CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10315|Reply: 78

Kejutan Mesra Untuk Si Dia Penambat Cinta

[Copy link]
Post time 30-10-2007 10:29 AM | Show all posts |Read mode
[table=98%][tr][td][/td][/tr][tr][td]
[/td][/tr][tr][td][/td][/tr][tr][td]


  by gua.com.my [/td][/tr][tr][td][/td][/tr][tr][td]Oct 28, 2007

Perhatian: Sebelum mencuba apa-apa, pastikan pasangan anda tidak mempunyai masalah kesihatan dan jantungnya boleh menahan kejutan yang anda rancangkan.

Perjalanan hidup kita rata-ratanya biasa sahaja, tidak banyak perkara yang mengujakan, setiap hari berlalu dengan rutin dan normal. Oleh sebab itu ramai orang yang menunggu kedatangan hari lahir atau hari-hari sambutan yang lain seperti ulang tahun perkahwinan, hari mengingati kekasih dan lain-lain hari lagi agar dapat merasa istimewa. Namun begitu, tidak ada undang-undang yang menghalang kita daripada membuat kejutan atau sesuatu yang istimewa kepada pasangan pada hari-hari biasa. Ingatan anda kepada si dia pada masa-masa yang tidak dijangka akan mencetuskan rasa sayang yang menebal di hati.

Tidak perlu berbelanja besar untuk tujuan ini. Jangan fikir tentang barang-barang berjenama atau makan malam yang beratus ringgit harganya. Ingatan dan keikhlasan anda dalam melakukan kejutan ini pasti dapat dirasai si dia. Sebagai contoh, sediakan beliau hidangan kegemarannya tanpa diminta. Sekiranya suami atau kekasih gemarkan nasi beriyani atau nasi ayam tetapi jarang dapat anda sediakan kerana kesuntukan masa, kejutkan si dia dengan menyediakan makanan kegemarannya pada hari yang tidak dijangka, contohnya di malam hari bekerja. Ketika suami melangkah ke meja makan dan melihat makanan yang terhidang, lihat sahaja riak wajahnya, pasti tersenyum lebar setelah sehari suntuk penat di pejabat. Jika anda tidak pandai di dapur, kedai kan banyak. Pastikan makanan yang anda sediakan adalah makanan yang digemari buah hati anda. Lelaki dan makanan memang bagaikan laut dengan pantai.   

Bagi lelaki pula, keprihatinan anda dalam menggembirakan pasangan menjadikan pasangan anda setia dan sentiasa menyayangi. Bunga atau coklat tidak pernah gagal untuk mencairkan hati wanita. Tidak perlu beli bunga 100 kuntum atau coklat kotak besar, yang kecil sudah memadai. Ketika pulang kerja, tunjukkan isterimu coklat yang dibungkus cantik hanya untuk si isteri, tentu senyuman manis tercalit di pipi. Kalau berjumpa teman wanita, sekali sekala belikan sekuntum bunga ros sebagai pembuka kata. Malu orang cakap anda poyo? Biarlah apa pun orang kata, asalkan buah hati anda teruja melihat effort anda. Tetapi harus diingat, janganlah melakukan perkara yang sama dengan kerap, variasikan kejutan anda.

Untuk melakukan kejutan mesra, anda harus peka kepada minat pasangan anda. Jika si dia suka membaca, kadang-kadang jengahlah ke kedai buku dan dapatkan genre buku yang diminatinya. Tentu sekali dia teruja. Katakan isteri anda suka menghias rumah, dapatkan dia majalah Anjung Seri untuk memberitahunya bahawa anda ambil tahu dan menghargai minat yang dia ada. Sekiranya si dia suka bola sepak dan anda tahu pasukan pilihannya, kejutkan si dia dengan memoribilia pasukan yang digilainya pada hari-hari yang tidak dijangka atau sekurang-kurangnya sudi menonton bola bersamanya ketika game penting di samping menyediakan makanan sewaktu perlawanan berlangsung. Tentu sekali dia akan sayang anda berganda.

