|
Tangkal / Azimat / Wafaq / Benang / Tali etc
[Copy link]
|
|
Jangan pandang remeh tangkat dan zimat ni terutamanya yang diambil dari bomoh2/dukun2 atau dari sami2 dikuil siam tu.
=============================================
DR. AMRAN KASIMIN
Terdapat perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menggunakan tangkal. Bagi menjelaskannya, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulisayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa; kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang, tasbih, kayu dan sebagainya.
Tangkal yang diperbuat daripada bahan pertama, tidak kira di manadi gunakan, sama ada digantung di leher, diikat di pergelangan tangan, di pinggang, diletak di bawah bantal, di bawah alas tempat tidur, digantung di dinding, atau di atas rangka pintu tidak harus digunakan berdasarkan kepada hadis umum yang bermaksud: Sesungguhnya jampi-jampi dan tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik - hadis riwayat Imam Ahmaddan Abu Daud.
Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yang bermaksud: Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah syirik - hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban danal-Hakim. Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalam Fathu`l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:
1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.
2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidak dapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayatal-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada ayat-ayat tersebut.
3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci, iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas, dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya.
Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya, Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh ulama yang terkemudian daripadanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan IbnAkim.
Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga sesetengah ulama salaf. Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan, iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama, iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan hidup orang Islam.
Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah) penggunaan tangkal. Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yang disokong oleh ulama yang terkemudian.
Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya juga doa-doa, maka hukumnya adalah syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.
Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal.
Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itudan memotongnya sambil berkata:
``Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi,tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik.
Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal telah kami tahu, apakah yang dinamakan ``tiwalah'' itu? Baginda menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.
Larangan menggunakan tangkal ini sama seperti fatwa yang dikeluarkan oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515). Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yang dijelaskan oleh hadis berikut:
Daripada Imran bin Husain sesungguhnya Nabi telah melihat seoranglelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelaki itu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan katanyaitu baginda bersabda: Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanya kamu tidak akan selamat - hadis riwayat Imam Ahmad.
Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu. Baginda s.a.w.menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kerana hatidan harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi manfaat atau mudarat.
Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah. Begitu juga perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah dikedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada hadis-hadis di atas.
Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayatal-Quran dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digantungkan pada manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan, atau untuk mendapatkan kebahagiaan. Perbuatan tersebut adalah syirik.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban danal-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya. Dia bertanya: Apa ini? ``Sehelai benang yang telah dibacakan jampi,'' jawabisterinya. Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya, kemudian dia berkata: Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik.
Zainab bertanya, ``kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi danapabila aku memakainya, air mata itu tidak keluar lagi. Abdullah menjawab: Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia akan mencucuk mata dengan jarinya. Cukuplah engkau membaca, seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut:
Hilangkan sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkauadalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit - hadis riwayat Ibn Majah, AbuDaud dan al-Hakim.
Pendapat keempat, penggunaan tangkal, tidak kira sama ada tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dan doa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju), logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benang dan sebagainya dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis:
Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka sesungguhnya dia telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik - hadis riwayat an-Nasaiy.
Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat, seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, sama ada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan ``bersama'' dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai ``hikmah'' untuk pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya, kemudian bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai ``an-nafath''. Orang yang berkenaan telah melakukan sihir.
Kalimah ``an-nafath'' asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripada mulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yangdi maksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan airludah. Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan dizaman jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4).
Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang. Orang yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam.
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendaki oleh-Nya - (an-Nisa': 48). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 20-12-2007 04:12 PM
Jangan pandang remeh tangkat dan zimat ni terutamanya yang diambil dari bomoh2/dukun2 atau dari sami2 dikuil siam tu.
=============================================
DR. AMRAN KASIMIN
Terdapa ...
thankyu geng sebab bagi info panjang lebar...
kalau betul tangkal tembaga tu bleh bagi kuasa bagi dorang.... makin dajal la perangai dorang lepas ni erkkk...
ini yg seharusnya kita tentang...
