CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1582|Reply: 6

Kebanyakan Orang Seni Kita Malas? setuju atau tidak?

[Copy link]
Post time 5-10-2007 04:40 PM | Show all posts |Read mode
okay...ini ialah komen NENEK LANJUT mengenai isu lagu-lagu indon tu


NENEK LANJUT : ORANG KITA JANGAN MALAS

Nenek enggan mengulas panjang mengenai isukemasukan lagu-lagu dan drama-drama indonesia yang selambak di bumibetuah Nenek ini. Bukan apa, Nenek jadi malas sebab isunya kecil,tetapi orang kita mula nak bergaduh sesama sendiri. Bagi Nenek isu inihanyalah untuk mengaburi mata peminat muzik tanahair supaya menyokongindustri hiburan sendiri.

Ingin Nenek jelaskan disini bahawa masalahnyacuma satu, iaitu ORANG KITA yang malas. Orang malas memang selalu rugi.Dari dulu Nenek sudah berpesan, punca mengapa pendengar menyukailagu-lagu melayu dari seberang ialah lagu-lagu mereka sedap, memikatdan punya isi. Adakah lagu-lagu kita tidak memikat, tidak sedap dantidak berisi? Bagi Nenek bukan semua, segelintir sahaja yang memberimuzik segar, memikat, tersendiri dan boleh bersaing dengan karyawanseberang.

Apalah yang boleh kita harapkan dari karyawanhiburan kita yang hidup mereka kosong, mewah dan tidak punya motiftertentu. Mereka sudah senang lenang di negara sendiri, lalu merekaalpa untuk terus menggali dan menghasilkan karya-karya yang dinamik danberisi. Apa yang kita pandang dengan karyawan seberang yang hidupmereka susah dan punya berbagai konflik dari segi ekonomi, ketuhanan,cinta dan politik. Sudah tentu mereka mempunyai jiwa besar danpropaganda dalam karya mereka. Kerana mereka menghasilkan satu-satulagu dengan satu jiwa, dan mereka maksudkan isi itu dalam setiap bait.

Orang kita sebenarnya malas. Tengoklah, satualbum pun hanya memuatkan lapan lagu. Dalam dalam lapan lagu itu pun,bukan semua yang sedap. Ada yang lebih malas, lebih suka membuat albumkompilasi dan memuatkan satu dua lagu baru. Kemalasan ini berterusanapabila ada artis yang hanya hasilkan satu single setahun. Denganpengeluaran yang begini miskin, bagaimana kita mahu bersaing denganmereka di seberang yang tak putus-putus menghasilkan karya-karya barudan segar?

Orang kita punya satu fikiran, jika artis Apopular dengan lagu-lagu ciptaan komposer B. Maka si artis C punya akandapatkan khidmat komposer B. Makanya, berpuluh-puluh artis akanmenggunakan karya komposer B. Sudah tentu komposer B tidak mapu maintandalam menghasilkan karya-karya bermutu. Lalu, lagu-lagu yang kitadengar dari artis A sampai Z kedengaran sama, monotonous dan tiadaperbezaan. Cuba lihat artis-artis di seberang, mereka punya satukomposer dan komposer itu ialah mereka sendiri. Karya mereka, merekanyanyikan sendiri. Tidak punya persamaan dengan artis lain. Kalau adaartis yang menggunakan komposer yang sama, komposer mereka bijakmengadun muzik yang berbeza untuk satu-satu artis seperti yang MellyGoeslaw hasilakn untuk membezakan muzik Rossa dan KD. Jadi janganmarahkan Anuar Zain jika dia mendapatkan khidmat komposer seberangkerana masalahnya, muzik dari komposer Malaysia yang dibawanya sudahmenjadi lebih kurang serupa dengan muzik satu dua artis baru yang inginmenjadi sepertinya. Sama kisahnya dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Orang kita apabila malas menghasilkan karya-karyayang bermutu dan tersendiri, maka tempat itu diambil oleh orang luaryang mampu menghasilkannya. Nenek hairan kerana, satu ketika dahulu,pada tahun 90an, komposer-komposer dan artis-artis kita begitu bijakmenghasilkan lagu-lagu bermutu dan berbeza mengikut tona suaraartis-artis tempatan. Hasilnya lagu kita diminati sehingga jualan albumboleh mencecah hingga beratus ribu. Malah genre muzik juga pelbagai.Ini tidak, sekarang ini semuanya mahu menerima genre muzik yang sama,maka tiada perbezaan.

