CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4993|Reply: 25

TAUBAT

[Copy link]
Post time 18-6-2007 04:56 PM | Show all posts |Read mode
taubat...
sejauh mana kita kita bertaubat dan meminta ampun atas segala perkara yg kita sedar itu adalah satu kesalahan.adakah kita menunggu hingga sesuatu bala diturunkan baru kita bertaubat? adakah bila umur sudah separuh abad baru kita memikirkan untuk bertaubat?

berapa ramai masyarakat islam skrg yg masih mengingati apa itu taubat? sedangakn dgn sesama manusia kita masih belum mepraktikan ucapan maaf apabila melakukan kesalahan.mampukah kita bertaubat?
adakah kerana Allah itu maha pengampun jd kita ada tiket tuk melambat2 kan bertaubat?

sesungguhnya bertaubatlah kamu apabila kamu menyedari bahawasanya kamu telah melakukan kesalahan dan dosa pada Allah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2007 12:29 AM | Show all posts
kebanyakan manusia tau buat jer.....taubat lepas ada mala petaka baru ingat  tuhan. Manusia itu kaya dengan sifar pelupa


RENUNG RENUNGKANLAH
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by monterez at 18-6-2007 04:56 PM
taubat...
sejauh mana kita kita bertaubat dan meminta ampun atas segala perkara yg kita sedar itu adalah satu kesalahan.adakah kita menunggu hingga sesuatu bala diturunkan baru kita bertaubat? a ...


Seeloknya istiqamah taubat ini seperti solat taubat masa qiamulail di setiap malam...boleh menlembutkan hati yg keras, dan muga2 usaha itu dapat pandangan Allah terhadapnya...apa-apapun, patut rasa diri kita ini tdk lari dari dosa setiap saat dan waktu..dlm diam dan tk buat apa2pun kita tetap boleh berbuat dosa esp dosa2 batin....

paling bahaya sekali, jika rasa diri baik dan tidak berbuat dosa, itulah nannti akan membawa penyakit dosa batin yg sangat merbahaya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 19-6-2007 11:29 AM


Seeloknya istiqamah taubat ini seperti solat taubat masa qiamulail di setiap malam...boleh menlembutkan hati yg keras, dan muga2 usaha itu dapat pandangan Allah terhadapnya...apa-apapun, patu ...


Setuju....kalau tak makan juga nasihat yang sangat cantik seperti ini, tak tau lah nak kata apa. Mungkin spesis buta dan tuli agaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2007 12:16 PM | Show all posts

Reply #3 rainbows's post

how bout berdosa..kemudian..bertaubat..solat sunat taubat dan berjanji takkan mengulangainya lagi..tapi kemudian..sebulan dua bulan...dosa still berlaku lagi
berapa ramai masyrakat skrg yg prnah dan masih berada dlm situasi ini?

bagi mon, semakin lama semakin sikit medium tuk kita bljr tuk bertaubat..ada yg INGIn betul2 bertaubat tp tak tau mcmana..ada jugak yg ingin berkiamullail..tapi tak tau kemana, di mana dan bila..

nampak seolah2..islam makin pudar di bumi malaysia..

maksiat dan segala mcm dosa kdg2 berlarutan krn...tiada lagi masyarakat yg ISLAM dlm zaman skrg.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 02:47 PM | Show all posts
Originally posted by monterez at 19-6-2007 12:16 PM
how bout berdosa..kemudian..bertaubat..solat sunat taubat dan berjanji takkan mengulangainya lagi..tapi kemudian..sebulan dua bulan...dosa still berlaku lagi
berapa ramai masyrakat skrg yg prnah ...


ok..persoalannya siapa yg boleh MAKSUM dari dosa ?.....itu sebab kita perlu sentiasa ISTIQAMAH bertaubat...

Alasan nafsu sering menyatakan klau aku taubat sekrg, adakah jaminan aku tak mengulangi lagi kesilapan yg sama dan dosa yg sama itu?..baik aku tangguhkan taubat dulu sehingga aku yakin aku betul-betul boleh taubat nasuha...betulkan????sebenarnya itu adalah bisikan nafsu dan syaitan pada diri kita..itulah alasan depa yg paling AMPUH pada umat manusia....ya, bila ditambah dengan LOGIK AKAL memang benarlah ARGUMENT itu....

tetapi tidak bagi yg sudah benar2 faham permainan nafsu dan syaitan ini....

dan memang aku setuju sgt dengan kata-kata awak...bahawa...

kemampuan utk BERTAUBAT dan kemampuan utk BANGUN MALAM dan BERIBADAH itu adalah ANUGERAH TUhan ke atas hambaNYa yg terpilih....

