CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4407|Reply: 28

kata kata MUFTI INTELLEK (merge topik berkenaan mufti)

[Copy link]
Post time 15-7-2007 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Akhirnya seorang intellek menjadi Mufti.........

Hak wanita: antara hukum Tuhan dan pelaksanaan insan
[table][tr][td=2,1]Sunday, 15 July 2007, [/td][/tr][tr][td=2,1]Mingguan Malaysia
Oleh: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Islam telah mencatatkan di dada sejarah bahawa dirinya adalah pembela agung wanita yang tiada tolok bandingnya. Sebelum kedatangan Islam, hak-hak wanita tidak dibincangkan atas nama sistem agama atau tanggungjawab keagamaan dalam wajah yang lengkap. Jikapun ada pembelaan hak mereka adalah atas ihsan dan simpati lelaki semata. Bahkan dalam sesetengah masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak mempunyai nilai. Dalam masyarakat Babylon, jika suami membunuh seseorang, maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya. Masyarakat Greek menganggap wanita lebih rendah nilainya dari lelaki. Pelacuran pula adalah amalan biasa di setiap peringkat dalam masyarakat Greek dan Rom. Masyarakat Mesir kuno menganggap wanita adalah lambang syaitan. Sementara masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup-hidup. Masyarakat Hindu lebih dahsyat membakar seorang isteri bersama dengan mayat suaminya. Ini menyebabkan bekas ketua Hakim Mahkamah Delhi, Mr. Rajindar Sachar pernah menyebut: 揇ari segi sejarahnya, Islam telah lama begitu terbuka dan progresif dalam memberikan hak pemilikan harta untuk kaum wanita. Suatu hakikat yang pasti bahawa tiada hak pemilikan harta yang diberikan kepada wanita Hindu sehinggalah tahun 1956. Ini apabila Hindu Code Bill dihapuskan. Sedangkan Islam telah pun memberikan hak-hak ini kepada wanita Muslim sejak seribu empat ratus tahun yang lampau. (Wahidudin Khan, Women Between Islam and Western Society, hlm. 46.)

Namun kedatangan Nabi s.a.w. adalah rahmat bagi wanita. Baginda telah membela dan mempertahankan hak mereka. Bayangkan, dalam keadaan dunia sekeliling menafikan hak-hak wanita dan mempersendakannya, tiba-tiba insan yang bernama Muhammad bin Abdillah bangun dengan perintah wahyu membela hak mereka. Hadis-hadis Nabi yang membela dan mempertahankan wanita begitu banyak dan jelas, antaranya daripada Urwah bin al-Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi menceritakan kepadanya, kata Aisyah: Telah datang kepadaku seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya meminta (makanan) daripadaku sedangkan tiada padaku melainkan sebiji tamar. Aku berikan kepadanya, lalu dia membahagikannya untuk kedua anaknya. Kemudian dia bangun dan keluar. Apabila Nabi masuk, aku pun menceritakan kepadanya, lalu baginda bersabda: Sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan anak-anak perempuan lalu dia melakukan kebaikan kepada mereka maka mereka menjadi penghalang dari api neraka untuknya (Riwayat al-Bukhari 5/2234 dan Muslim 4/2027).

Daripada Ibn Abbas, seorang gadis dara datang kepada Nabi memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka, maka Nabi memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Maka dalam Sahih al-Bukhari, ada bab Iza Zauwaja Ibnatahu wahiya karihah fanikahu mardud (Apabila bapa mengahwinkan anak perempuannya, sedangkan anak perempuan itu tidak suka maka nikah itu ditolak).

