View: 7138|Reply: 102
|
Album pop terbaru DSN - release hujung tahun
[Copy link]
|
|
Juadah berbuka istimewa buat suami
12-09-2007 11:19:32 AM
oleh WAHIDA ASRANI | Tidak ada apa yang menggembirakan penyanyi nombor satu negara ini tatkala menjelangnya Ramadhan esok.
Sejak bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohammad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K, bulan puasa adalah masa yang memang ditunggu-tunggu olehnya tambahan pula tahun ini adalah kali kedua pasangan suami isteri romantik ini menjalani ibadah puasa bersama.
Justeru, ujar Datuk Siti Nurhaliza, sempena kedatangan Ramadhan kali ini, dia ingin memastikan seboleh mungkin dapat meluangkan masa berbuka puasa bersama suami tercinta dengan juadah berbuka yang disediakannya sendiri.
| Siti tidak sabar sambut puasa bersama suami (Foto The Star oleh Low Lay Phon) | "Tahun ini kalau boleh, saya nak masak sendiri juadah berbuka sekerap mungkin. Kalau beli pun, mungkin setakat kuih-muih dan ayam percik ke...Kebiasaannya, Datuk K suka makan sambal udang petai, ikan masin dan sambal belacan serta ulam-ulam.
"Lagipun bulan puasa ini saya akan sibuk dengan latihan untuk teater muzikal Remy...Kisah P.Ramlee.
"Latihan sudah bermula bulan lepas, tetapi waktu puasa ini nampaknya kena lebih kerap berlatih sebab hari pementasan pun sudah hampir.
"Tapi, bagi saya, sibuk macam mana pun nanti, saya ingin pastikan dapat luangkan masa masak apa yang mudah untuk suami dan berbuka bersama.
"Ibu mertua saya pun ada di KL dan dia pun memang suka jika dapat berbuka puasa ramai-ramai," ujar Siti yang ditemui pada pelancaran produk baru Olay Total Effects di Hotel Hilton, semalam.
Kata penyanyi berusia 28 tahun ini yang baru saja menyambut ulangtahun perkahwinannya yang pertama baru-baru ini, rutin puasanya juga tidak jauh berbeza dengan orang lain.
"Saya dan suami memang akan pastikan kami bersahur. Kalau tidak makan pun, kami akan minum saja.
"Tahun ini juga kalau boleh, saya ingin mengerjakan solat terawih kalau tiada sebarang aktiviti malam. Lagipun, sempena puasa ini, saya memang tidak mengambil sebarang show, melainkan untuk hadiri majlis-majlis tertentu dan latihan teater," kata Siti lagi.
Di dalam teater terbitan Enfiniti Productions yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 Oktober hingga 3 November depan, Siti dipilih untuk memegang watak Azizah, gadis yang dipuja oleh P.Ramlee.
Turut berlakon di dalam teater muzikal tersebut ialah Sean Ghazi, Liza Hanim, Melissa Saila dan Chedd Yusuf.
Album pop terbaru
| Siti akan hasilkan album terbaru tidak lama lagi (Foto The Star oleh Low Lay Phon) |
Penghujung tahun ini, penyanyi jelita ini dijangka akan melahirkan album terbarunya yang akan menampilkan konsep pop.
Buat masa ini, kata Siti, proses pemilihan lagu sedang dibuat dan antara komposer yang telah menyumbangkan lagu untuk diva tanahair ini ialah Yasin, komposer baru Fahmi dan penyanyi serta komposer terkenal dari Indonesia, Katon Bagaskara.
"Seperti biasa, saya tetap akan pilih komposer Malaysia dan Indonesia untuk album kali ini.
"Sekarang ini, masih lagi di dalam proses kumpulkan material dan jika tiada sebarang masalah akhir tahun ini akan release," ujarnya.
Dalam pada itu, Siti juga turut menyanyikan lagu tema filem terbaru arahan Shuhaimi Baba, 1957: Hati Malaya yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.
"Sebelum ini Shumi pernah minta saya nyanyikan lagu untuk filem-filemnya yang terdahulu, tetapi saya tidak berkesempatan.
"Nampaknya, kali ini saya berpeluang juga. Lagu Hati adalah nukilan oleh Shumi sendiri dan lagunya ciptaan Sharon Paul.
"Saya tersentuh sangat bila menonton sedutan filem tersebut sebab sebelum saya rakamkan suara di studio, saya ditunjukkan dulu beberapa sedutan filem itu. Sedih bila melihat orang perlu gadai harta benda untuk capai kemerdekaan.
"Saya memang berikan penghayatan yang penuh pada lagu itu lebih-lebih lagi selepas menonton sedutan filem tersebut," kata Siti lagi.
|
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
maksudnye tadela album tradisional kan |
|
|
|
|
|
|
|
POp pun jadilah....asalkan ada album...
takpun siti selitkan 2, 3 lagu tradisional kot dalam tue... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian Colby
kesengalan
[ Last edited by peacefrog at 13-9-2007 12:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 ColbyRaikkonen's post
nanti BBC beli la... utk bahan gossip terbaru |
|
|
|
|
|
|
|
eddy rasa campur2lah pasal dulu tak silap penah dgr ct guna khidmat katon bagaskara utk album tradisional.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 eddysheddy's post
CT ni kenapa? Kalu x confirm lagi nak buat album bila..album apa...x payah cakap....cakap jer...x pasti....ni beria2 bagai ni kenapa? mana rozie? belasah rozie nak :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
maybe nak buat album traditional tak cukup material.. sebab tu siti come up with pop album dulu.. but i'm sure ade selit kan lagu traditional fusion.. sebab katon tu slalu compose lagu traditional untuk siti.. whatever it is, relac la.. siti bukan robot |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elythebambini at 12-9-2007 06:41 PM
maybe nak buat album traditional tak cukup material.. sebab tu siti come up with pop album dulu.. but i'm sure ade selit kan lagu traditional fusion.. sebab katon tu slalu compose lagu traditiona ...
aku pun ala2 berpandangan camtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hohoho..album pop puleekkk.. bosan aku kalu mek tok nih bejanji pasal album.. :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
perkiraan aku -
album konsert p ramlee ari tu kiranya album tradisional kununnya -
tapi ntah bila keluar nya ek -
apa apa pun satu perkabaran gembira sekiranya benar album baru
konsep pop keluar ujung taun ni -
huuhuuu - |
|
|
|
|
|
|
|
Asyek2 pop.. |
|
|
|
|
|
|
|
sorila hujung tahun ni....mesti janji tinggal janji....kenapa PR dia merosot sekang ni? mana rozie????:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|