MAT REMPIT MUSUH NOMBOR SATU NEGARA... ia harus ditentang habis-habisan... |
|
|
|
|
|
|
|
Diharap pengguna tangkal azaimat ni dapat baca apa yang ditulis oleh Dr Amran Kasimin tu, sebab banyak yang tak ada pengetahuan tentang apa disebalik tangkal azimat ni kenapa dikatakan syirik... |
|
|
|
|
|
|
|
jom berak atas mat rempit konon bagus sekali eksiden terus mampos tp ade yg x mampos |
|
|
|
|
|
|
|
kebal sgt la tu meh aku sula sekali |
|
|
|
|
|
|
|
yg paling wa bengang kat mat-mat rempit ni... dorang ni semer ler bertanggungjawab membawa gadis-gadis suci belasan tahun ke lembah-lembah durjana lagi hina...bila habis madu sepah mula dibuang... pastu cari pempuan lain...
bila masuk time nak berbini... pandai plak nak cari pempuan yg baik-baik...@ :@ :@
siyesss wa cakap mat rempit zaman skarang memang mencabar wa punya tahap keimanan dan kesabaran...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki maut tangkal azimat tembaga disambar petir
Oleh Betty Subaryati dan Nor Fazlina Abd Rahim
TUMPAT: Tangkal tembaga yang dipakai seorang lelaki di pinggangnya sejak 15 tahun lalu, kononnya sebagai azimat kesihatan dan pelaris perniagaan, akhirnya membawa maut apabila logam itu disambar petir ketika mangsa berteduh di pondok sawah dekat Binjai di sini, kelmarin.
Champee a/l Kelean, 45, pemborong sayur di pasar Tanah Merah, ditemui mati dengan kesan terbakar di bahagian pinggangnya oleh penduduk kampung selepas hujan reda, kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Tumpat, Superintendan Khalid Munap, berkata hasil bedah siasat mengesahkan lelaki keturunan Siam itu mati akibat disambar petir.
"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa, sebaliknya disebabkan panahan petir yang menyambar tembaga yang dipakai di pinggangnya. Berikutan itu, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya di sini, semalam.
Sementara itu, rakan mangsa, Eh Dam a/l Eh Tip, 60, berkata sebelum kejadian, mereka seramai enam orang termasuk mangsa berehat di pondok itu selepas bekerja di kebun sayur.
"Apabila hujan, kami semua bergegas balik tetapi Champee mahu menunggu sehingga hujan reda.
"Tangkal tembaga yang dipakai 15 tahun lalu mungkin disambar petir kerana dia tak pakai baju," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tangkal punye pasal, mati sudah... |
|
|
|
|
|
|
|
tangkal pelaris orang berniaga |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Uqbah Bin Amir : Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa menggantungkan diri kepada tangkal, maka Allah tidak menyempurnakan ( imannya ) dan barangsiapa yang menggantungkan diri kepada azimat, maka Allah tidak akan mempercayakan kepadanya"
( Riwayat Ahmad )
Contoh-contoh Wafaq yang tidak dibenarkan dalam Islam
jung blog ini.
Selasa, 2008 November 11
APA ITU WAFAQ ?
Assalamualaikum .Hari ini saya nak berkongsi gambarajah ataupun dikenali sebagai wafaq yang tidak dibenarkan dalam Islam, sekiranya terdapat di rumah anda serupa dengannya....... hendaklah anda sedar bahawa ini termasuk benda-benda khurafat. Penggunaan azimat seperti ini adalah sesuatu yang boleh membawa kepada syirik terhadap Allah.
Dari Uqbah Bin Amir : Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa menggantungkan diri kepada tangkal, maka Allah tidak menyempurnakan ( imannya ) dan barangsiapa yang menggantungkan diri kepada azimat, maka Allah tidak akan mempercayakan kepadanya"
( Riwayat Ahmad )
1 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.
