View: 11574|Reply: 181
|
THE JAC'S DIEHARD FAN : SHOWCASE EPISOD 3
[Copy link]
|
|
TUGASAN UTK EPISOD KE-3 ADALAH SEPERTI BERIKUT :
peserta di kehendaki mencipta ESEI dari lagu-lagu Jaclyn Victor di dalam Album beliau.
TUGASAN PESERTA EPISOD KE - 3
1. RAINDANCER - "MANJALARI" - 359 WORDS
2. HOUDINI - "AKHIRNYA BINTANG BERSAMA" - 486 WORDS
3. BADIUZ - "CINTA DUSTA" - 46 WORDS
4. TIPAHDITIPU - "CINTA SETIA" - 1,154 WORDS
5. HARKTUIH - "Jac...THE UNTOLD STORY" - 200 WORDS
6. JUJU_AMIN84 - "AL-KISAHNYA" - 359 WORDS
7. NAMELOO - "GEMILANG SI JASLIN MEKTOR" - 419 WORDS
[ Last edited by jac_diehard_fan at 27-7-2007 11:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
TIPAHDITIPU
Cinta Setia
Jam didinding tepat menunjukkan pukul 1.00 petang. Aku ketika itu sedang bersiap |
|
|
|
|
|
|
|
HARKTUIH
Jac...THE UNTOLD STORY
Jac tiada masa lagi kerana INILAH MASANYA dia perlu melakukan sesuatu. Sesuatu yang sepatutnya dilakukan dua harilepas. Kehidupannya sebagai seorang STAR menyebabkan dia terlupa seketika kepada Raya. Selepas habisnya Pentas IKON, dia berkejaran ke kereta dengan CEPAT-CEPAT.KASIH SAYANG dan CINTA TIADA AKHIRNYA terhadap Raya membuatkan Jac sanggup melakukan segalanya untuk menyelamatkan Raya kerana kaulah PERMATAKU. Sepanjang perjalanan,dia terkenang saat-saat manis bersama Raya, memandikannya dan berlari-lari di sekelilingnya seperti berlari DI BAWAH POHON ASMARA. Saat-saat itu ibarat FEELIN LIKE ALICE in Wonderland sehingga membuatkan jiran-jiran dan ketua kampung sebelah JEALOUS dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh Jac dengan Raya. Ketika ini, dia mengharap untuk menjadi SUPERWOMAN dan menjadi side kick yang sexy kepada MACHOMEN yang bernama Superman....chopp...TUNGGU SEKEJAP...apa yang aku merepeknih???!!!....ok sambung balik....kat mana tadi ek...hilang plak idea aku...Tanpa Raya, TIADA LAGI INDAH dalam hidupnya. Baginya, Raya adalah WAJAH CINTAnya kepada negara. DEEP DOWN INSIDE dia berdoa agar Raya SELAGI BERTAHAN dan tidak LAYU SEBELUM BERKEMBANG. Ini kerana telah menjadi SATU HARAPAN dan IMPIANnya untuk mengibarkan Jalur GEMILANG di sebelah Raya sempena hari Kemerdekaan ke 50 nanti.
Inilah sebuah kisah CERITERA CINTA Jac terhadap sepohon pokok Bunga Raya yang ditanamnya dihalaman rumah sedara jirannya sebelum masuk Malaysian Idol dulu.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAANKE 50...CINTAI BUNGA KEBANGSAAN KITA....!!
[ Last edited by jac_diehard_fan at 29-7-2007 07:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
HOUDINI
Akhirnya bintang bersama
Mata Jaclyn menjeling Dayang.Memerhatikan pakaian Dayang yang sungguh cantik.
Tiba-tiba Dayang berpalingmemandang Jac. CEPAT-CEPAT Jac mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Kelihatan pula Mawi di hadapanmereka sedang sibuk menghafal skrip filem Aduh Saliha.
Berulang kali Mawi mengucapkanayat yang sama, "TIADA LAGI INDAH antara kita sayang".
Kemudian Jac memerhati sekeliling,semua orang sibuk dengan kerja masing-masing.
Jac mula membuat muka bosannya,"kalaulah aku SUPERWOMAN dah lama aku terbang dari sini", bisik hatiJac.
Dayang yang dari tadi memerhatikangelagat Jac menyapa,
"Jac.... you nak pegi minumkat gerai biasa tak ? Dollah Cantek pun takde ni, kalau nak pegi minum, INILAHMASANYA."
