CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12364|Reply: 39

Sekolah satu sesi

[Copy link]
Post time 26-9-2007 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Sekolah satu sesi demi keselamatan anak-anakRencana Pengarang

KANAK-kanak terdedah kepada pelbagai perkara berbahaya dan pada ketika yang tidak disangka-sangka. Selain daripada apa yang berlaku kepada Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, 8, banyak lagi kes jenayah lain melibatkan kanak-kanak sekolah.

Perkara yang berbahaya seperti ini terjadi bukan mudah dihidu. Namun begitu, kita boleh menghalangnya daripada berlaku dengan melakukan pengurusan masa yang betul.

Bertitik tolak dari situ, kita patut menerima baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya diwujudkan sekolah satu sesi sebagai langkah mengurangkan risiko yang mungkin menimpa kanak-kanak apabila bersendirian tanpa pengawasan ibu bapa.

Kita sering terlupa akan hal ini kerana terlepas pandang tentang hubung kait antara keselamatan nyawa anak kita dengan pengurusan masa yang betul pada saat berisiko.

Sebenarnya, isu sekolah satu sesi telah dibincangkan sejak pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, dan kemudian disusuli dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006- 2010. Dengan pelan yang mantap itu, sekolah berstatus satu sesi sebenarnya boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Mengikut statistik terbaru Kementerian Pelajaran, daripada keseluruhan 5,781 sekolah kebangsaan di seluruh negara, bilangan sekolah satu sesi waktu pagi kini berjumlah 5,077, dan waktu petang 32 buah. Sekolah dua sesi pagi dan petang hanya 672 buah.

Kalau isu kekurangan bilik darjah yang menjadi kekangan, maka pendekatan yang digunakan ke atas sekolah kurang murid (SKM) boleh diterapkan, iaitu menggunakan kabin sementara
Single Polls, Total 22 Users voted
36.36% (8)
54.55% (12)
9.09% (2)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 09:00 AM | Show all posts
kat Johor kalau pagi sekolah kebangsaan petang pulak sekolah agama
kalau buat 1 sesi macamana ye....
ilmu akhirat perlu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 09:06 AM | Show all posts
...................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 09:10 AM | Show all posts
rasanya sekolah satu sesi nih
melibatkan sekolah agama sekali kot

bukan kat johor jerk

merata negeri

setengah hari sekolah biasa
setengah hari sekolah petang

malam p ngaji lagi

pastu tusyen
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 09:17 AM | Show all posts
kalau malam kene kidnap...abis le sampai ke malam le budak2 ni kene sekolah...haha....

sekolah bukan tmpt childcare...kalau takut sgt...ibu berentile keje jaga anak...kalau x mampu berenti...berbelanjalah ikut kemampuan...kalau xleh gak...

do we have any other choice?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 09:26 AM | Show all posts
saya tak setuju lah sekolah satu sessi mcm yg PM cadangkan tu.
kan PM cakap, petang boleh suruh bdk2 buat kokurikulum atau ulangkaji.
macamane dgn sekolah agama.
lain lah kalau dia jadi kan sekolah kebangsaan ke sekolah intergrasi, iaitu pagi untuk pelajaran kebangsaan, petang untuk pelajaran agama.
sekarang ni pendidikan agama sangat penting, memandangkan kehidupan sekarang yang makin mencabar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-9-2007 09:26 AM | Show all posts
Guru, ibu bapa beri reaksi berbeza


KUALA LUMPUR: Kebanyakan ibu bapa dan guru memberi reaksi pelbagai terhadap cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewujudkan persekolahan satu sesi bagi membolehkan kanak-kanak berada lebih lama di sekolah.

Tinjauan Berita Harian mendapati, ibu bapa dan guru berpendapat pelaksanaan dasar itu kelak akan mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri dan perlu dikaji dengan lebih mendalam sebelum dilaksanakan supaya memberi kebaikan kepada semua pihak.

Guru Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Yusri Shah Yaacob, 31, berkata beliau bersetuju dengan cadangan itu kerana ia memudahkan guru untuk menjalankan aktiviti kokurikulum apabila guru serta pelajar tidak perlu datang semula ke sekolah untuk mengikuti aktiviti berkenaan.

"Dasar sekolah satu sesi ini juga boleh membantu sekolah dua sesi yang mempunyai masalah kekurangan guru untuk menguruskan aktiviti kokurikulum kerana pembahagian tugas akan berjalan lebih lancar.

"Selain itu, dasar ini juga memberi peluang kepada guru yang sebelum ini bekerja pada sesi petang mempunyai masa terluang untuk melaksanakan urusan lain serta menghabiskan masa bersama keluarga dan anak-anak," katanya.