Kejutan mesra ini mengikat kasih dengan lebih ketat lagi kerana si pasangan tahu dia sentiasa difikiranmu. Jangan hanya ingat dia pada hari-hari istimewa sahaja, itu pun bagaikan dipaksa. Bagi yang perempuan, sesekali keluar makan jika sering lelaki yang membayarnya, offer to treat for dinner or for coffee. Sejuk hati lelaki dengan kemurahan hati anda tetapi pastikan anda ada wang untuk melangsaikan bil. Jangan hanya offer sahaja. Kalau dia menolak, insist sekali lagi dan jika ditolak lagi, biarkan dia.

Betapa seronoknya hati apabila secara tiba-tiba ada sesuatu yang manis dan tidak dijangka berlaku dalam hidup. A pleasant surprise! 揗ama, cuba check dalam beg papa ada something for you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 10:37 AM | Show all posts
camne nak suruh hubby kita wat benda2 canggini.... dulu lom kawin selalu sgt wat suprise... sekarang dah xde...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 10:38 AM | Show all posts
print ni suruh dia baca ok tak???
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 10:57 AM | Show all posts
emm apa ditulis tu biasa sangat dibuat.
cam laki me suka  cerry coklat, selalu
sebelum dia pegi keja, masa masukkan bekal dia, masukkan coklat sekali,
lepas tu tunggu ajelah phone call dr dia.
walau selalu buat, dia tetap riang gembira.

[ Last edited by  faraway at 29-10-2007 10:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 11:05 AM | Show all posts

Reply #2 ain_ishah's post

sblm kahwin wat surprise...dh kawin..asik kna sergah..kna maghah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 11:18 AM | Show all posts
buat apa nak tunggu husband buat,
sampai berjanggutlah korang... jangan kerana tak da kejutan dr laki
buat kita tak mau buat kejutan utk dia plk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2007 11:28 AM | Show all posts
jgn la citer psl hal2 masa belum kawin tu...mmg lain dorang ni!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:28 PM | Show all posts
Aku pernah surprisekan hubby dgn jam tangan.
Dia masa mula2 dapat tu suspen aje sebab bukan birthday dia and bukan anniversary kitorang, so dia tanya "what have you done?"
Ada ke dia ingat aku nak cover taik aku, mana aku ada buat apa2...cit!
Tapi lepas tu dia seronok la.

Cuma dia ni kalau aku bagi apa2 surprise dalam beg ke, kereta ke, dia tak reti nak cakap hantar SMS or call cakap thank you. Alih2 aku kena tanya dia whether dia dah dapat surprise aku ke belum. Cit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 12:30 PM | Show all posts
Aku pernah surprisekan hubby dgn jam tangan.
Dia masa mula2 dapat tu suspen aje sebab bukan birthday dia and bukan anniversary kitorang, so dia tanya "what have you done?"
Ada ke dia ingat aku nak cover taik aku, mana aku ada buat apa2...cit!
Tapi lepas tu dia seronok la.

Cuma dia ni kalau aku bagi apa2 surprise dalam beg ke, kereta ke, dia tak reti nak cakap hantar SMS or call cakap thank you. Alih2 aku kena tanya dia whether dia dah dapat surprise aku ke belum. Cit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 01:13 PM | Show all posts
Kalau suami buat surprise tolong sidai baju pukul 5pagi sebelum pergi kerja, berapa ramai agaknya isteri yang ingat?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 02:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 02:24 PM | Show all posts

ada jugak..

Originally posted by guaguy at 30-10-2007 10:29 AM
http://www.gua.com.my/photobank/article/5/14/D53C908294FC423A8823656A87F7595E.jpg
http://www.gua.com.my/photobank/article/5/14/374AC8EEFB844E16A770F07C88D81891.gif


  by gua.com.my Oct 28, ...

