CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LEhaaaaaaaaaaaa

Problem temperature naik

[Copy link]
Post time 26-12-2007 10:35 AM | Show all posts
seminggu sebelum cuti hari raya haji, tempreture kereta aku naik to the max, nasib baik dah dekat nak sampai worksyop dah, aku memang nak pegi situ pun  nak check sebab ada bunyi kasar sikit kat enjin kereta.

rupanyer bunyi kasar tuh disebabkan water pump kereta aku dah bocor.... so terpaksa la tukar..... bila dah tukar water pump tu, alang2 dah kena buka timing belt,n memang timing belt aku dah nak sampai time kena tukar, so terus la tukar timing belt sekali........ habis dekat RM 700 semua sekali.......

2 hari lepas tuh, tukar tayar pulak...... habis rm 800 pulak siap tukar brek pad , alignment n balancing.......

nak balik kg punye pasal , demi keselamatan aku n wife... berabis duit tak pe, janji sampai kg dgn selamat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2009 09:42 AM | Show all posts
kekawan,
mahu tanya la.

kalau temperature takmo naik2 kenapa ek?

nenek memandu around 40-60 saja. yelah jalan tak berapa elok, terpaksa la bawak selo babeng.
dan nenek jarang guna ekon.
dah memandu lebih kurang 20 minit pun, temperature tu naik seciput jer.

adakah rosak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 10:44 AM | Show all posts
Kurang air dalam radiator punca enjin panas

Apabila anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Salah satu sebab ialah kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas.  Selain itu, enjin panas juga berpunca daripada paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk.    Malah, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.
Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.

Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu.

Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Selepas itu, periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.
Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.

Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.


Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan. Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan. Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu. Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.       Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.


Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.   Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.   Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.  Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas. Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas.   Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 01:30 PM | Show all posts
pakai keta ni byk masalah betul ler...

[ Last edited by  acts1869 at 6-3-2009 13:31 ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 01:58 PM | Show all posts
seigt2 aku la masa pakai wijau dlu.. 3 kali prob temperature naik

1 sbb kipas x pusing, 1 sbb water pump rosak, 1 sbb paip bocor..

tensen btul
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 12:07 AM | Show all posts
gasket bakau kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2009 01:43 AM | Show all posts
aku pakai wira n pernah jd mcm tuan tanah.bila jln,temperature ok,bila stop, temperature naik.so...aku gi kedai potong,tkr motor n kipas sekali,kena RM50 shj.dah masuk 3 thn,ok je...
baru ni tkr timing belt=RM120, water pump=RM50.upah RM60.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 10:53 AM | Show all posts
maaf nak tanya,
temperature kete saya ni akan naik tinggi sangat kalau bawa slow or tgh queue kt tol. tapi kalau jalan cm biasa.. ok plak dia.. memang cmtu ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 11:04 AM | Show all posts
uncun posted on 25-2-2013 10:53 AM
maaf nak tanya,
temperature kete saya ni akan naik tinggi sangat kalau bawa slow or tgh queue kt t ...

kete apa cun?air radiator chek tak?
biasanya dlm kes mcmni kipas radiator atau temp sensor dah rosak
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 11:15 AM | Show all posts
zulka posted on 25-2-2013 11:04 AM
kete apa cun?air radiator chek tak?
biasanya dlm kes mcmni kipas radiator atau temp sensor dah ro ...

kete kancil auto..

mm.. tu le.. baru je servis mnggu lps xkan rosak kot.. isk isk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 12:01 PM | Show all posts
uncun posted on 25-2-2013 11:15 AM
kete kancil auto..

mm.. tu le.. baru je servis mnggu lps xkan rosak kot.. isk isk...

seperti yg telah kuduga....cuma tak sebut je tadi...
emm..kete kancil stended memang selalu ada problem ni...
kalau ada masa, pegi jumpa pomen ekon..minta buat pass wiring...takyah melalui relay kipas..
maknanya start enjin je kipas radiator akan terus pusing....
  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 12:04 PM | Show all posts
zulka posted on 25-2-2013 12:01 PM
seperti yg telah kuduga....cuma tak sebut je tadi...
emm..kete kancil stended memang selalu ada p ...

