CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85291|Reply: 145

Wanita Jepun di Malaya sebelum perang dunia ke2

[Copy link]
Post time 15-11-2007 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Ada sesiapa boleh bagi info, bagaimana boleh ada wanita Jepun kat Tanah Melayu sebelum kedatangan askar2 Jepun masa perang tu.

Adakah kita mempunyai hubungan politik/perniagaan/sosial dengan Jepun sebelum perang tu?  Sekiranya wanita tu pekerja dari Jepun, apa jenis pekerjaan yg dia buat?

Aku sungguh2 nak tahu, dan dulukan dengan ucapan terimakasih.

[ Last edited by  aurorae at 16-11-2007 11:03 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2007 10:43 AM | Show all posts
b4 battle of malaya, diorang jadik spy kat malaya. keje kat brothel (or rumah urut) atau pun bukak kedai foto. Masa tu orang brisith pelik apsal laa orang jepun ni suka sangat amik gambar.. diorang tak tau sebnanyer itu gambar utk perisikan. Hasil dari bacaan aku kat dalam the star dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2007 11:03 AM | Show all posts
Spy eh .... maknanya anak2 aku ni ada keturunan spy Jepun la ...uwaaaa..  Itulah kitaorang pelik camne moyang hubby aku ni perempuan Jepun, tapi sorang pun waris yg hidup tak tau cerita camne dia ada kat sini.  Anak2 dia pulak (including atuk hubby aku) dah lama meninggal tanpa ceritakan apa2.  

Kena cari kat arkib the star nih.  Thanks a lot.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 11:19 AM | Show all posts
Jepun ni bukan kaki ambik gambar ke? Sebab tu payah nak kesan spy sebelum perang dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2007 04:14 PM | Show all posts

Reply #4 alphawolf's post

Satu-satunya tinggalan moyang Jepun tu ialah gambar dia masa muda berpakaian pelik sikit, macam kebaya + kimono, di Malaysia.  Rasanya masa tu sekitar 1920 - 30 an.  Bersangka baik, agaknya dia ada kerja kat kedai gambar kot masa tu.  Tak sanggup nak bayangkan dia kerja kat brothel.    Lagipun masa tu askar Jepun belum ada, macam mana boleh ada brothel Jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 09:27 PM | Show all posts
Actually, Jepun memang dah ada kat Malaya, sebelum perang dunia pertama lagi. In fact, dorang memang mempunyai navy base kat Singapore masa tu. Nie kerana Jepun dan British ada perjanjian ketenteraan diantara mereka. Masa perang dunia pertama, Jepun memang support British ketika itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2007 11:50 PM | Show all posts
highlander boleh tolong jawab ni .....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 09:31 AM | Show all posts

Reply #6 St.Yeepi's post

Yeepi..base tu British punya. Walaupun SG mewrupakan berlian besar dalam mahkota empayar British, Royal Navy berkongsi kemudahan pelabuhan dengan awam. Pengkalan tentera laut berasingan hanya dibina mulai 1923 dan hanya siap lewat 1930an...tujuannya? Untuk menempatkan armada timur jauh....untuk menghadapi ancaman JEPUN!

Tapi Jepun bersekutu dengan British masa PD1 tu betul la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2007 04:48 PM | Show all posts
tak silap aku komuniti jepun dulu paling ramai kat perak sampai Maharaja Jepun sekarang pernah buat lawatan kat sana...


IPOH 10 Jun 2006 - Pasangan diraja Jepun Maharaja Akihito dan Maharani Michiko hari ini tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini bagi lawatan sehari ke Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai Bandar Diraja.

Lawatan diraja berkenaan adalah bagi memenuhi janji yang tidak tertunai 15 tahun lepas kerana baginda berdua yang sedang melawat Malaysia terpaksa membatalkan jadual lawatan mereka ke Perak kerana jerebu teruk dari tompok-tompok panas di seberang Selat Melaka yang melanda negara ketika itu.

Kunjungan kali ketiga pasangan diraja Jepun itu ke Perak kali ini dianggap sebagai sesuatu yang istimewa kerana selain Malaysia, hanya Jerman, Amerika Syarikat dan Belgium pernah dilawati lebih dari dua kali oleh pasangan itu.

Dalam rangka lawatan hari ini, baginda berdua dijadualkan mengunjungi Istana Iskandariah, Galeri Sultan Azlan Shah dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) selain melihat pokok getah yang tertua di Malaysia.

Pasangan diraja itu tiba dengan menaiki pesawat khas pada 11.15 pagi dan disambut oleh Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah dan adindanya Datuk Seri Raja Azureen sebelum bertolak ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar dengan menaiki kereta.

Turut menyambut ketibaan baginda ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, barisan exco kerajaan negeri dan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Zainal Tahir.

Rombongan diraja itu kemudiannya disambut oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan semua anggota keluarga kerabat diraja di istana berkenaan.

Sementara itu di KUALA KANGSAR, Maharaja Akihito dan Maharani Michiko dibawa melawat Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan.

Baginda berdua tiba di galeri berkenaan pada 3.10 petang dengan diiringi oleh Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Galeri yang dirasmikan pada 7 Disember 2003 oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu bertujuan menjadikannya sebagai sebuah gedung ilmu pengetahuan yang berfungsi mengumpul, menyimpan, memelihara, menyelidik, mempamer dan menerbitkan segala khazanah sejarah serta warisan kesultanan dan kebudayaan Istana Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sebelum dijadikan galeri, ia merupakan Istana Hulu atau Istana Kota Bukit Chandan yang kemudiannya dipilih sebagai Galeri Diraja Negeri Perak berdasarkan bangunan berkenaan yang merupakan istana lama berusia hampir 100 tahun (dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1903).

