|
Wajib,Sunat,Makruh dan Haram - Harus Bukan Hukum
[Copy link]
|
|
satu contoh hukum harus dalam perbuatan adalah mempunyai pakaian.
1) satu pasang - hukumnya wajib - kerana keperluan nak menutup aurat
2) 2-3 pasang atau berpada-pada- hukumnya sunat - untuk ditukar ganti, dibasuh, dipakai ketika hariraya dsbgnya.
3) >20 pasang - hukumnya harus , kalau ada niat takbur pun hukum mempunyai pakaian sebanyak itu
masih kekal harus tapi hukum perbuatan takabur itu berdosa. Kalau buat kerana nak mensyukuri nikmat Allah (surah Ad Dhuha ayat 11), perbuatan syukur itu dapat pahala, tapi perbuatan mempunyai pakaian sebanyak itu masih lagi harus. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 Amir's post
ada jugak bergantung pada niat....
jikalau seseorang pegang kayu dan menghayun kayu saja2 tanpa niat...takkan dapat pahala?
tp kalau dia hayun sambil niat aku hayun ni semoga tangan aku kuat nanti senang aku nak angkat barang masa buat kerja angkat barang demi cari rezeki halal nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 13-11-2007 12:24 PM
Wajib - Wajib Ain dan wajib kifayah dan berpahala melakukannya dan berdosa disebaliknya juga wajib kifayah;orang lain buat kita tak payah.
Sunat - Sunat biasa dan sunat muakad(sunat yang beratkan) iaitu buat dapat pahala tak buat tak apa-apa.
Makruh - Buat tak dapat dosa,tak buat boleh pahala.
Haram - Buat dapat dosa dan tak buat dapat pahala.
Harus - Buat atau tak buat,tak dapat apa-apa.
Originally posted by Amir at 16-11-2007 10:44 AM
Kamukan belajar agama dan itulah yang diajar sebagai asas hukum didalam Islam. Asas hukum dengan jenis-jenis hukum itu berbeza.
Hukum yang kelima disumbatkan kepada kita ialah harus.
aku tidak belajar agama mcm kamu. jadi aku agak jahil la. sebab tu aku tanya dan aku nak tanya sekali lagi.
betul ke takrifan 5 perkara yg kononnya "Hukum Islam" ini sebagai takrifan yg sebenar? Shohibul Samaah mana yg ajar tafsiran mcm ni?
aku nak tanya yg ini je sebelum aku pertikaikan bahawa WAJIB itu bukan hukum... |
|
|
|
|
|
|
nur_amin This user has been deleted
|
malas rasanya nak menjwab masih sama gak tak der perubahan....anjakan paradigma.. ke arah kebaikan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk pengetahuan saudara/i, hukum yang lima itu adalah hukum taklif.
Bermaksud hukum taklif itu ialah hukum yang jatuh ke atas tiap-tiap orang yang mukallaf (bukan muallaf)
Banyaknya yang dilihat disini membahaskan perkara atas logik semata.
Justeru, saya katakan pada saudara Amir. Secara logiknya, kiranya setiap perkara itu dihitung hatta sebesar zarah (perkara yg dilakukan), maka adakah nilai sifar itu tidak termasuk dalam perkara-perkara yang dihitung?
Siapakah yang memberanikan diri untuk mencabar hukum harus, sedang ia telah diungkapkan oleh ulama faqeh, menghafal quran, memahami isinya dari berbilang qiraat, menghafal ribuan hadith siap dengan matan dan rawinya.
Saya cadangkan saudara amir bertanya pada ustaz, @ tuan guru berdekatan, perbahasan tanpa ilmu takkan membawa apa2 manfaat, tp lebih membawa kepada simpulan-simpulan iblis. |
|
|
|
|
|
|
|
thread ni dah jadi thread baling batu sembunyi tangan ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 Amir's post
kalau macam tu lah takrifannya, hukum WAJIB, SUNAT, MAKRUH, HARAM yg kamu kemukakan itu bukan asas hukum syarak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 Amir's post
aku tak faham sebab aku tak belajar agama mcm kamu
kamu mentafsir WAJIB = buat dpt pahala, tak buat dpt dosa..
bagaimana kita nak tentukan sesuatu ibadat itu hukumnya WAJIB berdasarkan takrifan kamu tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|