oo ye ke... mmg salu problem cmtu ekk... huhu.. apakan daya.. itu saja yg mampu... anyway, thanks ya... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 02:02 PM | Show all posts
uncun posted on 25-2-2013 12:04 PM
oo ye ke... mmg salu problem cmtu ekk... huhu.. apakan daya.. itu saja yg mampu... anyway, thanks  ...

btw...akupun ader kete kancil gak bro.. sebabtu aku tau sgt problem kete ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 02:56 PM | Show all posts
haha LeHaaaa,,

agak2 sampai tengah jematan klo temp naik, hg panggil ja la tow truck pastu minta dia tolong lempaq lam laut wira hg tu...buleh kaaa pandangan lagu ni?? haha

klo x dak sangkot dgn engine block, maka pi la check radiator, hos, termostat etc, klo dah sangkot engine block, rajin2 la asah block
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 09:47 PM | Show all posts
zulka posted on 25-2-2013 02:02 PM
btw...akupun ader kete kancil gak bro.. sebabtu aku tau sgt problem kete ni....

hehe.. thanks sgt.. info tu sgt membantu.. dah g bengkel.. check2 mmg motor kipas radiator rosak..so tukar le..terbang RM200..hukhuk...siap mnta tukar air coolant..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:43 PM | Show all posts
errrr...aku terus buang je termostat tu..terus sejuk je enjin..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2013 11:45 PM | Show all posts
masalah naik temp nih la selalu berlaku.....dah makan tahun sejak kete bersasap kt highway. pasalnya pomen lupa tutup tangki air atau tutup tu jatuh sbb bila berasap tu...kite buka depan tgk penutup tu xde.

so sampai skg....dah ganti segala bagai still masih ade masalah temp naik. byk kali dah berlaku kes kete mati tgh jln. berasap,

dah  tukar radiator, tukar pump ke tangki, buka enjin, tukar kipas/ tali kipas, terbaru tukar kasket ke hapa,  ...........tapi tetap mcm tu jg. jln jauh air cepat kering berasap. pomen pn dah mati akal x tau nk tukar apa dah.....


raya cina baru2x nih berasap lg tgh jln, ....bw kete slow2x gi tepi pastu beli air mineral sejuk 4 botol masukkan je....start terus jln. dahaga rupanya keretaku, jln jauh bercuti









Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 08:58 AM | Show all posts
alya1 posted on 26-2-2013 11:45 PM
masalah naik temp nih la selalu berlaku.....dah makan tahun sejak kete bersasap kt highway. pasalnya ...

sebelum start kete pagi2 chek air radiator dulu.....jgn tggu smpai temp dah naik baru isi air...
kalau dh isi sampai 4 botol tu maknanya memang dah kering betul.....
kalau dah tukar semua2 brg ni :- radiator,water pump,head gasket,thermostat,kipas,relay,sensor.....aku rasa ada kebocoran dlm enjin...masa tukar minyk hitam periksa ada campuran air tak....kalau warna myk hitam tu putih campur hitam aderla bocor tang mana2...benda ni biasa terjadi kalau kete pernah overheat....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:15 AM | Show all posts
aku pon ada masalah temperature naik...tapi bukan temperature enjin la naik.

Temperature naik dekat dalam cabin waktu siang yang panas terik dan keta tak begerak. Buka air-cond macam tak serupa ada air-cond. sampaikan temperature hati aku pon naik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 11:30 PM | Show all posts
zulka posted on 27-2-2013 08:58 AM
sebelum start kete pagi2 chek air radiator dulu.....jgn tggu smpai temp dah naik baru isi air...
...

mmg sbl kuat rmh check air dulu......

hr tuh sbb jalan jauh byk tempat pergi tu yg kering kontang tuh.... padahal just kuar pagi balik malam je.....

tang minyak itam tuh pn dah check....lubang tuh pun dah tutup. pomen ckp lubang dab besar duit 50sen hr tuh.


but until now....still msh high temp x abis2x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.066154 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list