Jac tersenyum dan mengangguksetuju. Mawi yang terdengar, menyampuk..."Wei mana boleh tinggalkan pentasni selagi tak abis latihan? "
"Jom la sekali Mawi",Dayang mengajak. "Ok...TUNGGU SEKEJAP!", Mawi meletakkan buku skripdan terus berlari mengikut Jac dan Dayang.
"Dayang JEALOUS la denganMawi, dah nak berlakon filem Aduh Saliha. Filem Luka yang sepatutnya Dayangberlakon tu asyik tertangguh jer" ujar Dayang dalam nada kecewa.
"Jangan putus asa Dayang,kita ni tak boleh macam bunga yang LAYU SEBELUM BERKEMBANG, kena sentiasa fikirpositif", kata Mawi memujuk.
Jac mencelah, "I ni takde punberlakon filem, lagi sedih tau. I nak jadi big STAR macam you all" sambilbangun dan membuat mimik muka seperti seorang diva.
Dayang dan Mawi tergelak denganaksi bersahaja Jac.
"Ala...kita semua sama jer, yang pentingSELAGI BERTAHAN nama kita dalam industri, kita kena usaha dengan gigih dankerja keras" kata Mawi
Dayang mengangguk setuju.
Mereka pun terus menikmati tehtarik dan goreng pisang yang telah mereka pesan tadi.
"Best jugak kan minum DI BAWAH POHON ASMARA ni",Jac tiba-tiba bersuara.
"Kenapa pulak pohon asmara ?" Dayangbertanya.
"Kan penuh kat pokok tu dengan ukirannama-nama couple dan bentuk-bentuk LOVE", Jac memberi penerangan denganpenuh keyakinan.
"Jom kita ukir nama kita naktak Mawi ?" Jac mengusik Mawi sambil tertawa kecil.
"Mengarut la Jac ni.... nantikeluar paper penat nak jawab" kata Mawi diikuti gelak ketawa merekabertiga.
"Eeeee... abang Mawi, kakJac, kak Dayang! Saya minat sangat dengan semua, boleh mintak autograf ?",tiba-tiba seorang remaja menegur mereka.
Mereka bertiga tersenyum danbergilir-gilir menandatangani buku kecil yang dihulurkan oleh remaja tersebut.
"Dah besar nanti saya nakjadi popular dan hebat macam abang Mawi, kak Jac & kak Dayang"
"Kami doakan adik berjayamencapai IMPIAN adik nanti yer", ujar Dayang.
"Terima kasih semua",remaja itu pun berlalu.
"Mana pulak diorang ni?" rungut Dollah Cantek mencari-cari 3 artis kesayangannya.
"Ni yang buat KASIH SAYANGaku makin kurang kat diorang ni"
"Hah.... tu pun korang.. manakorang pegi ? Buat show dengan orang lain ke ?" Dollah Cantek merajuk.
"Abang Dollah...janganlahmerajuk, kitaorang pegi minum kejap..... kitaorang CUMA SETIA dengan abangDollah je" Jac cubamemujuk
Mawi dan Dayang sekadar memerhatidan tersenyum dengan gelagat Jac memujuk Dollah Cantek.
Mereka pun memulakan semulalatihan untuk final IKON.
|
|
|
|
|
|
|
|
NAMELOO
Gemilang si Jaslin Mektor
"Gemilang.......Realitiiiii........Yeahyeahyeahyeahyeah.........Gemilang........"
"Woi,udah-udah le Gemilang kotuh.Naek saket tinge aku tau",tengking Mak Mah kepada Jaslin Mektor, anakbuah kesayangannye.
"Alah Mak Mah nih, JEALOUSker pasal sore saye lagik malatop drp Mak Mah kan,"
"Woi Aslin,x der maknenyeraku nak jeles ngan ko tau. Dolu mase aku berCERITERA CINTA ngan PAk Som Sembolko dulu, ramai jantan nak tekel aku mase aku aku nyayikan dier lagu cinta DI BAWAH POHON ASMARAtau. KO jangan memaen, sekali aku bukak mulot ramai jantan datang,"smashsi Mak Mah.
"Jantan manusia ker , jantanlalat..?",smash si Jaslin Mektor semula.
