CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8382|Reply: 38

Selawat Bidaah

[Copy link]
Post time 11-7-2007 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Ada ramai yang berpendapat bahawa selawat-selawat nariah, tafjiriyah, tibbil qulub, fateh dan sebagainya adalah Bidaah dan mengamalkan nya adalah sesat. Seatahu aku selawat-selawat ini dikarang bukan sebarang orang, seperti As-Syazili, Sy A. Qadir Jailani , Syaikh Ahmad Al Badawi (bukan pak lah), dan bila aku tengok makna-maknya semuanya eluk-eluk belaka, tang mana yang SESAT nya. Aku belum sampai ke makam untuk mempersoalkan Syeikh Qadir Jailani, atau As Syazili. Cuma yang nampak jelas ialah selawat-selawat tersebut bukan yang seperti Rasulullah SAW ajarkan.

Persoalan nya adakah mengamalkan selawat-selawat tersebut boleh membawa kapada kesesatan?. Kalau ya sila kemukakan fakta supaya aku tidak terkeliru.  Dan kalau jawapan nya 'ya' bermakna aliran tasauf Syekh Abd Qadir Jailani, As Syazili, Junaid Al Baghdadi adalah sesat.

Bagaimana  pula dengan Prof Datuk Harun Din dan Ismail Kamus yang banyak menggunakan selawat tibbil qulub dalam perawatan nya, sesat ke dia ?

Tolong jawab sikit!!!!......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2007 06:45 PM | Show all posts


Ni kena tanya Wahabi ler.... Mereka je yang boleh jawab..

Tapi betul ke 'ramai' yang berpendapat begitu?

Bagi aku tak ada salahnya berselawat ni, bagaimana pula boleh sesat pulak?

Imam Syafi'e pun banyak juga selawatnya, tak kan sesat jugak kut??

Betullah dunia ni dah dekat sangat nak kiamat, apabila banyak kebenaran sudah menjadi samar2... Kebatilan pula sudah diterima dengan senang hati tak banyak dipersoalkan orang....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 08:47 PM | Show all posts

Reply #1 WakDaeng's post

Amalan zikir, seperti doa juga, takde masalah nak nambah atau mengurangkannya. Yang tak boleh ialah menambah2, mengurang2 atau mengubah2 hukum-hakam.

Seperti syahadah, jika sebagai hukum (nak masuk Islam) mestilah spt yg kita sedia maklum. Tapi sebagai zikir, takde masalah tambah atau kurang. Bacaan2 selawat spt yg disebut itu adalah sebahagian drpd amalan2 zikir. Jadi takde masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by WakDaeng at 11-7-2007 05:42 PM
Ada ramai yang berpendapat bahawa selawat-selawat nariah, tafjiriyah,tibbil qulub, fateh dan sebagainya adalah Bidaah dan mengamalkan nyaadalah sesat. Seatahu aku selawat-selawat ini dikarang bukan sebarangorang, seperti As-Syazili, Sy A. Qadir Jailani , Syaikh Ahmad Al Badawi(bukan pak lah), dan bila aku tengok makna-maknya semuanya eluk-elukbelaka, tang mana yang SESAT nya. Aku belum sampai ke makam untukmempersoalkan Syeikh Qadir Jailani, atau As Syazili. Cuma yang nampakjelas ialah selawat-selawat tersebut bukan yang seperti Rasulullah SAWajarkan.   




yeaah... In nk tahu gak, pasai bidaah neh... byk tul bidaah skrg neh....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by WakDaeng at 11-7-2007 05:42 PM
Ada ramai yang berpendapat bahawa selawat-selawat nariah, tafjiriyah, tibbil qulub, fateh dan sebagainya adalah Bidaah dan mengamalkan nya adalah sesat. Seatahu aku selawat-selawat ini dikarang b ...



Jika ada yg org islam yg menyesatkan org yg berselawat kepada RSAW dan keluarganya maka aku anggap org itu sekutu Yahudi....

setahu aku, tak ramai lg yg sampai tahap berani nk sesatkan org yg berselawat.... habis2 dia berani cakap bidaah, tetapi bidaah tu nk cover jer...sebenrnya target depa nak kata sesat ler tuh...wahabi oh wahabi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 11:03 PM | Show all posts

Mengapa YAHUDI dan sekutunya menyesatkan SELAWAT???

Sholawat berfungsi sebagai cahaya yang menerangi jiwa dan membuang kegelapan dalam kalbu menuju rahasia ke-Esaan Tuhan, di samping itu juga sholawat menghadirkan Nur Nabi s.a.w. agar senantiasa bertakhta pada kalbu. Sehingga keagungan diri dan perilaku Nabi Muhammad s.a.w. menjadi acuan dan tolok ukur bagi kehidupan manusia sepanjang hayatnya.