Ada jugak skali skala ternampak bunga ros..beli dan bagi kat wife....suprise ler..kah3x
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 02:32 PM | Show all posts
aku nak buat surprise dgn pi melawat hubby kt UK bulan 12 nie sempana our 1st anniversary
hadiah pon dah beli
tapi aku dah bagitau yg bulan 12 ni aku nak ke sana cuma tak bagitau tarikhnya jer

rasanya nak bagitau hubby yg tak dpt tiket la... baru besh sikit
tapi kang bohong sunat... betul2 takdok tiket... melopong aku
ni tgh tunggu qatar airways tepon bagitau tiket ada tak
hehehheheh beshnya surprisekan dia dlm bilik...
mcm2 nak buat..
nak masak,.... idang kat meja... nak nyorok kat toilet ....hehehehhe
kata mak aku... jgn aku lak yg surprise tgk ada 'org luar' dlm umah hahahhaha
kalo surprise tuh yg aku dpt.... mmg teruk lah laki aku kene nanti hehehehehhe

6 bulan tak jumpa wooooo
surprise oh surprise
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 02:43 PM | Show all posts
haku pun cam mak ko...jgn ko dpt surprise lain sudah!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 02:48 PM | Show all posts

Reply #13 penmerah's post

sekali tu...dia ingat lu tak datang and he make alternative plan by

1) buying d ticket to comeback to you...end-up lu berselisih kapalterbang.....

2) go touring elsewhere...ngan somebody else....

menganga lu kang bila sampai...lu pulak yang tersurprise badak...bukan hubby lu...

[ Last edited by  cantthinkofany at 30-10-2007 02:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 02:53 PM | Show all posts
aku pernah sepraiskan hubby aku masa our 1st anniversary...mula2 tu suruh org antarkan bunga n hadiah pada dia kat opis dia la....tgu sampai ke ptg takde pun hubby aku tpon gitau dapat seprais dr aku..

kebetulan mlm tu office dia ada buat annual dinner.....dah dekat penutup..lepas cabutan bertuah...tiba2 mc umumkan nama laki aku soh naik kat pentas ambik hadiah drpd isteri tersayang sempena 1st anniversary............last2 bukan laki aku yg seprais...aku yg terlebih seprais

[ Last edited by  mek_ja at 30-10-2007 03:02 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 02:58 PM | Show all posts
penah kena cam ni...dpt sms dr hubby bunyi dia cam ajak dating mlm esok...esok selasa, hubby beratus km jauh dia...x boleh byangkan masa tu, ingatkan hubby ada affair, pastu tersalah sms kat bini, ni kes banyak baca cite kat FD ni  ... rupanya mlm esok memang tercongok sampai rumah, rupanya balik KLsbb ada meeting...ini surprise yg pada mulanya kecut perut
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 03:11 PM | Show all posts
dulu ada jugak dia buat surprise.. aku balik rumah ada 2 dozen ros merah menanti dgn kad happy anniversary
sekarang ni aku kena hint yg our anniversay coming
nanti dia jwb BILA??      
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 03:11 PM | Show all posts
dulu ada jugak dia buat surprise.. aku balik rumah ada 2 dozen ros merah menanti dgn kad happy anniversary
sekarang ni aku kena hint yg our anniversay coming
nanti dia jwb BILA??      
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by sarahmirza at 30-10-2007 01:13 PM
Kalau suami buat surprise tolong sidai baju pukul 5pagi sebelum pergi kerja, berapa ramai agaknya isteri yang ingat?


kalau dia sidai kul 12tengahari pun aku akan ingat sampai bila2..kalau kul 5pg mungkin aku x p keje sebab aku takut apa2 jd kat dia sbb buang tebiat
sedangkan dia basuh pinggan pun aku bleh ingat satu2 setiap kali dia buat tu..
sbb slm 4 tahun aku kawin ni aku rasa bilangan nya masih lum cecah 20 kali kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.763541 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list