Namun masyarakat Melayu dahulu, apabila begitu terikat dengan mazhab al-Imam al-Syafii maka mereka membiarkan bapa memaksa anak-anak perempuan berkahwin dengan pilihan bapa sekalipun dibantah oleh anaknya atas alasan bapa wali mujbir. Mereka tidak bersikap terbuka menyemak dalil dan mengambil manfaat daripada para sarjana Islam yang lain. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: 揝iapa tahu, jika al-Syafii hidup di zaman kita dan melihat kemajuan pengetahuan dan ilmu yang dicapai oleh anak gadis hari ini, sehingga mereka mampu menilai lelaki yang datang meminang mereka, atau jika mereka kahwin tanpa kerelaan akan menyebabkan kehidupan rumah tangga menjadi neraka, barangkali jika al-Syafii melihat hal ini dia akan mengubah pendapatnya seperti mana dia telah mengubah banyak pendapatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2007 06:05 PM | Show all posts
sambungan......
Hak wanita

Di sana begitu banyak nas-nas sama ada dari al-Quran atau al-Sunah yang membela hak wanita. Namun adalah mengejutkan, setelah keadilan gender ini ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, tiba-tiba kita sering mendengar aduan atau rasa tidak puas hati wanita Islam yang berleluasa terhadap Mahkamah Syariah atau pejabat agama. Sehingga ada wanita yang memberitahu bahawa antara sebab beliau ingin keluar agama adalah layanan agama yang diberikan kepadanya. Setiap kali beliau mengangkat kes tentang kezaliman suami kepadanya, beliau diberi nasihat agar bersabar, Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. Sedangkan dirinya semakin hari semakin menjadi mangsa. Bahkan ada yang lebam-lebam matanya, masih disuruh bersabar. Tidak pula 憄asukan gerak khas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 06:05 PM | Show all posts
sambungan
Hak Muslim

Demikian juga apabila kita membela hak Muslim, kita jangan terlalu emosi sehingga menzalimi bukan Muslim. Islam itu adil untuk semua. Begitu juga yang begitu ingin membela hak rakyat sehingga melupai hak pemerintah untuk dihormati dan tidak dimaki. Atau jangan sibuk membela hak pemerintah lalu diketepikan hak rakyat sehingga mereka tertindas. Renungilah kata-kata tokoh sarjana agung umat ini Syeikh al- Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H): 揝esungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang melampau mengenainya dan yang meninggalkannya. Allah tidak memerintahkan hamba-hamba-Nya sesuatu perintah melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu sama ada secara ifrat (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit (cuai terhadap agama).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 07:03 PM | Show all posts

konspirasi serang mufti

Konspirasi intelektual serang institusi mufti
Sunday, 15 July 2007, 07:27am
?b]Berita Minggu
Mufti sepatutnya menjadi sebuah institusi yang dihormati. Kehebatan ilmu agama, pengalaman luas dan faktor usia menyebabkan pandangan mereka diterima dan tidak disanggah. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, pandangan mufti dipertikai dan diperlekehkan. Keadaan lebih dahsyat dalam laman web apabila mufti dimaki dan dihina. Apakah keadaan ini berlaku secara kebetulan atau ada usaha terancang untuk menyerang institusi mufti? Ikuti temu bual wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin, bersama Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman el-Muhammady.
APAKAH latar belakang hingga menimbulkan senario ada sesetengah pihak mempertikaikan kewibawaan institusi mufti.

Peristiwa dalam dunia ini saling berkaitan kerana teknologi komunikasi canggih. Suatu peristiwa yang berlaku di Malaysia diketahui dengan cepat di Tel Aviv dan Washington. Pada masa sama, mungkin peristiwa berlaku di sana diketahui di negara ini. Ini dikatakan dunia tanpa sempadan. Saya menyebut ini untuk memberi suatu pengamatan mengenai apa yang berlaku di sini tidak terpisah dengan Barat.

Di Barat, orang Islam dihentam dalam pelbagai segi. Laporan media massa cenderung memburukkan orang Islam. Umat Islam digambarkan sebagai miskin, jahil, fanatik dan usang. Kebetulan keadaan negara Islam miskin. Istilah digunakan Barat adalah khayalan sosial. Bagi mereka, ilmu itu dilahirkan oleh khayalan masyarakat, iaitu mereka tidak suka sesuatu yang tetap, sama ada nilai, adat dan berkaitan zaman lampau, termasuk agama.

