CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26283|Reply: 152

ISU PIALA FA 2007 DAN MASALAH BERBANGKIT

[Copy link]
Post time 24-6-2007 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Pasukan mana menjadi pilihan anda akan menjadi Juara Piala FA tahun ini, Kedah atau Perlis?

[table]
[tr]
[td] Oleh: AMRAN MULUP dan METRA SYAHRIL MOHAMED



PENYERANG Perlis, Zacharia Simukonda (kiri) menanduk bola sambil dihalang dua pemain Johor Pasir Gudang dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA di Kangar, malam tadi.

KUALA LUMPUR
Single Polls, Total 43 Users voted
74.42% (32)
25.58% (11)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2007 11:58 AM | Show all posts

Piala FA: Kedah, Perlis bertembung di final

  Oleh Hamdan Saaid

MARLON Alex James muncul pemusnah sisa-sisa harapan perjuangan Selangor untuk melangkah kaki ke final Piala FA apabila menjaringkan gol penyamaan dan membantu Kedah seri 1-1 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi - sekali gus mara menerusi agregat 3-1.

Skuad Hijau Kuning pimpinan jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah akan bertemu pasukan jiran dari Utara, Perlis selepas skuad Abdul Rahman Ibrahim itu layak hasil kemenangan 1-0 ke atas Johor Pasir Gudang di Kangar untuk mara dengan gregat 2-2, menerusi format jaringan di tempat lawan.

Ini adalah pertemuan kedua untuk kedua-dua pasukan Utara itu dalam kejohanan besar peringkat kebangsaan pada alaf baru ini selepas Perlis menewaskan Kedah 1-0 dalam final Piala Malaysia pada 2004.

Ketika Selangor merapatkan agregat apabila menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan percuma D Surendran pada masa kecederaan babak pertama, James, penyerang import dari St Vincent & The Grenadines, mematikan terus semangat Merah Kuning dengan gol penyamaan pada minit ke-78.

Tatkala Selangor sibuk menyamakan kedudukan secara agregat, mereka memberi ruang buat Kedah untuk beberapa kali melancarkan serangan balas pantas pada babak kedua dan gol jaringan James, bekas pemain MK Land Selangor, juga berpunca daripada serangan balas.

Rakan serangan, Hasmawi Hassan yang berjaya merebut bola dari kaki pertahanan Selangor, kemudian membuat hantaran pendek kepada James yang mudah menolak masuk, hampir sama gerakannya seperti satu gol Kedah yang menang 2-0 di Alor Star, minggu lalu.

Semangat juang Selangor lebih terserlah pada babak pertama dengan pengendali, Dollah Salleh berkesempatan menurunkan skuad terbaiknya dengan kehadiran empat pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Safee Sali di bahagian serangan manakala Fadzli Saari dan Shukor Adan mengemudi bahagian tengah.

Kerja keras mereka berhasil juga pada minit ke-45 apabila pengadil Noor Azman Nordin dari Negeri Sembilan menghadiahkan sepakan percuma buat mereka di sebelah kiri pintu gol lawan.

Surendran membuat sepakan lencong yang cantik yang menerjah ke penjuru kanan pintu gol dengan penjaga gol Kedah Helmi Eliza Elias yang bertindak cemerlang sebelum itu, tergamam menyaksikan bola masuk.

Keceriaan 20,000 penyokong Selangor itu selepas tiga minit jaringan itu, bertukar cemas apabila Akmal terpaksa diusung keluar akibat kecederaan lutut sesudah berlaga dengan Helmi lalu dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan segera.

Pengganti Akmal, Wan Hoesne Wan Hussain gagal memikul tanggungjawab berat itu ketika Safee juga kelihatan tenggelam dengan peluang terbaik menyamakan kedudukan secara agregat pada minit ke-77 menerusi lambungan tinggi dari jarak 40 meter Amri Yahyah dinafikan palang sebelum James membunuh terus impian juara empat kali itu ke final seminit kemudian.

KEPUTUSAN

SELANGOR.... 1 (D Surendran m45)
KEDAH....... 1 (Marlon James m78)
(Kedah layak dengan agregat 3-1)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 12:02 PM | Show all posts

Simukonda julang martabat skuad Singa Utara

  Oleh Kamudin Baharom

PERLIS berjaya melangkah ke final Piala FA untuk bertemu pasukan tetangga, Kedah selepas menewaskan Johor Pasir Gudang 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi dan layak atas agregat 2-2 berasaskan peraturan jaringan di gelanggang lawan.

Wira Perlis adalah penyerang, Zachariah Simukonda yang menanduk masuk jaringan berharga itu pada minit ke-71 gara-gara kesilapan penjaga gol lawan, Norazlan Razalin yang sehingga detik itu bertindak baik untuk pasukan pelawat.