Sementara itu, seorang guru yang hanya mahu dikenali dengan nama Rosniza tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana ia menyebabkan tanggungjawab guru menjadi lebih besar selain bimbang ibu bapa akan bersikap lepas tangan dalam mendidik anak mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 09:35 AM | Show all posts
Minda Pengarang: Persekolahan satu sesi bentuk peribadi cemerlang


CADANGAN mewujudkan persekolahan satu sesi sebenarnya bukan perkara baru. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi saranan itu kelmarin supaya kanak-kanak berada lebih lama di sekolah, sekali gus mengurangkan risiko mereka menjadi mangsa penjenayah seksual. Persekolahan satu sesi sehingga waktu petang mungkin melegakan ibu bapa yang bekerja kerana tahu anak mereka berada di sekolah dan lebih selamat berbanding tinggal sendirian di rumah. Sekurang-kurangnya pada sebelah tengah hari dan petang di sekolah diisi dengan kegiatan berguna sama ada bersukan, mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan bagi mereka yang menghadapi peperiksaan umum atau beribadat. Apakah semua itu akan mereka lakukan jika balik ke rumah selepas sesi persekolahan pagi? Jawapannya belum pasti tetapi yang pasti mereka akan menonton televisyen atau tidur. Lebih menyedihkan, masa itu digunakan untuk melepak di pusat beli-belah. Persekolahan satu sesi juga menjimatkan masa ibu bapa tanpa perlu keluar waktu rehat tengah hari untuk mengambil anak di sekolah, yang boleh dilakukannya kemudian selepas balik dari pejabat.

Hakikatnya, Kementerian Pelajaran mensasarkan 25 peratus daripada 9,800 sekolah seluruh negara melaksanakan persekolahan satu sesi dalam rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bagi tujuan itu, projek perintis dimulakan di Setiu, Terengganu bermula tahun lalu membabitkan 54 sekolah. Antara rungutan kedengaran adalah seperti masalah kekurangan kemudahan bilik persalinan, bilik rehat, surau dan bilik mengulang kaji secara berkumpulan. Beberapa isu mengenai pelaksanaan sistem berkenaan dibangkitkan oleh guru, ibu bapa dan pelajar. Oleh itu, Kementerian Pelajaran perlu menangani masalah ini dengan serius, mengambil kira saranan Perdana Menteri, supaya pelaksanaan persekolahan satu sesi boleh dimulakan di kebanyakan sekolah.

Kita yakin persekolahan satu sesi menghasilkan sesuatu yang positif bukan saja dari segi pencapaian akademik seperti ditunjukkan oleh pelajar di Setiu itu, malah membentuk keperibadian pelajar. Sistem satu sesi bukan setakat membabitkan pembelajaran formal, malah kegiatan kokurikulum, sukan dan ibadat. Dalam tempoh lapan jam sesi persekolahan, pelajar menjalani semua aktiviti iaitu persekolahan biasa pada waktu pagi, manakala petang mereka mengikuti pelbagai aktiviti dan permainan. Memang sukar melaksanakan persekolahan satu sesi di semua sekolah, bukan kerana guru atau murid belum bersedia, sebaliknya kerana masalah prasarana. Bayangkan ada di kalangan 10,000 sekolah belum dilengkapi kemudahan asas. Di kalangan sekolah daif, ada yang tiada bekalan elektrik 24 jam dan tiada bekalan air bersih, daif dan benar-benar memerlukan penyelenggaraan serta pembaikan segera, beroperasi dua sesi, belum mempunyai makmal sains dan komputer, kekurangan guru dan guru terlatih.

Kementerian Pelajaran mungkin boleh memberi beberapa kelonggaran untuk sekolah menukar kepada satu sesi, tanpa perlu melanjutkan masa pembelajaran sehingga jam 4.15 petang. Sebaliknya, manfaatkan waktu sebelah petang yang kosong untuk pelbagai program dan bukan untuk kokurikulum semata-mata. Berilah kebebasan kelonggaran itu kepada perancangan dan pentadbiran sekolah itu sendiri. Apa yang penting sekolah memanfaatkan masa sebelah petang untuk kumpulan murid tertentu dengan persetujuan guru kerana tidak ada murid menggunakan kelas pada sebelah petang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 09:38 AM | Show all posts
msti majoriti guru2 akan bangkang...ye le, kan selama ni dorg gaji sama dgn kite yg keje mati2an smpi 9 jam sehari...deme halfday je...klu ada hal baru smpi sehari....percaya le..ramai guru akan mengeluh...alasan nnti mak bapak lps tgn..dorg pon mak bapak yg ada anak2 gak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 10:17 AM | Show all posts
bunny setuju sangat sekolah satu sessi ni.tapi kena la make sure sessi petang tu diisi dengan pelajaran agama macam kafa tu..

kekadang anak2 ni bagus jugak jadual waktunya padat.biar dorang ni menghargai masa yang terluang.

