CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NAGAmerah

Projek Serbuan Subuh (The Great Dawn Raid Sept 1981)

[Copy link]
Post time 11-4-2016 12:24 PM | Show all posts
ada jugak connection dgn rothchild kan..hebat2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 01:04 PM | Show all posts
Bagus jika difilemkan....ada jgk kisah sejarah dari dari bacaan je...Tapi..yg Guthrie sekarang bagus ke tak...Sime Darby bawah Guthrie ke..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 02:01 PM | Show all posts
bagus difilemkan.. biau budak2 skang tahu ape pemimpin dulu2 buat tuk kembalikan rete n maruah negara..

again, serangan subuh ni x de org tulis buku ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 02:47 PM | Show all posts
MANTAN PM DAN PM KITA MEMANG TERBAIK...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kisah benar bagaimana sekumpulan anak Melayu mengambil semula tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan ekonomi ke atas Britain.

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London.


Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan antara syarikat ladang terbesar British  jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru sahaja memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Ada 10 Bahagian :

1 Latarbelakang – Miskin Melayu dan Kayanya Inggeris
2 Detik Hitam 13 Mei 1969
3 Dasar Bagi Membantu Orang Melayu
4 Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting
5 Dato Ismail Ali Memimpin Serangan
6 Kerjasama Pelbagai Pihak
7 Mengapa Guthrie ?
8 Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”
9 Mahathir Terus Menekan British
10 Laba Besar dari Serangan Anak Melayu









Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
1) Latarbelakang – Miskin Melayu dan Kayanya Inggeris

Selepas Malaya merdeka pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur.

Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil.

Walaupun orang Melayu adalah bangsa majoriti, bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%.

Walaupun tidak lagi menjajah, Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah. Dan mereka adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2018 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
2) Detik Hitam 13 Mei 1969

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan berlaku berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka.

Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru, Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan bandar yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
3) Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga untuk mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi dalam masa yang panjang.

Walaupun adanya dasar baru ini, jumlah tanah syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an. Tetapi pegangan ini naik kepada lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British. Pembelian demi pembelian ini menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British tidak mahu menjual tanah mereka kepada kerajaan. Mereka melengah-lengahkan usaha untuk bekerjasama dengan kerajaan dan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan berakhir tanpa sebarang resolusi.

Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk melaksanakan penanaman semula getah bagi pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja. Pada British ini semua menyusahkannya.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, iaitu sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia.

Usaha kerajaan ini tujuannya satu — agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur.

Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah. Rupa-rupanya kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
4) Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf.

Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tiada rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China. Kata beliau, ini menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain. Inggeris juga dikatakan menaikkan yuran kepada pelajar asing di situ, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di Britain yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya ada 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau kepada British diperlekehkan.

Tidak lama kemudian, London juga menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia yang merdeka seperti tanah jajahannya yang lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Remyda at 17-12-2018 04:56 PM

5) Dato Ismail Ali Memimpin Serangan

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali.

Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB untuk membantu orang Melayu.Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, Ismail yang berkelulusan Cambridge dikatakan sering menunjukkan sikap tidak mesra Inggeris.

Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama  jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered diarahkan agar dipindahkan ke bank tempatan.

Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga berang dengan  Inggeris. Kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan oleh MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris sebagai penguasa ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Gambar di bawah Tun Ismail Ali (tengah) , Tan Sri Lin See Yan (Deputy Gabenor Bank Negara, kiri)  Tun Mahathir (kanan) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (belakang). Gambar ihsan NST Aug 9, 1998 dalam artikel Ismail – A Life of Integrity oleh Joceline Tan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bront palarae ada wat film.. lum keluar lagi.. atok hebat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia memang penuh strategi.
Setakat anwar ni, Madey kuis kuis aje

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
6) Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan mengambil alih syarikat mereka secara serang hendap.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih.

Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambil alih Guthrie boleh dibuat.

Syaratnya satu. Ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal operasi untuk mengambil alih ini (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang diperkenalkan untuk orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak sedar yang kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
7) Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki oleh pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra dengan PNB.

Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB hanya memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker di London bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur yang lebih kecil.

Ideanya di sini ialah supaya sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan juga di London dibeli serentak sebelum bursa London dibuka. Dan saham-saham ini mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan serangan rahsia ini berjaya, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung.

Mohammad Desa Pachi, iaitu Ketua Eksekutif PNB sendiri ketika itu tidak dimaklumkan secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
8) Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka.

Apabila bursa London dibuka, PNB hanya akan mengisytiharkan berita menggemparkan yang ia telah membeli saham-saham Guthrie sehingga ia menjadi pemegang utama dan menguruskan dokumentasinya sahaja. Ini bakal memberi kejutan kepada Guthrie dan menyebabkan sudah terlambat untuk ia menghalang serangan .

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi sehingga dana yang ada tidak cukup untuk mengambil alih syarikat. Inggeris juga akan bertindak balas untuk menggagalkan serang hendap ini.

Di Malaysia Khalid diberi tugas menguruskan pembelian. Beliau optimis yang Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu. Tugas beliau — berjumpa dengan pengerusi OCBC untuk memujuk OCBC agar menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu. Beliau perlu melakukannya pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Proses tawar menawar itu memakan masa yang lama dan berakhir dengan berita buruk.

OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka hanya ada satu pilihan. Teruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses membeli Guthrie bagi pihak PNB sepantas mungkin.

Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) untuk menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran untuk membeli 5% saham dari orang Inggeris.

Dan walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam sahaja, PNB berjaya memiliki 8 juta saham Guthrie. Ini adalah 50.41% dari keseluruhan syarikat — yang dimiliki tanpa disedari atau dengan keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
9) Mahathir terus menekan British

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan sistem di Bursa London oleh bekas tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”.

Sebagai tindak balas, London kemudiannya meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak hilang dari tangan Inggeris dengan cara sama.

Sebulan selepas kehilangan Guthrie, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya, kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham lain Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur. Ini sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Kata beliau, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang kulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini, cara kerja Inggeris yang pernah menjajah tanah Melayu akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Keratan akhbar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi keratan akhbar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
10) Laba Besar dari Serangan Anak Melayu

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat ladang besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia — juga kepada PNB.

Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di negara ini kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Dan oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada aset-aset Inggeris yang ada di seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.099648 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list