View: 11653|Reply: 106
|
~ KESAN MEMELUK ISTERI ~
[Copy link]
|
|
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Jom kita bincangkan...   |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good info...selamat memeluk.. |
|
|
|
|
|
|
|
info yang bagus...selama 14 tahun kawin masih mengekalkan pelukan di pagi hari dan masuk umur 30an ni baru sitislam perasan selepas ML..kulit sitislam licin dan nampak lebih halus ..memang best sangat bila time basuh muka masa waktu pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
uish..xsabar nak kawen! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 fatinz's post
kawen,.....jangan tak kawen..... |
|
|
|
|
|
|
|
10 saat = 5 tahun...kalau peluk 1/2 jam?...wow!!! lagi lama la hiduppp
cekkkk nak tawennnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
jom pakat2 kawen |
|
|
|
|
|
|
|
tiap2 pagi ajek ke amek kira..abes yang pelok tetiap malam tu temasok tak..ahaksss.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sitislam at 25-1-2008 10:20 AM 
info yang bagus...selama 14 tahun kawin masih mengekalkan pelukan di pagi hari dan masuk umur 30an ni baru sitislam perasan selepas ML..kulit sitislam licin dan nampak lebih halus ..memang best ...
mende aku dok bagitau lama dah .. tapi ramai tk pecaye. Lepas ML rase kulit glowing... |
|
|
|
|
|
|
|
ML tu pe?
serius x tau... |
|
|
|
|
|
|
|
tq for the info. very good but we have been doing it since we get married
until now we still hug each other.
macam orang putih pulak tapi itu adalah
kenyataan. |
|
|
|
|
|
|
|
peluk isteri, peluk suami nih memang can do wonders...
tak caya? time suami/bini memang tengah marah cuba le toksah cakap apa2 tapi peluk je depa tu......i've done that, ibarat menyiram air sejuk pada api kesannya |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup mati ditentukan ALLAH s.w.t..mana lak peluk leh panjang umur  |
|
|
|
|
|
|
|
kalo husband and wife sama2 gemuk....tak terpeluk la pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mybabyyou at 25-1-2008 12:39 AM 
kalo husband and wife sama2 gemuk....tak terpeluk la pulak....
peluk tu bukan bermaksud mesti jari bertemu jari.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|