CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2126|Reply: 7

cerita pasai keberkatan hidup

[Copy link]
Post time 26-7-2007 11:36 AM | Show all posts |Read mode
aku dapat info ni dari email. Bolehlah kongsi sama.. Bak kata orang sharing is caring.

Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.

Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika dinisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.

6. Suka menolong orang dan memberi derma

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2007 11:38 AM | Show all posts
Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)

4. Sering bertengkar dengan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.

8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.


Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 11:56 AM | Show all posts
kisah pertama tu mmg pernah terjadi kat adik aku.

Kisah dia;
Keje gomen, gaji RM900 bersih, pakai proton saga dah 3 tahun. Tapi mampu bagi mak bapak aku duit belanja RM300, belanje awek dia (dulu sebelum kawen), hal-hal kereta (minyak, servis, insuren), ada motor RXZ lagi, ada duit simpan lagi, shopping nak kawen lagi.. padahal gaji RM900 aje. Masa tu tahun 2003

Aku tengok dia ni xdelah alim sangat tapi dia jaga solat, mlm2 baca yasin dan jaga hati mak bapak. Itu je.

Skang ni 2006-2007
dah kawen 3-4 tahun, pakai waja 2nd (masa harga RM60k dulu), gaji dah cecah 3k, anak sorang, rumah complete la, tgh rancang nak buat rumah (bukan beli) kira loaded la aku tgk. Pastu dia ni jenis still solat, ngaji cam biase tapi pemurah dia yang tak tahan tu.. derma kat masjid tetiap jumaat mmg tebal lipat duitnya, belanja family makan seafood lah, KFC lah kerap gak.. rezeki dia mmg murah la

aku pun cam nak contohi dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 02:45 PM | Show all posts
rasa aejuk hati baca kisah2 macam ni... boleh jadikan motivasi diri untuk jadi lebih baik... kalau contoh2 kebaikab dia dalam kisah tuh ,,, saya rasa banyak lagi nak kena improve...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 05:32 PM | Show all posts
wa..,semua yang dibuat dalam kisah ke2 tu....amalan orang banyak duit tu..tapi akibatnya jadi tak cukup le pulak...ha..ha... wa tengok nampaknya amalan orang yang ada rezeki barokah ni bukanlah susah sangat....simple saje...cuma istiqomah lah kan>??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 07:53 PM | Show all posts
yeah.. it is very true indeed
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2007 09:09 AM | Show all posts
keberkatan hidup dengan memahami tujuan hidup...satu perkongsian cerita....

(korex mi ip ai em rong)

aku difahamkan bahawa kita bermula dari roh..Roh tercipta di alam Lahut..dimana terkumpulnya sekelian roh.. disitulah berlakunya perjanjian pertama apabila roh ditanya "Alastu birobbikum?" maka roh pun berjanji bahawa tiada tuhan melainkan Allah..
Roh di alam Lahut disalut dengan cahaya digelar nur Muhammad kerana kesuciannya seperti mana sucinya ruh Nabi ketika hendak israk mikraj...peringkat kedua  penciptaan roh adalah di alam Jabarut..disitu roh manusia disalut dengan cahaya sultani..yang menjadikannya kurang murni berbanding dengan tahap pertama..proses ketiga pula di alam Malakut..roh disalut dengan cahaya ruhani..yang menyebabkannya semakin kurang murni berbanding dengan sebelumnya..dan akhir sekali disalut dengan cahaya jusmani ketika di alam Mulki dan dimasukkan ke dalam jasad.
Lalu manusia melalui kehidupannya sebagai 'manusia' di dunia.
2. Tugas utama manusia adalah untuk mengembalikan kesucian roh dengan mengoyak semula lapisan demi lapisan agar terserlah kembali roh yang penuh dengan kemurnian.
3. Caranya dengan menguasai dan menghayati empat bidang ilmu iaitu Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat . Syariat berkaitan dengan undang-undang..mesti sembayang..tak boleh mencuri..kena puasa ddsb. Setan yang menggoda pun masih taraf bawah jek...Jangan la sembahyang dulu..kejap lagi la...jangan la diam je..kena marahla... jenis-jenis yang cam tu lah.Tahap Tariqat ni kire dah pasla syariat tu..sume dah o.kla...lesen asas sume dah pas....Tariqat ni bermaksud jalan..(tafsiran asas) Kalau nak tuntut kena dari orang yang "layak" menjadi guru saja..bukan sume orang alim leh jadi guru..kena dari keturunan Nabi Muhammad..(dan banyak lagilah ciri-ciriseorang guru tariqat)..bukan boleh sembarangan orang. Kalu ilmu Hakikat  tu kira taraf para walila..(kita je gelar dia wali..dia orang biasa je..dia pun tak tahu dia wali ke hapa...) Di tahap ini insan tersebut dikatakan sebagai hampir dengan Tuhan....doanya..ibadatnya...dan ilmu makrifat pula adalah ilmu tertinggi..yang tidak terteroka oleh manusia dan malaikat (katanya begitu....haku kongsi cerite je...bukan ustaz.. )Kenalah ilmu ini dikuasai mengikut tahap tahapnya..kalu lompat-lompat tu hmmmmm tu yang leh gile kot..misalnya  ilmu syariat pun tak ikut dan tak amal terusje nak menuntut syariat.... rasa hakula...
Dan untuk itu juga tersedia syurga firdaus almakwa dan Naim....yang berlainan peringkat setiap kali kita mengupas setiap lapisan roh dalam mencari keredhaan Allah sewaktu hidup. Untuk membolehkaan tahap keimanan dan kemurnian roh ditingkatkan  Allah telah mendatangkan pelbagai ujian kepada manusia (Allah tidak menguji manusia diluar kemampuannya)..Ada yang diberi kecantikkan/kekacakan...mampukah dia menggunakan kecantikan/kekacakkan itu kejalan yang  benar..yang dapat mengumpul lebih ramai manusia untuk beribadat....bukan masuk ratu dedah sana sini atau model tunjuk dada bidang..otot dll...diberi kekayaan..kemana duit itu disalurkan? Binala surau ke...masjid ke...derma ke.... diberikan pelajaran...adakah ilmu itu dikongsikan dan disebarkan..(jangan kedekut ilmu beb..) atau diberi kematian....redha kah kita memulangkan sesuatu yang telah kita pinjam...atau kesakitan...mampukah kita berusaha untuk berubat dan dalam waktu yang sama bersyukur kerana penderitaan itu ada hikmatnya...atau kemiskinan...bagi menguji mampukah kita mempertahanankan keimanan meskipun dalam kehidupan yang perit..begitulah ibaratnya.........sama-sama kita renungkan perkongsian ini..kalau silap sama cite ni sama-sama  kita betulkan..haku pun bukan reti sangat..cuma nak berkongsi..atleast kalau salah ada orang betulkan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2007 09:14 AM | Show all posts
Aku tengok kalau korang hormat mak ayah dgn ringankan beban diorang (beli brg keperluan rumah mcm beras, gula, minyak dll) dan hapikan diorg (dgn ziarah, sembang2, lepak2)

Hidup korang xde maslaah... gaji sentaia cukup walaupun sikit, urusan2 lain mcm senang je handle.. mcm kes adik aku tu lampu trafik light sentiasa hijau je kalau dia lalu (kecuali jem) kalau berenti pun takat 5-10 saat gitu.. cam x pecaya je.. pastu mulut masin je.. idup cool lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059934 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list