maka berdoalah selalu kepada Tuhan, merendah diri sebagai hambaNya dgn sebenar-benar rasa kehinaan, itulah jalan para salfussoleh dalam mencapai ANUGERAH Tuhan...juga dengan barokah dan doa para2 mursyid dan doa dari keturunan yg mulia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2007 03:54 PM | Show all posts
taubat tu menyesal dari dosa,berusaha tak lakukannya in the future..
tapi manusia akhir zaman ni bak telur di hujung pedang imannya..
dgn environment dan pengaruh yg canggih2...
so, kenalah sentiasa ingat mengingati..
Ya Tuhan, banyaknya dosa aku

[ Last edited by  nanarizqman at 19-6-2007 04:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 07:28 PM | Show all posts
Telah berkata Imam Al Ghazali;


Telah kami katakan sebelumnya bahwa taubat adalah suatu penyesalan yang membawa kepada tekad dan keinginan kuat untuk tidak melakukan dosa lagi. Dan penyesalan itu dihasilkan oleh ilmu atau pengetahuan bahwa kemaksiatan yang ia lakukan itu menjadi penghalang antara dia dengan yang dicintainya. Dan seluruh pengetahuan, penyesalan dan tekad itu harus terus dipertahankan dan dengan sempurna pula.

Tanda kesungguhan penyesalan itu adalah: hati yang menjadi peka, serta air mata yang deras mengalir.


Telah berkata seseorang;

"Bertemanlah dengan orang-orang yang suka bertaubat, karena mereka mempunyai hati yang paling halus".


Dalam sebuah kisah yang aku dah lupa dari mana sumbernya, mungkin juga sebuah kisah israiliat;

Ada seorang lelaki yang telah beribadat bertahun2 lamanya dan dia juga telah memohon ampun dan bertaubat di atas segala dosa2nya selama dia hidup. Para Malaikat dilangit menjadi begitu terharu mendengar rayuan2 sang ahli ibadat ini lantas bertemu Allah SWT dan memohon kepadaNya agar memberikan keampunan terhadap ahli ibadah ini. Namun Allah SWT telah berfirman;

"demi kemuliaan dan keagunganKu, meskipun seluruh penghuni langit dan bumi meminta agar Aku terima taubatnya, niscaya tidak akan Aku penuhi, selama perasaan kenikmatan melakukan dosa dalam hatinya masih bersemayam."



Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2007 07:52 PM | Show all posts

leh terang jelas sikt x

ape makna taubat tu dri sudut ilmu samada quran atau sunnah

ade kah ngn kita mengucapkan aku bertaubat pas tuh x ulangi nye lagi sudah cukup untuk menyatakan seseorg itu bertaubat??.. dan ape lak beza dgn taubat nasuha?? kalu ade yg lebih tau tu sila2 la tolong xplain..

  tq..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 19-6-2007 07:28 PM

"demi kemuliaan dan keagunganKu, meskipun seluruh penghuni langit dan bumi meminta agar Aku terima taubatnya, niscaya tidak akan Aku penuhi, selama perasaan kenikmatan melakukan dosa dalam hatinya masih bersemayam."

...


benar....itulah adab untuk meguji hati kita sama ada benar-benar sudah bertaubat atau tidak daripada dosa yg kita lakukan itu, jika masih ada rasa nikmat dalam melakukan dosa, maka belumlah benar-benar kita di anugerahkan Tuhan kaedah untuk bertaubat....hanya Tuhan yg dapat mendidik kita bagaimana untuk bertaubat....apa-apapun, utk mendapat ANUGERAH ini kita perlu berusaha, mengikut sunnahtullah yg telah Tuhan sudah gariskan...

selagi belum terbit rasa derita di hati mengenangkan dosa2 dan derita apabila terbuat dosa, maka kita wajib teruskan usaha utk bertaubat dgn istiqamah..ia adalah usaha yg berterusan sehinggalah ke hujung nafas yg terakhir...dan tidak ada siapa yang boleh menghentikan usaha taubat ini, ia adalah amalan yg berterusan sehinggalah hembusan nafas yg terakhir...

aku ingat sajak kat bawah ni sesuai dan tepat utk gambarkan perasaan yg saifulms quote kata2 hikmah arifbillah bahwa org yg bertaubat itu perasaannya sangat halus..