Dari segi falsafah, ini pemikiran dipengaruhi pasca modenisme. Jika moden, ilmu, takrif pengetahuan, akal fikiran, rasional adalah tetap dan hanya menolak agama dan kerohanian. Bagaimanapun, dalam era pasca modenisme, semua tidak tetap. Apabila perkara yang tetap dan stabil tidak disukai, institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka disebut dengan sifat negatif.

Memang tabiat media massa Barat seperti itu. Tidak perlu saya sebut secara khusus, hampir semua mempromosikan begitu. Hanya Islam adalah tamadun yang kekal dengan wacana intelektual utuh, tanpa musnah dan tidak bersimpang siur hampir 1,500 tahun. Kristian? Semua wacana sudah musnah dan tidak bertahan. Banyak gereja kosong dan minat orang terhadap agama sangat rendah.

Bagaimanakah falsafah pasca modenisme membawa kepada serangan terhadap institusi mufti.

Antara menjadi pengawal nilai yang tetap dan stabil ialah mufti kerana mereka orang yang membuat keputusan menggunakan metodologi syariah. Barat dipengaruhi khayalan sosial era pasca modenisme nampak tamadun Islam sebagai ketat dan ada sesuatu yang tidak betul. Mereka hendak masuk dalam masyarakat kita, menjadi guru dan mengajar kita bahawa ini tidak betul. Anda mesti mengikut kami. Strategi digunakan adalah menyerang mufti.

Media massa Barat menyerang dan media massa tempatan juga secara sedar atau tidak, terikut dan dari segi intelektual dan budaya menjadi kelompok yang tiada tulang belakang.

Institusi mufti diserang, termasuk oleh sesetengah entiti yang kukuh dalam masyarakat Islam sendiri, yang sedikit sebanyak terpengaruh dengan cara berfikir ini. Mungkin mereka terlepas pandang konspirasi falsafah di sebalik perkara yang sedang berlaku. Mereka menyangka yang berlaku adalah perkara pemodenan, positif, membawa kebaikan dan pencerahan tamadun. Ia adalah perkara yang kita perlu waspada.

Adakah kejadian ini berlaku secara menyeluruh dalam dunia Islam.

Saya nampak berlaku di semua negara Islam. Di Mesir memang sudah banyak berlaku. Prof Nasr Hamid Abu Zayd yang sekarang berada di Belanda adalah seorang yang sangat mahir dalam sastera, tetapi membuat kritikan terhadap al-Quran. Dia mahu membuka jalan supaya orang boleh menafsir al-Quran bukan mengikut metodologi diakui dalam ilmu aliran perdana, tetapi mengikut falsafah pasca modenisme.

Di Afrika Selatan, ada Farid Esack. Di New York, Amina Wadud, berbangga menjadi imam perempuan pertama dalam sejarah orang Islam. Di Paris, ada Prof Emeritus Mohammed Arkoun, yang mempromosikan falsafah ini. Mereka adalah golongan intelektual, tetapi terpesona dengan wacana falsafah pasca modenisme.

Mereka intelektual dan bukan calang-calang orang. Adakah mereka sebenarnya dipergunakan Barat.

Setakat yang saya faham mengenai sejarah perkembangan pemikiran Barat dan percubaan yang berlaku untuk mempengaruhi dan mencairkan keintelektualan umat Islam, usaha ini sudah lama berlaku. Menimbulkan syak terhadap hadis dilakukan intelektual Barat seperti Ignac Goldziher dan Joseph Schacht. Teori mereka diterima oleh Mohammed Arkoun sedangkan ulama Islam membuktikan hadis itu sahih.

