CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2620|Reply: 1

Nokia N82

[Copy link]
Post time 12-1-2008 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Segalanya dalam satu

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

Nokia N82... Tampak ringkas tetapi menawan.

Pengguna yang obses dan mengimpikan telefon bimbit yang lebihberkualiti, unik dan boleh digunakan walau di mana mereka berada kinimampu merealisasikan impian tersebut.

Nokia N82, model terbaru telefon bimbit yang menawarkan pengalamanfotografi yang unik dengan penghasilan imej dan rakaman videoberkualiti tinggi kepada pengguna, kini berada di pasaran.

Model yang bercirikan komputer multimedia terkini itu dipercayaidapat menepati kehendak pengguna dari segi navigasi, akses Internet danpengunaan kamera secara optimum.

Pengarah Pengurusan Nokia (Malaysia), Andrew Cheong berkata, inimerupakan satu perkembangan baik kerana kehadiran model yangmenggabungkan kemudahan melayari Internet dan kamera terbina dalamSistem Kedudukan Global (GPS) yang menjanjikan pengalaman baru kepadapengguna.

揔ebolehan merakamkan imej dengan baik secara tidak langsungmemastikan pengguna menimba pengalaman berharga dan tidak dapatdilupakan,拻 katanya.

Berteraskan dengan kamera 5 megapiksel, ia turut hadir denganbantuan flash Xenon dan ditambah lagi prestasinya dengan lensaterkemuka jenis Carl Zeiss yang mampu menghasilkan imej setandingdengan kamera digital.

Sehubungan itu, pengguna juga berpeluang untuk merasai keunikankamera aktif pantas, fokus automatik serta merakamkan imej secaraterang walaupun merakamkan objek di bawah sinaran cahaya yang minimum.

Model yang didatangkan dengan slot kad mikroSD berkapasiti memori2GB membolehkan pengguna menyimpan sehingga 900 gambar beresolusitinggi ataupun 84 minit untuk rakaman video berkualiti tinggi.

Selain itu, dengan fungsi sambungan pantas Wi-Fi ia juga membolehkanpengguna berkongsi gambar dan video serta memuat turun fail dariInternet semudah dengan satu klik.

Paparan multimedia 3D berserta pacuan sensor pada skrin mempaparkanpertukaran imej secara automatik mengikut pergerakan telefon secaramelintang mahu pun menegak.

Kini Nokia N82 boleh didapati pada harga RM2,499.

Maklumat lengkap spesifikasi boleh didapati di www.nseries.
com/n82.
Rangkaian: HSDPA /GSM 850 /900/ 1800/ 1900
Dimensi: 112 x 50.2 x 17.3 mm.
Berat: 144 gram
Paparan: TFT, 16 warna.( saiz 240 x 320 piksel, 2.4 inci
Nada Dering: Polifonik, Monofonik, dan MP3
Kamera: 5 megapiksel, 2592 x 1944 piksel, lensa Carl Zeiss, Xenon Flash.
Kamera  video: Fungsi  penerima GPS, sensor pergerakan (putaran auto)
Masa bercakap: Sehingga empat jam 20 minit.
Masa menunggu: Sehingga 225 jam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2008 07:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.134418 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list