Nenek sebenarnya tidaklah menyokong radio-radioswasta untuk menyiarkan lagu-lagu luar secara berlebihan, tetapi bagiNenek, orang kita harus melihat isu ini sebagai satu signal bahawapendengar kita sudah tidak kuasa lagi untuk meminati lgu-lagu orangkita yang monotonous, lapuk dan memualkan. Kehendak pendengar ialahsasaran radio untuk menaikkan rating.

Tetapi bagaimana pula jika ada orang kita yangmenghasilkan lagu-lagu baru yang bermutu dan berbeza tetapidianaktirikan stesen radio tempatan? Teori Nenek mudah, radio ini punyaartis yang dinaungi anak syarikatnya. Maka tidak dapat tidak merekaharus memutarkan lagu artis-artis yang ada kepentingan bisnes untuksyarikat mereka. Tetapi apa yang nenek kesalkan, artis-artis merekasendiri menyanyikan lagu-lagu hampas dan memualkan tetapi mendapatkredit lebih kerana mereka ber'cium mulut; dengan radio tersebut.Inilah politik dalam dunia hiburan orang kita.

Sikap double standard inilah menyebabkan beberapaartis yang menghasilkan karya bermutu pada tahun ini tidak mendapattempat di kalangan pendengar, bukan kerana pendengar tidak suka, tetapikarya mereka yang bagus tidak mendapat tempat yang sewajarnya di radio,maka pendedahan amat berkurangan. Lihatlah bagaimana stesen yangkononya up -to date agak liat untuk memutarkan lagu-lagu nyanyianpenyanyi baru yang berbakat besar seperti Atilia, Meet Uncle Hussain,Pop Shuvit, Hujan, Bittersweet, Elyana, Fabulous Cats, Nitrus malahlagu-lagu baru penyanyi lama yang sudah terbukti kehebatannya sepertiyang berlaku kepada Ramlah Ram, Shima, dan Hattan.

Orang kita malas menghasilkan karya-karyabermutu, alasan mereka kos tinggi sedangkan mereka tahun bagaimanauntuk menghasilkan sesuatu karya baik tidak semestinya dengan kos yangtinggi. Orang kita malas menyiarkan lagu-lagu sendiri, alasannya lagutersebut bukan permintaan pendengar, sedangkan sebenarnya industri kitamasih dibelenggu politik bodoh, dangkal, kosong dan memuntahkan.

NENEK LANJUT : Orang kita memang MALAS.Itulah puncanya. Ayuh! Bangun dan hasilkan karya-karya bermutu,berjiwa, dan berisi. Jangan salahkan orang meminati lagu Dewa19 yangpunya sentuhan ketuhanan jika lagu KRU sendiri masih streotype danliriknya sama sahaja, boy meet girl, girl meet boy. Lahar tetap lahar!


okay pointnya disini

Kita tahu ada segelintir penggiat seni TAK MALAS malah sentiasa mencariidea baru untuk . itu memang tak dinafikan..malah Nenek Lanjut adasebutkan.

tapi kita bincangkan disini, betul tak ada ramai penggiat seni kitayang malas dan suka menyalahkan orang lain jika pendengar tak supportkarya diorang?