Godziher dan Schacht menyatakan bahawa hukum Islam adalah hasil fikiran manusia biasa dipengaruhi adat dan tamadun Kristian serta Yahudi. Mereka juga menekankan bahawa penafsiran al-Quran perlu menggunakan cara baru yang moden dan tidak mengikut metodologi yang ada. Mohammed Alkoun pun mengambil pendekatan Sosiologi dan Antropologi. Tidak mengapa jika kita menambah cara itu. Saya boleh bersetuju, tetapi dia membuang langsung ilmu tradisi. Pemikiran Ibnu Khaldun yang bestari tidak dipedulikan begitu juga pandangan Imam Ghazali.

Pemikiran dipengaruhi khayalan sosial menyebabkan mufti menjadi tumpuan serangan, termasuk orang Islam yang barangkali terlepas pandang mengenai konspirasi intelektual yang sangat teliti berlaku di Barat dikuasai penyelidik bidang orientalisme. Ini dinyatakan Edward Said dalam bukunya, Orientalism. Walaupun Kristian, dia menyatakan kebenaran.

Media massa tempatan pun sudah mengikut rentak Barat.

Ya! Memang sudah berlaku dan saya perhatikan orang tempatan sudah masuk dalam kepompong itu. Sesetengah mereka rapat dengan orang penting kita. Sebab itu saya selalu menekankan bahawa kita perlu kembali kepada paradigma intelektual arus perdana Islam. Hanya umat Islam di dunia ini masih memiliki paradigma ini.

Ada pihak berpandangan perkara agama bukan hak mutlak institusi mufti. Orang biasa pun berhak bercakap.

Itu antara tanggapan pasca modenisme menyatakan semua orang boleh bercakap mengenai agama. Ahli ekonomi boleh bercakap dan artis pun boleh bercakap. Antara orang berpandangan begini adalah Mohammed Arkoun. Persoalannya, adakah ini mengikut piawaian intelektual yang betul dalam tamadun?

Dalam bidang perubatan, adakah semua orang boleh bercakap sebagai pakar. Dalam bidang pembedahan, adakah orang dengan sewenang-wenang boleh melakukan pembedahan. Islam membabitkan soal roh manusia yang kekal abadi. Ini bukan perkara main-main. Sebab itu dalam Islam, kita disuruh bertanyakan orang yang mahir.

Dalam usul fekah, kita perlu bertanyakan pakar jika tidak tahu dan pakar dalam agama ialah ulama dan ulama adalah waris nabi. Orang yang dipengaruhi pasca modenisme berkata, ulama masuk bakul angkat sendiri. Golongan pasca modenisme berpendapat semua ini dilahirkan oleh khayalan masyarakat. Betulkah? Adakah al-Quran, usuluddin dan fekah lahir hasil khayalan sosial.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 07:03 PM | Show all posts
Bagaimana institusi mufti menghadapi serangan yang cuba menjatuhkan kewibawaan mereka.

Tidak ramai mempertahankan mufti. Antara mereka ialah saya, walaupun tidak terlalu lantang dalam media massa. Saya mempertahankan mufti kerana institusi ini adalah teras kepada pengawasan amalan agama.

Mengikut al-Mawardi, tugas pertama pihak berkuasa di kalangan orang Islam ialah menjaga supaya agama berada di atas dasar yang benar, tulen dan dengan kaedah betul. Jika ada pihak menyimpang dan menimbulkan keburukan, dia perlu diperbetulkan. Jika tidak boleh, dia perlu disisihkan daripada masyarakat. Mengambil contoh zaman moden, golongan tegar komunis di kalangan masyarakat tidak boleh dipulihkan terpaksa ditahan. Bagaimanapun, gangguan terhadap agama dari segi ilmu adalah lebih berat.

Internet kini menjadi senjata ampuh menyerang institusi mufti. Bagaimana Dr menilai kejadian di alam maya.