macam anak2 bunny ni,pantang free mulalah mengadap ps2 la,game boy etc ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 10:25 AM | Show all posts

Reply #9 220796's post

I pun rasa gitu gak. pd guru2 yg ada ngajar kelas tuisyen mesti efek gak nanti budak2 pun masak dok lama2 kat sekolah. sedangkan setengah hari pun ada yg tak sabar2 nak balik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 10:32 AM | Show all posts
Single-session schools: Good idea but are we ready?
By : June Ramli



(left)Loke Yim Pheng says childcare is not teachers
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2007 10:42 AM | Show all posts
kat sekolah nanti mesti ada nursery bagai

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 11:09 AM | Show all posts
emmm..ramia gak yg mcm tk setuju..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 26-9-2007 08:53 AM
Sekolah satu sesi demi keselamatan anak-anakRencana Pengarang

KANAK-kanak terdedah kepada pelbagai perkara berbahaya dan pada ketika yang tidak disangka-sangka. Selain daripada apa yang berlak ...



Saya sarankan kajian yang menyeluruh dibuat dulu sebelum usaha nak panjangkan waktu anak anak di sekolah.  Sekolah anak saya murid muridnya lebih kurang 1000++ dan dibuat dua sesi, kalau disatu sessikan ,tak taulah mcm mana saya nak bayangkan.  Kalau sebab insiden adik malang Nurin Jazlin dijadikkan alasan utk anak anak stay lebih masa di sekolah, saya rasa tu bukan satu langkah bijak. Kalau stay lama mana pun kat sekolah tp selangkah keluar dr sekolah penjenayah tunggu kat luar pagar sekolah pun jenayah tetap akan berlaku. Bayangkan parents yg tunggu anak anak kat luar sekolah yg berebut rebut nak ambik anak pun kita tak tau mana satu antaranya penjenayah yg tengah tunggu mangsa.  Bayangkan kalau sekolah anak saya yg beribu murid tu jadi satu sesi, masyallah kesian budak budak berasak asak, kita orang tua tak apa lah.

Pada saya lagi bagus kalau masa saya dengan anak saya dipanjangkan drp masa anak saya dipanjangkan di sekolah.  Mungkin kajian tentang fleksibiliti waktu bekerja utk isteri saya yg kerja dgn kerajaan pun perlu difikirkan supaya isteri saya boleh duduk di rumah segera & jaga anak anak saya, itu lagi selamat pada saya lah. Cuba izinkan pekerja wanita yg kerja dgn kerajaan dipendekkan masa bekerja setakat pukul 3 petang, tak ke tu lagi bagus. Saya fikirkan kalau guru terpaksa stay lama kat sekolah, anak anak guru guru tu pulak macam mana? Nak kisahkan anak anak orang, anak sendiri terbiar. Jadi, pada hemah saya, kalau nak be fair utk semua org, kerajaan kena fikirkan mekanisme yg menguntungkan semua pihak. Lagi satu, kerajaan kena cekapkan sistem kepolisian negara, itu yg mustahak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 12:08 PM | Show all posts
Saya setuju dengan masa persekolah itu dipanjangkan dengan syarat dimasukkan sekali slybus kelas Kafa tu sekali dengan subjek biasa...........sekarang nie pun bukannya ramai ibu bapa yang hantar kekelas Kafa pada waktu petang......ramai jugak tak hantar anak kesekolah Kafa......lagipun bagi ibu bapa yang bekerja senang pergi sekali dan balik petang sekali dengan anak dan tak perlu nak susah hati anak tinggal dirumah.............anak-anak juga perlu di didik supaya mempunyai daya tahanan yang kuat berada disekolah jadi bila dah dewasa esok dan masuk kealam pekerjaan anak-anak sudah terbiasa dengan keadaan tersebut........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 12:36 PM | Show all posts
nampak cadangan ni macam ok, cuma waktu petang, anak2 terlibat dgn sekolah KAFA. Melainkan sekolah boleh adakan KAFA pada waktu petang, tak de masalah.kalau sekolah boleh adakan tuition lebih baik.sekolah anak i dulu cikgu ada buat tuition tiap2 hari sabtu kat sekolah.fees rm10 sebulan.tapi dah stop pasal mak bapak x bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 12:37 PM | Show all posts

Reply #15 ripleys's post

sekolah kat mana tu sampai 1000 orang???
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 12:39 PM | Show all posts

Reply #13 Syd's post

tak apa ada nursery janji sekolah kawasan sekolah besar, klu sempit x terurus, entahle.............
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 01:03 PM | Show all posts
cukupkah prasarana untuk menampung satu sessi?  Sekarang ni pun banyak masalah cthnya segi penggunaan makmal sains.
Ini MUNGKIN satu cara tapi tak semestinya satu-satunya cara yang terbaik untuk membendung jenayah terhadap kanak-kanak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.075301 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list