CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 46460|Reply: 44

Bayi tersedak susu ( + tips sendawakan bayi )

[Copy link]
Post time 19-6-2007 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Bayi tersedak susu kes terpinggir
Oleh Nor Affizar Ibrahim

PENTING: Ibu perlu mengetahui cara betul menyusu bagi
mengelakkan bayi tersedak.

Ibu patut tahu teknik, kaedah betul penyusuan elak anak tercekik, sukar bernafas atau lemas

BAYI yang kerap mengalami muntah atau batuk ketika minum air dan menyusu tidak boleh dibiarkan berlanjutan serta dipandang remeh sebaliknya, perlu dirujuk segera kepada pakar bagi mengenalpasti apakah masalah sebenar dialaminya sehingga berlaku keadaan seperti itu.

Perunding dan Pakar Kanak-kanak, Dr Azam Mohd Nor (gambar), berkata kedua-dua keadaan itu adalah perkara biasa berlaku yang menunjukkan tanda bahawa bayi berkenaan ada masalah untuk menelan susu dihisapnya, sama ada melalui botol atau pun penyusuan ibu.

Beliau berkata, jika bayi sukar atau bermasalah untuk menelan susu dihisapnya ia mungkin boleh menyebabkan susu yang mengalir keluar ke dalam mulut bayi akan tersekat pada saluran pernafasan dan menyebabkan bayi lemas sehingga membawa kematian.

揗asalah menelan yang tidak betul atau tiada koordinasi dengan mulut boleh menyebabkan bayi yang sedang dalam penyusuan ibu boleh mengalami tersedak susu. Paru-paru bayi itu akan dimasuki air dan keadaannya seperti tercekik dan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen.

揔eadaan ini sama seperti apabila seseorang itu mandi dan kemudian lemas di dalam air. Akibat sukar bernafas dan tiada oksigen di sekitarnya seseorang itu boleh maut,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


darkling This user has been deleted
Post time 19-6-2007 10:32 AM | Show all posts
thanks for the article..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 04:46 PM | Show all posts
baby neisya ada jugak terluak susu yg dia minum, so ada sorang kakak ni bagi petua kat neisya utk elakkan baby tersedak n terluak susu yg dia minum..

* masa susukan baby...ampukan kepala baby, kalau boleh biar tinggi sikit...jgn baringkan terus...(mcm gmbr yg Syd paste kan tu..)

* lepas baby menyusu...tegakkan sikit badan dia..biarkan kedudukan tu dalam sekurang2nya 3-5 minit.so, apa yang dia minum..dapat masuk betul2...(mcm kita la jugak, kalau lepas makan terus tidur...mesti rasa sengkak kan..mcm tu la juga baby...)

* kemudian gosokkan belakang badan baby, biar dia burp dulu( kalau susu formula la, kalau susu badan memang tak perlu lagi..)

ada sesetengah ibu2 suka letakkan kain utk sendal botol susu masa baby minum susu...n biar baby sendirian minum susu..
PLEASE don't... sbb 2/6 tempohari..ada sorang baby berusia +-6 bulan meninggal masa menyusu...citernya begini...
masa pukul 5 pagi baby ni nak susu, mak dia letakkan kain sendal botol tu...lepas tu..biarkan..
pukul 10 pagi baru ibu ni sedar anak dia dah tak bernafas...doktor sahkan baby ni meninggal pukul 7 pg akibat tersedak(terluak) susu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by neisya at 26-6-2007 04:46 PM
baby neisya ada jugak terluak susu yg dia minum, so ada sorang kakak ni bagi petua kat neisya utk elakkan baby tersedak n terluak susu yg dia minum..

* masa susukan baby...ampukan kepala baby ...


5 bulan pertama eynda nyusukan Hannah, eynda buat macam yg neisya citer....sebab pernah nyusukan Hannah sambil baring, tetiba susu keluar balik thru hidung dia...pucat eynda Sejak tu eynda nyusukan dia sambil duduk & guna cara yg neisya tulis tu.....Now Hannah dah masuk 8 bulan......macam-macam style pulak dia nak nyusu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 10:16 AM | Show all posts

Reply #4 eynda's post

duk bayang hannah panjat enyda masa menyusu..hihi.....

bestnya kalau neisya dapat buat camtu...tp, baby aireen minum susu formula ja....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 09:23 PM | Show all posts
Kalau tersedak air kosong camner ar? baby ita air kosong mesti tersedak..takot tol tgk kalau dia tersedak..mcm xleh bernafas...pastu air nhye kuar kuar kat mulut..ker die yg xmo minum air kosong?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2007 02:50 PM | Show all posts

Reply #6 normasita's post

baby umo baper ni kasik minum air kosong?
umo less than 6 months kalo hanya minum susu (no solid) tak yah kasik air masak
air kosong tu "ringan", memang mudah tersedak...

lagipun air kosong, mana ada khasiat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 11:58 AM | Show all posts

Reply #7 cik_dee_na's post

betul....tp kalau tak salah neisya kalau susu ibu memang tak perlu bagi air masak...tp kalau susu formula...kena bagi jugak bb minum air masak...tp mcm neisya cuma bagi tengahari ja....