Saya mengeluh panjang apabila membaca tulisan dalam internet hingga saya melafazkan 慿ita datang daripada Allah dan kepada Allah kita kembali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 07:03 PM | Show all posts
Apakah yang perlu dilakukan apabila ada perbezaan pandangan mengenai sesuatu isu.

Jika kita tidak bersetuju dengan pendapat mufti lain, jangan katakan dalam media massa secara terang-terangan atau membantah dengan menunjukkan keangkuhan. Tulis kertas kerja dan bentangkan dalam mesyuarat. Kemudian putuskan secara muafakat supaya tidak ada konflik dan umat Islam tidak keliru. Jika selalu didedahkan dalam media massa, orang keliru dan kemudian isu itu diulas oleh pihak yang selari dengannya. Jadilah bertambah bingung.

Ini yang menampakkan pada mata masyarakat bahawa umat Islam dari segi intelektual adalah tidak seragam dan tidak matang. Saya cakap secara umum dan jika kebetulan kena pada individu tertentu, kenalah. Jika makan lada, dialah rasa pedas. Saya perhatikan ini apa sedang yang berlaku dalam media massa sejak beberapa tahun lalu.

Tidakkah kaedah menulis kertas kerja dan membentangkan dalam mesyuarat atau seminar boleh dianggap sebagai birokrasi.

Ini bukan birokrasi! Ini adab dan tertib. Ini yang menyebabkan Ibn Khaldun berkata, 慳pabila bangsa itu bertamadun tinggi, dia akan mempunyai tatatertib dan disiplin dalam semua bidang, sama ada dalam urusan agama atau duniawi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-7-2007 07:04 PM | Show all posts
suatu rencana yang bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 03:15 PM | Show all posts
nampaknya mufti intelek ni perlu lagi memperluaskan ilmunya dalam bidang al-qadha pulak supaya lebih kemas keintelekanya bukanya menampakan sebaliknya.Kefahaman /ijtihad terhadap pada nas hendaklah selari dengan kefahaman ijtihad dalam perlaksanaan,.Tuding jari,tuduh zalim,bercakap sana sini,tiuada gunanya,tumpukan je pada keje hakiki jabatan mufti iaiatu memberi nasihat pada raja dan kerajaan,maka kalau benar perlu pada perubahan U2 atau kepelbagaian dalam sistem perundangan lakukan je.

Setiap aduan mesti dengar dua belah pihaak baru leh buat penilian,ini sekadar dengar aduan terus hentam,apa cerita sebenarnya?sungguhpun begitu  fakta yg diperkatakan diatas adalah relevan dan perlu disokong sebahagianya.

[ Last edited by  anwar66 at 22-7-2007 03:39 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2007 09:41 PM | Show all posts
bravo jabatan agama islam yg lembab, kerja tak cekap tapi gaji mau naik. pakai kopiah tapi kerja tak sepantas mrk di private sector. break time patutnya buat mcm bank, buat stagger break, customer first.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 12:09 AM | Show all posts
sama je jabatan mufti,jabatan ugama,ms dan ll jabatan,semuanya lembab dan penuh kerenah,tapi yg duk kutuk tu la yg duk dalam jabatan tu-tu apa cerita,pi  la baiki,jgn banyak sgt cakap.Semua jenis kat mseia ni,mmg camtu,asal je tak sehala ngan kepala kita semua tak betul,tak cekap,yg cekap diri sendiri kut,bagi la nama jabtan atau agensi maseia ni yg cekap dan tak lembab?kalau nak buat cam swasta tukar je la sitem,tu kan keje gomen yg ada la  ni,sebenarnya sapa yg jadikan camtu?tgk jela keliling,tu lum masuk cerita nuri,ceri altantuya,ni baru benda kecik je-atau mmg padan dgn gaji dan kemudahan,servis nak laju ,kemuadahn tak bagi,setengah tu opis cam sekolah zaman jepun,so what?

