CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 2

Nak tanya fasal Syirik-->dosa yg tak diampuni..!

[Copy link]
Post time 23-7-2007 02:22 PM | Show all posts |Read mode
dosa syirik ni setahu kawan..dosa yang tak diampuni kan? jadi macam mana dgn kes di bawah ni?

1)kes budak budak join black metal..puja syaitan tu dah sah dah...dah sah-sah libatkan makhluk lain...
2)kes pak cik melayu yg pegi mintak tolong bomoh ilmu sesat...walaupun tahu ilmu bomoh tu sesat..dgn gadget2 yang bukan-bukan...
3)kes belajar ilmu salah...dah tau salah...tapi belajar juga...
4)kes pakai tangkal


ye la...betul la.. mungkin isu 'biasa'  bagi sesetengah orang...tapi yang kawan nak tanya...
saudara seagama kita yang terlibat ni kira  macam mana ya..? bukan 10-20 orang...belambak...!
adakah taubat pun tak guna juga...pasal dosa ni dah tak terampun...jadi apa yang patut diaorang buat ya...?
sebab ada dua option saja...samada teruskan** (!) atau berhenti...dan bertaubat...cuma bukankah dosa ni dosa tak terampun...?
salahkah kalau kita suruh diaorang bertaubat...padahal dosa tu tak terampun...?

**(!-bukan maksud kawan suruh teruskan..cuma nak menyatakan had option sebenar yang ada saja!)

maaf kalau soalan ni terlalu menyerlahkan kebodohan ku...kawan memang jahil pun...tu yang nak tahu tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2007 02:36 PM | Show all posts

Reply #1 kawankau's post

Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan lantaran kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." [4:17]


maksudnya tak tahu tentang ilmu agama dan hukum2nya, jadi apa-apa kejahatan, hingga ke seburuk buruk yang kita mampu lakukan sebenarnya diampunkan, sekiranya kita bertaubat. Taubat yg hanya akan diterima kerana jahil(bodoh), tapi selepas dah tahu, buat jugak, bukan lagi jahil, tapi ingkar(musyrik)
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 08:38 AM | Show all posts
Wallahualam...

Ceramah Ustaz Harun Din

Assalamualaikum sahabat2ku...

Aku tulih email ini untuk menyampaikan pesanan Ust. Harun Din...

Aku amat berharap kawan2 dapat bersabar dan membace sehingga habis email ini supaya
selesai tanggungjawab aku untuk menyampaikan maklumat ini.

Begini cerita dia...

Aku, azli, nin dan nitham telah bertolak ke kg. air baloi, pontian untuk mengikuti ceramah ust. harun din ( kire2 sejam dari utm ).

Beliau mengupas soal syirik.. Dan aku rasa kawan2 semua patut tahu apa kupasan tersebut..

Terlebih dahulu aku nak katakan disini bahawa aku bukannya memandai mandai dalam soal agama yang aku nak sampaikan ini tetapi cuma untuk menyampaikan apa yang aku dengar... jelas.. siap dok baris depan lagi, depan speakar...

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram... ciri-cirinya menyerupai berhala... dan melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang... Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata...

" bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan
mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka
Allah tidak akan mengampunkan orang itu..."

dan kata beliau lagi...

" walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan
apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama
negeri perlis iaitu perlis indera kayangan...

" Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan
bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam... maka makna sebenar ialah perlis tempat
tuhan hindu bersemayam.."

Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...

Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa
mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan
undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah
undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya...

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya
mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH
ZALIM )!

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku untuk menyampaikan segala maklumat diatas
kepada kawan2 sekalian.... Aku berterima kasih kepada kawan2 semua kerana sudi
membaca email ini sehingga habis.. Semoga nasihat2 daripada Ust. Harun Din di atas
kite renungi bersama dan ambil iktibar.

Wassalam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.174965 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list