Sholawat juga diartikan sebagai penyingkap tabir dari dimensi ruang dan waktu untuk menyatukan kita dengan Nur Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan membaca sholawat tidak ada lagi tabir ruang dan waktu yang memisahkan diri kita dengan Nabi Muhammad s.a.w. guna menuju persambungan (yakni perhubungan) diri dengan Allah s.w.t.

Jelas sekali, membaca sholawat pada Nabi s.a.w., pada dasarnya mengandungi sebuah makna cinta dan mengagungkan, yang kemudian diikuti dengan melaksanakan sunnah secara total.

Sholawat merupakan pintu untuk bisa wushul (sampai) kepada Allah (yakni keredhaanNya).

- Kiyai Haji Muhyiddin AbdusShomad, Ketua Tanfidziyyah PCNU Jember.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang yg menyatakan dan melaungkan kembali pada Al Quran dan hadis secara total tetapi membidaahkan SELAWAT adalah org2 yg tersesat dalam mencari kebenaran.....kerana hati mereka sudah PUTUS dari keredhaan Allah dan RasulNya...wal iyazubillah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2007 11:28 PM | Show all posts
Sholawat juga diartikan sebagai penyingkap tabir dari dimensi ruang dan waktu untuk menyatukan kita dengan Nur Nabi Muhammad s.a.w.


......ni yang Wahabi lagi marah ni!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by WakDaeng at 11-7-2007 11:28 PM


......ni yang Wahabi lagi marah ni!!!!!


Tu ler dia yg Yahudi dok takut org islam faham tentang NUR MUHAMMAD nih....
sebb inilah senjata paling AMPUH utk kalahkan Yahudi dan sekutu2nya,
bukan BOM atau PILIHANRAYA...

mati hidup balikpun depa akan SESATKAN sape2 yg mengakui kewujudan NUR MUHAMMAD ni dan mempertajamkan kerohanian dengan KAROMAH dan BAROKAH Nur Muhammad ini...

Yahudi dok gula2kan umat ISLAM dgn twillight zone ler, time machine ler, utk singkap tabir waktu dan ruang...hehehehe...tu ler dia kena gula2 dan candu Yahudi yg berselindung atas nama sains dan teknologi...

[ Last edited by  rainbows at 11-7-2007 11:36 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2007 12:50 AM | Show all posts
Martabat Wahdah : Zahir padanya segala sifat dan asma' dengan cara Ijmal (pengumpulan/perhimpunan) iaitu hakikat Nabi kita Muhammad SAW. Dialah asal segala yang maujud dan hayatnya. Oleh itu, Nabi kita Muhammad SAW itu lah hakikat alam (huwiyatul a'lam) dan asal segala sesuatu. Hal ini demikian kerana sesungguhnya segala sesuatu itu, dijadikan daripada nur Nabi kita Muhammad SAW. Sepertimana sabda baginda kapada Saiyidina Jabir RA, yang bermaksud :

"Mula-mula dijadikan Allah Taala itu ialah cahaya Nabimu wahai Jabir, maka dijadikan daripadanya (cahaya Baginda) itu akan segala sesuatu"

Kamudian Rasulullah SAW bersabda lagi kapada Jabir RA " Dan engkau itu adalah sebahagian daripada sesuatu"

Sabda Rasulullah SAW lagi : "Sesungguhnya Allah telah menjadikan roh Nabi SAW daripada Zat Nya dan Dia menjadikan sekalian alam daripada Nur Muhammad SAW"

Tersebut juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abd Razak RA, dengan sabdanya iaitu ketika Jabir RA berdatang sembah kapada Rasulullah dengan berkata " Wahai Rasulullah, beritahu pada hamba tentang sesuatu yang mula-mula dijadikan Allah Taala terlebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu?"

Maka Rasulullah SAW bersabda : "Wahai Jabir, sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan sebelum ada segala sesuatu nur Nabi mu iaitu dijadikan dari Zat Nya."

Wallahuwa'lam

Dipetik dari kitab Ad Darun Nafis oleh Sheikh Muhammad Nafis Idris Al Banjari
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 11-7-2007 06:45 PM


Ni kena tanya Wahabi ler.... Mereka je yang boleh jawab..

Tapi betul ke 'ramai' yang berpendapat begitu?