[ Last edited by  anwar66 at 22-7-2007 12:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 12:36 AM | Show all posts
Originally posted by anwar66 at 22-7-2007 12:09 AM
sama je jabatan mufti,jabatan ugama,ms dan ll jabatan,semuanya lembab dan penuh kerenah,tapi yg duk kutuk tu la yg duk dalam jabatan tu-tu apa cerita,pi  la baiki,jgn banyak sgt cakap.Semua jenis ...


itulah....ingatkan yg pakai sarban & kepiah di kepala tu lebih rajin dari non-muslim. rupanya sifat pemalas ni tak mengenal sesiapa pun. malah amat memalukan sebab orang yg sembah matahari kat Jepun nun lebih rajin & bersih dari orang Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 12:50 AM | Show all posts
Setuju sangat,bukan tu je,malah mat salleh nun jugak camtur,tapi muslim ta kira lah melayu ke apa ke,mmg lah memalukan,tak kira lah muslim beserban/kopiah mahupun yg berkot necktie.Namun ada jugak bukan takde yg ikhlas/rajin ,jgn lah pulak nafikan semua.cuma jumlah barangkali tak ramai

[ Last edited by  anwar66 at 22-7-2007 12:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 01:02 AM | Show all posts
heheh ni dah lari tajuk dah ni.Sorri yer tuan rumah.Point saya ialah yang mengkritik tu abang(jab Mufti) yang dikiritik adaik beradik seibu sebapa(jab agama/Ms),abg sulung ialah yg diberi kuasa  mencorakan perlakuan adik2,dia rapat ngan ayah ibu(kerajaan) boleh buat U2-so sepatutnya ambil tindak pembetulan dan buat penstrukturan baru yg lebih menyakinkan,saya banyak kali jugaklah ada hubungan keje tertutama kes2 di ms,dan ada jugak di jab agama.Memang memeningkan dan boleh pitam dibuatnya.Tapi semua perkara tu ada punca dan sebab selain dari sikap yg disebut oleh sdr kita kat atas tu.bagi saya penilaian(? ) baik buruk bukan lagi terletak pada serban,jubah atau janggut juga kot atau tali leher,juga  pada nama institusi,tu semua tak jamin dah,tengok je la apa yg jadi la  ni.Namun tidak jugak menafikan kebaikan yg ada.Tu je
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 01:05 AM | Show all posts
Originally posted by anwar66 at 22-7-2007 12:50 AM
Setuju sangat,bukan tu je,malah mat salleh nun jugak camtur,tapi muslim ta kira lah melayu ke apa ke,mmg lah memalukan,tak kira lah muslim beserban/kopiah mahupun yg berkot necktie.Namun ada juga ...


penganut islam memang teruk (penganut Islam, bukan Agama Islam). negeri paling Islamik yg terkenal sbg serambi mekah di kelantan pun tak dpt berbuat apa dgn perangai penduduk Islamnya yg pengotor. golongan penyembah matahari di jepun lebih menghayati kebersihan berbanding orang Islam. pergi mana2 bandar di Jepun then compare dgn penduduk Kota Bharu yg 90% penganut Islam, boleh nangis wooo....

sayangnya kebobrokan & kehuduhan perangai penganut Islam sering dikaitkan dgn agama suci mrk sedangkan agama suci Islam itu takda kena mengena dgn sifat bahalol penganut Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 01:13 AM | Show all posts
Originally posted by anwar66 at 22-7-2007 01:02 AM
heheh ni dah lari tajuk dah ni.Sorri yer tuan rumah.Point saya ialah yang mengkritik tu abang(jab Mufti) yang dikiritik adaik beradik seibu sebapa(jab agama/Ms),abg sulung ialah yg diberi kuasa   ...