normasita...

boleh try mcam neisya cuba...neisya kalau bagi bb minum air masak...neisya tak tidurkan dia...ampu bagi dia duduk atas riba kita...pastu kasi air tu sikit2...insyaAllah, kurang kalau nak tersedak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2007 04:32 PM | Show all posts

Reply #3 neisya's post

takut nyer..... kat nursery tgk diorg memang bg susu sendal guna kain... baby kita dah la kecik baru 3 bulan... dr awal lagi dah risau sebenarnya tp nak tegur serba salah sebab diorg memang praktikkan cara tu dari dulu utk budak2 lain... nanti kata kita cerewet/ngada2 plak...kita punya la jaga baby... waktu minum ampu, pastu tegak kan, bg burp sumer... tgk2 nursery buat camtu je... tp shok perasan kat nursery baby shok selalu muak... kat rumah jarang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 10:22 AM | Show all posts
Bayi 2 bulan mati tersedak susu ibu
Oleh Betty Subaryati


Bapa lihat muka anak pucat pada jam 6 pagi

KOTA BHARU: Seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika tidur di sisi ibunya di Jalan Bayam di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian di Lorong Maktab Perguruan Islam itu, kejadian menimpa Mohd Yusof Che Ismail, itu disedari ibu bapanya kira-kira jam 6 pagi.

Che Ismail yang enggan memberitahu nama penuhnya berkata, ketika dia dan isteri bangun untuk solat Subuh, mereka terkejut apabila mendapati anak bongsu mereka kelihatan diam dengan muka kebiruan.

揔etika bangun nak sembahyang, kami tengok mukanya pucat. Saya menepuk-nepuk badan Yusuf, tetapi dia tak sedar, manakala mulut dan matanya terpejam rapat, sedangkan selalunya tak begitu, dia mudah sedar apabila kami bangun.

揔ami curiga keadaan itu kerana jeluak susu turut membasahi baju dipakainya, membuatkan saya bergegas mengejarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

揘amun, selepas diperiksa di Bahagian Kecemasan HRPZII, doktor merawat memberitahu, anak saya sudah meninggal dunia,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2008 10:32 AM | Show all posts
Bayi mati tersedak susu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]


KUALA LUMPUR: Seorang ibu yang masih dalam pantang hanya mampu meraung kesedihan apabila bayi perempuan yang baru dilahirkan dua hari lalu ditemui tidak lagi bernyawa selepas dipercayai mati akibat tersedak susu diminum.

Kejadian sedih berkenaan dikatakan berpunca daripada kesilapan ibu terbabit yang tidak menepuk belakang tubuh bayi berkenaan selepas memberikan bayi itu minuman susu sebelum tidur.

Malah, ibu malang itu hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana cetek pengalaman menjaga bayi menyebabkan anaknya itu mati dalam tidur.

Sumber polis berkata, wanita terbabit yang dikenali sebagai Vijaya Letchumy, 31, baru melahirkan bayi terbabit dua hari lalu di sebuah hospital di ibu kota.


Difahamkan wanita berkenaan yang sebelum ini mempunyai anak lelaki berusia lima tahun dan anak perempuan berusia empat tahun tidak mempunyai pengalaman menguruskan bayi berikutan dua anaknya sebelum ini dipelihara oleh ibunya.

“Namun dia mengambil keputusan untuk menjaga anak ketiganya itu. Berdasarkan maklumat, mangsa mendakwa memberi anaknya itu meminum susu badan sekitar jam 12.30 tengah malam semalam di rumahnya di Jalan Chan Sow Lin, Cheras.

“Sebaik selesai memberikan anaknya itu minum susu, wanita terbabit terus menidurkan bayi berkenaan di atas katil,” katanya.

Menurutnya, tindakan wanita terbabit yang tidak menepuk belakang tubuh bayi berkenaan dipercayai menyebabkan bayi terbabit tersedak susu diminum sebelum mati tercekik.

“Mangsa hanya menyedari bayi berkenaan tidak lagi bernafas apabila bangun dari tidur sekitar jam 5 pagi.

“Dia yang ketika itu ingin memberi bayinya susu sekali lagi terkejut apabila mendapati bayi terbabit tidak lagi bernafas,” katanya.

Mangsa kemudian segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun disahkan sudah tidak lagi bernyawa oleh doktor yang memeriksanya

“Laporan perubatan mendapati punca kematian terbabit akibat paru-paru bayi terbabit dimasuki air,” katanya.

Difahamkan bayi berkenaan yang baru dilahirkan itu masih belum diberikan nama selain didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) oleh kedua-dua ibu bapanya.

Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras tidak mengesyaki unsur jenayah dalam kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, wanita terbabit yang ditemui di Bilik Mayat HKL hanya mampu menyatakan rasa bersalah dan kesal atas kematian bayi perempuannya itu yang didakwa berpunca dari kesilapannya sendiri.

“Saya yang salah...ini semua salah saya,” katanya sambil menangis kesedihan ketika menuntut mayat bayinya di HKL pagi semalam.

