CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1826|Reply: 8

Salam Perkenalan Untuk Semua Saudaraku....

[Copy link]
Post time 17-6-2007 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Dalam topik pembukaan nih ana nak utarakan satu kemusykilan... dalam berita arus perdana sering kita dengar
pusat2 perjudian "HARAM" yang selalu diserbu pihak berkuasa. Jd, jika ada yang "HARAM" maka yang tidak diserbu contohnya di Genting Highland dsbgnya adakah mereka ini dihukumkan "HALAL"? jadi apakah pendapat antum semua?...ana menjadi musykil kenapa yang tidak berlesen hukumnya HARAM manakala yang berlesen hukumnya HALAL?....ish...pening..pening...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2007 08:42 AM | Show all posts
Pusat-pusat perjudian haram yang dimaksudkan tu adalah yang haram dalam perundangan Malaysia.  Pihak yang berkuasa tu bekerja untuk menguatkuasa perundangan Malaysia.

Judi, pusat judi, barang judi, tokey judi, hasil judi dan apa-apa judi tetap haram dalam hukum Allah s.w.t.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2007 11:04 AM | Show all posts

tu ler...masalahnya....

jadi....kita nih camner ek?..yg wajibnyer kita cegah kemungkaran nih....ana pun pelik lah macam mana negara kita yang di war2kan
negara islam contoh tapi ada tempat judi... anta tahu tak camner cara kita nak cegah dengan keupayaan yang ada pada kita.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 11:44 AM | Show all posts

Reply #3 Durian^Belanda's post

Keupayaan kita kalau tak mampu kita benci dalam hati, itulah tanda masih ada Iman walaupun yang paling rendah (dalam kes mencegah kemungkaran)

Kalau lebih mampu, buat bantahan rasmi pada kerajaan minta supaya tutup pusat2 judi tu (tentunya banyak tentangan nanti dari pihak2 yang nak mempertahankannya). Kita tak mampu nak cegah terus sebab ni kes melibatkan campurtangan pihak berkuasa.

Kalau ada orang2 Islam bekerja kat situ, boleh dakwah mereka dulu dengan hikmah. Ini pun termasuk dalam usaha mencegah kemungkaran. Kalau orang Islam pun ada terlibat sama (cari makan kat situ) nanti ada pula orang Islam yang akan mempertahankannya juga...dan bertambah rumitlah usaha mencegah kemungkaran ni...

Wallahu a'lam

[ Last edited by  mnm77 at 17-6-2007 12:02 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by Durian^Belanda at 17-6-2007 11:04 AM
jadi....kita nih camner ek?..yg wajibnyer kita cegah kemungkaran nih....ana pun pelik lah macam mana negara kita yang di war2kan
negara islam contoh tapi ada tempat judi... anta tahu tak camner  ...



kalau ikut saya kita buat gini la...

sekarang yang memerintah ialah BN melelui pilihanraya yang sah dlm undang-undang malaysia.  kalau dia tipu, kita tak leh buat apa la, lagipun parti yg lain pun tak leh buat apa-apa semasa ni.

bila dia jd pemerintah, kita kena ikut dia.  ikut undang-undang dia.  dia buat undang-undang tak boleh pakai henpon masa memandu, kita wajib ikut.  

kalau dia menganjurkan kemungkaran kita tok sah ikut tapi kita kena tegur.  kalau dia tak peduli kita tegur tu kita tak leh buat apa-apa sebab dia pegang kuasa semasa ni.  contoh macam jomheboh tu, kita kata tak usah pegi, kita cakap kat orag lain jgn pergi, kita bagitau TV3 jangan buat.   tapi kalau org nak pergi dan TV3 nak buat jugak, kita tak boleh buat apa-apa masa ni, sebab dia orang pegang kuasa.

kalau dia buat tempat JUDI BOLEH !!!!....  kita jangan pergi.

kita tegur pun kena caranya, bukan pi cakap pasal nama dia, sindir dia, kata dia bapak setan ke, gila ke, apa ke....   kena cara orang islam.  kalau tidak nanti jadi baling-baling botol air mineral.

kalau kita angkat senjata mungkin kita jadi macam al maunah, atau orang label kita jadi khawarij.  so kita tak angkat senjata lagi masa ni sebab kita rasa tak perlu angkat senjata.  pulak nanti kita kena label ikhwanul muslimin lagik, tidak pun al-qaeda.

dia nak kata dia hadhari islam pun kita tak boleh nak stop dia sebab semua media cetak dan media audio/video dia punya.  

yang kita boleh buat sekarang ialah tunggu pilihanraya, pangkah mana kita rasa patut.  kalau tak leh juga menang org yg kita nak tu...  kena tunggu lain pilihanraya pulak dah.  buat masa ni, itu saja cara kita boleh buat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2007 12:22 PM | Show all posts
Jika benar ini negara Islam, pasti takkan ada semua tu...........................