Maharaja Akihito dan Maharani Michiko yang turut menandatangani buku pelawat galeri itu meluangkan masa hampir 20 minit melihat bahan pameran seperti lanca, basikal yang digunakan oleh Sultan Azlan semasa zaman persekolahan serta susur galur Kesultanan Perak melalui pameran bergambar mengenai sultan terdahulu.

Turut dipamerkan ialah gambar pembabitan Sultan Azlan Shah dalam sukan hoki, gambar keluarga diraja dan sejarah kehidupan Sultan Azlan Shah dari zaman persekolahan baginda hingga pencapaian tertinggi dalam bidang perundangan serta pemerintahan negara.

Pasangan diraja Jepun kemudiannya meninggalkan galeri berkenaan untuk melawat Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan dalam perjalanan itu baginda berdua berkesempatan melihat pokok getah tertua di Malaysia yang terletak berdekatan dengan Pejabat Daerah Kuala Kangsar.

- Utusan Malaysia -




[ Last edited by  HangPC2 at 18-11-2007 04:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 05:15 PM | Show all posts

Reply #9 HangPC2's post

Err takde cakap pun dia melawat komuniti tu...semua yang berkaitan dengan istana Perak aje...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 06:45 PM | Show all posts

Reply #8 alphawolf's post

Yerp, hehe sorry lah kalau silap fakta, dah lama tak baca sejarah donia nie. Tapi aku rasa memang pada zaman zaman tu, ramai bangsa bangsa lain dah duduk kat tanah melayu kot, cuma kita jer tak perasan kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 09:52 AM | Show all posts

Reply #11 St.Yeepi's post

Memang Jepun ada...bukak kedai gambar la, jadi tukang gunting la, pelancong la...semua cover line aje....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 18-11-2007 05:15 PM
Err takde cakap pun dia melawat komuniti tu...semua yang berkaitan dengan istana Perak aje...



aku pernah pegi kat satu pekan kat belah taiping tak silap aku dulu diorang cakap dulu situ banyak orang jepun duduk kat situ sebelum perang dunia kedua lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 11:56 AM | Show all posts
Kubur Jepun awal abad ke 20 pun aku pernah tengok kat perak bukan kubur askar jepun lah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 09:26 PM | Show all posts

Reply #14 HangPC2's post

kat kl nih pon ade gak kubur orang jepun.. dekat2 jalan nak ke DBP
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 01:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2007 11:49 PM | Show all posts
Wanita Jepun datang ke mari sebelum perang dengan muslihat, ada yg jadi jurugambar, ada yg masuk kampung jual itu dan ini, dan orang kampong boleh pulak memakainya.. (main ehem) sampai mengandung, bila dah mengandung depa balik beranak kat Jepun, datang yang baru, masuk kg. mengandung lagi.... balik jepun, dalam beberapa tahun berpuluh ribu bayi dilahirkan oleh wanita Jepun dengan cara ini... Semuanya berbapakkan orang tanah melayu... bayi ini dibela oleh Jepun dan dididik secara khas untuk dijadikan tentera, kemudia setelah besar datang menyerang tanah air bapak depa....

Plan Jepun mengumpul askar sebegitu memang diketahui oleh dunia... perancangan jangka panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 10:15 PM | Show all posts










Scroll Cover


Dihadiahkan Oleh Komuniti Masyarakat Jepun Di Negeri Perak Kepada DYMM Sultan Abdul Aziz




Sources : http://azizanzolkipli.multiply.com    (Muzium Perak)




Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 06:46 AM | Show all posts
Originally posted by paler kembang at 25-12-2007 11:49 PM
Wanita Jepun datang ke mari sebelum perang dengan muslihat, ada yg jadi jurugambar, ada yg masuk kampung jual itu dan ini, dan orang kampong boleh pulak memakainya.. (main ehem) sampai mengandung ...


benar ka ni?
entah2 aku pun ada darah jepun..or cina..
aku ni bangsa melanau..
sebab aku tengok ...auntie aku muka cam cina..tapi kami ni Melanau
beranak pinak..kuar anak rupa cam cina or jepun
entahla...maybe org melanau memang rupa cam tuh kot..
antara semua bangsa...korg boleh kenalpastikan kami..
sebab org Melanau nih biasanya jaw kami ni besar...
and selalu org ingat kami ni cina or jepun

sebenarnya aku tak tau gak asal usul bangsa aku..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 06:55 AM | Show all posts
Bagisebahagian besar penduduk negeri Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa yang samaseperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Ramai yang tidak mengetahuiasal-usul dan makna perkataan 'Melanau'.


Kira-kirasetengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan KerajaanKesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihatkeadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari,sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tibabertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasiyang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakahyang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau,Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedarioleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'.


'Panau',begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana berertisalah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini.Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan inidilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yangdinamakan "Idus" dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebaborang yang bekerja 'panau' harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuhbatu. Daun-daun 'mulong' dijadikan umpan. Di tengah-tengah laut inilahkadang-kadang terjadi ribut yang kencang dan gelombang besar yang datang dengantiba-tiba. Sekiranya mereka memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karamdan boleh jadi nyawa mereka juga mungkin terancam.


Kiranyasaudara berasal dari tempat yang penduduknya orang 'Melanau', janganlah berkecilhati apabila dipanggil orang 'Melanau' kerana ia bukanlah merendah martabat,pangkat dan bangsa. Ianya adalah semata-mata satu pekerjaan yang dipusakai olehdatuk-nenek moyang kita.


Andaianlain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama 'Meranau' (Maranao)atau 'Mindanau' (Mindanao). 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum diMindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yangdidiami orang Melanau sekarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.079296 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list