbit untuk albumnya itu nanti, Ziana memilih untuk bekerjasama dengan komposer pilihannya sendiri seperti Ajai, Azlan Abu Hassan, Audi Mok serta Sharon Paul.
'Saya teringin nak berduet dengan seorang penyanyi tapi itulah, tengah mencari siapalah penyanyi yang sesuai,' ujarnya.
Apakah benar Ziana mempunyai rancangan untuk mengedarkan album terbarunya itu nanti serentak dengan adiknya, Anuar Zain, seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak baru-baru ini?
'Saya tak merancang untuk berbuat demikian. Mungkin kebetulan kami sama-sama tengah buat album, tak taulah siapa yang siapkannya dulu,' terangnya ikhlas.
Jelas pemenang Anugerah Voice of Asia (Kazakhstan) 1995 itu lagi, keistimewaan album ini ialah beliau mempunyai masa untuk memilih lagu yang beliau serta peminat gemari.
Ziana sanggup bertanya pada peminat melodi apakah yang mereka senangi untuk albumnya itu.
'Saya akan cuba mencari (lagu) demi peminat saya. Saya sanggup membuatnya untuk memenuhi selera peminat.'
Lagipun, penyanyi bergelar pelakon yang mengagumi Whitney Houston, Anita Baker serta Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ini merasakan, sudah tiba masanya beliau menerbitkan albumnya sendiri memandangkan penglibatan beliau dalam industri hiburan sudah menjangkau 17 tahun.
Tambahnya: 'Tak salah rasanya untuk saya menimba ilmu dan pengalaman sebegini. Sekurang-kurangnya, saya belajar pahit jerih untuk menghasilkan album.'
Ayuh kita kenali Ziana Zain dengan lebih dekat lagi:
Isteri Armin Zaharin ini mengakui bahawa beliau seseorang yang happy go lucky dan jenis susah nak marah.
'Masa muda dulu kalau saya marah saya lebih suka pendam dan balik rumah menangis sebab kalau saya marah buruk rupanya, takut orang berasa hati pulak.
'Kekadang tu rasa bodoh juga tapi bila semakin usia bertambah kini, saya sedar bahawa ada juga masanya kita harus menunjukkan marah kita.'
Tetapi bukanlah dengan cara memekik. Sebaliknya, Ziana 'akan cuba cari ayat dan tonasi yang baik supaya marahnya pada individu berkenaan akan diingati sampai bila-bila'.
Ibu berusia 39 tahun ini pencinta alam juga. Hobi terbarunya adalah snor******. Ziana senang dengan ketenangan laut ketika snor******. Meskipun beliau hanya sempat snor****** sekali sahaja setakat ini, 'saya kagum dengan keajaiban dasar laut'.
Selain itu, wanita berbintang Taurus ini turut gemar memasak.
'Bukan tak beli di luar cuma kekadang tu, beli di luar lagi mahal.'
Ziana amat suka membeli buah-buahan, katanya.
'Kalau beli buah-buahan macam nak kenduri sehingga pembantu rumah saya selalu bertanya pada saya sama ada saya nak buat jualan ke?' ketawanya riang.
Ziana mendapati, beliau mempunyai sifat pemaaf.
Katanya: 'Tak sampai hati, itulah orang selalu mengambil kesempatan ke atas diri saya. Nak buat macam mana, itulah saya sebenarnya.'
Sebagai anak seni, beliau tidak suka bergosip dan tidak suka digosip meskipun gosip itu sendiri sudah menjadi lumrah kehidupan artis.
Jelasnya: 'Ada saja gosip yang kekadang tu membuat saya marah dan sedih, jawab salah tak jawab pun salah.
'Namun setakat ini alhamdulillah, peminat, kawan-kawan rapat serta keluarga saya cukup memahami saya. Merekalah yang membuat saya ceria selalu sebab mereka banyak menyokong saya.'
Sumber: Berita Harian Singapura (13/06/2007)
Santai : 13 Jun 2007
OLEH FREDA HASSAN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haq ada gmbr sekali? letakla |
|
|
|
|
|
|
|
ntah, janji mkn diri lama2 mati. he he he |
|
|
|
|
|
|
|
eaey dulu janji nak lebatkan kenang, tp skrg kening mcm ziana zain, knp? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakpendekk at 14-6-2007 09:08 PM
ntah, janji mkn diri lama2 mati. he he he
janji mesti dikotai |
|
|
|
|
|
|
|
jom kita discuss siket...
sejauh manakah korang rasa, album kak g akan meletop ? hruhruhur |
|
|
|
|
|
|
|
peterpot tak yakin album ZZ kali ni akan meletupppp.....mungkin akan terperappppp...... |
|
|
|
|
|
|
|
napa peterpot fikir kan cam tu?
discuss lerr siket. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju dgn peterpot. ziana ni ckp jerk lebih tp isi x ada. byk kali kena. tunggu dan lihat jerk. takut korang kecewa. aku byk kali mengharap x pernah dpt. ziana ni suka wat keje sambil lewa.
p/s kes lupa lirik buktinye. nyanyi main2. |
|
|
|
|
|
|
|
suka hati zz la nk ckp lebih ke..kurang ke
yg korang gi percaya sapa suh |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha. hidup nanu! hahaha.
lawak habis.
insyallah, tahun ni. kalau keluar, meletop.... jangan gigit jari.. |
|
|
|
|
|
|
|
X mungkin kot..tahun depan aku rasa baru keluar paling awal..ye la..kejap lagi nak pose...nak raya...mana ada masa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 harisbee's post
lagi mau kiciwa................sabo jelah |
|
|
|
|
|
|
|
klu tk sanggup tunggu...nk buat camne kan
bukan leh halang pun |
|
|
|
|
|
|
|
berjanjilah selagi boleh berjanji... |
|
|
|
|
|
|
| |
|