buktinya

1. dulu satu album ada 10 lagu, skarang ada 8 jer
2. dulu rajin buat video muzik gempak, skarang cam hado..boleh bilang ngan jari
3. dulu satu komposer boleh hasilkan lagu2 yg berbeza tona untuk ramai artis, skarang artis A sampai Z semua nyanyi lagu sepesen
4. komposer otai skarang ni kuat politik dgn org sykat rakaman supayabagi diorang byk job, hingga mereka pinggirkan karyawan muda ygberbakat untuk gunakan ruang yg ada.
5. syrikat rakaman kedekut dan tak reti nak kreatif dalam buatalbum..alasan diorang bajet besar..tp diorang tak sedar karya yg baiktak semestinya guna kos yg tinggi (cth sepet vs pgl)
6. ada sistem kasta dalam industri..artis yg konon urban tak bolehcampur ngan artis yg kampung. bila artis kampung albumnya jual, diorangtak nak support, diorang angkat artis yg konon urban, tp album salesnan hadoo
7. org seni kita malas sbb diorang hidup dalam kemewahan sedangkankaryawan indon semua ada yg duduk tepi longkang, duduk bawah kolonghingga hasilkan karya yg berjiwa.
8. org seni kita malas nak berseni dalam hasilkan lagu..pada fikiran diorang hanya duit semata2.
9. org kita malas tapi tamak...bila ada komposer baru nk naik..artis baru nak naik..mulalah berdengki
10. org kita malas nak berfikiran jauh...masih lagi fikir yg pendengarkita suka karya style 80-an/90-an mereka tu..tu pasal tak mo kasik cankat budak2 indie untuk kedepan dan hasilkan karya bermutu.

kalau betul orang kita rajin..buktikan kat sini.

peace!
Single Polls, Total 9 Users voted
55.56% (5)
44.44% (4)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2007 10:57 PM | Show all posts
peminat yg malas beli CD original...tu sbb album ada 8 lagu jer..takut taley cover cost pembikinan album...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 12:43 AM | Show all posts
memang malas dan kedekut dan penakut dan sekadar melepas kan batuk di tanga..

kite nak tingkatkan kuality orang tak supprt -- contoh macam anuar zain..

asik nak untung je lebey -- contoh mawi.. nasib baik album mawi ni ade kuality sket.. bukan sangat kuality..

nak marah artis endon melambak2 kat malaysia.. tapi kite takut nak promote artis kite ke sane.. ni memang salah dorang.. esp recording company.. memang penakut dna kedekut.. keluar duit lebey sket dah kecut telur..nak tunggu artis tu jugak yang buat..

dah la taik idung masin.. hello.. kalau nak kuality..kos kene banyak la.. ni kalau setakat ko buat lagu gune komputer.. ko suro budak main game pun reti..masuk situ sini.. dah jadik lagu.... bile arits kite gune orang luar.. kecok cakap tak nak support bla bla.. ello korang tu tak support artis sendiri sape suro...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 06:53 AM | Show all posts
hehehehe...takut nak reply..korang tulis aku baca..tak berani komen karang kena gam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2007 04:40 PM | Show all posts

Reply #4 mohariz's post

mohariz...i nak tau gak u punya pendapat.
u kan duk ada dalam industri

bleh tak u kasi percentage fakta2 kat atas tu..berapa persen betul?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 05:11 PM | Show all posts

Reply #4 mohariz's post

MOHARIz nih komposer yang cipta lagu SAKTI nyanyian Dato CT kan? best melodi lagu tuh ditambah dgn kemerduan Vokal CT.. tapi lagu tuh panjang sangat sampai 6 minit ttp liriknyer pendek dan berulang2.. tapi still nice
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2007 03:10 AM | Show all posts
Saya setuju apa yg ditulis cuma saya tak boleh bagi pendapat. ni melanggar etika saya sebagai komposer dan penulis lirik.

Lagu Sakti tu ditulis oleh Mohardiman yg main bamboo flute tu. Lagu Sakti memang ada dalam album Mohram yg pertama.. tapi instrumental. Saya punya lagu utk Kaer - kau Telefon lagi(co wrote dgn Reezam) Ibnor Riza (Mengimbau impian antara kita). tu jer dua saya tulis lagu.. ada yg lain cuma lom release lagi. Kalau Lirik saya ada lebih kurang 100 lirik saya dah tulis. Saya jadi juga penerbit album, album yg saya dah buat ada lebih kurang 10 album. antaranya ialah Malaysan Idol 1, Jaclyn victor, Malaysian Idol 2,Adibah Noor, Dayang Nurfaizah,Kaer dan beberapa lagi.

Ada beberapa lagu belum release. Kalau dah keluar nanti saya bagitau laa yee

[ Last edited by  mohariz at 8-10-2007 03:17 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.170514 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list