"Dah !!Kau jgn nak ngutoklelebih laks, kang ader yg kene lesing kang.Diam.Aku nak membute.KO x nampakjam da pukul bape.Da pukul 11 malam tau.Ko pon same .Pi
tido.Toksah memekak memalam butenih," balas si Mak Mah yg mengelak drpd terus bermaen permainansmash-mengemesh dgn anak buahnye.
Jaslin cuba utk memberitahu mak ciknyayg dia sebenarnya sedang berlatih utk pertandingan Tiru Gaya Jac.Namun diabimbang kalau mak ciknye x bersetuju
dengannye,maklumlah,mak ciknyetrauma pasal dulu mase die memude pernahlah die masuk pertandingan Tiru GayaRamlah Ram.Namun pertandingan tersebut berakhir dengan 2 drpd orang hakim mengalami koyakgegendang telinga dan seorang dengan masalah resdung yang kronik gara2 baumulutnya.Jaslin bersyukur kerana suaranya tidaklah selantang suara Mak Mahnya dan mulutnya tidaklah'seharum' bau mulut mak ciknya yang berjaya membuatkan Pak Som Sembulnyamengalami pekak telinga dan resdung pada tahap kronik sehingga menyebabkan Mak Mahnya Janda diusia 36 tahun.Dia jg bersyukur apabila dia x pula berdepan dgn masalahsedemikian semasa berdepan denagn MAk Mah nya.
Di singkatkan story,Jaslin masukdalam pertandingan tersebut dan akhirnya berjaya membuktikan kepada Mak Mahnyayang suaranya cukup merdu, semerdu Jaclyn Victor......
"Sesungguhnya Mak mah, xsemua yg Mak Mah sangka buruk pd Mak Mah akan menjadi buruk pada Jaslin jg.
Sesungguhmya KASIH SAYANG MAk Mahjuaglah yang membawa saya ke sini,"ucap Jaslin kepada Mak Mahnya semasadia berjaya menjuarai perdingan Anugerah Juara Lagu 3 tahun kemudian,selepas berjaya menjuaraipertandingan Idola Malaysiana 2 tahun lepas.
"WAJAH Mak Mah jglah ygbanyak memberikan SATU HARAPAN kepada saya selepas pemergian orang tuasaya.SELAGI BERTAHAN Mak Mah, saya akan cuba utk membuktikan kepada Mak Mah,INILAH MASANNYA utk sayabangkit dan memberi kita berdua kejayaan dan mengejar cita2 saya utk menjadiseorang STAR yang GEMILANG..!!",ucap Jaslin Mektor sewaktu menerima hadiah kemengannya.
Mak Mah menangis dalamketerharuan.Dadanya sebak bercampur gembira dengan ucapan anak buahnya itu.Diapercaya dan sedar,jika seseorang itu mempunyai IMPIAN, impiannya itu haruslah CEPAT-CEPAT dikejaragar tidak menyesal di hari kelak....
|
|
|
|
|
|
|
|
JUJU_AMIN84
AL-KISAHNYA
Diceritakan kisah di sebuah negaranun
jauh di hujung dunia, di manapenduduknya terdiri dari golongan manusia, jin- jin sakti, flora dan fauna,serta pimpinan seorang
raja yang gagah lagi perkasa danbersakti, Raja NilaM sari beserta permaisuri tercinta permaisuri Ratnamengambang serta anakanda tercinta, Putera Nila Berapi
..sungguhpun dikenali seanterodunia, namun si raja gusar memikirkan perihal anakandanya yang masih bersendirimeskipun menginjak usia 30 tahun.
Namun suatu hari tanpadisangka-sangka, sewaktu sang putera sedang memburu si rusa, terdengarlahakannyA sebuah gurindam merdu nyanyian seorang gadis..Lantas tertarik
mendengar bait-bait memikathatinya, tanpa berlengah masa si putera tegar untuk mencari empunya diri..憇audari |
|
|
|
|
|
|
|
BADIUZ
CINTA DUSTA
CINTA TIADA AKHIRNYA tika SATUHARAPAN yang GEMILANG akan menjadi sebuah CERITERA CINTA yang LAYU SEBELUMBERKEMBANG. INILAH MASANYA dunia TIADA LAGI INDAH dan berlalu
CEPAT-CEPAT umpama DI BAWAH POHONASMARA. tiada gunanya jadi SUPERWOMAN STAR kerana ada orang yang akan JEALOUSWHEN I FALL IN LOVE
|
|
|
|
|
|
|
|
RAINDANCER
MANJALARI
Manjalari kini merupakan seorang mahasiswi kepada sebuah universititempatan. Subjek pertama yang dipelajarinya adalah Anatomy &Physiology. Bercakap tentang subjek ini, dia CEPAT-CEPAT teringat akan kata-kata seniornya yang mengatakan subjek ini merupakan killer-subjek.