Dia kemudian dilihat meninggalkan perkarangan bilik mayat HKL sambil mendukung mayat anaknya itu sekitar jam 11 pagi semalam.

Kes kematian bayi akibat tersedak susu bukan kali pertama dilaporkan berikutan kes sama pernah dilaporkan terjadi pada 15 Ogos lalu apabila seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika tidur di sisi ibunya di Jalan Bayam, Kota Bahru, Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 04:47 PM | Show all posts
takutnye lisa baca kes2 yang da terjadi pada mereka...si kembar lisa yang baru berusia 2 bulan lebih pun selalu tercekit susu...masa lisa dalam pantang dulu pun si kembar lisa kerap sangat tercekit tp sib baik sume tu masih dalam perhatian lisa(diorg tercekit time lisa x tido dan lisa selalu perhatikan diorg)bb2 lisa minum susu formula 2 minggu selepas bersalin...sbb susu badan lisa x mencukupi...sedih sbb x dapat bg bb susu badan...tapi itu la tiap kali bg susu mesti lisa angkat badan diorg biar tinggi sikit pastu gosok belang sampai sendawa, pastu baru baringkan bb2 lisa...itu pun kadang2 diorg muntahkan balik susu tu...kalo ada cara lain bole x kongsi kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 03:15 PM | Show all posts
biasakan anak tidur meniarap
dr yang suggest kan utk baby yang selalu jeluak susu
supaya susu tu tak masuk hidung bila terkeluar..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 04:15 PM | Show all posts
kalo nak ikutkan memang lisa bg dior tido meniarap, tapi semanjak nenek lisa yang jaga masa dlm pantang dia marah lisa sbb bg bb tido meniarap...tiap kali bb2 tu tido niarap mesti nenek lisa datang baringkan diorg...tension tol
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 05:07 PM | Show all posts

Reply #13 hasmal's post

meniarap ataupun tidur mengiring...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 10:56 AM | Show all posts
i ni salah kot style menyusu kan baby... hari tu I bfeed baby I di atas baby...
i tak reti nak pegang baby.. further more, baby I besar.. tak larat nak pegang..
so, just terlentang kan dia & dia isapp (i kena bongkok or baring... camtu la sampai 6 bulan.. so far dia tak tersedak.. tapi I tahu cara i salah... tapi dah takde sapa nak aajar & i pun takde experience... camtu je la....cian baby...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2008 09:57 AM | Show all posts

Reply #16 Prettylady's post

1) Sendawa

Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:

    * Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.

    * Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.

    * Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 09:59 AM | Show all posts
lazim yang orang buat, letak kat bahu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 10:04 AM | Show all posts
Menyendawakan bayi tidak hanya dapat dilakukan oleh sang ibu, sang ayah pun bisa menyendawakan si kecil.

Cara Menyendawakan Bayi

1. Duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder).
Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu Anda. Pegangi kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya engusap-usap punggungnya. Tidak ada salahnya Anda menaruh handuk kecil/sapu tangan di bahu Anda. Untuk berjaga-jaga si kecil gumoh/olab

2. Pegangi si kecil dalam posisi duduk di pangkuan Anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap).
Taruh satu tangan Anda di punggungnya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan saja bahwa si kecil dalam posisi yang aman, dan nyaman. Setelah itu, usap dengan perlahan punggungnya sampai ia bersendawa.

3. Posisi menelungkup di atas paha (lying face down on your lap).
Hamparkan handuk di paha Anda. Dengan hati-hati tempatkan si kecil pada posisi telungkup di atas paha. Usap punggungnya dengan perlahan dengan tangan Anda.

4. Jika dikehendaki, konsultasikan dengan dokter anak
Mengenai posisi dan tata cara menyendawakan bayi yang paling tepat untuk si kecil sesuai tahapan usianya.
Kapan Bayi Perlu Disendawakan?

1. Setiap saat setelah selesai menyusui. Setelah si kecil merasa cukup kenyang menyusui, perlahan sendawakanlah. Ini penting bagi kenyamanan dan kesehatannya.

2. Jika si kecil mulai terlihat tidak nyaman atau rewel saat disusui, berhentilah untuk sejenak (sekitar 10-20 menit). Lalu, cobalah untuk menyendawakannya terlebih dulu.

3. Jika anda memberikan susu botol, sebaiknya bayi disendawakan setiap 60-90 ml. Tetapi, jika si kecil disusui dengan ASI sebaiknya ia disendawakan setiap kali akan berganti posisi/peralihan dari satu payudara ke payudara lainnya.

4. Adakalanya bayi terbangun dalam tidurnya karena kembung.
Sendawankanlah si kecil agar ia dapat kembali melanjutkan tidurnya dengan nyaman.

5. Jika bayi minum tergesa-gesa.
Tunggulah sampai ia mulai slowdown, lalu perlahan sendawakan si kecil. Setelah itu, Anda mulai dapat menyusui lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 11:40 PM | Show all posts
risau plak kiki...hrp2 retila kiki nk praktikkn ilmu2 dlm thread ni nnti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075817 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list