Namun janganlah kita hendak memberontak pula, sebaiknya janganlah mengutuk kerajaan sana sini, kerana dengan berbuat sedemikian engkau juga akan termasuk dalam golongan yang berbuat maksiah juga. Kita boleh mencegahnya dengan berdoa sendirian atau beramai-ramai... Kita berusaha pula mendirikan tempat2 ibadah dan boleh juga menghidupkan amalan dakwah, ziarah mengziarahi, ingat mengingati di tempat tersebut... Jika mampu..



Wassalam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2007 09:37 PM | Show all posts

Hmmmm...lemahnya iman ana..

Ana pun rasa tak mampu nak cegah semua nih melainkan dalam hati saja yang mampu...tapi kadang2 terdetik kenapalah kita harus berjihad ngan hati je..
nasib baiklah bukan orang kafir yang tadbir negara kita mcm singapore...kalau ikutkan banyak benda yang terlepas pandang dalam negara kita nih...bukanlah niat nak kondem krajaan atau apa tapi banyaklah benda2 yang boleh menjerumuskan diri kita kedalam lembah dosa contohnya sistem jual beli  kat bank masih mengamalkan sistem riba...kerajaan haramkan pelaburan internet tu satu langkah terpuji krn hukumnya haram tapi jual beli yang terlibat dengan urusan riba juga haram hukumnya...kenapa yang ni dorang tak haramkan?...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 11:57 AM | Show all posts
samalah macam org2 Melayu(Islam) yg keje kat kilang arak tu..walaupun hukumnya HARAM tapi masih ramai org2 Islam keje situ..kalo xcaya tgkla petang2 kat depan kilang arak tu..ramai melayu (pompuan ramai) dok tunggu bas kilang nak balik..hmm apa nak jadi ntah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2007 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by Durian^Belanda at 17-6-2007 09:37 PM
bukanlah niat nak kondem krajaan atau apa tapi banyaklah benda2 yangboleh menjerumuskan diri kita kedalam lembah dosa contohnya sistem jualbeli  kat bank masih mengamalkan sistem riba...kerajaan haramkanpelaburan internet tu satu langkah terpuji krn hukumnya haram tapi jualbeli yang terlibat dengan urusan riba juga haram hukumnya...kenapa yangni dorang tak haramkan?...


Pada saya riba bank ni dah jadi sistem internasional, secara tak langsung dah berleluasa. Setakat yang boleh pilihlah bank yang kita rasa paling selamat (kadang2 bank2 yang guna nama Islam ni pun ada jugak yang amalkan shubhah), tapi kalau kita nak sangsi semua, simpan duit bawah tilam laa...

Jadi, mana2 usaha pihak berkuasa menentang perkara haram dan batil kita patut sokong, yang mana belum dibuat apa2 tetapi memang dah sah haram, kita saling nasihat menasihati.

Kalau kerajaan perintah tutup semu bank (sebab riba), rasanya huru-hara jugak keaadaan nanti. Perlaksanaan untuk membanteras riba mesti dilakukan dengan berperingkat-peringkat... dan amat rumit sebab sistem bank ni pon dah complicated...

Riba dah pun lama diamalkan, dan zaman sahabat dulu pun dah ada tempat yang tak dapat nak elak riba:

Translation of Sahih Bukhari
Volume 5, Book 58, Number 159:     Narrated Abu Burda:
     When I came to Medina. I met Abdullah bin Salam. He said, "Will you      come to me so that I may serve you with Sawiq (i.e. powdered barley)      and dates, and let you enter a (blessed) house that in which the      Prophet entered?" Then he added, "You are In a country where the      practice of Riba (i.e. usury) is prevalent; so if somebody owe you      something and he sends you a present of a load of chopped straw or a      load of barley or a load of provender then do not take it, as it is      Riba."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.079548 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list