View: 3449|Reply: 28
|
Masalah kos punca album Konsert Istana Cinta tertangguh
[Copy link]
|
|
Soseh-soseh: Masalah kos punca album Konsert Istana Cinta tertangguh
SETIAP kali Datuk Siti Nurhaliza menjayakan konsert, selalunya akan muncul albumnya atau video cakera padat video (VCD) mengenai rakaman sepanjang konsert. Antaranya konsert di Bukit Jalil, konsert Sudirman dan juga konsert di Royal Albert Hall, London.
Tapi SS tidak nampak pula album mengenai konsert terbaru Siti, Konsert Istana Cinta yang menghargai Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma di Istana Budaya, Kuala Lumpur, Mei lalu. Ia turut dijayakan penyanyi baru, Fazli Zainal.
Kata kawan SS, dia ada bertanyakan perkara itu kepada pihak Siti. Kata kawan SS, sememangnya pihak Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP) berhasrat menerbitkan album konsert itu. Malah, proses suntingan sudah siap dilakukan.
Kawan SS kata, masalahnya kini SNP menghadapi masalah dengan pemuzik yang menjayakan konsert itu. SS difahamkan, setiap pemuzik terbabit menuntut bayaran individu kalau SNP mahu menghasilkannya dalam bentuk album.
Masalahnya, konsert itu membabitkan pemuzik orkestra dan kalau tidak silap SS hampir 50 pemuzik menjayakannya. Kalau setiap seorang meminta RM1,000 misalnya, kos untuk pemuzik saja RM50,000. Itu belum lagi kos rakaman, suntingan, kulit album dan macam-macam lagi.
Pihak SNP juga tidak berani melabur setinggi itu kerana jualan album konsert juga bukanlah besar dan tidak begitu menguntungkan. Sebab itulah album konsert itu masih tertangguh hingga kini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Demand la plak pemuzik nie....:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
kedekut tul si mak et
penting diri sendiri
kata sayang peminat
pemuzik tuh mestilah mintak
itu mata pencarian dorang |
|
|
|
|
|
|
|
penonton yg ada kat istana budaya tu lleh demand x.... |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah jerk ada muzik.....terus wat acapella jerk... |
|
|
|
|
|
|
|
then again ini soseh-soseh je.. jangan lah percaya 100 peratus ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu lah mak et
jawab balik, esok lusa |
|
|
|
|
|
|
|
ish...banyak leww nak kena bayorrr cenggitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh bukan dulu siti ckp ade prob ngan copyright ke? sbb klau lagu org ni, nak rakam mmg susah sbb copyright tu protected by law |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 ColbyRaikkonen's post
even kat RAH tu gune london symphony orchestra lagi, tp diorg x de plak nak demand pape pon, pemuzik msia mmg mengade, dah baya ari tu dah la:@ |
|
|
|
|
|
|
|
kalu orkestra jenuh nak bayar pemuzik dia kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by calmille at 18-9-2007 05:14 PM
eh bukan dulu siti ckp ade prob ngan copyright ke? sbb klau lagu org ni, nak rakam mmg susah sbb copyright tu protected by law
lebih kurang cenggitu la katanya....quote msg tokti pada 27/6 (sitizone):
Jika album konsert Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma di Istana BUdaya tidak dapat diterbitkan atas sebab-sebab tertentu, Siti mohon maaf. Sebagaimana yang Siti pernah katakan, tidak mudah melahirkan album yang bukan hakcipta sendiri. Jangan risau, Siti akan beritahu nanti bagaimana statusnya tetapi jangan bimbang kerana ada album lain yang akan menyusul. |
|
|
|
|
|
|
| |
|