Kata-kata tersebut menakutkannya. Namun, bagi memastikan dirinya tidak LAYU SEBELUM BERKEMBANG, Manjalari tekad akan berlajar bersungguh-sungguh bagi menguasai subjek itu.
Setelah satu tahun belajar, Manjalari kini merupakan seorang STAR bagi subjek itu. Hal ini membuatkan beberapa orang classmatenya JEALOUS akan kejayaannya. Dalam satu tahun itu juga CERITERA CINTA antara Manjalari dengan seorang classmatenya yang bernama Kamel Emildo telah berputik.
Namun, atas sebab KASIH SAYANGnya lebih kepada pelajaran, Manjalari terpaksa melupakan LOVEnya itu. Baginya CINTA TIADA AKHIRNYA dan dia yakin akan menemui cinta pada masa yang akan datang.
Seminggu sebelum final exam bermula, Manjalari telah ditimpapenyakit cirit-birit. Hal ini kerana terdapat classmatenya yang busukhati telah menuang sesuatu ke dalam botol air Manjalari. Kehidupannya TIADA LAGI INDAH setelah ditimpa musibah tersebut. Dia kerap ketandas dan ini membuatkan dirnya terasa lemah.
Manjalari ada berjumpa dengan doktor dan doktor berkata bahawaManjalari boleh skip exam kerana penyakitnya itu agak teruk."SELAGI BERTAHAN, aku takkan skip exam ni semata-mata kerana sakitku ini," kata Manjalari yang bermonolog bersendirian. "And I will BRING OUT THE BEST IN ME no matter will happen next," katanya lagi yang tiba-tiba speaking london.
Apabila menjelangnya hari peperiksaan, Manjalari telah bersediameskipun terpaksa study dalam keadaan kesihatan yang tidakmenyenangkan. "INILAH MASANYAaku akan buktikan pada mereka bahawa aku takkan menyerah kalah walauapa jua yang berlaku," kata Manjalari dengan penuh semangat.
Apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan, Manjalarilah orang yangpaling gembira di alam yang fana ini kerana berjaya dengan jayanya.Segala IMPIAN yang diimpikan sudah tercapai dan ini merupakan saat-saat yang GEMILANG dalam hidupnya.
Walaupun telah menjadi SUPERWOMAN dalam bidang akademik, Manjalari tetap teringat akan cintanya. "PADAMU PERMATA dan aku CUMA SETIApada dirimu dan akan ku berusaha untuk mencapai kasihmu," Manjalaribermonolog sendiri dalam keadaan yang jiwang karat. Lantas Manjalarimemutarkan lagu WHEN I FALL IN LOVE yang terdapat dalam MP3Playernya dan menuju ke kafeteria kerana perutnya sudah mula memutarkanlagu keroncong, zapin dan ghazal menandakan telah masuk waktu untukmakan tengahari.
TAMMAT.
[ Last edited by jac_diehard_fan at 28-7-2007 08:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
UNDIAN BERMULA SEKARANG!!!!
PESERTA YG MENGUNDI AKAN DI TOLAK 10% DR KESELURUHAN PERATUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
mak aihh...korang wat novel ker...caya la.... |
|
|
|
|
|
|
|
BEST GILA LAH KORANG NI!!!!! JGN LUPA PROMOSIKAN LINK NIHHH! RUGI ORG LUAR X BACA!! YEEHAAAAAAAAAAAAAAAAAAA |
|
|
|
|
|
|
|
pssst jedep.... code utk banner plssss |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 itikganas's post
sayer maseh normal.... nape gile lak? |
|
|
|
|
|
|
|
JEdi, nape esei tu ade perkataan yg sambung2? penin tao nak bace....
ngedit cepat... |
|
|
|
|
|
|
|
ok noted..
[ Last edited by jac_diehard_fan at 28-7-2007 08:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
votela sayer...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|