Bagi aku tak ada salahnya berselawat ni, bagaimana pula boleh sesat pu ...



betoi ke wahabi kata bersalawat tu bid'ah?.   bior bebenor....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:16 PM | Show all posts

Reply #10 ibnur's post

ek? ya ker wahabi tak kata bida'ah? Kompius ni..
Leh ibnur perjelaskan kekusutan yang dah terjadi ni..??
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:23 PM | Show all posts

Reply #11 saifulms's post

setahu aku setakat ni, mengaitkan sesuatu selawat dengan sesuatu perkara khusus dan dikatakan sebagai ibadah (atau apa-apa lain berkaitan islam), tu baru bid'ah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:23 PM | Show all posts
...

rasa kena bagi contoh.....   salawat syifa' dengan perubatan islam....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:26 PM | Show all posts

Reply #13 ibnur's post

tak pe.. aku dah faham dah apa yang engkau katakan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:29 PM | Show all posts

Reply #14 saifulms's post

contoh: baca yassin setiap malam juma'at tu telah dijadikan ibadah.. kan bida'ah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:50 PM | Show all posts

Reply #15 saifulms's post

setahu aku baca yassin bila-bila pun tak ada bid'ah.  boleh refer thread ni:
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D3


kita balik pasal selawat.  kita tengok satu-satu....

yang dikatakan salawat tafrijiyah (atau nariyah):
(terjemahan)
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Dikatakan bahawa:
Di baca 11 kali selepas sembahyang fardu mendapat rezeki yang makmur.
Di baca 41 kali setiap lepas solat Subuh berhasil segala maksud hatinya.
Di baca 100 kali lepas setiap solat fardu berjaya apa-apa yang dicitanya.
Di baca 313 kali pada sebarang masa boleh melihat sebarang yang ajaib.
Di baca 1000 kali tiap-tiap hari maka terbuka segala pintu kebajikan.


Boleh tak sesiapa cerita dari mana sumbernya fadilat-fadilat berkenaan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2007 12:08 AM | Show all posts

Bidaah Bukan Hukum

Ulama Mazhab Syafii Mebahagikan hukum kepada secara umumnya kepada  sunat,wajib,
makruh,haram dan juga harus .

dan 揃idaah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 12:22 AM | Show all posts

Reply #15 saifulms's post

"baca yassin setiap malam juma'at tu telah dijadikan ibadah.. kan bida'ah tu.."

Alamak, kalau baca Yassin pun takleh dijadikan ibadah, sikit sangatla ibadah yang boleh dibuat. Setahu aku, ibadah itu adalah melakukan sesuatu untuk "berinteraksi", mendekatkan diri kpd Tuhan. Kalau sesuatu perkara, pekerjaan/aktiviti tak dikaitkan Tuhan, sekularla jadinya. So, kalau gini, aktiviti bersifat duniawi spt. bekerja, jual-beli, sara anak bini, hiburan...etc. semua tu takleh jadi ibadah - bid'ah kalau dijadikan ibadah. So, aktiviti harian kita biarlah lebih banyak sekular daripada dikaitkan dgn Tuhan (jadi ibadah)?

Kalau gini bagaimana pula Islam adalah CARA hidup? Setahu aku, bila dah jadi CARA hidup, seluruh aktiviti kehidupan tu jadi ibadah. Bila ibadah, ia dikaitkan dgn Tuhan & akhirat.

Pandai sungguh yahudi perkudakan puak wahabi nak pisahkan/kurangkan interaksi manusia dgn Tuhan.

[ Last edited by  observateur at 13-7-2007 12:33 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2007 01:06 AM | Show all posts

Sikit-sikit Bidaah

Nak tak nak, kita kena akui bahawa golongan Wahhabi hari ini suka sangat bawa isu bida'ah. Itu bida'ah. Ini tidak ikut sunnah, masuk neraka. Bida'ah memang ada dalam syariat. Tak siapa yang mahu menafikan. Dan bukanlah pula setiap orang yang membawa isu bida'ah itu Wahhabi. Yang Wahhabi ni adalah dari jenis golongan yang menakrifkan isu bida'ah pada tahap yang sangat ekstrem dan membimbangkan.

Nak cakap mandi bunga untuk cari jodoh sebagai bida'ah tidak mengapa. Nak cakap mandi tolak bala bulan Safar sebagai bid'aah tak siapa kisah pun. Nak tuduh konsep wang hantaran dalam perkahwinan sebagai bida'ah, lagi lah ramai lelaki suka. Bida'ah yang sesat itu memang wujud. Tapi jika kamu tuduh bida'ah pada sesuatu perkara yang hukumnya tidak qat'i atau mutlak, di sinilah timbulnya masalah.

Jadi masalah besar apabila kamu kata doa qunut Subuh itu bida'ah.
Jadi masalah besar apabila kamu kata berzikir beramai-ramai itu bida'ah.
Jadi masalah besar apabila kamu kata talqin untuk si mayat itu bida'ah.
Jadi masalah besar apabila kamu kata berzikir guna biji tasbih itu bida'ah.
Jadi masalah besar apabila kamu kata talaffuz niyyat ketika permulaan solat sebagai bida'ah.

