|
Projek Serbuan Subuh (The Great Dawn Raid Sept 1981)
[Copy link]
|
|
10) Laba Besar dari Serangan Anak Melayu
Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.
Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.
Tidak lama selepas itu, tiga syarikat ladang besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia — juga kepada PNB.
Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di negara ini kembali ke tangan rakyat Malaysia.
Dan oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada aset-aset Inggeris yang ada di seluruh dunia.
Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.
Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.
Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.” |
|
|
|
|
|
|
|
Rujukan:
Shakila Yacob & Khadijah Md Khalid (2012): Adapt or Divest? The New Economic Policy and Foreign Businesses in Malaysia (1970-2000), The Journal of Imperial and Commonwealth History, 40:3, 459-482
Shakila Yacob & Nicholas J. White (2010): The “Unfinished Business” of Malaysia’s Decolonisation: The Origins of the Guthrie Dawn Raid, Cambridge University Press 2010
Karminder Singh Dhillo (2009): Malaysia Foreign Policy in the Mahathir Era, 1981-2003: Dilemmas of Development
Brian Ritchie (2005): Coalitional Politics, Economic Reform, and Technological Upgrading in Malaysia, Elsevier World Development Vol 33, pp 745-761
Abdul Rahman Embong (1996): Social Transformation, the State and the Middle Classes in Post-Independence Malaysia, Southeast Asian Studies, V01. 34, No. 3, December 1996
Boon Kheng Cheah (2002) : Malaysia: The Making of a Nation
Tin Price Moves Jolt Market : Reuters (The New York Times); Financial Desk, November 28, 1981, Saturday
Surat Terbuka Dr. Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Jun 1969
PNB Wrests Control of Guthrie Corp : The Straits Times Singapore, September 9, 1981
PNB Making Up For Lost Time: The Straits Times Singapore, September 16, 1981 |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik! thank you for sharing |
|
|
|
|
|
|
|
The dawn raid ni buat aku teringat kisah Rotshchild jatuhkan Bank of London dan kemudian take over bank tersebut. Sampai sekaranglah keturunan beliau menguasai bank2 seluruh dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya jasa Tun tapi sayangnya bangsanya sendiri yang perlekehkan dia sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Wow |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat & berani Mahathir ni ye. Kuku besi. Someone should post these on twitter / fb kasi viral. Jgn tunduk pd cina |
|
|
|
|
|
|
|
Tun membawa balik semua berbillion aset rakyat malaysia ketanah air.....sygnya ianya telah di tukar nilainya kepada beratus2 handbag kulit buaya |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak tayang filem nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana pegi thread yang satu lagi ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|