jabatan Mufti pun dah terkena sindrom penganut Islam yg ada. selain mengkondem jabatan2 kerajaan lain apa lagi yg mrk boleh buat? adakah orang2 agama semuanya pemalas & tak cekap? jgn sampai orang bukan islam mengaitkan sifat pemalas mrk dgn agama mrk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 01:16 AM | Show all posts
Satu pengalaman, saya baru je balik dua hari lepas dari negara timur sana(bukan jepun)-makan la di satu restoran katanya dikendalikan oleh mereka yg statusnya masakan mereka halal,kebetulan sebelum makan nak semayang dulu,masuklah ke bilik air..hmmmm,tak perlu abihkan cite-bailik hotel pulun meggie dua bungkus.Tapi ada jugaklah yg bersih sepanjang 10 hari kat sana.Dalam 6 restoran yg pergi separuhnya out.

Perbincangan boleh dikira termasuk dalam topik jugak-satu muhasabah untuk diri sendiri jugak la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2007 01:25 AM | Show all posts
perangai penganut Islam di Cairo lebih hodoh dari Msia. asyik nak tipu tourist saja. selagi boleh tipu mrk tipu. so tourist non-muslim yg datang ke sana percaya inilah yg diajar oleh Islam kpd penganut Islam di Cairo. lebih baik tak payah masuk Islam kalau nak jadi orang yg baik2. melainkan mrk baca Quran sendiri, baru mrk tau Islam tak pernah ajar orang Islam perangai2 hodoh ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 01:34 AM | Show all posts
di zaman ini puak2 kuffar negara2 Barat memberi hak2 kaum wanita mrk lebih baik berbanding orang2 islam sendiri yg menindas kaum wanita mrk. memang betul, dulu waktu semua bangsa di zaman jahiliyah memang Islam datang memberikan hak kpd kaum wanita. tapi itu dulu, masa Nabi ada. tapi sekarang dah jadi terbalik kot. kaum wanita dah jadi mcm second class citizen di negeri spt Pakistan, India, negara islam afrika. dipukul dibelasah, disimbah dgn air panas, dipaksa taat kpd suami yg zalim. Msia consider okay lagi (baik di Kelantan mahupun dinegeri2 Umno), tapi masih boleh diperbaiki spt yg disebut oleh abang mufti di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 02:36 AM | Show all posts

MUFTI PERLU INTEGRITI????

http://al-subki.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=17&Itemid=1
Mufti Perlu Mengerti
[table][tr][td=2,1]Friday, 15 June 2007 [/td][/tr][tr][td=2,1]Oleh : Hj Zamihan Mat Zin al-Ghari

Izinkan saya merujuk kepada tulisan Mufti Perlis di ruangan Rencana pada ahad 8 April lalu berkenaan Masjid kaku dan tidak mesra pelanggan. Tajuk artikel ini sebenarnya memanifestasikan satu provokasi terhadap masjid secara umum walaupun ia bersifat kritikan secara khusus.
MUFTI PERLU INTEGRITI

Oleh : Hj Zamihan Mat Zin al-Ghari
AJK Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
Cawangan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Izinkan saya merujuk kepada tulisan Mufti Perlis di ruangan Rencana pada ahad 8 April lalu berkenaan Masjid kaku dan tidak mesra
pelanggan. Tajuk artikel ini sebenarnya memanifestasikan satu provokasi terhadap masjid secara umum walaupun ia bersifat kritikan secara khusus.

Andai kata tulisannya bersifat mengkritik, biarlah secara membina. Bukannya mengkritik masjid secara umum bersifat menghina. Selamilah kritikannya : 揗alangnya kebanyakkan masjid-masjid kita gagal berfungsi sedemikian rupa. Banyak masjid tidak mesra remaja dan kanak-kanak. Golongan ini sentiasa rasa kurang selesa atau bimbang dengan layanan orang masjid
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 03:32 AM | Show all posts
Apa yang mufti PErlis maksudkan ialah betapa tingginya darjat wanita di sisi perspektif Islam. bagi saya, ulasan kata-kata Dr Asri wajar di renungi bersama..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.489811 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list