Dan macam-macam lagi le kome ni punya perangai, lagi-lagi yang baru berjinak-jinak dalam manhaj yang kononnya mengikut Al-Quran dan Sunnah yang tulen lagi asli lagi ori lagi tiada cetak rompak.

Baru baca tulisan al-Protaz Hafiz Firdaus dalam buku ringkas Panduan Ibadah Musafir dalam Penerbangan, yang mengatakan tiada konsep air musta'mal dalam bab bersuci, terus kamu kata mazhab Shafi'i punya fiqh sudah buat bida'ah dalam bab taharah. Baru baca sikit artikel kontot oleh Mufti Cyber THTL tentang bab menggerakkan jari telunjuk ketika tasyaahud (iaitu tahrik) terus nak tibai yang cara mazhab Hanafi dan Shafi'i tertolak kerana tiada nas dan dalil. THTL sendiri pun kata yang cara mazhab Hanafi dan Shafi'i tertolak dan tidak mengikut sunnah (bida'ah le tu = kena humban ke neraka).

Saudaraku, selagi mana yang buat ijtihad itu adalah dari ahlinya yang benar-benar layak, maka ketahuilah bahawa sesuatu ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain. Kome ni hamba rasa memang ada banyak masa terluang untuk bincang isu-isu yang sudah selesai. Fahaman Wahhabi adalah satu ideologi yang mendakwa mereka mengiktiraf 4 mazhab fiqh muktabar, dan mahu berlapang dada pada perkara-perkara khilaf, tetapi pada akhirnya mereka hanya mahu pandangan dari mereka sahaja yang betul dan diterima oleh umat Islam. Apa kes?

Berhati-hatilah dengan mereka yang berfahaman Wahhabi ni, lagi-lagi yang baru sahaja terkena penangannya. Yang baru kena ni, biasanya mereka akan bawa isu-isu berkaitan qunut, talqin, tahlil, kenduri arwah, dan sebagainya. Biasalah..enjin masih panas. Tapi bagi yang dah lama, mereka tak akan berani sangat nak bawa isu-isu itu sebab mereka tahu hujah mereka akan dipatahkan dengan mudah apabila buku bertemu ruas.

Kalau mereka nak teruskan berkeras dalam isu-isu kecil seperti itu, tak akan ke mana perginya perjuangan tu. Wahhabism ni satu manhaj yang pada permulannya keras, tetapi menjadi kurang tegas pada hujung-hujungnya. Ini seperti mana yang Imam Muhammad Abu Zahra, iaitu bekas ulama usul di al-Azhar, menerangkan bahawa pada permulaan era Wahhabism ni, mereka hingga sampai mengharamkan minuman kopi dan yang serupanya. Tapi akhirnya, fatwa yang sangat keras ini berubah menjadi semakin lembut mengikut peredaran masa. Fatwa mereka yang lain, mengatakan bahawa penghisap rokok sebagai musyrik. Tapi ini dulu la. Sekarang tak pernah dengar pun lagi ada puak-puak ini yang bawa isu tersebut.

Biarkan puak Wahhabi ini berkeras dengan definisi bida'ah tegar mereka. Definisi bida'ah dari 4 mazhab muktabar sebenarnya bertentangan dengan apa yang mereka fahami. Nak ikut yang mana? Definisi bida'ah yang sudah survive beratus-ratus tahun, yang telah disemak dan ditarjih pula oleh ribuan para ulama yang warak lagi alim, atau nak ikut definisi bida'ah puak Wahhabi yang baru setahun jagung sahaja usianya?

Jangan umat Islam di Malaysia jadi macam Arab Saudi sudahlah , pakai tali pinggang keledar ketika memandu pun dianggap bida'ah! Apa sudah jadi? Ini jumud atau tajdid?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 01:16 AM | Show all posts

Reply #19 WakDaeng's post

Slogan favourite wahabi "kembali kpd Al Quran & As Sunnah".

They are missing the point.

Sepatutnya "Kembalilah kpd Allah".

Al Quran & As Sunnah adalah syariat, panduan bagaimana nak berinteraksi, menzahirkan kecintaan kpd Tuhan. Buat apa highlightkan syariat dahulu? Sepatutnya TUHANlah hendak dihighlightkan dulu.

Pandai sungguh yahudi perkudakan wahabi untuk kelirukan manusia, pisahkan mereka dari Tuhan.

[ Last edited by  observateur at 13-7-2007 01:18 AM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.879188 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list