CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4599|Reply: 27

慚ati

[Copy link]
Post time 15-1-2008 01:14 PM | Show all posts |Read mode
GENERASI muda Jepun kini sedang berdepan dengan gelombang gaya hidup baru abad ke-21 yang begitu bergantung kepada gajet teknologi tinggi.Telefon bimbit adalah gajet yang menurut kajian lebih 95 peratusgenerasi muda Jepun mengakui tidak dapat hidup tanpanya.
Kira-kira satu pertiga pelajar sekolah rendah Jepun berusia tujuhhingga 12 tahun sudah mempunyai telefon bimbit sendiri. Peratusantersebut dikatakan akan meningkat sehingga 96 peratus bagi pelajarsekolah menengah. Ia merupakan statistik yang didedahkan menerusi kaji selidik kerajaan yang dilakukan pada bulan lalu.
Mereka menggunakan telefon bimbit untuk membaca buku, mendengar muzik, berbual dengan rakan dan melayari internet. Secara puratanya 124minit sehari bagi pelajar sekolah menengah perempuan dan 92 minit bagi lelaki. Walaupun sistem teknologi komunikasi tanpa wayar yang semakinberkembang di Jepun menawarkan pelbagai manfaat pendidikan, tetapitiada siapa dapat menolak kesan hitamnya, ujar pakar sambil membericontoh peningkatan buli dalam sistem siber dan kemahiran sosiol remajayang semakin rendah.
揔etika ditanya apakah yang paling penting dalam hidup mereka,hampir 99 peratus kanak-kanak memberitahu telefon bimbit,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 01:18 PM | Show all posts
memang betul pun...
cuba kalau henpon hilang...rasa macam nak sepak je orang yang ambik.

"tidak bermakna sesuatu teknologi tanpa manusia"
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:19 PM | Show all posts
dahsyatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:21 PM | Show all posts

Reply #2 zod's post




jgn kata nak sepak nak pancung jerk kepala
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:22 PM | Show all posts
Nombor telefon mata air pun susah nak ingat !!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:24 PM | Show all posts

Reply #4 puteri_maya's post

macam berpengalaman je...
tu la pasal...dah la kat malaysia takleh nak lock henpon kalau hilang
nyesal kalau yang hilang tu henpon yang jenis 3G, 4G, 5G segala...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2008 01:25 PM | Show all posts
saya pun susah hidup tanpa hp.. susah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:28 PM | Show all posts

Reply #6 zod's post

mang lah dah 3 kali kot...geram tahap gaban haku...dah tu number semua hilang....aper kes....jadi rusa masuk kg lah haku nak cari number member balik....

sengal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 01:32 PM | Show all posts

Reply #8 puteri_maya's post

sama je pengalaman...
masa hilang dah gelabah tahap gaban dah
memang nak kena sula terus la sape yang hambik tu...

zaman akan datang apa pulak gadjet yang boleh membuatkan manusia xleh nak renggang
kompem lagi best nye...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:34 PM | Show all posts
aku start pakai henpon tahun 1995...berat2 zaman tu...

bagi aku guna henpon ni penting waktu2 kecemasan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:50 PM | Show all posts
hp mmg penting.

kalo takde aku menggelupur.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:55 PM | Show all posts

Reply #9 zod's post

tau tka per waktu aku rasa dunia nak ribut jerk...sampai  number roomet haku pun tak hingat...aper kes

sengal...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 01:56 PM | Show all posts
Memang zaman sekarang ni cukup terasa kalau kita takde HP...ianya telah menjadi suatu keperluan yg paling penting...Thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 02:03 PM | Show all posts
aduhai,
takut sangat hp hilang,
catit la mana2 no hp yng ada dkt dalam hp dalam
buku.
hilang pn tak menggelabah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 02:14 PM | Show all posts
sehingga begitu sekali anda menggantungkan keperluan kepada alat tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 03:10 PM | Show all posts
iks...
kalau tinggal kat umah hp pun dah x leh duk diam..
ni pulak takde hp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 05:42 PM | Show all posts
kat jepun, teknologi canggih, beli minuman kat vendor machine pon bleh pakai hp jerk. tuh pasal tak bleh berenggang dgn hp.

