CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2318|Reply: 17

Kes penghinaan melampau

[Copy link]
Post time 24-11-2007 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia .... Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas.

Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai
tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang
sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu
ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut. Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager
Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang dilakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah... Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah
agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat.
Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas di hina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana
bertindak demikian. Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi
kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam. Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!


Aku dapat citer ni pun kat frenster, kengkawan dok antar. Betul ke kejadian ni? Kalo betul, memang tak patut la dalam negara kita yang Islam agama rasmi boleh jadi sampai camni, sian mamat tu. Yang cina tu pulak, memang melampau!:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2007 11:43 AM | Show all posts
Tifooo..............
cerita tak masuk akal......
sapalah yg suka menyebarkan email mcm ni, suka cucuk mencucuk,
jgnlah sebarkan email bodoh mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 11:47 AM | Show all posts
Kalau ini cerita betul, ramai yang nak offer pemuda cashier tu kerja, aku pun boleh panggil dia interview kat bank aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 11:59 AM | Show all posts
harap2 x betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 12:16 PM | Show all posts

Reply #1 kelkatu9's post

crita 2 tahun lepas ni. saja je, propaganda.
harap jgn hangatkan berita basi camni.

sensitif.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 12:33 PM | Show all posts
confirm ke cerita nih rekaan?? kalau benar bagaimana?? kalau xda angin masakan pokok boleh bergoyang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2007 12:54 PM | Show all posts

Reply #6 pinguin's post

kalu ye pun betul, agak2 nabi kita akan tumbuk tak org kafir tu?

dlm kes yg lebih besar, ramai org islam mati kerana "maruah".
maruah diri, atau maruah islam? tapi bukan kerana islam.

sesungguhnya, sesuatu amalan itu dikira atas dasar niat (hadis nabi).
kalu mati kerana islam okey la, tapi mati kerana org kafir hina islam? untuk apa surah al-Kaafirun di turunkan kalu kita tak baca, paham, hayati isi nya?






[ Last edited by  bzzts at 24-11-2007 01:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 01:15 PM | Show all posts

Reply #7 bzzts's post

tidak tepat pemahaman surah al-kafirun dlm masalah ini..

Islam amat menitikberatkan pemeliharaan terhadap keturunan, maruah, harta dan nyawa..

jadi setiap muslim wajib memelihara maruah diri, keluarga, agama dan negara.. jika org menghina maruah diri kita dgn cara memukul dan memaki, adakah kita mahu berdiam diri? jika org menghina maruah agama kita, adakah kita mahu berdiam diri?

diakui bahawa tindakan menumbuk itu tidak tepat dan salah. tp tindakan berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa apabila maruah saudara seagama dan maruah agama sendiri dihina, ia lebih memalukan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2007 01:32 PM | Show all posts

Reply #8 goldraja's post

sikit setuju dgn statement ko.

tapi tidakkah kita umat islam sentiasa sensitif dan mudah melenting bila islam di herdik, hina, perli, dipersenda? sedangkan kita sendiri dok hina cerca org2 kafir? contohnya "kafir laknatullah" ditujukan kepada seseorang bukan islam kerana tidak bersefahaman dgn kita.

contoh lebih jelas, bila kartunis melukis kartun nabi besar kita, dan seluruh umat islam didunia mahu kartunis itu dihukum bunuh ! aku tak suka bila tindakan itu dikatakan tak ubah macam geng syiah yang mengagunggkan Saidina Ali. sanggup berbunuhan kerana tak mau terima Nabi Muhammad, mereka lebih memuliakan Ali. tapi dlm kes ni, kita agungkan Muhammad secara emosi. islam telah dihina sejak zaman pendakwahan nabi Muhammad lagi. dah beratus tahun islam dihina. tapi nabi kita tidak bertindak menghukum org kafir kerana menghina. bagaimanapun, kita dibenarkan berperang (serang bila diancam) dan jika mati, itu dikira syahid. disitu lah, ancaman tersebut dikategorikan kepada beberapa bahagian, antaranya ialah negara, keluarga, ugama dan bangsa. Nabi Muhammad adalah seorang yang cool, penyabar. kenapa kita takleh ikut sifat yang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by pinguin at 11/23/07 08:33 PM
kalau xda angin masakan pokok boleh bergoyang?


Orang pon boleh goyangkan pokok gak.

Seriously, spreading rumors and hoaxes is not new to mankind. It's not new among Muslims too.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 01:52 PM | Show all posts

Reply #9 bzzts's post

dari sisi yg lain, pendapat ko mmg betul..

umat Islam ni kadang2 terlalu sensitif.. sehinggakan bila berlaku apa-apa perkara yg dianggap "menghina", kita begitu mudah melenting. seolah-olah tiada toleransi atau timbang rasa dlm agama. cuba kita hadapi dahulu sesuatu perkara yg dikatakan "menghina" itu dgn tenang dan diplomasi. mungkin dgn cara ini, org yg "menghina" itu akan mudah menerima dan sedar akan kesilapannya.. tindakan umat Islam sendiri yg suka menggelar non-muslim sebagai kafir laknatullah ini juga dilihat keterlaluan. jadi tidak hairanlah jika non-muslim juga memulangkan paku buah keras kepada umat Islam sendiri..

ini sekadar pandangan.. fatwa bunuh seperti yg dikeluarkan oleh ulama syiah ke atas Salman Rusdie, sebagai contoh, merupakan jalan terakhir setelah penulis tersebut tidak menarik balik hasil tulisannya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 02:19 PM | Show all posts