2 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga
3 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Huruf yang kelihatan macam kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah, tetapi isinya ternyata bukan.
4 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Wafaq yang dinamakan tapak Rasulullah SAW yang digunakan sebagai pelindung. Ramai yang menyimpannya di dalam kereta, atau dalam beg dan sebagainya.
5 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ
Mantera seperti Mentera Gajamada ini yang tidak difahami bahasanya, diulang-ulang dengan harapan mendapat perlindungan kuasa ghaib. Ini jelas perkara yang syirik kepada Allah SWT.
http://urutdanrawat.com/2008/11/ ... ssalamualaikum.html |
|
|
|
|
|
|
|
penah perasan tak
ada baby-baby nih
dipakaikan semacam tali/benang..
kekadang tu terikat kat pinggang gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #35 Syd\ catat
pernah dan kebanyakkan yang ikut megikat benang nie tinggalan drpd budaya india |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 ilahkhatibrani's post
A. Memotong Jambul Bayi - Adakah ia Budaya Hindu?
12-Jun-2006
Apabila bayi berumur 40 hari, satu upacara istiadat memotong jambul berserta upacara merenjis tepung tawar diadakan. Apakah benar ibu dan bayi yang masih dalam pantang itu mudah diganggu oleh makhluk-makhluk halus?
Sesetengah adat-istiadat dan kepercayaan tradisional seperti itu dipegang teguh oleh mereka yang ternama dan golongan bangsawan di mana segala kemudahan dapat dinikmati tetapi mereka menjaga dan mengamalkan pelbagai adat-istiadat dan kepercayaan begitu rapi seperti adat menindik telinga dan adat memijak tanah.
Adat memijak tanah misalnya boleh dikatakan tidak lagi dilakukan oleh orang awam, termasuk mereka yang tinggal di kampung-kampung yang jauh dari bandar. Malah adat seumpama itu adakalanya tidak difahami langsung oleh sesetengah orang tetapi masih tetap dilakukan oleh golongan tersebut.
Tujuan asal mengamalkan segala pantang larang dan meneruskan petua mengadakan upacara-upacara tertentu yang berkaitan dengan ibu mengandung dan ketika bayi dalam hari ialah untuk keselamatan bayi dan ibu. Supaya bayi mudah lahir tanpa cacat atau berpenyakit, juga untuk keselamatan bayi, tanpa ada sebarang gangguan ke atas kedua-duanya sama ada semasa mengandung ataupun selepas anak dilahirkan.
Menurut upacara ajaran agama hindu di masa lampau, terdapat sebanyak 12 upacara keagamaan dalam kehidupan rumah tangga (Grihya-Sutras) seperti yang dijelaskan dalam undang-undang manu (code of Manu) demi untuk penyucian diri seseorang, roh dan semangat.
Upacara-upacara tersebut ialah.
1. Impregnation (Garbha-lamhana)
2. Male production (pumsavana)
3. Hair-parting (simantonnayana)
4. Upacara bersalin (Jatakarman)
5. Upacara memberi nama (nama-karana)
6. Upacara memijak tanah (nishkramana)
7. Upacara memberi makan (Anna-prasana)
8. Mencukur rambut (chula atau kshaura)
9. Kesanta
10. Penyerahan pada guru
11. Balik dari rumah guru
12. Upacara kahwin.
Bab L.A dalam bukunya yang berjudul The Divine Hierarchy: Popular Hinduism in Central India yang ditulis pada tahun 1975 menyatakan, daripada kajian yang dilakukan olehnya pada Ogos 1966 dan November 1967 di satu tempat bernama Chhattisgarh, di tengah-tengah India, di mana penduduknya hidup dalam satu suasana upacara keagamaan yang tebal, orang-orang Hindu Chhattisgarh menganggap bahawa bayi yang baru lahir dan pasangan pengantin merupakan mereka yang mudah diganggu oleh makhluk-makhluk halus jahat.
