|
P.Ramlee The Musical bakal cetus fenomena(utusan malaysia - 24 Sept 2007)
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL
SETELAH Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) berjaya mencatatkan kejayaan yang luar biasa pada tahun lepas, kini teater muzikal terbaru terbitan Enfiniti Productions Sdn. Bhd., P. Ramlee The Musical (PRTM) yang akan mula dipentaskan di Istana Budaya pada 18 Oktober ini dikatakan bakal mencetuskan satu lagi fenomena baru dalam industri hiburan tanah air.
Ini diakui sendiri oleh Penerbit Eksekutifnya, Datin Seri Tiara Jacquelina ketika ditemui pada majlis pemilihan Media Prima Berhad (MPB) sebagai media rasmi untuk teater muzikal berkenaan yang diadakan di Borneo Rainforest Cafe, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Rabu lalu.
揝ehingga kini, kesemua yang terlibat masih lagi sibuk dengan latihan yang sudahpun memasuki fasa terakhir. Saya kagum dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua, termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
揝aya tidak sangka Siti Nurhaliza boleh memberikan persembahan yang begitu bagus sekali. Ternyata, percaturan kami memilihnya untuk watak Azizah memang tidak silap.
揫b]Apatah lagi menyaksikan Siti menyanyikan lagu baru ciptaan Dick Lee yang berjudul Mulanya Cinta bersama pengarah muzik, Erwin Gutawa. Ia membuatkan saya tergamam dan hampir tidak percaya, Siti berjaya melakukannya, |
|