Reply #11 goldraja's post

setuju sangat.

harap ramai baca thread ni dan tak ikut emosi.
dan yg dpt email ni pun tidak tergopoh forwardkan kepada org lain, takut jadi umpama tambah minyak pada api.

musuh islam sedar islam akan menang kalu berperang. tapi kalah dari segi minda. sebab tu mereka serang guna psikologi. sebab tu byk sangat bahan yg memesongkan fikiran kita. tv sbg contoh penyebaran budaya songsang, secara auto akan meresap dlm fikiran penonton. dan akhirnya dianggap "natural". paling baru , isu "gay"; byk dlm tv dan terbaru : "chuck & larry". harap org ramai tak tengok crita ni. kalu dah tengok, delete la mesej dan pahaman dari crita tu dari pala otak korang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 02:16 PM | Show all posts
Kes penghinaan melampau ni bukan perkara baru di negara kita ini. Mengikut sejarah sejak zaman selepas perang dunia lagi sudah berlaku kes penghinaan terhadap agama Islam ini. Ketika Bintang Tiga berkuasa sekejap selepas tamat perang maka mereka telah melakukan berbagai-bagai penghinaan kepada Islam dan khusus kepada orang Melayu. Masjid2 dicerobohi dan dilontarkan tulang2 babi ke dalamnya. Ramai ustaz2 dan orang Melayu dibunuh mereka. Ketika itu baru orang Melayu sedar dan bertindak balas. Panglima Hitam di Johor hampir2 saja nak melenyapkan terus kaum yang menghina Islam ini jika tidak ada campurtangan dari Dato Onn yang menghalangnya.

Ketika sebelum peristiwa 13 Mei juga berlaku berbagai-bagai penghinaan terhadap Islam. Mereka telah bertindak berarak-arak masuk ke kampung2 Melayu sambil menjerit-jerit menghina orang Islam sehinggakan menunjukkan kemaluan mereka ketika orang Islam sembahyang di masjid2(rujuk buku 13 Mei oleh Tunku Abdul Rahman). Peristiwa di Sentul pula seorang Hindu berani menunjukkan kemaluannya ketika umat Islam sedang sembahyang di masjid dan kesan selepas itu maka baru orang Islam bertindak balas.

Kini berlaku lagi banyak kes2 penghinaan terhadap Islam. Di Pulau Pinang pernah terjadi pergaduhan yang besar akibat penghinaan terhadap Islam juga. Kuil haram yang dibina sebelah masjid sengaja mengganggu ketenteraman orang Islam hendak sembahyang dan ketika diarahkan pindah maka mulalah mereka menunjukkan besar kepala mereka melakukan penghinaan.
Di Kulim pun pernah terjadi kumpulan yang berarak-arak Taikpusam sengaja berhenti depan masjid ketika orang Islam hendak sembahyang dan berlaku juga peristiwa2 yang tidak di ingini.

Orang Melayu ni baik-baik agaknya dan suka mengamalkan tolak ansur. Depa tolak kita dok ansur-ansur.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 02:28 PM | Show all posts
kita nie mudah sgt terima berita yg di sampai kan dr mulut ke mulut, emel ke emel sebagai fakta.....bukan ker kita di suruh apa bila menerima satu perkhabaran, kita perlu siasat kesahihan perkara tersebut, lagi lagi lah apa yg kita baca tue td bersifat sensitif pd umat islam...mana dtg sumber tue...sahih or tak..berlaku atau sengaja di ada-adakan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by helmetkebas at 27-11-2007 02:28 PM
kita nie mudah sgt terima berita yg di sampai kan dr mulut ke mulut, emel ke emel sebagai fakta.....bukan ker kita di suruh apa bila menerima satu perkhabaran, kita perlu siasat kesahihan perkara ...


Kes-kes penghinaan Islam di RSF board tu ko percaya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 03:57 PM | Show all posts

Reply #16 Gravedigger's post

penghinaan yg di buat pd umat islam jgn pulak kita balas dengan penghinaan yg sama semata mata kita rasa terhina dengan kenyataan diorg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2007 04:15 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 24-11-2007 12:54 PM
kalu ye pun betul, agak2 nabi kita akan tumbuk tak org kafir tu?

dlm kes yg lebih besar, ramai org islam mati kerana "maruah".
maruah diri, atau maruah islam? tapi bukan kerana islam.

se ...



Rasulullah saw sesungguh nya TIDAK PERNAH TUMBUK or BUNUH oghang.
Yang paling hampir pung...........semasa Baginda saw melepaskan anak panah nya dan terkena sedikit pada leher seorg Pembesar Quriash di dalam peperangan.

Pembesar tersebut lari ke hulu ke hilir....mengatakan Rasulullah saw sudah membunuhnya.
Dier di ketawakan olih kenkawannya kerana luka tersebut hanyalah melecet sedikit.

Tapi akhir nya dier mati juga.

HARUS miker ketahui......
Pernah seorg Para Sahabat r.a. syahid pabila mempertahankan maruah wanita Islam yg di tarik tudung nya olih Oghang Yahudi.

Dan teman ingin bertanya sikit kat miker................."Apakah sumbangan/jasa miker di dalam mempertahankan MARUAH Islam dan juga Nabi saw??"
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 04:41 PM | Show all posts
semangat orang melayu ni memang tinggi sentiasa sedia berhadapan dengan apa saja cabaran dan tetangan
malangnya disitu ada kelemahannya di mana kita mudah melupakan sejarah hitam sebelumnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068334 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list