Kerana itu pelbagai upacara dilakukan untuk mengelakkan daripada terjadinya sebarang gangguan. Ini menyebabkan upacara-upacara tertentu semasa hari kelahiran bayi dan semasa majlis perkahwinan perlu dilakukan.
Semasa mengandung bakal ibu mesti memakai tangkal untuk melindunginya daripada semua gangguan hantu-hantu, terutamanya daripada evil eye (nazar) dan digalakkan membawa besi bersamanya ke mana dia pergi untuk menjauhkan diri daripada sihir (judu-tona) dan hantu-hantu jelmaan (bhut-pret).
Pelbagai upacara yang berbeza dilakukan untuk keselamatan bayi sebaik-baik sahaja ia dilahirkan. Tetapi satu cara yang sering dilakukan ialah dengan memakaikan sesuatu yang berwarna hitam. Tidak ada sebab yang jelas mengapa warna tersebut digunakan. Mungkin untuk menjadikan rupa bayi ``hodoh'' dan menghilangkan perasaan atau keinginan makhluk halus jahat daripada mengganggu bayi. Di antaranya ialah dengan meletakkan arang jelaga lampu di sekeliling mata atau di mana-mana tempat bahagian badan.
Benang hitam juga diikatkan di pergelangan tangan ataupun di pinggang. Begitu juga dengan tangkal dan yang paling biasa digunakan ialah tangkal yang dikenali sebagai taviz yang digantung di leher bayi dengan benang hitam, mengandungi pembuluh tembaga kecil, yang dimasukkan ke dalamnya bahan-bahan tertentu atau tulisan yang ditulis di kertas.
Bayi yang sihat dan cantik, menurut kepercayaan orang-orang Hindu chhattisgarh, menyebabkan makhluk-makhluk jahat terus menyerang kanak-kanak tersebut.
Selain mengadakan upacara-upacara membersihkan diri selepas bersalin, dipercayai juga saki-baki ``kotoran bersalin'' ada pada bayi. Adalah dipercayai juga rambut dijangkiti oleh kotoran. Kerana itu ketika bersalin, keluarga yang rapat (sebelah bapa) mencukur rambut bayi untuk tujuan mensucikan diri. Kerana itu, adalah menjadi satu amalan biasa mencukur rambut pada masa-masa tertentu di peringkat awal kelahiran bayi.
Tidak ada masa khusus untuk mengadakan upacara ini. Ia dilakukan pada masa yang berbeza menurut kasta dan adat yang biasanya dilakukan oleh sesebuah keluarga. Masa yang paling lazim ialah ketika bulan penuh iaitu pada bulan Magh (Januari-Februari).
Terdapat bukti kukuh untuk menyatakan bahawa amalan atau kepercayaan terhadap penggunaan tangkal, upacara memotong jambul dan tepung tawar seperti yang saudari tanyakan di atas adalah akibat daripada pengaruh yang dibawa dari benua India seperti yang dijelaskan.
Menurut Ryan (1971: 10): Malaya was indebted from about 300 A.D onwards to what was derived more directly from the Coromandel coast of India; a civilization that was basically Hindu but included both Brahmanistic and Buddhistic elements.
Winstedt (1944: 186) pula menyatakan, With no greater exaggeration it may be said of the Malayan races that till the 19th century they owed everything to India; religions, a political system, medieval astrology and medicine, literature, arts and crafts.
Tidak dinafikan bahawa hubungan benua India dan Tanah Melayu yang begitu lama telah menerapkan pelbagai upacara hidup manusia di alam Melayu dengan pelbagai pengaruh yang diimport dari benua itu yang masih kekal sehingga hari ini. Ia menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia Melaya tanpa mereka menyedari bahawa upacara dan adat-istiadat tersebut bukan daripada ajaran Islam.
