View: 5283|Reply: 28
|
Proton akan tamatkan rundingan dengan VW dan GM.
[Copy link]
|
|
Berita terbaru (TV3) pagi tadi memaklumkan bahawa Proton akan menghentikan perbincangan dengan VW dan GM untuk urusan pengambilalihan or JV dengan dua syarikat gergasi tersebut!Alasannya , sebab Proton kembali pulih bersandarkan jualan Persona (model yang baru dikeluarkan) sudah mencecah 22K unit dalam tempoh 3 bulan!
Sapa2 yang tahu pasal ni, kasi info!tapi bagi aku....ini berita sedih sebab tidak dapat beli kereta VW dengan harga yang munasabah berbanding sekarang! |
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku tu bukannya berita sedih pun... sebab even kalau wak segan beli saham Proton pun harga keter wak segan kekal gak mahal... in fact kalau wak segan beli sumer saham Proton lagi la teruk, sebab bila Proton dah bukan lagi syarikat automotif Malaysia, keter2 Proton yang sekarang harga dier akan mencanak naik 3 kali ganda harga sekarang laa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 haliem's post
ada baik pun... aku harap lepas ni takde royalti perlu dibayar.. so the price of the car should be maintained dan improve kualiti...
kalao VW bali kepentingan dlm proton pun, harga VW takkan murah punya...
look what happened to WAJA 1.8 (Renault drive by wire system)..
dulu mitsu ada share dlm proton gak.. takde plak mitsu nak jual EVO dgn harga murah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 haliem's post
ada baik pun... aku harap lepas ni takde royalti perlu dibayar.. so the price of the car should be maintained dan improve kualiti...
kalao VW bali kepentingan dlm proton pun, harga VW takkan murah punya...
look what happened to WAJA 1.8 (Renault drive by wire system)..
dulu mitsu ada share dlm proton gak.. takde plak mitsu nak jual EVO dgn harga murah |
|
|
|
|
|
|
|
bersama dengan berita tu jugak dimaklumkan bahawa cukai kereta tak naik....bermakna harga kereta patut stabil...sapa-sapa nak beli kereta boleh teruskan lah. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehhe....dah agak lama dah. tahun lepas lagi mase aku kat germany sembang2 ngn duta malaysia kat sana dia dah kata tgklah nanti tak ke mana pun rundingan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by IDB at 21-11-2007 11:40 AM
bersama dengan berita tu jugak dimaklumkan bahawa cukai kereta tak naik....bermakna harga kereta patut stabil...sapa-sapa nak beli kereta boleh teruskan lah.
selama ini pun harga kereta di Malaysia memang tinggi.At least jika Proton JV dgn VW kemungkinan dapat harga dan kualiti yang lebih baik dan harga kompetitif.Tengok harga Kia Carnival (CBU) dulu RM160K tapi bila pasang sini jadi Naza Ria RM110K (CKD)....kecualilah kerajaan nak ubah balik polisi yang telah berjalan! |
|
|
|
|
|
|
|
Memang tak ke mana nyer pun, sebab masing2 ada kepentingan dier sendiri... kerajaan taknak Proton jatuh tangan syarikat asing dan wak segan pulak berminat nak jajah syarikat automotif lain... tengok laa camaner dier dah jajah syarikat automotif Republik Czech, Skoda tu... kalau Proton buat joint venture dgn wak segan, nasib Proton akan jadik macam Skoda.
Kalau nak gak buat joint venture, lebih baik buat dengan syarikat automotif India macam Tata, Mahindra etc. sebab bukan jer dapat akses pasaran India yang besar, tapi gak dapat buat keter dengan harga lebih murah tapi berkualiti dan gak dapat akses untuk teknologi dan platform lain cam SUV, enjin diesel etc. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak tak jadik JV or mungkin VW nak kontrol proton.
Proton mampu bersaing kalau tak krn birokrasi & kroni yg supply parts hampeh tu. Baik carik partner yg buleh develop enjin yg lebih jimat minyak & powerful. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak tak jadik JV or mungkin VW nak kontrol proton.