Walaupun tuan rumah yang memulakan asakan, namun pasukan pelawat yang terlebih dulu berpeluang mencipta jaringan tetapi bola rembatan Douglas Santos yang menyambut hantaran Azli Kidam terkena palang pada minit kedua permainan.

Selepas itu, Perlis melancarkan gerakan bertali arus menerusi rangkaian serangan Philimon Chipeta - Simukonda dan hampir mencipta jaringan pada minit ke-14 dan 20 tetapi sedikit tersasar.

Kegagalan itu tidak mematahkan semangat Perlis untuk terus memburu jaringan namun, pertahanan Johor Pasir Gudang tetap kebal selain ketangkasan penjaga gol, Norazlan menyelamatkan gawangnya dari dibolosi.

Selepas beberapa peluang gagal, Chipeta dan Simukonda masih menjadi sandaran utama Perlis untuk mencipta jaringan tetapi peluang dicipta tetap gagal menembusi gawang pelawat biar pun hanya berdepan Norazlan pada minit ke-41 dan 44.

Perlis meneruskan asakan pada awal babak kedua apabila melakukan gerakan berbahaya menerusi Azlan Ismail, Chipeta dan Simukonda namun tetap gagal menewaskan Norazlan.

Perlis bertambah tertekan apabila terpaksa bermain dengan bekalan 10 pemain, apabila Hardi Ahmad dilayangkan kad merah kerana mengasari Mohd Rizal Roslan minit ke-54.

Selepas itu, Perlis mendapat peluang baik untuk mencipta jaringan tetapi Chipeta sekali lagi menghampakan rakan dan lebih 10,000 penyokong yang hadir apabila rembatannya gagal menggegar jaring minit ke-69.

Namun, dua minit kemudian Stadium Utama Negeri bergema, menyambut jaringan Simukonda yang pantas menyudahkan bola hantaran jauh Kabwe Kamuzati selepas Norazlan gagal melakukan tangkapan kemas, memudahkan Simukonda melakukan tandukan ke gawang terbuka.

Selepas jaringan itu, Perlis menguasai sebahagian besar baki permainan sementara Johor Pasir Gudang lebih banyak bertahan, sehingga wisel penamat kedudukan itu kekal dengan tuan rumah mendahului 1-0.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 12:04 PM | Show all posts
sian norizan bakar. kata Akmal rizal cedera kt lutut..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 12:05 PM | Show all posts
Apa class layan TM Piala Malaysia..........
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 12:37 PM | Show all posts
kedah...............
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-6-2007 02:17 PM | Show all posts
teringat balik masa final Piala Malaysia, Perlis VS Kedah
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 04:10 PM | Show all posts
daripada segi sokongan.. aku sokong kedah la..

tapi daripada segi permainan.. perlis dan kedah mempunyai peluang sama banyak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2007 04:11 PM | Show all posts
dark sokong kedah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 04:20 PM | Show all posts
agak2nya Kedah boleh jadi mcm Selangor dua tahun lepas ker, bolot semua Piala?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 04:27 PM | Show all posts

Reply #10 DTECCONAN's post

kedah dah bolot 2 piala ke?tak tau pula aku....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 04:47 PM | Show all posts

Reply #11 prototaip's post

x la, Piala Malaysia masuk final, Liga Super tengah lawan dgn Perak jer sekarang ni, Piala FA ke final, tapi x tau la leh menang ke tak

jangan dok sumbat gol sendiri lagi mcm dulu dah la
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 06:29 PM | Show all posts
perlis...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 06:32 PM | Show all posts
kwn aku ada citer ... kedah ni lawan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 06:41 PM | Show all posts

Reply #14 paranormal_85's post

itula, teringat lagi final 1990, Piala Malaysia, Kedah lawan ngan negeri mana tah, penjaga gol boleh rileks jer, tup tup bola datang terus gol

sama gak mcm final berapa tahun lepas, lawan ngan Perlis la Perlis menang sebab gol sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 06:49 PM | Show all posts
mana-mana team pon boleh...
dua-dua negeri ni berjiran..ape nak diherankan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dempol This user has been deleted
Post time 24-6-2007 08:02 PM | Show all posts
singa utara la juara....go perlis go..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 09:14 PM | Show all posts
Originally posted by zod at 24-6-2007 06:49 PM
mana-mana team pon boleh...
dua-dua negeri ni berjiran..ape nak diherankan.


dua2 team ni, kalau takde pemain import....hampeh jer!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 09:32 PM | Show all posts
Dua2 team x minat
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 09:56 PM | Show all posts
:pompom: :bodek: KEDAH :bodek: :pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.501782 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list