Penggunaan tangkal ditegah kerana ia melibatkan pemesongan iktikad, iaitu apabila si pemakai atau orang yang memakainya seperti ibu atau bapa berkeyakinan bahawa pada tangkal itu ada kekuatan (qudrah) mengelakkan daripada bala, menakut-nakutkan makhluk-makhluk halus, boleh menyelamatkan pemakainya daripada kecelakaan dan sebagainya. Tangkal juga tidak boleh digunakan andainya ia ditulis dengan kalimah-kalimah yang mengandungi nama-nama jin, iblis dan syaitan, juga sembahan orang kafir.
Biarpun ada sesetengah orang yang berpendapat tangkal itu harus digunakan andainya ditulis dengan ayat-ayat al-Quran, doa-doa yang benar, namun kalau orang memakainya beriktikad dan percaya bahawa pada tangkal itu ada kekuatan untuk mengelakkan pelbagai kecelakaan, maka ia tetap dilarang kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu syirik.
Begitu juga penggunaan tangkal yang terdiri sama ada daripada ayat-ayat al-Quran yang betul tulisan, doanya, ataupun bahan yang diperbuat daripada bahan-bahan tumbuh-tumbuhan, gigi harimau, taring binatang atau sisik tenggiling. Andainya tangkal yang diperbuat daripada bahan ini disertai dengan sihir, iaitu penglibatan jin-jin, maka ia tetap ditegah kerana ia juga boleh menyelewengkan iktikad seseorang.
Istiadat memotong jambul bukan daripada ajaran Islam. Islam menganjurkan agar bayi yang baru dilahirkan diazankan dan diqamatkan, diberi nama yang baik-baik, diaqiqahkan, kemudian dicukur rambutnya. Rambut ini ditimbang, dikira beratnya dan dinilai dengan harga emas ataupun perak bergantung kepada keupayaan seseorang. Nilai yang diperoleh itu disedekahkan kepada fakir miskin.
Upacara memotong jambul lebih merupakan pengaruh tamadun benua India namun ia menjadi keliru apabila upacara seperti ini disertakan dengan upacara berzanji dan marhaban termasuk kenduri tahlil. Apa yang jelas amalan ini lebih merupakan salah satu upacara adat masyarakat Melayu. Tidak salah dilakukan andainya dilakukan tanpa berniat meniru perbuatan orang kafir. Demikianlah yang berlaku dalam masyarakat sekarang ini.
Pernyataan kononnya ibu dan bayi yang masih dalam hari itu mudah diganggu oleh makhluk-makhluk halus perlu dikaji dan dianalisis. Ketika Fatimah hampir melahirkan bayi, baginda s.a.w. menyuruh Ummu Salamah dan Zainab duduk di sampingnya membaca ayat al-Kursi dan ayat Inna Rabbakum dan juga Dua Qul.
Rasulullah s.a.w. menyuruh agar bayi yang baru dilahirkan itu diazankan dan diqamatkan. Rasulullah s.a.w. juga membaca jampi melindungi Hasan dan Husain dengan doanya: Aku memohon perlindungan kamu berdua dengan menyebut kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada penyakit, angkara syaitan, sekalian binatang bisa dan daripada setiap mata yang memberi kecelakaan. Begitulah yang dilakukan oleh nabi Ibrahim ketika menjampi melindungi Ishak dan Ismail a.s.
Keterangan hadis di atas dan banyak lagi hadis membuktikan bahawa ibu yang mengandung termasuk ibu dalam hari dan juga bayi perlu dilindungi dengan doa kepada Allah, bukan dengan memakaikannya azimat ataupun tangkal.
Petikan dari:
Dr. Amran Kasimin
Mingguan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #38 Syd\ catat
wah! cepat tul dapat info..
nice info.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #39 ilahkhatibrani's post
dah ada baca sebelum2 tu, then tetiba ilah ckp pasal ni budaya hindu bagai
tingat balik kat artikel nih
|
|
|
|
|
|
|
| |
|