Proton mampu bersaing kalau tak krn birokrasi & kroni yg supply parts hampeh tu. Baik carik partner yg buleh develop enjin yg lebih jimat minyak & powerful. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku .. ini berita gembira |
|
|
|
|
|
|
|
saham proton jatuh merudummmm.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 d34n's post
saham honda jatuh ke tak din..?? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi aku rasa proton down jugak.... nk ikut MAS mmg r dorg blh control, ni kete, kapal torobang tu lean bang... jual service & product laen. celah mane aku tgk selame ni mcm tu jgk.... nk isue kn quality... mcm tu jgk dr dlu... problem memanjang... nk isue kn model & design br... cilok jgk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by d34n at 21-11-2007 05:31 PM
saham proton jatuh merudummmm..........
aah
Proton Cecah Harga Paling Rendah Sejak Tujuh Tahun Pada RM4.06
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Harga saham Proton Holdings mencecahparas paling rendah sejak tujuh tahun pada RM4.06 hari Rabu sejak 2000berikutan pengumuman kerajaan semalam yang pengeluar kereta nasionalitu akan beroperasi bersendirian, tanpa rakan kongsi asing.
Pada pukul 4 petang, harga saham Proton jatuh 17.81 peratus atau88 sen kepada RM4.06 setelah dibuka 24 sen lebih rendah pada hargaRM4.70 berbanding RM4.94 ketika penutup semalam.
Penganalisis Automotif OSK Research Sdn Bhd Jeremy Goh berkatausahasama dengan rakan kongsi asing penting bagi Proton untukmemudahkan pemindahan teknologi, penambahbaikan dalam kualitipengeluaran dan penempatan jenama syarikat di dalam pasaran global.
"Sekiranya usahasama itu berlaku, dalam jangka lebih panjang, iaakan memanfaatkan syarikat dari segi meningkatkan keyakinan pembeli danmenggalakkan jualan," kata kepada Bernama di sini.
Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semalam berkataProton tidak perlu rakan kongsi asing untuk terus beroperasi dan akanberoperasi sebagai entiti bersendirian untuk tempoh sekarang.
Nor Mohamed berkata pemulihan yang dilihat di Proton dalambeberapa bulan kebelakangan adalah sebenar dan oleh itu, tanggapansebelum ini yang Proton memerlukan rakan kongsi asing untuk terusberoperasi tidak boleh diterima lagi.
Apabila ditanya bagaimana harga saham Proton akan bergerak padamasa akan datang, seorang penganalisis dari Aseambankers Malaysia Bhdyang mahu namanya dirahsiakan berkata ia kini diniagakan dalam arahaliran menurun kerana kebanyakan pemain saham menjual saham mereka ditengah-tengah kekurangan pemangkin.
"elabur di pasaran terus tertekan dan kecewa dengan pengumumankerajaan kerana kebanyakan mereka berharap Proton akan memperolehiperkongsian asing," katanya.
Dalam jangka sederhana, katanya saham Proton mungkin pulihmemandangkan model terbarunya, Persona, mencatatkan jualan yang kukuhdengan tempahan kira-kira 22,000 unit menjelang akhir Oktober berikutanpelancarannya pada pertengahan Ogos lalu.
Syarikat itu juga baru-baru ini memperolehi janji niaga untukmengeksport 5,000 unit Waja ke Iran dan rancangan sedang diatur untukmemasang 40,000 unit Waja setahun menjelang 2012 dan juga mengusahakandua model baru bagi pasaran China.
Goh berkata: "Kami akan terus menilai Proton pada diskaun tinggi40 peratus kepada Aset Ketara Bersihnya (NTA), memperolehi hargasasaran kami RM5.15, sebab itu kami berkecuali dalam meletak hargasahamnya."
"Bagaimana pun, dengan semangat begitu tinggi dibina ke ataspenggabungan strategik akan berlaku, kami menganggap harga saham jangkapendek berkemungkinan merosot," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
mesti diorang dah pikir masak-masak sebelum buat keputusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
haku tertinggal boeing 747....tup tup...ryo, squall, waksir dan haliem dah mengganazzz semula.....nih dah bagus....hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Squall-Leonhart at 21-11-2007 12:25 PM
Memang tak ke mana nyer pun, sebab masing2 ada kepentingan dier sendiri... kerajaan taknak Proton jatuh tangan syarikat asing dan wak segan pulak berminat nak jajah syarikat automotif lain... ten ...
yes..technology transfer + market......bijak..bijak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 ryo_takahashi1's post
saham honda masih berada di paras yg memberangsangkan hasil daripada pengukuhan nilai yen berbanding dolar..... |
|
|
|
|
|
|
|
bila politik dan biz dicampur aduk ni la jdnye..dorang igt bila sales persona naik,proton leh survive la tanpa partner luar..dlm biz wat keta bkn sales semata-mata yg ditgk..teknologi,ekonomi berskala,brand,public perception sume tu mainkan peranan..wa nak tgk smp mana proton leh survive..wa tabik kat proton kalo leh survive 10thn akan dtg..dgn syarat proton jgn mengemis kat k'jaan mintak duit rakyat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|