kat malaysia yg tak beberapa canggih mcm jepun pon tak bleh berpisah dgn hp. guna asas jerk, call,sms, dgr mp3 and tangkap gambau.sket jer guna utk net.

hp aku very asas, pon rasa susah if takde disisi
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 06:23 PM | Show all posts
Originally posted by Romo69 at 15-1-2008 01:56 PM
Memang zaman sekarang ni cukup terasa kalau kita takde HP...ianya telah menjadi suatu keperluan yg paling penting...Thanks!


setuju bangat dengan kenyataan hang romo......antara kepentingan HP yang melangkaui penggunaannya dikalangan kita semua antaranya :-

1. Jam/Waktu / : Kalau dulu , tak bawak jam mmg terasa rimas sebab susah nak tahu waktu. kene tanya org kalau nak tahu masa. Sekarang ni, HP bimbit berfungsi sebagai jam dan juga tolong kejutkan korang waktu pagi. Malah, dengan kecanggihan software2 terkini, korang bukan setakat boleh tahu waktu di malaysia..malah bandar2 besar diselurh duni. Senang crite, HP telah mengambil peranan jam tangan secara total walaupun masih ramai yg pakai jam tangan. Utk apa....member aku cakap utk perhiasan...tangan nampakcantik...

2. Fungsi Diari : PDA Phone dan HP skang ni dah dilengkapi dengan software diari yang amat memudahkan. Boleh catit segala macam srita kat diari HP tu.

3. Organiser : tak hairan kalau kita tgk org duk sebok taip dan guna stylus pen tu kat mana2. Even masa "melabur" sekalipun. Nyet...nyet...nyet unyik kat dalam tandas......Tak perlu beli Organiser ( buku ) tu dan usung ke mana2 . Hatta org meeting skang ni pun hanya berbekalkan PDA dan HP .

4. Kamera : Tak perlu bawak kamera Digital/biasa utk rakam aksi2 yang tak terjangka.  

5. Video recording : Kalau dulu ( sekarang pun kan ..hehehe ) org gah kalau usung Camcoder besar gedabak utk rakan aksi2 menarik bersama keluarga dan sebagainya. Skang ni...HP dah semakin "berkuasa" dan dilengkapkan dengan alat canggih secanggih Camcoder.

6. Maps/Navigator : Ini antara teknologi baru yang turut disumbatkan daam PDA dan HP2 terkini. apa yg korang nak lagi....kalau sesat ....bukak je map kat HP tu...dan korang boleh tahu kedudukan korang dimana. Hatta siap boleh tunjuk kkan jalan kalau korang tersesat.

7. Internet : Nak melayari gerbang internet bukan setakat dirumah dan di Cyber2 Cafe. Skang ni anda boleh layari internet secara maksimum....masa dalam LRT, kat tepi jalan masa tunggu bas, Hatta --> kat dalam jamban sekalipun korang boleh berhubung dengan dunia luar. Kecanggihan ini jugak menyebabkan aku tak pernah /jarang miss apa2 yang berlaku di Foum cari ni.

8. Hiburan/TV/Radio  : Nahhhhhhhh..........tak perlu berada dirumah utk menonton TV dan berita radio. Byk HP2 ( esp from China ) tu...anda boleh menonton TV-On teh run kta org...tak kira tempat dan waktu...

9. Mp3/Muzik : Kalau dulu, nampak org usung walkman/Discman dah kira canggih .....skang ni...tak payah ipod, tak payah mp3 player....kat HP tu dah ada...siap boleh masukkan lagu2 kegemaran masing2...kan ke mudah....layannnn

Perghghhh...........kalau aku nak senaraikan satu2 fungsi HP yang telah byk mengambil peranan peralatan/bende2 lain ni..mmg tak terjangkau.....so...tak hairanlah kalau org kata .....susah hidup kalau tak bawak/terlupa tertinggal HP ni......akibat dek dah terbiasa dan dimanja2kan dengan pelbagai ungsi HP tu..maka kita dah rasa cam tak boleh nak berdepan dengan "kehidupan" kalau xde HP....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 09:20 PM | Show all posts

Reply #18 medangmru's post

pergh medang pnjg lebar explanation pasal enpon..maklumlah otai..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 10:53 PM | Show all posts
henpon ooo henpon
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070302 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list