Takut Dengan Dosa

Orang mukmin yang sejati itu
Jika terbuat dosa
Hatinya luka, punah, sedih dan derita
Jiwanya parah, dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Kalau anggota lahir, sudah tentu nampak berdarah
Kalaupun sembuh dari lukanya
Namun parutnya ada
Begitulah halus perasaan seorang hamba yang berdosa
Dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Bagaimana dia boleh melupakannya
Kerana parutnya masih ada
Ertinya ingatannya kepada dosa tidak boleh dilupakan
Teringat sahaja jiwanya terseksa
Teringat sahaja hatinya derita
Payah sekali dia mahu melupakannya

Perasaan ini adalah anugerah dan nikmat dari Tuhannya
Takut dengan dosanya itu adalah buat syafaat kepadanya
Terseksa dengan dosa, derita dengan kesalahan

"Dianggap oleh ALLAH itulah hukuman kepada hamba-hamba-Nya"
Moga di Akhirat kelak terlepas
Daripada seksa Neraka

Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja bergelora
Kerana takut dengan Tuhannya
Lebih-lebih lagi setelah terbuat dosa

Kalaulah Allah perlihatkan kepada manusia
Sudah tentu manusia akan mengatakan dia telah gila
Kerana keluh-kesahnya sentiasa bergelombang di dalamjiwanya
Kerana takut sangat dengan Tuhannya


Jadi jika kita fahamlah mengapa Tuhan kata, selagi ada rasa NIKMAT dalam hati apabila terkenang dosa atau terbuat dosa, itu tanda TAUBAT kita belum cukup AMPUH lagi, masih main2 hide and seek....org yg benar2 dianugerahkah Tuhan rasa bertaubat adalah org yg hatinya parah, luka dan berdarah di dalamnya lantaran mengenangkan dosa atau terbuat dosa, setiap detik, setiap waktu, hatinya menangis...Allah, Allah,..keluh kesahnya dgn dosa...bagaikan tidak pernah padam2....terasa benar di hati mereka, rasa kehambaan dan terbangun rasa bertuhan yg sgt mendalam dlm jiwa mereka....itulah hati org yg mukmin yg benar-benar dididik Tuhan dalam bertaubat...




wallahualam....

[ Last edited by  rainbows at 19-6-2007 11:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 01:17 AM | Show all posts
Ramai orang yang menyangkakan taubat itu adalah istigfar.
Cuba renungkan ayat ini,

揫color=darkgreen]Karena itu beristighfarlah kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya擺/i] (QS. 11:61).

Dari ayat di atas jelaslah bahawa taubat itu bukan istigfar.

Kata 憈aubat
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 01:33 AM | Show all posts
Oh ya. Teringat pula aku  sajak dari Jalaluddin Rumi berkenaan dengan taubat ni... Mari kita sama2 menghayatinya di sini..



Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.


Begitulah caranya!


Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!


Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
karena Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah
menjadi sembilan puluh sembilan saja.


Begitulah caranya!

Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayolah datang, dan datanglah lagi!


Karena Tuhan telah berfirman:
揔etika engkau melambung ke angkasa
ataupun terperosok ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,


karena Aku-lah jalan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 12:40 PM | Show all posts
Sabda RSAW :

Yang baik-baik di antara kamu ialah yang sering tergoda tapi sering bertaubat, sering kembali kepada Allah dengan perasaan menyesal atas dosa dan dengan istighfar
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 06:56 PM | Show all posts

Reply #10 rainbows's post

Sajak ni telah dilagukan oleh Hasnul diwani ...
sangat menyentuh hati ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 05:08 PM | Show all posts
SEDIHNYA... SAYA BANYAK MELAKUKAN DOSA.. BANYAK KALI TAUBAT DAN KADANG2 TERLANJUR LAGI. MEMANG SUSAH NAK ELAK BUAT DOSA. ZAMAN SEKARANG NI, SEKELILING PENUH MAKSIAT. HARAP2 DAPATLAH ISTIQOMAH DARI TERLANJUR LAGI MELAKUKAN DOSA2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 10:28 AM | Show all posts
akum

mcm mana ek nk wat solat taubat yg btl2 pnya..minta maaf bertanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2007 01:00 PM | Show all posts

Reply #16 mssuci's post

tak mengapa bertanya, kata orang malu bertanya sesat jalan kan...

Sila engkau ke link sini;

http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/solat-taubat-penjernihan-jiwa/


Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 09:54 AM | Show all posts
"Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan lantaran kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." [4:17]

nota: Taubat yg hanya akan diterima kerana jahil(bodoh)

"Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya."[4:18]

Nota: Mengaku/melafazkan atau menyatakan kata-kata bertaubat tidak akan diterima juga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:52 PM | Show all posts
Tuhanku, aku tidak layak untuk FirdausMu
Tetapi aku juga tidak tahan menanggung siksa neraka JahimMu
Oleh itu ya Tuhan
Tolong taubatkan aku
Sesungguhnya Engkau maha pengampun dosa-dosa besar

Taubat itu adalah satu anugerah dari Tuhan.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 01:31 PM | Show all posts
aku ader dgr ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah, dia ckp kita sebaik2 nya melakukan solat sunat taubat setiap mlm sbb setiap hari ader kemungkinan kita berbuat dosa samada sedar atau
tak...

so maybe kita blh praktikkn..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.069890 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list